Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, February 25, 2007

Anak sulung Alias & Ayu

    kalau semua perasan, ada 2 post khas cerita pasal Ayu dan Alias kat aspirasiku ni:AA = Alias & Ayu serta Alias & Ayu sejoli

    dan kali ni sekali lagi, bukan cerita tentang mereka berdua, malah hari ni sudah bertiga. TAHNIAH di atas kelahiran baby baru jam 8 lebih pagi tadi, baby girl...

    cepat sungguh masa berlalu dan kini mereka bergelar ayah dan ibu... semoga baby cepat membesar untuk perancangan tambahan baby lagi ok, hehe3x..






      Thursday, February 22, 2007

      Birthday Hadi dan pernikahannya

        Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 25 buat Hadi dan Selamat Pengantin Baru kerana telah selamat diijab kabulkan sebagai suami kepada Safwanida di majlis akad nikah yang berlangsung pada hari ni...

        pandai pilih tarikh Hadi ni, dan kebetulan malam ni malam Jumaat, malam sunat, hehehe...

        diucapkan semoga Hadi dan isteri bahagia hingga ke hujung usia, jangan lupa hantar kad jemputan majlis walimah nanti ye... Lepas ni jangan lupa doakan kawan2 biar ikut jejak langkah enta, doa pengantin baru banyak berkatnya tau, hehe..


        "gambar terbaru Hadi dan family..."

          Tuesday, February 20, 2007

          Bang Man ke Johor

            petang semalam bang man, ijam dan sahrin datang rumah dalam misi memeriahkan ekpidisi bang man ke Johor.. malam tu kami jumpa Hazwan kat restoran seefood kat pekan, restoran tu mmg servis dia agak lembab, Ijam la paling hangin sbb teh tarik dia paling lambat dapat.. kesian hazwan skrg, makin kurus dia, nasib baik tak amik gambar dengan dia, tak sampai hati nak tunjuk kat korang.. ko kena banyak sikit makan Wan lepas ni yer...

            pagi lepas sarapan kami bertolak ke rumah Bern, amik Zamri kat pekan.. cerita pasal Zamri, esok petang dia dah nak terbang ke Kota Samarahan Sarawak, dapat jadi pensyarah kat UiTM Samarahan, tahniah Zam.. kat mana pun berada semoga ukhwah kita tetap utuh sediakala ok, jangan plak lepas ni, ko balik semenanjung cuma pakai cawat orang Iban tu dah la, hehehe.. malu kompeni wei !!...

            akmal dah ada kat rumah Bern, jadinya kita orang pun terus la ke Gunung Ledang seperti dirancangkan, ingat nak bersantai sambil mandi manda dengan Bang Man, sekali tu hujan selebat2nya.. yg paling tak patut kita orang dah kat atas gunung, last2 lepak bawah pondok jer bermandikan air hujan, takpa la Bang Man, takda rezki nak mandi air terjun, lain kali kita datang lagi ok..





            dah tak dapat mandi, kita orang jalan2 ke Bandar Muor jer, makan rojak dan ABC.. lepas solat Asar balik BP.. Bang Man, Ijam dan Sahrin nak balik JB mlm ni jugak, sbb esok pagi Bang Man dah nak gerak balik KB.. terima kasih Bang Man sbb sudi ziarah kami kat Johor ni, layanan tak sebaik mana pun, tapi harap sangat biar benda ni jadi memori indah kita bersama, cehh ayat jiwang ni...

            TAHUKAH ANDA: Bang Man akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 6 nanti, InsyaAllah.. dengan siapa? adakah Ban Man masih ingin bersanding di atas perahu seperti dirancangkan? kita nantikan di Jun 2007 nanti.. cayok....


            berlatar belakangkan sawah padi dirumah Bern..Bang Man terkihik2 sbb tak dapat mandi air terjun, kecewakah?..
            kenangan lepas makan rojak dan ABC..semoga ukhwah ini kekal bersemi..

              Wednesday, February 14, 2007

              kuiz & nasyid

                BismiLLah..
                semalam bawak pelajar ke pertandingan nasyid dan kuiz sempena Ma'al Hijrah 1428h peringkat kawasan Mesjid Tanah, Melaka.... dan Alhamdulillah peserta2 kuiz berjaya menjadi johan dan akan mewakili kawasan Mesjid Tanah untuk ke peringkat negeri...

                budak2 nasyid dapat nombor 4 drpd 11 pasukan, kira ok la tu.. mana taknya malam sebelum bertanding baru sibuk nak berlatih, kalau dari awal dah berlatih mesti boleh menang punya, sayang betul ar... takpa ar, lain kali kita cuba lagi, okay... 


                cuma nak bagi tahu, lagu kumpulan yang menang tu ada sebut perkataan "Islam Hadhari" lebih 13 kali dalam nasyid diaorang, maybe ada markah lebih kat situ.. tak habis2 dengan Islam Hadhari..


                (persembahan dari MRSM Terendak..kegemilangan Nasyid..)


                (menunggu keputusan diumumkan..)


                (Johan kuiz dan MRSM TDK akan ke peringkat negeri.)


                (bersama kumpulan nasyed maktab....)

                  Sunday, February 04, 2007

                  kem kepimpinan pelajar bersama ATM

                    combat village.. 

                    BismiLLah..
                    gambar kenangan di kem kepimpinan pelajar yg diadakan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia di 3 DIV Kem ATM Terendak, Melaka

                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...