Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, January 30, 2013

Bertemu sahabat lama, Ajey Khalid

    BismiLLah
    Semasa berada kat KL, kami sempat jumpa kawan lama kat maahad dulu, Ajey Khalid, dah lebih hampir 11 tahun tak jumpa, sebelum ni bertanya khabar pun melalui maya jer...

    Mudah2an ukhwah yg terbina akan kekal selamanya.. takbir !! Sabda Baginda bermaksud: "Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa." [Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi]


    "bersama Ajey yg semakin tough.. jeles rasanya, hehe
     

    "Hazwan dan Ajey, sehati sejiwa & semakin mesra.."
     

    "petang sebelum jumpa Ajey, sempat le libary dulu.."

      Tuesday, January 29, 2013

      Kursus PBS Pendidikan Islam Ting 2

        BismiLLah
        Berkampung selama seminggu di Putra Hotel Kuala Lumpur untuk Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Islam Tingkatan 2 MRSM2 se-Malaysia.

        Kursus ini adalah sambungan kepada kursus yang pernah dihadiri sebelum ini, klik sini.. bagi rakan2 yang ingin dapatkan bahan2 PBS, boleh dapatkan di sini, website rasmi Unit Pendidikan Islam MRSM se-Malaysia.


        "JU Kebangsaan, Ustzh Padzriah yg membimbing ahli kursus." 
         

        "bersama rakan dari MRSM Tawau.."
         

        "sahabat yg hebat dr maahad hingga ke Jordan, Ust Hazwan.."
         

        "peserta2 kursus bergambar memori bersama JUK."

          Sunday, January 27, 2013

          Didiklah anakmu berenang

            BismiLLah
            Hujung minggu yang damai.. kami Unit Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bawa semua naqib & naqibah kumpulan usrah ke Mukhayyam Nuqaba' di Ismah Beach Resort..

            Program dengan kerjasama Akademi Latihan Al-Fateh (ALAF) klik sini kami jalankan selama dua hari..Kesempatan berada di resort, kami gunakan untuk sesi latihan renang untuk anak2 cilik.. hehe

            Sabda Nabi SAW : "Ajarlah anak-anakmu BERENANG dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." Hadis Riwayat Ahmad


            "anak2 cilik berenang di kolam.." 
             

            "Aliya dah mula berani naik pelampung pink dia.."
             

            "laju lagi Aliya.. you can do it !!.."
             
             
            "kami happy dapat berendam dalam kolam seharian..."

              Saturday, January 26, 2013

              Ceramah Maulidurrasul 1434H

                BismiLLah
                Sambutan Maulidurrasul peringkat maktab sampai ke kemuncak iaitu Majlis Ceramah Maulidurrasul yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud dari JAKIM Putrajaya.

                Ustaz Hariri bijak mengambil perhatian adik-adik pelajar dengan kemerduan suaranya, dan pastinya ceramah yang disampaikan memberi kesan yang baik kepada semua warga maktab..


                "Ustaz Mohd Hariri sedang menyampaikan ceramah sempena Maulidurrasul"


                "Guru, staf dan pelajar bersama2 memeriahkan sambutan Maulidurrasul.."


                "Persembahan dari kumpulan qasidah maktab.."


                "Kumpulan nasyid tampil membuat persembahan.."

                  Friday, January 25, 2013

                  warna warni Maulidurrasul 1434H



                    BismiLLah
                    Kemeriahan Maulidurrasul kami terus semarakkan dengan acara perarakkan dan selawat yang berlangsung pagi tadi bermula dari padang maktab dan berakhir di Dewan Budiman..

                    paling menarik bilamana setiap blok dapat tampil ceria dengan warna tema tersendiri. Alunan selawat yang dialunkan dengan penuh semangat menambahkan lagi perasaan cinta buat Junjungan Mulia S.A.W..

                    “Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”. (Surah al-Ahzab: ayat 43).

                    jom intai warna warni perarakan dan selawat Maulidurrasul 1434H kat bawah ni..







                      Wednesday, January 23, 2013

                      Bacaan Berzanji & Marhaban

                        BismiLLah
                        Malam Maulidurrasul kami beramai2 membaca rawi berzanji, berselawat ke atas nabi dan Kumpulan Marhaban Maktab mengalunkan kemerduan suara mereka menerusi bacaan marhaban..

                        InsyaALLah untuk masa akan datang, kami nak sediakan maksud bacaan berzanji ni untuk pelajar2 lebih memahami himpunan kisah kelahiran dan riwayat hidup Rasulullah S.A.W yg dibaca ni.

                        Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: "Tidak dianggap sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)


                        "mengetuai bacaan berzanji dan selawat."


                        "Selawat dan salam buat junjungan S.A.W..."


                        "bersama2 mengalunkan bacaan selawat kepada Baginda.."


                        "menyemarakkan rasa cinta kepada rasul tercinta..."

                          Tuesday, January 22, 2013

                          Persiapan Sambutan Maulidurrasul 1434H



                            BismiLLah
                            Bersempena Sambutan Maulidurrasul peringkat maktab tahun ni, kami Unit Pendidikan Islam & Bahasa Arab menempah hampir 16 banner dan bunting istimewa dan cantik dari sahabat baik di "Ain Design"

                            boleh tengok sepanduk2 cantik tu di sini.. dan petang tadi, ahli2 PRISMA (Persatuan Remaja Islam) bertungkus lumus menyiapkan sepanduk untuk diguna semasa perarakkan dan selawat sempena Sambutan Maulidurrasul nanti..


                            "Ahli Kelab PRISMA sdg bertungkus lumus menyiapkan sepanduk.."


                            "dibelakang tabir proses menyediakan sepanduk Maulidurrasul."



                            Hadis Nabi yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" (an-Nasai & Ibnu Hibban)

                              Thursday, January 17, 2013

                              Kuiz Ambang Maulidurrasul 1434H

                                BismiLLah
                                Sepanjang minggu sambutan Maulidurrasul ni, kami Unit Pendidikan Islam & Bahasa Arab menganjurkan beberapa program untuk menyemarakkan semangat cintakan rasul..

                                Antara aktiviti yg menghiasi sambutan kali ni ialah Kuiz Ambang Maulidurrasul, bacaan berzanji, selawat dan marhaban, tayangan khas Maulidurrasul (guna LCD baharu sumbangan ANSARA Terendak), perarakkan dan Ceramah Perdana Maulidurrasul..

                                Mudah2an dgn aktiviti seperti ini, akan menambah lagi rasa cinta kita kepada Rasul junjungan teragung..


                                "setiap rumah sukan menghantar wakil utk Kuiz Ambang Maulidurrasul.."


                                "Ust Azari sebagai moderator, dibantu penghulu setiap rumah sukan.."


                                "Tahniah kepada para pemenang.. Salam Maulidurrasul.."

                                  Tuesday, January 08, 2013

                                  Surau al-Isyra' dapat LCD baharu

                                    BismiLLah
                                    AlhamduliLLah, 2013 membuka tirai dengan sesuatu yang menggembirakan. ANSARA Terendak telah menyumbangkan sebuah LCD baharu untuk menggantikan LCD surau al-Isyra' yg dah lama rosak.

                                    Surau al-Isyra' merupakan salah satu institusi terpenting di MRSM Terendak, disinilah pelbagai program Amal Islami dan Pembangunan Modal Insan dijalankan.

                                    Mudah2an dgn adanya LCD baharu ni, akan memudahkan dan menambah baik aktiviti di surau, InsyaALLah..


                                    "LCD baharu untuk Surau Al-Isyra' sumbangan ANSARA Terendak.."


                                    "Ustz Rus selaku Ketua Jabatan menerima LCD dgn rasminya.."


                                    "ALLah shj yg mampu membalas sedekah jariah yg diwakafkan.."


                                    "LCD baharu, wakaf untuk Surau al-Isyra' MRSM Terendak.."

                                    “Apabila meninggal anak cucu Adam (manusia), maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal sahaja iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia, dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Riwayat Ahmad).

                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...