Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, October 31, 2006

jom pose 6

    minggu ni dah start ke maktab semula, kepala masih lagi pikir pasal raya jer. kira untung dapat cuti seminggu sama macam budak sekolah, kesian Ijam yang dah start kerja pd hari raya ketiga lagi, nasib ko la Jam...

    budak2 maktab sekarang ni tengah sibuk study sbb final exam start minggu ni, Good luck semuanya ustaz ucapkan yer... banyak pulak dapat jemputan rumah terbuka, hampir tiap2 hari ada jemputan rumah terbuka, rezki la namanya tu kan, minggu depan pun ada juga.. jimat sikit duit belanja makan bulan ni..

    oh yer, bagi yang belum mula pose 6, jangan lupa cuba buat yer (sebenarnya nak ingatkan diri sendiri nie).. belum mula berpose lagi sbb hampir tiap hari ada jamuan rumah terbuka, orang dah jemput, tak pergi kang macam mana pulak, yer tak??

    besar pahalanya kalau kita dapat laksanakan ibadah puasa sunat yg dituntut di bulan Syawal ni, Abu Ayyub Al-Ansari RA meriwayatkan, Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun" . (HR. Muslim).

    Imam Ahmad dan An-Nasa'ie, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi SAW bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." ( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Sahih" mereka.)..

      Friday, October 27, 2006

      raya keempat

        hari ni kita orang beraya naik ke arah Melaka plak.. mula2 singgah rumah Hazwan dulu.. wan kata majlis dia bulan 8 tahun depan, member2 semua dah nak kawin, bila la nak sampai jodoh ni agaknya...

        dari rumah wan, kita orang pergi umah Akmal, Akmal plak tengah gelisah bila dengar si Hazwan dah nak kawin sebab dia sekarang ni dah takda awek, tak tahu mana awek lama dia pergi, dah kena culik mahluk asing agaknya, hehehe... sblm sampai umah Helmi, singgah mesjid semayang Jumaat dulu, jumpa anak murid kat mesjid tu..

        lepas semayang terus ke umah Helmi, ABC mesti ada kalau datang umah si Helmi ni, tu yang seronok tu.. pastu gerak ke umah Khirman di Tampin, dekat jer rupanya dari umah Helmi tu.. ingat nak ke Segamat pergi umah Pauzan, sekali tu dia dah keluar beraya la pulok.. terus balik ke Muar beraya rumah Bern..

        kat umah Bern bukannya beraya, tapi sibuk menangkap ikan puyu kat tali air tepi sawah umah dia, banyak betul ikan.. ingat nak terus hantar si Sahrin di bus stand, tapi tiket bas dah takda, terus balik semula ke umah.. Enal datang umah, lama betul tak jumpa si Enal ni, orang kerja navy, susah dapat cuti, sampai pukul 11 lebih kita orang berborak..

          Thursday, October 26, 2006

          raya ketiga

            pagi lepas Wak Lan bertolak balik ke Pontian, Akmal dan Bern pun sampai, lepastu kene tunggu si Zamri sbb dia nak ikut beraya jugak...

            dari rumah Zamri kami bergerak ke rumah Rizal Manaf (imam).. lama jugak kat rumah dia tu, macam2 cerita keluar, kisah kartun sponge bob pun keluar jugak, nak pecah perut ketawa.. kita orang ajak sekali imam pegi rumah Azlan Bunasir...

            tahniah buat Lan dan Shidah sebab dah dapat baby pompuan, Humaira' namanya,, macam tak sangka jer dia orang ni dah ada baby.. lepastu kami diminta untuk membaca rawi dan marhaban untuk majlis potong jambul, dapat la bunga telur.. apa hukum mengadakan majlis potong jambul??? bid'ah ker?

            masa kat rumah Lan tadi dapat jumpa Dayat, Rajai dan juga Jack... Ajis tak dapat call, lepas tu kita orang ke rumah dia, takda kat rumah la plak... mana budak ni pergi?. rupanya dia pergi bengkel, servis kereta sbb malam esok nak hantar tanda pertunangan... tahniah yer Jis, semoga pertunangan tu sampai ke jinjang pelamin, InsyaAllah..

            On the way balik singgah beraya rumah Aminurasyid, dapat beraya kejap jer sbb ada anak2 murid dari sekolah tahfiz nak datang.. gorengkan nugget ngan kentang goreng jer.. Bern ngan Sahrin tidor sini lagi, ingat nak ajak dia orang gi beraya lagi, tp dia orang plak tanak, letih katanya..

              Wednesday, October 25, 2006

              raya kedua

                pagi lagi dah siap2 nak beraya, orang jawa kata bara'an.. tak tahu la kat negeri lain ada ker tak... janji pukul 8.30pg, tapi paham2 jer la budak2 ni, pukul 10 baru dapat berkumpul semua... kalau tak raya macam ni, takdanya kita orang dapat berkumpul, semua dah ada komitmen tanggungjawab pada kerja, tak dapat nak jumpa selalu..

                bara'an sampai zohor jer, petang dah tak larat nak sambung, lagi pun Helmi dan keluarganya nak datang pukul 3 nanti... bila Helmi sampai rumah jer, sesuatu yang mengejutkan, dia dah beli kerete baru, Kia Spectra baru.. bergaya sungguh kau Helmi, dah kaya kau Helmi yer.. ni la rezki namanya kan.

                lepas asar Shahrin plak datang dengan family dia, Shahrin terus lepak kat umah sini sebab esok kita orang nak beraya gi Parit Raja..

                Malam Wak Lan sekeluarga dengan anak2nya nak datang umah, sekali tu terlibat plak dengan kemalangan jalan raya, nasib baik van Wak Lan takda pape, tapi kereta yang nak mengelak terjerumus ke dalam parit... tak tahu sapa yang salah sebenarnya, kalau ikut cerita Wak Lan, kereta tu yang salah, tapi memang respek dengan Wak Lan sbb dia still tenang jer macam takda pape yang berlaku, ilmu tinggi Wak Lan ni.. akhirnya Wak Lan dan sekeluarga tidur rumah malam ni..

                  Tuesday, October 24, 2006

                  raya 1427h

                    buat semua pengunjung aspirasiku: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin...

                    sedih rasanya, mana kan tidak, tahun ni adalah tahun pertama ayah takda bersama dengan kami sekeluarga.. lepas semayang raya kami sekeluarga menziarahi pusara.. lepas tu pusara terus kami tinggalkan untuk meneruskan kehidupan yang masih lagi panjang perjalanannya...

                    lepas bermaaf-maafan, anak2 buah la yang paling sibuk nak bersalam, nak duit raya la tu, macam la Pak Teh ni tak tahu.. anak buah dah ramai, ada 13 orang, kopak la poket Pak Teh korang ni jawabnya, tapi takpa lah, raya setahun sekali...

                    malam lepak kat umah jer tengok tv.. banyak dapat sms raya dari kawan2, anak2 murid, students maahad tahfiz, budak2 kolej dan tak lupa pelajar2 dari MRSM Terendak. kepada yang menghantar sms tu, tima kasih bebanyak. rasanya semua sms dibalas, kalau tak sempat balas tu maaf lah yer.. zaman skrg ni semua pakai sms jer, nampak la moden sikit, lagipun kad raya mahal gila, kalau yang murah tu untuk budak2 sekolah rendah boleh la...


                    tahun ni cuma dapat 3 keping kad raya jer, kad pertama datang drpd anak murid di maktab, Samin Maula, tak sempat la nak balas... kad kedua drpd bekas anak murid di sekolah tahfiz, Muhd Anas Malik, tima kasih bebanyak. dan kad terakhir datang nya dari Jordan, kiriman Sapie dan juga Paez, tp tak sempat balas laaa, tima kasih bebanyak dan cantik kad yang korang kirimkan tu...

                    bersama sepupu, anak Wak Long dr Sabah..ni plak anak sedara, cute kan..
                    ni keluarga dari Sabah, beraya di semenanjung..bergambar dengan adik Indah..
                    mak dan juga anak sedara..mak dan juga adik yang tercinta...

                      Sunday, October 22, 2006

                      dah nak raya

                        dua hari lagi nak raya, banyak benda yang kena buat kat rumah ni, kemas rumah, bersihkan laman rumah, hantar mak ke pasar beli lauk... macam2 lagi la kena buat, nasib baik Bang Da balik kampung awal jugak, ringan sikit kerja....

                        pagi tadi sembelih ayam 5 ekor, ni la kali pertama sembelih ayam kampung, dulu arwah ayah yang buat semua ni.. tapi sekarang semua dah berubah, nak tanak kena beranikan diri jugak potong leher ayam tu... teringat masa ikuti kursus sembelihan kat jordan dulu....

                        petang keluar gi bazar dengan Ramdi (salah sorang member rapat kat kampung)... tak beli pape pun, cuma beli air soya jer... Kak Yus sekeluarga dan mak dia dari Sabah dah sampai tadi, jadi agak ramai kat rumah tu, kena beli banyak sikit nampaknya ni....

                        malam macam biasa terawih kat mesjid, jumpa Fakhzan (member rapat jugak ni), lama betul kita tak jumpa kan Zan, semenjak kau masuk UKM dulu rasanya, sampai la sekarang ni kau dah tahun akhir...

                        lampu pelita eletrik yang pasang petang tadi dah hidup menyinari laman rumah, nampak la sikit macam nak raya, tapi meriah mana pun raya, tahun ni tetap banyak perbezaannya... pape pun kita kena terus sambut raya...

                          Thursday, October 19, 2006

                          graduasi 2006

                            hari ni merupakan hari graduasi bagi student form 3 dan form 5.. ni la kali pertama bersama dalam majlis grand macam ni semenjak mengajar di MRSM.. lepas tu kena jadi orang penting plak tu, pembaca doa, kena pakai jubah hitam, glamour rasa...

                            lepas majlis semua bdk2 form 3 bersalam2 dan bergambar.. sbb dia orang masing2 terus balik rumah lepas ni, tak tahu la tahun depan dapat jumpa lagi ngan dia orang ker tak, mudah2an dapat la hendaknya...

                            Tahniah buat semua yang dah grade.. teruskan usaha demi mencapai kecemerlangan di masa2 akan datang.. bulan pose takda la jamuan...

                              Monday, October 16, 2006

                              kerepek ku laris

                                Penuh kereta tadi bawak kerepek yang di oder warga MRSM... dapat la untung sikit, boleh buat duit raya untuk anak2 buah yang ramai tu... macam2 jenis kerepek, ubi pedas ada, ubi kari ada, kerepek pisang, kerepek bawang, keropok ikan sira, dan tak lupa kuih bangkit yang mak buat...

                                dah banyak macam ni pun tak cukup lagi, terkilan sebab ada staf yang tak dapat oder kerepek.. takpa la, lain kali yer... kalau perniagaan maju macam ni, boleh la pakai vios tahun depan, hehehe.

                                sapa2 nak makan kerepek, raya nanti jangan lupa datang rumah ok... selamat menjamu kerepek...

                                  Wednesday, October 11, 2006

                                  nasyid lepas PMR

                                    hari ni berlangsung pertandingan nasyid di MRSM Terendak, salah satu program untuk students2 lepas PMR. sebagai penyelaras pertandingan, memang agak sibuk sikit, macam2 nak kena uruskan, persiapan pentas, jemputan hakim, peralatan, borang markah, dan macam2 lagi la......

                                    seronok sebenarnya bila tengok budak2 ni buat persembahan, yang paling kelakar bila ada budak2 yang nampak pendiam menyanyikan nasyid...
                                    hehehe.. terima kasih kat semua yang beri kerjasama dan komitmen untuk menjayakan pertandingan ni..

                                    lepas habis pertandingan, kita orang ramai2 menonton konsert UNIC.. agak letih hari ni sbb banyak kerja dibuat..
                                    petang ni nak tidok...

                                    penyelaras yang hensem..budak2 nasyid laki..
                                    kumpulan yang menang no 1..ok jugak suara budak2 ni
                                    boleh ganti In-Team nikhusyuk bernasyid...
                                    mantap kumpulan nipentas yang dihias cantik...

                                      Tuesday, October 10, 2006

                                      jual kerepek

                                        Memang betul la bulan puasa ni bulan rahmat, rezki mencurah2... lebih2 lagi kalau orang yang meniaga, tak kira la jual apa pun, mesti laku punya...

                                        ingat nak meniaga juga la, nak jual kerepek raya.. mana la tahu dapat sambutan, kat maktab belum ada lagi yang jual, minggu ni saja bawak sample jer dulu, sapa2 yang nak boleh la amik oder nanti.. sebenarnya segan jugak nak meniaga ni, tapi kalau tak pecahkan sagu manakan dapat ruyungnya...

                                        hemm, kalau nak tahu perniagaan kerepek ni berjaya ataupun tak, tunggu jer la post yang akan datang yer.. sebab sample tu belum berjalan pun lagi, ada lagi kat bawah meja ni, segan la nak keluarkan....

                                          Saturday, October 07, 2006

                                          sedekah berbuka

                                            lepas jadi imam terawih kat maktab mlm tadi, terus bergerak nak balik kampung, singgah rumah Bang Ngah jap sebab nak balik kg naik kereta arwah ayah..

                                            bang Ngah kata cek minyak itam dulu, takut kurang... memang kurang laa, kena tambah ni... sekali tu tetiba tertuang air plak, sebab botol minyak dengan botol air tu sama jer takda beza... melantung betul, terus tak dapat jalan, terpaksa tidur sini dulu, esok pagi baru nak cari pomen... hampeh sungguh.....

                                            pagi lagi bang Ngah dan family dia gerak balik kampung dulu, tinggal la sengsorang kat sini nak uruskan kereta.. pukul 12 lebih baru siap.. lepas tu terus gerak balik sebab petang ni mak nak buat kenduri... pukul 3 dah sampai, laju kan...

                                            dalam pukul 5ptg, terus pergi bazar ramadan kat pekan, beli martabak 40 keping, 20 nak buat buka kat umah dan 20 lagi nak sedekah kat sekolah tahfiz.. sebelum hantar ke sekolah tahfiz singgah umah sekali lagi amik nasi ayam 40 bungkus dan buah tembikai... mak kata niat sedekah buat amal bulan baik ni...

                                            sampai kat rumah semula dah pukul 7, tahlil pun dah habis tinggal nak makan jer... alamak!! air bandung soda ni kurang manis la, sapa buat ni...?? takpa la.. maklum la pose kan..

                                            Daripada Anas telah berkata: talah ditanya Wahai Rasulullah! apakah sedekah yang lebih afdhal? sabda S.A.W yang ertinya : "Sedekah pada bulan Ramadhan"
                                            - Riwayat imam Tarmizi, Al-Baihaqi, Ibn jauzi dan Al-Baghawi -

                                            Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni telah berkata: talah bersabda Rasulullah S.A.W yang ertinya : "Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa adalah baginya pahala sebagaimana orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang berpuasa sesuatu, dan sesiapa yang menyiapkan untuk orang yang pergi berperang atau mengalihnya pada ahli keluarganya adalah baginya seperti pahalanya tanpa berkurangan daripada pahalanya sesuatu."
                                            - Riwayat imam Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban, Ahmad dan Al-Baihaqi-

                                              Wednesday, October 04, 2006

                                              berbuka dengan homeroom

                                                setelah disepakati dengan anak2 homeroom, akhirnya terlaksana juga program berbuka puasa bersama homeroom Casio4A...

                                                mula2 budak2 ni ajak buka kat hotel, tapi mahal sangat laaa. tapi bila bincang2 balik, akhirnya kami setuju untuk ambik pakej berbuka sri mubarak di Restoran Sri Percik, Melaka... jauh jugak sebenarnya restoren ni dengan maktab, tapi takpa la, bukan selalu pun bawak budak2 ni keluar..

                                                biasa la, bila makan kat restoren besar macam ni, keadaan agak kelam kabut sikit, lebih2 lagi dekat2 nak buka... tapi hidangan siakap, kailan, daging masak merah, tomyam campur dan bandung selasih tu memang sedap betul... tak tertahankan... bila dah kenyang makan baru kita orang solat magrib, lambat sikit sebab terpaksa bergilir2 dengan pengunjung yang lain, surau kecik laaa.

                                                siap semayang, makan pulak pencuci mulut ABC evolution, nama nak gempak, tapi rasa dia pun hebat jugak laa, kira boleh tahan la makan kat sini.. malam ni kami sehomeroom kenyang gila... tak larat nak bawak perut, tapi gagahkan jugak kaki ke surau buat terawih...

                                                gambar sekadar hiasan.. hehehe

                                                  Monday, October 02, 2006

                                                  PMR 2006



                                                    Buat adik Indah dan pelajar2 tingkatan 3 MRSM Terendak, selamat menjawab soalan.. jawab dengan berhati2, jangan cuai, teliti betul2 soalan, budget masa dengan baik dan jangan lupa semak jawapan selepas selesai menjawab...


                                                    bacalah BismiLLah dan selawat sebelum mula peperiksaan yer.. doa sentiasa diiringkan, agar semua berjaya dengan cemerlang...

                                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...