[Masjid Nan Dou Ya]
sepanjang 6 hami kembara kami di bumi Beijing ni, kami sempat beriktikaf di tiga masjid utama yang terdapat di sini.. Masjid pertama adalah Masjid Nan Dou Ya, bangunannya masih lagi mengekalkan seni ukiran China, unik dan menarik utk dihayati..
"beberapa snap di Masjid Nan Dou Ya "
[Masjid Niujie]
Masjid ni memang menunjukkan yg kita sedang di China, seni binaan dan ukirannya memang sangat memukau.. untuk bacaan lanjut tentang Masjid Niujie ni, anda boleh baca klik sini.. kat bawah ni ada beberapa gambar yg sempat di snap semasa berhenti solat di sini..
"di luar kawasan Masjid Niujie"
[Masjid Jambatan AN HUA]
dan ini adalah masjid terakhir yg sempat kami ziarah semasa kat Beijing hari tuh.. Dari Abu Qatadah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kalau sekiranya salah satu di antara kalian masuk ke dalam masjid maka dilarang untuk duduk di dalamnya sebelum mengerjakan solat dua rakaat (solat Tahiyatul Masjid)"
No comments:
Post a Comment