BismiLLah..
Lokasi: Masjid Jamek Kg Parit Othman, Pari Sulong.
mimbar minggu ni menyeru agar kita selalu bersedekah, membantu golongan2 yg memerlukan.. tak payah tanya orang lain, tanya diri masing2.. dalam sehari berapa kali kita bersedekah?, dalam semingu? dalam sebulan? paling kurang masukkan la singgit dua kat tabung masjid hari Jumaat tu yer....
cuma tak berapa setuju dgn aktiviti "tabung bergerak" masa jemaah dengar khutbah.. macam menggangu tumpuan.. kalau gerakkan sebelum khutbah ok rasanya.. bunyi roda tabung tu jer dah dengar dari saff belakang, tak ganggu ke namanya..
sedekah yang palin utama adalah benda2 yang kita sayang atau setaraf dengannya, tp ni la yang paling susahkan... siapa kat sini tak sayang duit dia??
firman Allah yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi " (Ali-Imraan : 92)
dan kalau susah sangat nak keluarkan $$ bersedekah, buatlah baik dan amal kebaikan yer.. mudah2an ALLah terima perkara tu sebagai sedekah kita...
Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “ Tiap-tiap perkara yang maaruf menjadi sedekah. Antara perkara yang maaruf itu hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesame anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang di bawanya.” (Riwayat Imam Ahmad).
No comments:
Post a Comment