Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, September 30, 2010

jejak kasih: kopok lekor tanjung lumpur


    "ingat lagikah kawan2 pada kopok lekor sagu tanjung lumpur?."

    BismiLLah..

    lama sungguh la tak ke Kuantan ni, rasanya dah dekat 5 tahun tak ke sini semenjak balik dari Jordan 2005 lalu... Sekarang ni kerap gak la singgah ke Kuantan ni sbb orang rumah bertugas kat Kerteh, jadi Kuantan ni memang akan lalu punya...

    seharian kami jalan2 & pusing2 bandar Kuantan.. banyak sangat berubahnya.. tak macam dulu masa kami geng2 IKIP -Yarmouk duduk di Palm Court.. bila dah sampai sini, kami berdua tak lepas peluang gi beraya rumah Alias di Bukit Sekilau dan papa & mama angkat di Kuantan Port, macam jejak kaseh gitu...

    satu lagi ingatan yg pasti geng2 Ikip - Yarmouk tak kan lupa, ialah Kopok Lekor tepung sagu kat Tanjung Lumpur.. sampai tersesat2 kami berdua cari kedai makcik2 ni.. dan akhirnya, Kopok Lekor Tanjung Lumpur kami temui.. serius, rasa dia maseh sedappppppppppp macam dulu lagi...


    "amboi... makan tak ingat orang sebelah yer.."


    "teruja dapat jumpa kopok lekor tanjung lumpur ni lagi.."

      Thursday, September 23, 2010

      Ust Mohd Puad Md Lip

        BismiLLah..

        masa mula2 melapor diri di MRSM Terendak pada Mei 2006, Ust Puad adalah mentor untuk dijadikan tempat rujukan. keperibadiannya yang menggambarkan ketenangan dan ketelitiannya dalam kerja memang menunjukkan yang Ust Puad memang seorang guru yang berwibawa dan berdedikasi.

        walaupun jodoh kami tak panjang, sebab Ust Puad diarahkan berpindah ke MRSM Alor Gajah.. namun begitu, ukhwah kami tak pernah renggang sehinggalah Ust Puad dahpun bersara kini...

        dan malam tadi, kami wakil Unit Agama bergerak ke rumah Ust Puad untuk menziarahi beliau sempena bulan Aidilfitri mulia ni.. Ust semakin sehat sekarang dan Ust Puad boleh dihubungi kat wall facebooknya..


        "bergambar bersama Ust Puad di rumahnya ."


        "kami bersama2 berjuang untuk anak bangsa"

          Monday, September 20, 2010

          sambutan raya maktab..

            BismiLLah..

            hari ni dah mula sekolah semula.. budak2 pun kepala maseh ting tong ingat kat raya lagi.. dan petang tadi kami buat sambutan raya kat teres teratai.. macam2 makanan dan kuih raya ada.. budak2 plak bergaya dengan baju raya masing.. teres dah macam pelangi berwarna warni...

            dan malam ni, kami pakat2 nak datang beraya rumah Kak Wan (HEA Terendak).. kenyang amat perut ni.. makan kuew teow, KFC, buah dan paleng best, kuih2 raya kat rumah Kak Wan semuanya sedap2 belaka.. terima kaseh daun keladi, lain kali kami datang lagi..

            sedang menanti jemputan rumah terbuka dengan terbuka hati.. hehe


            "apahal ramai baju raya warna biru ni?? ."


            "anak2 dara menjamu selera raya"


            "gembira budak2 ni lepas kenyang makan"


            "kami beraya ke rumah HEA,terima kaseh Kak Wan"

              Sunday, September 19, 2010

              jalan2 raya..

                BismiLLah..

                raya tahun ni juga penuh dengan kelainan.. kalau tahun lepas maseh lagi beraya dengan kawan2 kat kampung ber"baraan" dan marhaban, tp tahun ni jalan2 raya dengan isteri dan famili...

                kalau tahun lepas maseh dapat beraya dengan Ijam, Akmal dan Bern ke rumah kawan2.. tp tahun ni semua tu tak berlaku.. serius memori tu tak kan dilupa sampai bila2..

                dan jalan2 raya tahun ni lebih bermakna bila isteri sentiasa ada di sisi.. buat semua yg sudi beraya datang ke rumah kami, dan yg sudi menerima kunjungan kami, terima kaseh diucapkan.. jom jalan2 raya !!


                "Bob dan kawan2nya yg datang beraya.."


                "suasana raya di rumah keluarga bukit Katil"


                "masa datang beraya ke rumah Helmi dan Hawa"

                  Friday, September 10, 2010

                  Aidilfitri pertama sebagai suami isteri



                    BismiLLah..

                    Raya tahun ni merupakan Aidilfitri pertama kami sebagai suami isteri.. ramai la yg bertanya, "macam mana raya tahun ni??" susah nak gambarkan kegembiraan ni, pastinya mereka yg pernah melaluinya juga akan alami perasaan gembira seperti kami...

                    kami menyusun jari, memohon kemaafan di lebaran mulia ini.. ingat anak2 buah Pak Teh semua, walaupun kita semua seronok bergembira, namun adab2 berhari raya mestilah sama2 kita terus amalkan yer..

                    hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud: "Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir."


                    "Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga di Parit Sulong."








                      Thursday, September 09, 2010

                      Iftar Jamie & Majlis Mahabbah anak2 yatim

                        BismiLLah..

                        Majlis Iftar Jamie, Ceramah Nuzul Quran & Khatam al-Quran


                        macam biasa la, tiap tahun kami di unit agama pasti akan menganjurkan aktiviti kemuncak dalam menghidupkan Bulan Ramadhan ni.. dan petang kelmarin kami anjurkan program ni di surau al-Isyra'.. AlhamduliLLah semuanya berjalan lancar..


                        "Ceramah nuzul quran dari Ust Fariz MRSM Gemencheh."


                        "khatam Quran yang diketuai oleh Ust Wahab."

                        Majlis Mahabbah anak2 yatim

                        dan petang tadi, satu lagi majlis kami adakan khas untuk anak2 yatim yg ada di maktab ni.. selain dapat berbuka sama2, adalah sikit duit raya untuk mereka bawa pulang cuti panjang raya kali ni..


                        "berbuka puasa bersama anak2 yatim"


                        "sedikit duit raya untuk mereka."

                          Wednesday, September 01, 2010

                          buka puasa bersama geng Unit PAI & Bahasa Arab

                            BismiLLah..

                            Rasulullah s.a.w bersabda Orang yang memberi makan dan bersyukur kepada Allah, tarafnya sama dengan orang yang berpuasa.

                            Dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT berfirman: “Sebaik-baik hamba-Ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.

                            Petang tadi, kami Unit Pendidikan Islam & Bahasa Arab berbuka bersama di Restoran Sri Percik.. tapi sayang sebab Ustazah Adibah dan familinya tak dapat sama2 bersama kami..

                            Mudah2an ukhwah kita di dalam usrah unit ni berkekalan sampai bila2.. terima kaseh semua...


                            "ABC evolusi.. memang tak tahan beb.."


                            "ni la sebahagian keluarga besar kami di Unit PAI"


                            "Kami berdua pun turut sama di majlis berbuka ni."


                            "lihat saja anak ust Shahril ni menikmati lazatnya ABC."

                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...