Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, April 25, 2009

berbuku di pesta buku

    berbuku dgn anak2 homeroom..

    berbuku dgn tekun..

    BismiLLah..
    esok merupakan hari last Pesta Buku Antarabangsa, jadi kita orang sehomeroom pun pakat2 nak berbuku kat sana. dan akhirnya program berjalan dgn baik, dari pagi sampi la ke petang kami berbuku kat sini.. mcm2 buku ada sampai tak terpilih jadinya.. daripada bawak budak2 ni ke tempat yg ntah hapa2 tu, bagus lagi berbuku kat sini kan...

    JUMPA FAISAL TEHRANI..
    dekat pentas utama ada forum yg dipenali oleh orang2 hebat negara antaranya sasterawan negara dan juga penulis terkenal, Faisal Tehrani.. tetarik dgn topik yg dibincangkan iaitu "perjuangan PPSMI".. dan kalau nak tahu lebih lanjut pasal perjalanan perjuangan ni, korang cuba klik sini, dan baca sendiri..

    dan masa berbuku tu, sempat gak bergambar dgn En Faisal ni sebagai kenang2an, boley ??...

    berbuku dgn Faisal Tehrani..

      Wednesday, April 22, 2009

      expidisi ke Cosmo’s World Theme Park

        takutnya !!..

        BismiLLah..
        pernah ker korang naik roller coaster? tak kira la kecik ke besar, benda tu memang menyeronokkan.. hari tu masa cuti Melaka Bersejarah, kami ahli rumah bujang berjalan2 ke Berjaya Times Square kat KL menghabiskan sisa2 duit yg ada ni utk mencari hikmah dalam mengembara.. hehe

        mcm nak tercabut jantung naik benda2 menggayatkan kat situ, dari berpusing2 sampai la naik pening kita orang, huh.. memang mencabar betul expidisi kali ni.. bukan la tujuan berpoya2 semata, tapi nak rasa pengalaman baru, hampir semua permainan yg ada kat situ kita orang naik, memang mencabar kelakian, tak caya korang cuba la yer...

          Monday, April 20, 2009

          Bahasa Arab; susah ke?

            BismiLLah..
            hujung minggu ni kami buat program Kem Bahasa Arab kat PNK resort. mmg program ni MRSM yg anjurkan, tapi kami jemput gak guru2dan pelajar2 dari sekolah luar utk sama2 timba pengalaman kat kem ni..

            sebenarnya kem ni lebih fokus untuk students yg akan amik Bahasa Arab dalam PMR tahun ni, pengisian kita lebihkan kepada cara menjawab soalan dan teknik2 berkesan untuk scor A dalam subjek yg dianggab subjek killer ni..

            ada satu slot khas yg memang best iaitu mcm mana kita nak naikkan semangat belajar Bahasa al-Quran ni.. penceramah yg kami jemput ialah seorang yang tidak asing menjadi pengerusi majlis tilawah al-Quran peringkat antarabangsa, al Fadhil Ust Mahamud Abdul.. beliau kini adalah Yang diPertuan, Persatuan Bahasa Arab Malaysia..

            sebelum Ust Mahmud bergerak pulang, sempat dia berpesan: "utk martabatkan Bahasa Arab, antum kena banyak mujahadah"....

            kenangan bersama ustaz Mahamud..

              Saturday, April 18, 2009

              Hi-Tea tajaan MUAFAKAT

                BismiLLah..
                ptg tadi kami guru2 semua diraikan dalam jamiuan hi-tea anjuran MUAFAKAT MRSM Terendak kat Mahkota Hotel. walaupun cuma hi-tea jer, tp insentif mcm ni mmmg patut diberi pada cikgu2 yg banyak berkorban utk kecemerlangan pelajar2...

                kaya ker jadi cikgu? glamour ker jadi cikgu?? profesion perguruan memang tak kan kaya, apatah lagi glomour.. tapi ada sesuatu yg mungkin susah kita nak dapat dalam kerja lain, jika kita betul2 ikhlas menabur jasa, apa dia? pikir la sendiri yer..

                tak sabar nak tunggu Hari Guru bulan depan..

                kenangan di Mahkota Hotel..

                  Monday, April 13, 2009

                  tengok kuda sengal..

                    BismiLLah..
                    petang smlm ada bawak budak2 ni tengok penganjuran lumba kuda kat Stadium Hang Jebat, benda ni arahan dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, kang tak datang kata derhaka pulak..

                    tp memang tak patut benda ni diwajibkan datang, takda benda yg menarik pun selain tengok kuda kat tengah padang, pastu bila dah dilepaskan entah ke mana kuda tu berlari.. tak sampai 5 minit pun acara pelepasan tu, memang buang masa jer..

                    dalam surat tu kata Yg Dipertuan Agung Sultan Mizan pun turut sama berlumba pukul 5.00 ptg tu, tp agung sampai pukul 6.00 ptg utk pelepasan jam 6.30 ptg.. takda masa kita orang nak tunggu. "Jom balik !!" korang berkuda kat asrama je yer.. hehe.....

                    antara buak2 laki yg pergi sama..

                    kuda ker penganjur yang sengal?..

                    boring muka mamat ni..

                      Sunday, April 12, 2009

                      Kem PMR di Kompleks Falak al-Khawarizmi

                        BismiLLah..
                        dari semalam sampailah hari ni, Jabatan Sains Sosial buat Kem Kecemerlangan utk budak2 PMR 2009 kat Komples Falak Al-Khawarizmi. tempat ni mmg best dan selesa, selain fasilitis yang baik, suasana nyaman tepi laut begitu mengghiurkan..

                        TREASURE HUNT AGAMA ISLAM

                        untuk subjek agama, kami buat treasure hunt, bagi budak2 penat sampai nak mati, haha.. padan muka korang, ingat subjek agama cuma duduk kat surau jer ker, bila kita buat mcm ni baru korang rasakan yg sebenarnya agama ni mencakupi pelbagai aspek, kecerdasan fizikal dan mental.. sapa2 yg nak tahu mcm mana kami buat treasure hunt, ni sila la buat lawatan ke terendak yer..

                        QIAMULAIL DE PANTAI

                        sepanjang menguruskan kem budak2 ni, rasanya ni la kali pertama buat qiamulail kat atas pasir di tepi pantai.. buat satu kelainan yg pastinya menghidupkan suasana pagi hening sunyi utk lebih rasa dekat pada yg Maha Esa.. terima kasih gak buat cikgu2 lain yg sama2 join program pagi ni.

                        Dari Aisyah r.a katanya; "Nabi S.A.W itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;" Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" baginda lalu bersabda, "Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur." (Muttafaqun 'alaih)..

                        Dari Abu Umamah ra, dari Nabi saw sabdanya :"Sesiapa yang pergi ke tempat tidurnya dalam keadaan suci sambil berzikir kepada Allah sehingga dilenakan oleh mengantuk (sehingga tertidur), maka apabila dia terjaga pada suatu ketika daripada waktu malam, lalu memohon daripada Allah sesuatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya apa yang dipintanya.” (Riwayat at-Tirmizi)...

                        jemaah lelaki..

                        jemaah perempuan plak..

                        cikgu2 yg turut sama..

                        bergambar sambil ingat ALLah..

                        di majlis penutup..

                          Saturday, April 04, 2009

                          bicara motivasi - ustazah 11A1 SPM

                            BismiLLah..
                            malam ni satu program khas kami anjurkan kat surau, "Bicara Motivasi" utk pertama kalinya ni kami jemput seorang cikgu yg sekarang ni bertugas kat maktab sebagai cikgu ganti cuti bersalin. Nama dia Syarifah Noor Rusydiah bte Syed Najmuddin..

                            biar pengalaman yang dilalui oleh ustazah ni dari zaman belajarnya sampailah mendapat keputusan cemerlang di Universiti Petronas menjadi pemangkin pada budak2 terutamanya yg nak amik SPM tahun ni.. mana tak nya, SPM ustazah ni 11A1, dan ustazah Syarifah telah dihantar ke German oleh pihak U utk buat praktikal kat sana.. hebat betul..

                            lain kali kita cuba panggil Nik Nor Madihah plak, tu pun kalau dia tak pergi Jordan lagi.. Tahniah Madihah sbb memilih bumi Jordan utk menyambung pelajaran...

                            bicara motivasi kat surau..

                            Ustazah Syarifah Rusdiah..

                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...