Malam Maulidurrasul kami beramai2 membaca rawi berzanji, berselawat ke atas nabi dan Kumpulan Marhaban Maktab mengalunkan kemerduan suara mereka menerusi bacaan marhaban..
InsyaALLah untuk masa akan datang, kami nak sediakan maksud bacaan berzanji ni untuk pelajar2 lebih memahami himpunan kisah kelahiran dan riwayat hidup Rasulullah S.A.W yg dibaca ni.
Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: "Tidak dianggap sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
"mengetuai bacaan berzanji dan selawat."
"Selawat dan salam buat junjungan S.A.W..."
"bersama2 mengalunkan bacaan selawat kepada Baginda.."
"menyemarakkan rasa cinta kepada rasul tercinta..."
1 comment:
Benarkah maksud bacaan berzanji ada kalimat seperti ini :-
Hambamu yang miskin mengharapkan
“Karuniamu (wahai Rasul) yang sangat banyak”
Padamu aku telah berbaik sangka
“Wahai pemberi kabar gembira dan Pemberi Peringatan”
Maka tolonglah Aku, selamatkan Aku
“Wahai Penyelamat dari Sa’iir (Neraka)”
Wahai penolongku dan tempat berlindungku
“Dalam perkara-perkara besar dan berat yang menimpaku”
Post a Comment