Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, October 29, 2005

bahau N9

    dari 24-28 hb November yang lalu, kami tlh berjaya menguruskan kursus B. Arab untuk pelatih2 Polis di PULAPOL Bahau N9.

    di sini kami tak sebebas di Bakri, kami dilarang menjalankan aktiviti dewan spt slot pengisian Ramadhan, Nasyid2 arab pun tak boleh, bukan itu sahaja, lagu tema kursus (selawat turki) pun dilarang sama sekali.. mungkin ni adalah cabaran untuk kami menjalankan dakwah di sini.


    arahan ni keluar dr pengetua di situ, alasan yg diberikan sbb ramai non muslim yang sama2 dlm kursus ni. tp kami tak mudah lemah semangat, dalam kelas mcm biasa setiap pg kami buat tazkirah dulu. budak2 ni suka klu kita bercerita, jadi ni la peluang, kita cerita pasal istimewanya Islam..

    Kami diberikan penginapan selesa, Mes Pegawai, sebilik dgn Bern, bilik aircond, selesa amat laa. makan untuk sahur dan buka pun boleh tahan... cuma peserta2 di Bahau ni tak semesra mcm budak2 di Bakri, tak tahu kenapa, mungkin semua dah tak masuk nak belajar sbb abis je kursus semua nak balik kampung bercuti raya,


    ada budak kata kepala dia dah ingat kampung je sbb dah 6 bulan tak balik, alahai... kita dulu 2 tahun kat Jordan tak pernah balik tau...

    pengalaman memang tak boleh dijual beli, biar semuanya kekal di memori.

      Friday, October 21, 2005

      tamat kursus

        hari ni adalah hari terakhir kursus bahasa Arab di PULAPOL Bakri. Sedih juga rasanya, amat terharu masa dengar ucapan dari wakil peserta setiap kumpulan di kelas tadi.... nak nangis..huhuhu.

        tp apakan daya, setiap pertemuan pastinya ada perpisahan, semoga peserta2 kursus kali ni dapat mengambil dan mengamalkan segala ilmu yang telah dicurahkan. Pengalaman yang amat manis ini pastinya akan terpahat di memori kekal abadi.

        Apa yang dapat disimpulkan, sebenarnya ramai lagi diluar sana yang tak tahu apa2. dan kita sebagai orang yg mengetahui kenalah pandai ambil peluang sebegini untuk cuba menyemai benih2 Islam dalam jiwa mereka, apatah lagi mereka merupakan orang yang beruniform dan ada kuasa.

        perjuangan masih jauh lagi, dan kerja dakwah harus diteruskan, doakanlah ye agar terus tabah untuk menempuhi kehidupan2 mencabar yg akan datang.

        bersama ketua fecy, ustaz Rahman..

        masa buat forum utk para polis..

        dengan pelatih2 polis..

        di majlis penutup..

        penyampaian hadiah kpd pemenang..

        berkenang2an bersama polis..

          Tuesday, October 18, 2005

          ngajar polis

            hari ni merupakan hari kedua mengajar bahasa arab kepada pelatih2 polis di Maktab Polis (PDRM) Bakri Muar. biasalah pengalaman kali pertama banyak silap dan kurangnya, tp setiap kali habis je mengajar satu hari, kami tenaga pengajar akan berkumpul buat posmotem.

            bukan senang rupanya mengajar ni kan? banyak dugaannya. dan yang paling menyedihkan ada diantara mereka yang tak kenal langsung huruf jawi...
            bdk2 ni sebenarnya akan tamat menjadi pelatih dua minggu lagi, lps tu akan bertugas sebagai pegawai polis di seluruh negara, peluang ni lah yang kami gunakan untuk cuba menanam benih penghayatan Islam dalam kehidupan polis mereka.

            seronok juga bila dah mula mesra dgn bdk2 ni, mana taknya, semua umur lingkungan 19-26 thn, anggap macam kawan jer. tp satu perkara yang memang respek kat bdk2 polis ni, disiplin yang betul2 kuat, dan dia orang hormat kita sebagai seorg guru (ustaz ler)...
            semoga kerja yg sedikit ni dianggap ibadah oleh Yang Esa, amin...

              Sunday, October 16, 2005

              kad raya

                memang tak sempat nak mengirim kad raya kpd kawan2, tak kira lah yang kat m'sia mahupun yang kat jordan.. jdnya animated ni kira kad untuk semua yer, ni kad edisi jimat, hehehe.

                SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN


                  Friday, October 14, 2005

                  di opis

                    tadi sehari kat opis sampai ptg. kerja potostat yang sepatutnya abis semlm terpaksa disambung sampai hari ni sbb mesin ada problem sikit semlm. banyak juga modul yg kena siapkan utk projek pertama kat kem Bakri nanti. mengajar Bahasa Arab kpd pegawai polis, tak dapat lagi nak bayang kan mcm mana, pengalaman mengajar pun belum ada..

                    sebenarnya projek ni utz Zul dan isteri dia yg dapat (graduan Mesir), mereka ajak joint, boleh laa drpd tak buat pape skrg ni..
                    tp slps perbincangan, utz Zul kata cari lagi 3 orang pengajar sbb peserta tu ramai gak, lbh kurang 245 orang..

                    tu yang contact Bern, Hazwan dan Akmal untuk bantu kami dan dia orang pun setuju.. best la sikit, ada kawan berborak bila bdk2 ni ada, kerja2 pun jd ringan sikit. kita orang bincang pasal pengisian modul, cara mengajar dan banyak lagi laa. mudah2an projek ni berjalan lancar..

                      Wednesday, October 12, 2005

                      puasa dan berbuka

                        tadi Bern berbuka kat sini.. dia skrg ni tgh sibuk menguruskan permohonan kerja ke KUIM, dia dapat borang masa pergi terengganu hari tu, sampai hati dia tak amikkan borang, yer la, siapa la kita ni kan..

                        sblm zohor dia ajak teman utk pengesahan sijil kat tok penghulu Prt Sulong.. sibuk2 jer ke tempat orang nak mintak cop, agaknya kat Sungai Mati takda tok penghulu kot?.. teman jer lah .....
                        ptg lepas asar ajak dia pergi bazar ramadhan kat pekan, lepas tu dia merengek2 mintak air tembikai, mcm budak kecik.. terpaksa jugak belikan.. juadah berbuka tadi macam2, martabak, popia, air jagung, air cincau, air tembikai (yg bern mintak), sup cendawan, goreng pisang..mcm2 lah...may be ni ujian bulan Ramadhan... hehehe

                        oh yer, hampir terlupa, bern td mintak tolong daftarkan weblog utk dia.. bg kawan2 yang sudi, lawatlah weblog dia yer, kesian dia nanti klu takda sape sudi jenguk weblog baru dia ni..
                        klik sini untuk ke weblog bern

                          Friday, October 07, 2005

                          teman adik beli kain

                            lepas sembahyang jumaat tadi adik ajak pergi bandar, dia nak beli kain buat baju kurung dia laa, nak beli kat bandar jer, kat pekan dia kata takda standard.. memilih betul dia ni.. mak pun ikut sekali..

                            lepas tu mak dgn adik terpaksa ikut ke the store sbb nak beli seluar.. last2 adik pun membeli jugak, dia beli baju t-shirt lengan panjang, rambang betul mata dia, agaknya budak pompuan mmg macam ni...hehehe

                              Tuesday, October 04, 2005

                              ramadhan


                                Bersyukur sbb masih lagi dipertemukan dgn Ramadhan, dan tahun ni berpuasa di kampung setelah dua tahun berturut2 berpuasa di Jordan..

                                Jordan dah start pose hari nie, kami di Malaysia esok... walau dimana berada, marilah kita banyakkan beribadah di bulan yang berkat ini. selamat berpuasa dan selamat berbuka..

                                  Saturday, October 01, 2005

                                  ke IKIP

                                    hari ni ada perjumpaan di Kolej IKIP - kampus Taman Pertanian. Kena jadi MC lagi, dah balik Jordan pun kena jugak... nak tak nak terpaksa la terima.. seronok jugak bila dapat jumpa pensyarah2 dan kawan2 di Kuantan, seronok betul... majlis pagi td siap diserikan dengan persembahan sketsa bahasa arab drp budak2 kiba, kreatif jugak dia orang ni...

                                    petangnya kita orang satu van, dengan zihan, akmal, bern, sahrin dan helmi jalan2 ke Maidin, bershoping.. dan tak dilupakan minim cendol kacang, memang best betul. lepas tu amik angin ke Telok cempedak dan Tanjung Lumpur makan kopok...

                                    malamnya buat solat hajat di masjid pelabuhan utk adik2 yang akan exam PMR dan SPM... balik umah mak angkat, denner dan tengok bola, selangor menang lagi...

                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...