BismiLLah..
Lokasi: Masjid Jamek Saidina Ali, Bukit Katil, Melaka
macam tak serius pun ada, bila Pak Khatib sebut tajuk khutbah hari ni "Kefardhuan Sembahyang Jumaat".. rasanya kat tadika PASTI, adik2 kat situ dah diajar cara melaksanakan dan betapa pentingnya Solat Jumaat ni.
Jemaah semua berasa agak hampa bila sepatutnya kat sini dapat peluang untuk mendengar isu2 yang lebih utama dari mimbar.. tp tak mengapa, kita refresh semula ilmu kita yg sedia ada semenjak zaman kita kat tadika PASTI lg ni..
cuma ada la segelintir yg WAJIB amik note, yg selalu ponteng Solat Jumaat.. tapi kalau dia ponteng, cam mana nak dengar kutbah hari ni kan.. harap2 dia baca la bingkisan khutbah ni.. hehe
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: ”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Muslim)
satu perkara yg tak disentuh Pak Khatib tadi adalah tentang lewat datang ke Masjid utk Solat Jumaat, kadang2 imam dah nak takbir baru ar golongan ni sampai..
mcm2 alasan la diaorag ni bg, kata nak gi makan dulu la, nak berehat dulu lelapkan mata seketika.. kan bagus kalau ikut mcm Kelantan & Ganu, cuti pd hari Jumaat.. tiada lagi alasan LAMBAT utk gi Masjid lg lepas ni...
No comments:
Post a Comment