Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, November 28, 2008

WOW !! kelibatku di dalam majalah.

    dapatkan majalah ni k..

    BismiLLah..
    mcm tak caya, tp ni la kenyataannya. ada kelibat seorang rakyat Malaysia yg macho dan cool telah ditemui di halaman 21 Majalah e@siswa keluaran Karangkraf edisi bulan November..

    sebenarnya artikel tu cerita pasal kegemilangan MRSM Terendak yg kini telah menyambut Jubli Perak. dan seiring dgn usianya, banyak kejayaan yg telah dicapai, tak caya kena beli majalah tu, korang baca la sendiri yer..

    diharap tidak timbul perasaan cemburu di hati korang atas keglamouran ku ini yer, bukan senang boleh terpampang kat dalam majalah ni (walhal, gambar tu kecik je).. kira ok la, daripada tak pernah langsung, yer tak?? hehe...

    sila baca sendiri artikel ni..

    sila jangan jeles !!..

      Tuesday, November 25, 2008

      Annual Dinner form 5

        BismiLLah..
        walaupun SPM lum habis lagi, tapi bdk2 form 5 tahun ni tetap diraikan dalam majlis makan malam perpisahan.. glamour sungguh bdk2 ni berdrasing, ngalahkan artis, tak yah la happy2 sangat, nak happy betul tunggu SPM habis nanti ok, majlis kat Klebang Beach Resort ni ttp gak meriah, apo lagi klu ustatnya ado sekali.. tul tak?, hehe..

        takdo apo lagi ustat nak cerito, sbb masing2 sibok bergambor kenangan ngan kawan2.. takdo sapo2 teringin bergambor dgn den ko??...

        bergambor ngn en azmi jer lo..

        ado pun yg nak bergambor dgn den..

        cukup la tu amik gambor den ni..

        ni plak ngan anok daro..

          Sunday, November 23, 2008

          jadi pengapit Zamri - edisi Pengantin Baru

            bagai pinang dibelah dua..

            BismiLLah..
            Selamat Pengantin Baru buat pasangan pengantin terhebat tahun ni, sapa lagi kalau bukan si Zamri dan Ita.. semoga bahagia mengiringi perjalanan hidup kalian berdua dalam membina sebuah mahligai impian..

            teruja gak bila terpilih sebagai pengapit si Zamri ni, kami ni kalau berdiri tak leh nak sama tinggi, mcm janggal la plak, tp AlhamduliLLah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.. dari malam nikah, sampai lah habis majlis bersanding, pengapit yg lagi banyak berpeluh dari pengantin sebenarnya.. tak tahu kenapa, maybe gementar untuk menantikan saat yg sama akan datang.. hehe..

            wat ever pun, kawan2 jgn lupa utk hadir majlis kat rumah Zamri 20hb Dis nanti.. Zam, masa tu aku dah tanak jadi pengapit lagi, nak jadi tetamu jemputan jer tau, leh borak2 ngan member yg lain, lagi pun kontrak sebagai pengapit yg enchem dah tamat, harap maklum.. hehe....

            temankan Zamri yg gementar nak akad nikah..

            pengantin buat persembahan nasyid..

            pengapit yg tak sama tinggi..hehe..

            sibuk la pakcik2 ni nak duit tol plak..

            senyumlah wahai encik pengantin..

            pengantin tak selera makan, pengapit yg bedal semuanya, hehe..

              Friday, November 21, 2008

              Le Tour De Langkawi - siri 2

                BismiLLah..
                berjumpa lagi kita dlam rancangan Le Tour De Langkawi.. dalam siri yg lalu kita telah menjelajah ke beberapa tempat di bumi Mahsuri ni.. dan kali ni, kita akan menyelongkar beberapa tempat lagi yg menarik yg mesti dilawati ketika berkunjung ke Pulau langkawi..

                BAB III : MAKAM & DATARAN LANG..
                kunjungan ke Langkawi pastinya tidak lengkap jika anda tidak ke dua tempat ini.. wal hal, takda paper pun sebenarnya yg menarik hati kat makam Mahsuri ni, dah la masuk kena bayar, memang rasa amat tak wajar.. boleh ke ziarah makam ni?

                Imam Ibnu Taimiyyah membahagikan ziarah kubur menjadi dua, iaitu: ziarah syar’iyyah (ziarah yang syar’i) dan ziarah bid’iyyah (ziarah yang bid’ah). Ziarah yang syar’i adalah ziarah yang dilakukan dengan maksud mengucapkan salam kepada mayat dan mendoakannya sebagaimana hal ini dilakukan ketika menyembahyangkan jenazahnya. Namun ziarah ini dilakukan tanpa syaddu rihal (menempuh perjalanan yang jauh/ safar).. rasanya jauh langkawi ni, tp tujuan asal bukanlah semata2 nak ke makam ni, kebetulan dah sampai, kita ziarah la sekali kan..

                berkenaan patung helang di Dataran Lang tu, tak berani nak komen kat sini.. kita tunggu seketika kerana pastinya kerajaan baru yang memerintah negeri Kedah skrg ni mempunyai perancangan tersendiri utk mencari inisiatif baru kat tempat tu, ataupun patung helang gergasi tu akan terus dikekalkan?.. kita tunggu k !!..

                kat makam Mahsuri..

                ni la patung helang gergasi yg dimaksudkan..

                paper pun kita ergambar dulu..

                BAB IV : BOT LAJU & PULAU-PULAU..
                hari terakhir ni kami habiskan dengan menikmati keindahan alam dengan menaiki bot laju menuju ke pulau-pulau yg terdapat di sekitar Pulau Langkawi.. laju betol bot tu, nasib baik tak mabuk laut.. hehe.. Pulau Dayang Bunting mestilah singgah, dan yg bestnya kat pulau ni ada tasik semulajadi yg cantik.. cuma perkara khurafat yg tersebar dalam masyarakat mengenai tasik ni tak yah la kita nak percaya yer..

                ok la, jumpa lagi dalam percutian2 yg akan datang, jangan lupa, pergilah melancong !!...

                kat atas bot laju..

                selamat sampai ke pulau dayang bunting..

                gaya gedik..

                ikan2 yg jinak berkeliaran di kaki..

                jom mandi..

                berenang gaya dugong liar..

                selamat tinggal Langkawi..

                  Thursday, November 20, 2008

                  Le Tour De Langkawi - siri 1

                    BismiLLah..
                    Tahun ni Kelab Guru MRSM Terendak menganjurkan aktiviti cuti2 Malaysia, dan kali ni kami semua ke Langkawi dr 19 sampai la 21 November.. rombongan seramai 48 orang guru ni di sponser tiket kapal terbang oleh pihak maktab sebagai hadiah kecemerlangan PMR dua tahun berturut2.. tiket jer, makan minum, bas, dan penginapan kena bayar sendiri.. kira ok la tu kan, ni la 1st time menjejakkan kaki ke bumi Mahsuri..

                    BAB I : AIR ASIA..
                    bertolak dari maktab jam 8.30 pagi selepas melepaskan calon2 SPM paper Pendidikan Islam masuk ke Dewan exam.. lepas tu berlepas dari LCCT menaiki Air Asia terus ke Langkawi.. sampai sana terus ke MRSM Langkawi sbb kami menginap kat situ.. walaupun letih, mlm ni kami ronda2 ke Pekan Kuah, servey barang2 yg boleh dibeli utk dibawa balik nnti...

                    bergambar dgn pengetua yg tak dapat ikut serta..

                    berposing kat LCCT..

                    selamat mendarat di Langkawi..

                    BAB II : MINYAK GAMAT & KETE KEBEL..
                    pagi ni kami ada taklimat dengan MRSM Langkawi, maklum la, tahun lepas SPM kat sini yg terbaik seluruh MRSM seMalaysia.. habis jer taklimat kami pun mula la merayap ke beberapa tempat, antaranya warung minyak gamat dan pengalaman yg paling best ialah dapat naik kete kebel. walaupun pernah naik masa kat Lubnan dulu, tapi yg kat sini lagi tinggi dan menyeronokkan.. jumpa lg dalam siri 2...

                    di bilik kuliah mendengar taklimat..

                    kat warung minyak gamat..

                    jom cucuk perut Ust Shahril..

                    di Marin herbor, rasa mcm kat syedney..

                    dalam kete kebel..

                    berada 710 meter dari paras laut..

                    bergambar kenangan di puncak gunung..

                    ahli Unit Agama yg datang sama ke Langkawi..

                      Monday, November 17, 2008

                      Hari Kualiti 2008

                        BismiLLAh..
                        Hari ni merupakan hari yang begitu bermakna sekali.. berkat doa mak, famili dan kawan2 semua, AlhamduliLLah tugas dan kerja sebagai seorang pendidik telah cuba ku laksanakan dengan sehabis baik. tiada ganjaran yang diharapkan, selain memohon agar diri ini sentiasa terus ikhlas dlm melaksanakan tugas dakwah dan sentiasa mendapat keredhaan ALLah jua hendaknya..

                        hari ni maktab menganjurkan Hari Qualiti utk tahun 2008, memang tiap2 tahun sambutan ni akan dibuat, dan tahun ni kami buat kat Avillion Legacy Hotel, Melaka..

                        paling bermakna, apabila majlis kemuncak penyampaian anugerah terbaik tahun ni, tiba2 jer nama MOHD TONY BIN SAIDI di sebut oleh pengerusi untuk naik ke pentas bg menerima "Anugerah Kualiti Staf Akademik Terbaik" AlhamduliLLah.. memang tak sangka sangat akan dapat, sbb msh terlalu awal, kerja pun belum ada 3 tahun, gred pun masih DC.. mungkin ni namanya rezki, terima kasih buat semua..

                        minum pagi dengan ajis yg best..

                        bdk2 nakal memang selalu duduk belakang.. nak kena ni !!..

                        AlhamduliLLah..

                          Friday, November 14, 2008

                          gembirakah ustzh Rus tanpa Ajis di sisi ??

                            ajis yang best..

                            BismiLLAh..
                            hari ni kami buat suprise kat Guru Kanan Unit Pendidikan Islam, Ustzh Rus omar.. gembira tengok dia pagi ni, walaupun ni perancangan last2 minute jer, namun kegembiraan ni begitu bererti sekali, kebetulan semalam Ustzh Rus baru menerima anugerah perkhidmatan 25 tahun dalam MARA.. lama dah tu, tentunya pengalaman ustzh begitu hebat sekali..

                            tapi dalam kegembraan, kami Unit Agama agak sedey sbb akan kehilangan seorang ahli unit.. beliau ialah Ustaz Mohd Nur Aziz Bin Labintah yang akan berpindah ke MRSM Mersing.. Ajis, pemergian ko pasti akan terasa sangat, ko la teman sekerja, kawan belajar, abang yg baik, sahabat berhibur, teman dikala duka, ko la segalanya.. ayat mesti baik.. hehe...

                            hepy besday ustazh Rus.. smg pnjg umur & murah rejqi..

                              Thursday, November 13, 2008

                              MRSM Agama VS IMTIAZ

                                BismiLLAh..
                                akhirnya apa yang diimpikan bakal menjadi kenyataan, MRSM Kota Putra akan diubah sistem kepada sistem yang hampir sama dengan IMTIAZ. siapa tiru siapa sebenarnya? MRSM tiru IMTIAZ ker, atau IMTIAZ tiru MRSM ???..

                                persoalan tu sebenarnya tak perlu dibangkitkan, sbb mana2 benda yang baik ni boleh kita jadikan pedoman untuk menambah baikkan kualiti pendidikan kat M'sia ni.. bagi kawan2 yg ada anak atau adik yang baru lepas UPSR dan layak untuk memohon masuk ke MRSM, jangan lupa dapatkan borang di pejabat2 MARA negeri dan daerah ok.. klik sini untuk lihat iklan MRSM (A)...

                                  Tuesday, November 11, 2008

                                  alam barzakh dan kita

                                    BismiLLah..
                                    tak tahu kenapa tiba2 terpanggil nak kongsi isu ni, skrg ni tgh sibuk keluar kat Buletin Utama TV3 pasal video alam barzakh yg dijadikan tayangan untuk budak2 sekolah rendah sebagai motivasi dan ingatan agar tidak meninggalkan solat dan buat maksiat.. klik sini utk tengok video..

                                    pastu ada plak mak bapak komplen, katanya video tu terlalu extreem sehingga menimbulkan ketakutan kepada anak2 mereka.. haha, sungguh tak masuk akal komplenan itu, kalau video tu manakutkan, mcm mana plak dgn citer2 hantu kat tv dan movie2 tahyul berkaitan benda2 yg menakutkan skrg ni? kenapa korang tak mengomplennya gak? saja jer kan nak bangkitkan isu2 mcm ni..

                                    lagi satu, kenapa plak takda mak bapak yg komplen pasal rancangan2 kat tv yg tak senonoh dan merosakkan minda muslim tu? contohnya rancangan kelab pop kat ASTRO RIA, artis terjerit2 dan terkinja2, pergaulan laki dan pompuan tanpa batasan, terjoget sana sini, hilang kesopanan melayu.. tak takut ker anak2 terikut2 budaya mcm tu?? jawab la kalau berani!!! tu baru satu contoh, walhal melambak rancangan mcm tu skrg ni !!

                                    buat mak2 dan bapak2 sekelian, sila tafsir dan buka minda ok !!

                                      Monday, November 10, 2008

                                      permata hati khirman & norli

                                        BismiLLah..
                                        tahniah buat pasangan Khirman dan Norli atas kelahiran baby girl sulungnya.. baby selalu nangis tak? kalau baby selalu nangis tu ada beberapa tanda.. mungkin nak susu, mungkin nak ganti pampers, tak pun mungkin dah nak ADIK baru.. hehe, oh ye, tanks to wartawan aspirasiku di Ganu, yg sudi mengirimkan gambar Nawal utk kami..

                                        Allah berfirman bermaksud: "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur" (Surah an-Nahl, ayat 78)

                                        Firman Allah yg bermaksud: "Ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi mereka yang ingin sempurnakan penyusuan itu" (Surah al-Baqarah, ayat 233)..

                                        tidur je baby ni kan..

                                        sungguh ayu dan sopan bak gadis melayu..

                                          Thursday, November 06, 2008

                                          Ust Zamri mantooooop ke Terendak

                                            BismiLLah..
                                            mlm ni kami kat Terendak ada tetamu istimewa di datangkan dari TV 9, yang sentiasa dekat di hati.. siapa lagi kalau tak ustaz Zamri mantooooop.. siapa jer yg tak kenal ustaz Zamri ni kan, lebih2 lagi budak2 kecik. bangga gak bila dapat bergambar dgn selebriti TV 9 ni..

                                            sebenarnya kami adakan majlis solat hajat dan sedikit ceramah motivasi utk budak2 yg nak amik SPM minggu depan, kebetulan plak Ust Zamri ada program kat Melaka, tu yg jemput dia datang sekali, AlhamduliLLah dia sudi beri masa utk meberi sedikit input dan semangat pd budak2 ni..

                                            rupanya Ust Zamri ni ada syarikat Consultancy sendiri, patut la hebat.. yer la, rezki orang ni masing2 kan.. terus berazam nak jadi mcm Ust Zamri plak.. huhu.. klik sini nak tahu lanjut pasal Mantop Training and Consultancy...

                                            Ust Zamri mantoooop..

                                            ayuh kita bergambar kenangan..

                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...