Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, February 29, 2012

Ulfah Aliya di Februari 2012

    BismiLLah..
    Gambar2 Ulfah Aliya di Bulan Februari...


    "bersantai atas riba lepas makan tengahari.."


    "happy nak jalan2 ke Kuala Terengganu.."


    "tertidur masa shoping di Jaya JJ Ayer Kroh Melaka.."


    "pilih kain di Pasar Payang.."

      Sunday, February 26, 2012

      Merentas Desa 2012 milik Alau

        BismiLLah..
        hari ni kami di maktab berpesta warna warni ikut tema rumah sukan.. Semua budak kena berlari "Merentas Desa" mengelilingi kawasan Kem Terendak...

        AlhamduliLLah, semua pelajar dapat selesaikan larian hingga ke garisan penamat, cuma cepat atau lambat jer.. dan seperti di jangka, ALAUDDIN mengekalkan kejuaraan dari tahun lepas...

        dan yang best, beberapa orang budak laki ex SPM 2011 pun ada datang, dah rindu kat maktab katanya, hehe...


        "kami pun semangat pakai baju ikut warna rumah sukan.."


        "Ust Tajul pun nak sama2 lari tu, boleh menang tak syeh ??.."


        "kami jaga kat penamat.. budak Alau ni Zaid no 1..."


        "mengekalkan kejuaraan dari tahun lepas.. ALAU kekal JOHAN."


        "menerima kunjungan budak2 yg dah rindu kat maktab..."

          Friday, February 24, 2012

          Jumpa member lama di Bangi - SPM 2009

            BismiLLah..
            Seminggu berada di Empress Hotel, Sepang untuk "Mesyuarat Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) & Dokumen Standard Prestasi Form 1"... panjang tul la nama mesyuarat ni ..

            walaupun Mesyuarat ni sampai malam, tapi kesempatan utk bertemu member2 lama kat Bangi tak dilepaskan.. mereka ni member2 baik kat maktab masa diaorang SPM 2009...

            Terima kaseh buat Man, Amir, Jiji dan Amar yg sudi luangkan masa utk lepak2 ngan ustat mlm ni.. kami lepas sampai kedai makan tu tutup...


            "luqman yg makin slim dan Amir yg makin matang tuturnya.."


            "bersama Jiji yg hensem dan Amar si budak sport...."


            "terima kaseh sekali lagi sbb sudi lepak2 ngan ust.."

              Thursday, February 23, 2012

              kami di Ismah Beach Resort



                BismiLLah..
                semasa program Mukhayyam Nuqaba' hari tu, kami se-famili menginap kat situ.. peluang hujung minggu kami gunakan sebaik mungkin untuk dinikmati bersama...

                Ulfah Aliya maseh lum bersedia nak mandi laut lagi, jadi aktiviti mandi laut kami tangguhkan untuk program akan datang.. hehe

                Firman Allah yang bermaksud: "Tuhan-mu adalah yang melayarkan kapal-kapal di lautan untukmu, agar kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyayang terhadapmu."(Al-Israa:66)


                "pasangan romantik berpacaran di tepian pantai.."


                "water confidence untuk Ulfah Aliya pagi2 ni.."


                "common Aliya !! jangan takut.. ni baru kat gigi air jer la...."


                "Aliya lum bersedia lagi nak mandi laut, takpa, nanti kita try lagi k."


                "pijak pasir pun siap enjit2 kaki tau Aliya ni.."

                  Wednesday, February 22, 2012

                  Gold Medal untuk MRSM Terendak

                    BismiLLah..
                    Tahniah dan kami semua tumpang bangga bila MRSM Terendak berjaya merangkul gold medal di International Youth Invention Exhibition yang diadakan di Far East Universiti, Taiwan.

                    MRSM Terendak diwakili oleh  Dhiyauddin, Najmi dan Shafiq, calon2 cemerlang SPM tahun ni, InysaALLah.. dan kalau nak tau lebih lanjut cerita kat Taiwan ni, boleh klik blog Sir Firdause.. klik sini
                     

                    "mereka bertiga juga merupakan naqib usrah di maktab .. "


                    " Najmi sedang ditemuramah oleh pemberita.. "


                    "sambutan meriah di KLIA menyambut kepulangan mereka"

                    Jom tengok kupasan berita ciptaan MRSM Terendak di Berita TV Al-Hijrah:

                      Wednesday, February 15, 2012

                      Mukhayyam Nuqaba' 2012

                        BismiLLah..
                        walaupun hujung minggu ni cuti panjang sempena Sambutan Maulidurrasul, kami Unit Agama sempat juga curi masa bawak para naqib dan naqibah ke perkhemahan di Ismah Beach Resort..

                        mudah2an usaha yang sedikit ni mampu membawa satu perubahan yang baik dalam group usrah kat maktab kita..

                        Firman Allah yang bermaksud: "Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfa’at bagi orang-orang beriman."(Az-Zariyat : 55)


                        "naqibah dalam aktiviti berkumpulan..."


                        "laungan semangat islamik dari kumpulan naqib.."


                        "Ust Azari menguji telur bungkus dari salah satu kumpulan.."


                        "aktiviti belon dan perut.. seronok budak2 ni.."


                        "naqibah pun kena turun riadah jugak yer.."

                          Sunday, February 05, 2012

                          santai hujung minggu @ Pantai Kemasik

                            BismiLLah..
                            hujung minggu sebelum bergerak balik ke Melaka, kami sefamili sempat bersantai kat Pantai Kemasik, dekat2 dengan Kerteh ni...

                            Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.” (At-Tabrani)


                            "Ulfah Aliya happy macam ayah dia...."


                            "Ulfah Aliya dengan ummi plak.."


                            "geram macam nak gigit pipi si Aliya ni lah....."


                            "doakan Ulfah Aliya jadi anak yg baik..."

                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...