Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, November 30, 2012

Ulfah Aliya di November 2012

    BismiLLah..
    Gambar2 Ulfah Aliya di Bulan November 2012..


    "Ulfah Aliya dalam kereta on the way ke Bandar Melaka... "


    "embekk... naik kambing di rumah Tok Baba kat Nilai."


    "santai petang di tepi pantai Port Dickson...."


    "siap dengan beg sekolah masa jalan2 ke Taiping....."

      Monday, November 26, 2012

      acara pertama Ulfah Aliya di Family Day

        BismiLLah
        Buat pertama kalinya Ulfah Aliya masuk acara di Family Day.. acara rebut gula2 dan coklat.. happy sangat !!

        Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 38 yg bermaksud: "Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.".


        "Umm Ulfah tengah ajar skill amik gula2 dan coklat..."


        "cepat Aliya !!! amik gula2 tu, ummi ngan ayah nak jugak.. hehe..."


        "bila dah dapat, Ulfah makan sama2 ngan kawan baik dia...."


        "Ulfah bersama Kak Anis, kepenatan rebut gula2 tadi...."

          Sunday, November 25, 2012

          kami juara Family Day 2012

            BismiLLah..
            Tahun ni Famili Day MRSM Terendak diadakan di PNB Ilham Resort Port Dickson.. walaupun acara tak sebanyak tahun2 yg lalu, namun kami masih bergembira di sini...

            mudah2an ikatan ukhwah kekeluargaan kita warga maktab ni akan kekal sampai bila2..

            Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.” (At-Tabrani)


            "kami berempat johan pertandingan lari ikat kaki."


            "skill terbaik membuahkan hasil yg menghiburkan, hehe..."


            "skill ikat kaki kami berjaya ditiru mereka.. akhirnya menang juga.."


            "sapa terer masukkan benang dalam jarum..?.."

              Friday, November 23, 2012

              Anugerah Inovasi MRSM Terendak 2012

                BismiLLah
                AlhamduliLLah, syukur sangat sebab di Majlis Anugerah Inovasi MRSM Terendak tahun ni dapat menerima beberapa anugerah..

                Anugerah Staff Akademik Terbaik buat kali ke-dua.. kali pertama masa tahun 2008 yang lalu, klik sini... sama2 kita berdoa untuk menjadi guru terbaik dalam mendidik anak bangsa...

                dua lagi anugerah yang diterima ialah "Anugerah tampa cuti sakit" sepanjang tahun 2012 ni dan "Anugerah Inovasi individu".. inovasi membangunkan sistem PAFA secara on-line, terbaik kan !! hehe


                "menerima hadiah di Hari Inovasi MRSM Terendak 2012."


                "bersama ahli2 unit, unit PAI menang inovasi berkumpulan.."


                "semoga sentiasa bersyukur dgn nikmat kesihatan yg diberi...."


                "sekali lagi dinobat sebagai staff akademik terbaik, AlhamduliLLah.."

                  Thursday, November 22, 2012

                  Ziarah ke rumah P. Ramlee

                    BismiLLah
                    Kesempatan berada di Pulau Pinang ni kami ambil untuk bersiarah ke rumah sedara yang dah lama tak jumpa, rumah P. Ramlee.. hehe

                    bagi sesiapa yang berkunjung ke Penang, jangan lupa untuk singgah ke rumah sedara kita ni yer..

                    Dari Abdillah bin Abbas r.a., bahawa Sa'd bin Ubadah kematian ibunya ketika ketiadaannya, lalu dia pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya ibuku telah mati ketika aku tiada, apakah dia mendapat manfaat jika aku bersedekah? Baginda s.a.w. menjawab:" Ya " (HR Bukhari) 


                    "Bermemori bersama Ust Mazlan dan Ust Zaidi,,."


                    "kami sampai dah lewat, P. Ramlee dah tak bagi masuk rumah dia.."


                    "panduan bagi kawan2 yg nak datang rumah P. Ramlee."


                    "Jalan2 ke rumah sedara, P. Ramlee..."

                      Tuesday, November 20, 2012

                      Kursus PBS di Pulau Mutiara

                        BismiLLah
                        Selama seminggu berada di Pulau Pinang untuk menghadiri Kursus PBS Pendidikan Islam Tingkatan 2 di Royal Hotel Penang..

                        Selama seminggu ni macam2 makanan kami pekena, nasi kandar dah semestinya.. dan paling best, Sup Hameed Penang.. hehe.

                        sempat jumpa sahabat lama, Zaki (BADAR 2009 MRSM TDK).. terima kasih sbb sudi jumpa ust kat sini.. lagi pun USM tak jauh mana kan....

                         
                        "bersama rakan dari MRSM Gerik, Ust Amin.."


                        "wakil2 guru dari MARA bersama JU Kebangsaan.."


                        "sempat ke USM untuk bertemu dengan Zaki...."


                        "lewat malam pekena sup glamour kat Penang ni, Sup Hameed.."

                          Thursday, November 08, 2012

                          Salam Aidiladha 1433h

                            BismiLLah
                            Salam Aidiladha dari kami sekeluarga..

                            Firman Allah Ta‘ala yang maksudnya : “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman. (Surah al-Hasyr: ayat 10) 


                            "bergambar bersama famili selepas solat sunat Aidiladha..."


                            "Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami sekeluarga.."


                            "Ulah Aliya bersama nenek dan tok walid.."


                            "kami bersama keluarga di Kampung Semabok...."

                              Tuesday, November 06, 2012

                              Majlis Graduasi 2012

                                BismiLLah
                                Tahniah kepada semua pelajar2 tingkatan 3 dan 5 kerana bergraduasi untuk tahun ni.. pastinya kami guru2 dan famili tumpang rasa bangga dengan kejayaan anda semua..

                                Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia'). 


                                "bersama Pres BADAR dan pembantunya.. tahniah !!.."


                                "dengan anak2 homeroom.. dah besar2 semuanya !!..."


                                "Hazreen dan Dalil pun bergraduasi sama.. Congrat bro !!.."


                                "Majlis Graduasi 2012, terbaik !!..."

                                  Saturday, November 03, 2012

                                  Malam Cinta Rasul di Dataran MBMB



                                    BismiLLah
                                    Malam yang penuh kedamaian kami lepak2 di Dataran MBMB, Ayer Keroh.. mendengar alunan qasidah dari Habib Syech Asseggaf di Malam Cinta Rasul...

                                    Maksud lirik lagu "Ya Hanana" meruntun jiwa kami...
                                    "Betapa beruntungnya kami mendapat Nabi Muhammad, itulah anugerah daripada ALLah... Betapa beruntungnya kami !!!"


                                    "Ulfah Aliya seronok malam ni.."


                                    "kami duduk santai2 di Dataran MBMB, seronok !!.."


                                    "Persembahan qasidah yang menghiburkan jiwa kami...."


                                    "hoho.. Ulfah Aliya sampai tertidor dengar qasidah Ya Hanana.."

                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...