Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 31, 2009

insentif pelajar PNG 3.5 ke atas

    BismiLLah..
    petang tadi iring pelajar ke McD ayer Keroh, pihak MUAFAKAT berbesar hati nak belanja makan pada budak2 yg dapat pointer 3.5 ke atas.. tapi kenapa mesti di McD ?

    sem ni ramai gak yg dapat insentif ni, harap2 sem depan lagi ramai la yg dapat ok.. kita gi makan tempat laen plak, kat medan ikan bakar Umbai pun ok apa...

    firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 yg bermaksud: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu"

    tengah tunggu bigmac sampai..

    antara budak2 yg dibelanja makan..

      Saturday, July 18, 2009

      Hari Anugerah 09'

        BismiLLah..
        Hari ni berlangsungnya Hari Anugerah kat maktab, tahun ni ramai gak penerima Anugerah ni, sampai terkeluar2 isi dewan tak muat.. tahniah buat semua penerima anugerah..

        dan yang paling best, tersenarai juga sebagai salah seorang drpd penerima anugerah guru sbb subjek agama cemerlang SPM tahun lepas.. wal hal tak wat paper pun, kecemerlangan tu hasil usaha budak2 ni semua.. anugerah ni utk korang sebenarnya...

        Rasulullah saw: Orang yang paling baik ialah orang yang kita harapkan kebaikannya dan kita terlindung dari keburukannya. (Musnad Ahmad, 3:298; al-Kanz 43025) (16-4-2007; 11:12:29)...

        dgn bekas student yg kini belajar di TGB..

        Saiful si tokoh pelajar..

          Wednesday, July 15, 2009

          badminton guru & staff

            BismiLLah..
            Hari ni Kelab Badminton telah menganjurkan pertandingan badminton untuk guru2 dan staf.. menang bukan lah tujuan utama, tapi ukhwah antara guru2 dan staf tu yang penting..

            walaupun kami berdua hanya mampu menduduki tempat ke-empat, tapi kami tetap memberi saingan sengit dalam semi final.

            terima kasih Syeh Azari kerana menjadi regu ana yg baik.. lain kali kita cube lagi utk mencari gelaran juara plak yer...

            aksi hero..

            Azari regu terbaik..

            member2 yg sama main..

              Tuesday, July 14, 2009

              alumni calon Bahasa Arab PMR Terendak

                siapa dia ni?..

                BismiLLah..
                hari Rabu yg lalu, kami guru2 Bahasa Arab telah menganjurkan satu perjumpaan alumni bekas2 calon dan calon2 Bahasa Arab PMR di Terendak dari tahun 2007 hingga tahun 2009.

                tujuannya tiada lain, utk mengumpulkan semula pelajar2 yg pernah ambil kertas Bahasa Arab masa PMR dan memberi semangat kpd calon2 PMR Bahasa Arab tahun ni...

                program ni kami buat di KFC Mahkota Parrade, lepas makan boleh jalan2 dan dalam pukul 8 mlm kami bergerak pulang ke maktab..

                ust tak boikot KFC ker? bagus soalan tu, ustaz mengambil pandangan dan hujah yang ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus AbduLLah.. rujuk dan nilai pandangan yang rojih..

                antara pelajar2 alumni..

                tak boikot KFC ke?..

                  Friday, July 10, 2009

                  bayarlah hutang tu..



                    BismiLLah..
                    Lokasi: Masjid Jame' Tanjung Bidara, Melaka..

                    teringat lagu Salleh Yacob yg famous satu tika dulu, tajuknya "gali lubang tutup lubang".. lagu ni mengisahkan orang yang berhutang, kemudian pinjam lagi duit untuk bayar hutang.. gila, sampai bila pun tak kan habis la mcm tu..

                    Khutbah hari ni menyentuh pasal hal hutang piutang ni.. sebenarnya kita semua tahu yg membayar hutang tu wajib, tapi kenapa masih jugak tanak bayar hutang..? nak pinjam memang senang, tp bila tiba time nak bayar.. haram betul..

                    berikut adalah senarai hutang buat masa ni:
                    1. hutang dgn Maybank - sbb guna kad kredit
                    2. hutang dgn MARA - amik Diploma kat UPSI tahun lepas
                    3. AGRObank - loan peribadi

                    nak berhutang boleh, tapi jangan jadikan ianya hobi ok.. sbb hutang ni amalan yang bahaya.. klik sini utk maklumat lanjut..

                    hutang belajar kat Jordan? AlhamduliLLah dah langsai sbb SPC, lagi pun skrg ni kan kerja ngan MARA..

                    Pisang emas dibawa belayar,
                    masak sebiji di atas peti,
                    Hutang emas boleh dibayar,
                    Hutang budi dibawa mati...

                      Thursday, July 09, 2009

                      Slmt bertugas di tempat baru Cikgu Bakar

                        memori bersama Cikgu Bakar..

                        BismiLLah..
                        tiada apa yg dapat diungkap.. saya tumpang gembira bila dengar Abang dapat jadi Timb pengetua HEA kat MRSM Gemencheh..

                        tapi percayalah, tiada siapa yang suka dgn perpisahan sebenarnya, pengalaman bekerja dgn abang pasti menjadi pembakar semangat utk saya terus menabur jasa pada anak bangsa..

                        Selamat diucapkan.. dan jangan lupa kami di terendak..

                          Saturday, July 04, 2009

                          Kem SPM Jbtn Sains Sosial 09'

                            ustat enchem..

                            BismiLLah..
                            Minggu lepas kami guru2 Jbtn Sains Sosial telah anjurkan Kem Kecemerlangan utk budak2 SPM tahun ni... Program 2 hari ni dipenuhkan dgn aktiviti2 keriangan penuh ilmiah, klu tak percaya boleh tengok gambar2 kat bawah ni..

                            HARI PERTAMA

                            hari pertama ni kami buat treasure hunt ala2 explore race yg mcm kat tv tu.. habis semput budak2 ni, hehe padan muka korang.....

                            budak2 yg dah keletihan..

                            kenangan bersama cikgu Bakar..

                            HARI KEDUA

                            dan pagi ni slot agama kami penuhi dengan "SUKANEKA ILMIAH" yg pertama kali dianjurkan.. caranya mudah, setiap kali lepas satu acara sukaneka, kumpulan2 pelajar ni akan diuji dengan ujian hafazan ataupun tajwid, ilmiah kan.....

                            ceria dalam slot agama..

                            jadi pengadil sacara ikat kaki..

                            acara kemuncak, tarik tali..

                            JOM RELAKS

                            lepas penat2 bersukaneka, kita mandi seketika dan hirup angin laut sambil memikirkan, "bila aku nak ada teman ni?"..

                            mandi dengan kawan2..

                            berjalan membelah ombak..

                              Wednesday, July 01, 2009

                              birthday boy

                                BismiLLah..
                                Hari ni ialah my besday!! dah tua dan zaman remaja dah semakin jauh ditinggalkan.. terima kasih buat famili, kawan2 dan studen2 yg wish.. "Happy besday dan smg cepat kawen"..

                                rasanya hari ni lebih 40 orang ungkapkan benda yg hamper sama.. mudah2an ia menjadi kenyataan.. terima kaseh buat unit Agama sbb belikan kek coklat.. tak lupa anak2 homeroom yg belanja kek buah..

                                percayalah.. anda semua adalah warna warni dalam kehidupan saya !!! terima kaseh..


                                "unit Agama belikan kek coklat.."


                                "ni plak kek buah dari anak2 homeroom.."


                                "Acap dan gengnya yg sama2 happy.."

                                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...