Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, March 18, 2006

umno & kolej

    Pagi tadi ada majlis bersama Ketua Menteri Melaka, Dato' Ali Rostam.. Majlis Pelancaran Program Kerjasama Sosial dan Kemasyarakatan di antara Umno Cawangan Bukit Tinggi, Taman Bukit Beruang Utama Melaka dengan kolej Komuniti Bukit Beruang...

    Pihak majlis memberi penghormatan untuk membaca doa, baca jer lah.. (tapi sayang gambar takda, sbb takda sapa nak ambikkan... sedih).. sebenarnya persediaan dah dibuat dari minggu lepas lagi, jadi majlis tu nampak agak meriah jugak la, macam majlis kenduri kahwin la pulak, sbb ada bunga manggar, kompang dan tak lupa deretan bendera Umno..

    Semua pensyarah dan staf kolej diarahkan untuk berbatik biru, sebab orang2 Umno dah berbatik merah.. tapi dengan selamba memakai batik hijau, pengetua dah jeling jer.. hehehe... bukan tanak pakai, tapi hijau jer yang ada, tak kan lah nak beli baru....

    Satu persoalan nak dilontarkan, majlis ni kerjasama dengan Umno, kalau lah ada parti lain (contohnya parti PAS) nak buat program kerjasama macam ni, agak2 lah, boleh jadi ker?

    bergambar kat meja di bilik pensyarah, nampak tak macam berlakon, hehe..depan PC, cek email dulu sebelum turun ke majlis..
    di antara pensyarah yang kena menyambut tetamu..deretan pensyarah Unit Eletrik yang hampa sbb montaj pelancaran tak berjalan dengan lancar..padan korang..

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...