Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, July 14, 2010

AlhamduliLLah.. my city



    BismiLLah..
    dan AlhamduliLLah... kita kena sentiasa bersyukur atas semua nikmat yang ALLah kurniakan kepada kita... dan salah satu cara bersyukur adalah dengan bersujud syukur.

    pernah ada student tanya "ustaz, macam mana nak buat sujud syukur ?
    "
    Dr Wahbah Zuhailie menulis, Mazhab Syafie menyatakan bahawa sujud syukur ada 5 rukun didalamnya iaitu: (a) Berniat. (b) Takbiratul Ihram (c) Sujud satu kali sahaja. (d) Duduk selepas sujud dan (e) Memberi salam.

    caranya dilakukan dengan bertakbir kemudian turun sujud. kita boleh membaca di dalam sujud mana-mana bacaan sujud biasa seperti: سُبْحَانَ رَبِّيَ الأعْلى atau:
    اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ ، وَبِكَ آمَنْتُ ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ ، سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ ،تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

    Kemudian jika dia mahu, dia boleh berdoa dengan sebarang doa yang bersesuaian dengannya. Setelah itu dia mengangkat kepalanya tanpa perlu takbir, dan salam.

    akhir kata, kepada semua yang ingin memulakan pemanduan, jangan lupa baca doa yer..

      2 comments:

      Mohd AmiruL AsraF said...

      cantik kete..bagus..honda city jugak plihan uztaz..=)

      My Life said...

      salam..

      alhamdulillah..

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...