Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, September 30, 2012

Ulfah Aliya di September 2012

    BismiLLah..
    Gambar2 Ulfah Aliya di Bulan September


    "makan apa tu ??... "


    "Ulfah Aliya ada toncit.. comel sangat time ni.."


    "anak ayah sampai tertidur masa tunggu ummi shopping di JJ.."


    "Ulfah Aliya nak duduk sendiri @ Kampung Semabuk Dalam.."

      Saturday, September 29, 2012

      Majlis Solat Hajat & Doa Restu 2012

        BismiLLah
        AlhamduliLLah tahun ni kita dapat tumbangkan dua ekor lembu untuk Majlis Solat Hajat & Doa Restu calon2 PMR dan SPM tahun ni.. terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan...

        Petang tadi, kami warga maktab berewang sama2 untuk memastikan majlis yang akan berlangsung berjalan dengan lancar...

        Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa yang berwudhuk dan menyempurnakan wudhuknya, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurna. Maka akan diberi oleh Allah apa-apa yang dimintanya baik segera atau lambat." (Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad sahih dari Abu al Darda' R.A)


        "lembu dah selamat ditumbangkan.. terima kasih kepada penyumbang... "


        "abang2 hensem tengah potong tulang utk buat sup malam ni. "


        "budak2 ni baru nak belajar potong daging.."


        "pelajar puteri plak sibuk potong bawang..."


        "majlis dimulakan dengan bacaan yasin.."

          Thursday, September 27, 2012

          Annual Dinner SPM 2012

            BismiLLah
            Malam ni kami semua happy makan2 kat Holiday Inn Melaka meraikan calon2 SPM 2012 di Majlis Annual Dinner mereka..

            Ust doakan semua berjaya dengan cemerlang dalam SPM yang akan diduduki beberapa hari saja lagi.. 

            Allah s.w.t berfirman dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud : "Dan katakanlah wahai Muhammad : Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .”


            "bersama anak2 homeroom lepas kenyang makan2... "


            "bukan main seronok lagi budak2 ni semua.."


            "bersama geng2 di Annual Dinner SPM 2012.."

              Wednesday, September 26, 2012

              Ustaz Azari & Ustazah Mardiah



                BismiLLah
                Selamat Pengantin Baru buat Ustaz Mohd Azari dan pasangannya Ustazah Mardiah, kami sefamili doakan agar rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

                Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “
                barakah3.jpg
                "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.” [Sunan Tirmizi #1011, menurut Imam Tirmizi hadith ini bertaraf Hassan Sahih.]

                  Monday, September 24, 2012

                  Percutian Kemboja Vietnam 2012 [siri 4]

                    BismiLLah
                    Tempat yang paling popular untuk memberi belah di Vietnam ni pastinya Ben Thanh Market.. macam2 benda ada kat sini dan yang paling penting kena pandai tawar menawar..

                    Dan jangan lepaskan peluang untuk menyusuri sungai terpenting kat Vietnam ni iaitu Sungai Mekong.. peluang naik bot dan bersampan memang sangat memori buat kami.

                    tiba masa untuk berangkat pulang ke Malaysia, tak sabar nak jumpa baby Ulfah Aliya.. jumpa lagi dalam siri-siri percutian yang akan datang..


                    "baru selesai bershoping di Ben Thanh Market.. "


                    "nak naik bot untuk menyusuri Sungai Mekong.."


                    "pengalaman di Vietnam pasti tak kan dilupakan.."


                    "menaiki sampan di salah satu anak Sungai mekong.."


                    "masa untuk berangkat pulang ke tanah air.. "

                      Friday, September 21, 2012

                      Percutian Kemboja Vietnam 2012 [siri 3]

                        BismiLLah
                        setelah dua hari di Kemboja, sekarang masa untuk pusing2 di bumi Vietnam pula.. dan tempat yang mesti pergi bila dah sampai ke sini ialah Cu Chi tunnel..

                        Cu Chi tunnel ni ialah satu kompleks lorong bawah tanah yang digunakan semasa perang dengan pihak musuh di zaman penjajahan Vietnam.. Jangan lepaskan peluang untuk menyelinap terowong bawah tanah ni ok..


                        "kami dah bersedia nak masuk terowong bawah tanah.."


                        "ni tempat persembunyian dari musuh.. ngam2 saiz perut je lubang masuk dia.."


                        "adik manis pun tak lepaskan peluang utk try bersembunyi.."


                        "dalam terowong bawah tanah, kena merangkak !! "


                        "masih dikekalkan, paip air buluh.. "

                          Thursday, September 20, 2012

                          Percutian Kemboja Vietnam 2012 [siri 2]

                            BismiLLah
                            percutian selama 5 hari 4 malam di Kemboja dan Vietnam ni banyak mengukir kenangan manis kami adik beradik.. hari pertama tiba di Kemboja kami gunakan sepenuhnya utk ronda2 tempat2 menarik kat sini..

                            sehari semalam di Pnom Penh menyebabkan kami tak sempat nak ke Angkor Wat di Siem Reap sbb tempat tu agak jauh, maybe kami akan datang lagi lain kali..


                            "kami di muzium penjara dan tempat penyiksaan satu masa dahulu "


                            "tak lupa untuk bershoping di Pasar Seni. "


                            "malam kami pusing2 ke Istana Phnom Penh (Royal Palace)"


                            "cari makan di pasar malam.. susah nak cari yang halal kat sini.. "


                            "esoknya masa utk bergerak ke Vietnam, naik bas jer.. "

                            info: The Killing Field ialah sekolah yang dijadikan pusat tahanan rejim Pol Pot yg menempatkan kira-kira 8,000 tengkorak daripada tiga juta pembunuhan di seluruh Kemboja sekitar tahun 1975 hingga 1979, wowww!!

                              Wednesday, September 19, 2012

                              Percutian Kemboja Vietnam 2012 [siri 1]

                                BismiLLah
                                AlhamduliLLah, kami jalan bercuti lagi.. kali ni dua negara kami takluki iaitu Kemboja dan Vietnam.. Sebenarnya kami jalan bercuti ni masa bulan puasa hari tu, tapi baru sempat kongsi cerita dengan kawan2 semua..

                                kami amik flight dari LCCT ke Phnom Penh dan tidur satu malam di bandar yg sibuk dengan motosikal ni.. walaupun ni percutian bajet, tp keseronokan tetap kami rasai..


                                "baru tiba di Phnom Penh airport.. "


                                "seharian kami ronda2 Kemboja naik tuk-tuk.. "


                                "mcm mana la Ulfah kat M'sia agaknya kan..? "


                                "bergambar di menara tengkorak kat Killing Field.. "


                                "memori tempat pertama kami lawati, The Killing Field. "

                                  Thursday, September 06, 2012

                                  Sambutan Aidilfitri Maktab 2012



                                    BismiLLah
                                    Pagi tadi MRSM Terendak meriah dengan warna warni baju raya sempena Majlis Jamuan Aidilfitri... Selain daripada aktiviti makan, pelajar2 ada juga buat persembahan....

                                    lepas ni sapa2 nak buat open house raya jangan lupa jemput ustaz dan famili yer.. hehe.. Selamat  Hari Raya !!


                                    "Ahmad Irfan bergambar dengan ustaz hensemnya. "


                                    "adik2 form 1 buat persembahan lagu raya... "


                                    "kami semua mood happy hari ni.... "

                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...