Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, November 15, 2010

pengorbanan satu kemestian..



    BismiLLah..
    Lokasi: Masjid Pengkalan Balak, Melaka.

    Bertepatan dengan Aidiladha yng akan kita sambut Rabu ni, mimbar Jumaat minggu ni menyentuh tentang pengorbanan.. rasanya, Tok Imam tak perlu lagi ceritakan kisah Nabi Ibrahim yang menyembelih anaknya Nabi Ismail, sebab kisah tu amat la popular kat tadika PASTI.. hampir semua orang dah tahu...



    sewajarnya mimbar mengingatkan para jemaah tentang orang2 sekeliling kita yang dah banyak berkorban sampai la kita boleh berdiri hari ni:

    1; pengorbanan mak dan ayah.. memang tak siapa dapat sangkal pengorbanan mereka, sampai mereka menghembuskan nafas terkahir pun belum tentu kita anak2 ni dapat membalasnya.. janga lupa sentiasa doakan mereka...

    2: pengorbanan guru2.. Ust amat yakin ramai tak perasan tentang perkara ni.. tp percayalah, pengorbanan guru2 juga begitu hebat sebenarnya untuk melihat setiap anak didiknya berjaya... jangan lupa berterima kaseh pada mereka...

    3: pengorbanan diri sendiri.. ANDA perlu banyak berkorban utk berjaya !! korbankan sedikit masa tidur utk stay up study.. korbankan sedikit masa main utk membuat ulangkaji.. korbankan waktu ber facebook utk membuat latih tubi...



    akhir kata, kami di @spirasiku mengucapkan Salam AidilAdha.. lakukanlah sedikit pengorbanan utk memastikan kita berjaya di masa hadapan.. berkorban utk dakwah & juga agama..

    Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas”. (riwayat muslim)

      2 comments:

      izzahime68 said...

      thanks utz..
      masukkan gambar saya...
      XDD

      Tony Saidi said...

      izah.. ko ni kenapa..
      dlm post ni cuma adagambar lembu ngan pakcik berjambang tu.. mana ada gambar awak... ishk2...

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...