Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, February 08, 2010

Dijah Jesa de MRSM Muar

BismiLLah..
Tahniah buat Khadijah Jesa.. welcome to the club, kerana kini bergelar ustazah di MRSM Muar.. memang rezki la tu Jah, dapat ngajar satu tempat dengan suami sendiri..

selamat bertugas, dan sama2 kita terus mendidik anak bangsa.. ingat kawan2, walau dimana kita berada, namun perjuangan kita tetap sama..

    Sunday, February 07, 2010

    sama macam gaji kami ustat !!!

    BismiLLah..
    pagi tadi kena jaga outing budak kat balai pengawal.. tak la ramai mana budak outing hari ni, ramai yg dah outing semalam...



    "Ust, malam tadi si Shahrul bawak kete baru ker ?"


    "haah bang, baru beli.. tapi kete second la.. kete wira lama dia dah jual kat budak petronas" jawab sambil tanda tangan kad outing budak..

    "tu kalau bulan2, bayar berapa ust ?" tanya abg guard ni lagi..

    "dalam 500 lebih la rasanya bang"

    "mak aiii !!, sama macam gaji kami sebulan kerja ust.."

    sampai rumah, duduk jap atas katil sebelum bersiap nak sembahyang asar.. berfikir; boleh hidup ker kalau gaji aku 500 lebih jer?? nak bayar kete, isi minyak, kalau dah berkeluarga mcm mana, nak bagi duit belanja kat mak dan adik, beli baju dan shoping, nak makan tiap hari, dan banyak lagi benda aku perlukan !!

    lepas wuduk, terus sembahyang.. aku WAJIB bersyukur untuk segala nikmat ini.. AlhamduliLLah..

      Saturday, February 06, 2010

      jamuan Form 5 bersama En Hata

      BismiLLah..
      tadi budak2 Form 5 dijamu ayam BBQ kat rumah Ust Shahril.. jamuan ni En Hata yang sponser, walupun En Hata dah pindah jadi HEP kat Kolej MARA Banting, tapi memori memegang jawatan sebagai HEA kat Terendak ni tetap bertahta di hati beliau...

      tujuan En Hata datang mlm ni takda lain, melainkan memberi nasehat yg cukup bermakna kepada anaknya dan calon2 SPM 2010 agar berusaha bersungguh2 untuk menggapai kecemerlangan str8 A+'s SPM tahun ni..

      terima kaseh En Hata, semoga terus panjang umur dgn kesehatan yang baik dan dilimpahkan rezqi yang halal..

      Daripada Abi Malik Al-Haris bin Asim Al-Asya’ri r.a katanya: berkata Rasulullah SAW: "Kebersihan sebahagian daripada Iman. Alhamdulillah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Walhamdulillah keduanya memenuhi timbangan, atau kedua-duanya memenuhi antara langit dan bumi. Sembahyang itu nur, sedekah itu bukti, sabar itu cahaya, Al-Quran menjadi hujah bagi kamu ataupun ke atas kamu dan semua manusia keluar pagi-pagi serta menjual dirinya: bebas api neraka atau beroleh dosa" (Diriwayatkan oleh Muslim)..


      "En Hata memberikan amanat dan nasihat"


      "budak2 tekun mendengar amanat En Hata"


      "menanti jamuan BBQ bermula"


      "kami dan En Hata tak bisa dipisahkan, hehe"
        Blog Widget by LinkWithin