Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, November 28, 2006

bersama form 5 - 2006

    malam ni malam terakhir bersama budak2 form 5 sbb esok nak balik kampung, ketua warden yg suruh balik, tapi isnin depan kena pergi kursus kat Shah Alam gantikan dia..

    budak2 ni la jadi kawan kat sini.. bila tengok gelagat dia orang ni, teringat masa zaman kita belajar dulu, lebih kurang sama jer perangai, tapi baik sikit la, hehe.. entah mana pergi member2 masa SPM dulu, amik tahun 1998 di Maahad Pontian, yg mesih still berhubung tak ramai.. sebab tu nasihatkan budak2 ni supaya dia orang jaga betul2 ukhwah ni, kalau tak menyesal nanti..


    lebih kurang sama jer ustaz dengan anak murid kan..bdk2 ni kalau ajak bergambar suka aje..
    wajah2 ceria..pasti kekal dalam memori..

      Monday, November 27, 2006

      kamera & bas baru

        ahaaa, ni kamera baru, yang lama dah bagi kat adik sebab dia nak guna, beli jenama sony cyber-shot, memang dah lama mengidam nak beli kamera macam ni, alhamduliLlah, adalah rezki sikit...

        sementalahan tu, maktab baru jer dapat bas baru Jumaat lepas, mesih bau kedai lagi, baru2 pun belum boleh jalan ke mana pun sebab surat beranak dia belum siap lagi, hehe.. budak2 form 5 yang mesih ada kat maktab sakit hati jer tengok, mana taknya, dia orang dah nak tamat belajar, bas baru pun sampai, padan korang..

        bagi menyakitkan lagi hati korang tu, ni ustaz ada post kan gambar ustaz berposing di depan bas baru, ahaks...


        ni la kamera baru tu..boleh tahan la bas ni..
        lampu bas ni macam kening orang jepun kan..berposing di depan bas baru..

          Thursday, November 23, 2006

          Q 2006

            semalam berlangsung majlis anugerah Qualiti, biasa la mana2 badan kerajaan pun mesti ada buat majlis macam ni.. dan yang paling tak disangka2, boleh dapat anugerah tu, anugerah pekerja yang tidak pernah mengambil cuti sakit, amat bangga, wal hal ramai jugak yang dapat..

            lepas penyampaian anugerah, ada ceramah "Qualiti dari pespektif Islam" yang disampaikan oleh Imam Besar Mesjid Negeri Melaka.. best jugak la, dapat memahami semua isi dengan baik, apa tidaknya kena jadi pencatit, terpaksalah mendengar dengan tekun... petangnya ada lagi ceramah, tentang apa yer? tak ingat la, sbb ngantuk masa tu...


            backdroop hari Qualiti tahun ni..nampak agak tekun kan..
            jangan jeles yer sapa yg tak dapat anugerah tu..bersungguh2 mencatat..

            dan pagi tadi berlangsung plak kursus pemantapan untuk staf kat hotel Sri Costar Melaka.. memang best betul pencaramah ni, Tn Hj Hushim Bin Hj Salleh, salah sorang kounsler berdaftar kat M'sia, kalau korang perasan, dia selalu keluar dalam rancangan motivasi pagi kat tv3.. esok semua guru mula cuti, tapi warden belum lagi ok, harap maklum...

            ni la rupa penceramah tu..jom makan !!..

              Monday, November 20, 2006

              perpisahan kali ini

                petang ni ada majlis perpisahan kat hotel city bay view, ada lebih kurang 7 orang cikgu akan berpindah termasuklah mentor pendidikan Islam Ustaz Puad Md Lip. lepas ni hilang lah tempat nak rujuk, biasanya kalau ada apa2 masaalah akan rujuk dia dulu..

                biasa la, kalau kat hotel ni makannya yang sedap, melantak tak hengat punya.. sekali tu masa Ustaz Puad berucap ada bunyi kuat, 'kelentang !!" ada cina pompuan tua jatuh tertiarap, pinggan yang dia pegang jatuh berderai, kesian betul... nasib baik dia takda pape, tp cina tu terus jer pergi dengan cucu dia yang baru 2 tahun agaknya, may be dia malu kot, mana taknya orang ramai, kat hotel plak tu..

                motif: jangan la korang memalukan diri bila makan kat tempat standard macam hotel tu..

                buat cikgu Jamaluddin, cikgu Baharom, Ustaz Puad, Cikgu Azam, Dr Hamzan, Kak Zuliana dan Kak Sukarni, selamat menjalankan tugas di tempat baru, dan jangan lupa kat kami di Terendak ni ok.

                Kalau ada sumur di ladang,
                Boleh hamba menumpang mandi,
                Kalau ada umur yang panjang,
                InsyaAllah kita berjumpa lagi...

                guru2 yg akan berpindah..mamat hensem ni ada jer kat mana2 kan....

                  Sunday, November 19, 2006

                  buah mangga

                    tak tahu la napa hari ni teringin sangat nak makan buah mangga, macam mengidam pulak.. terpaksa jugak keluar nak cari buah mangga, habis satu pekan Sungai Udang pusing cari kedai jual buah mangga tapi takda juga, dan akhirnya dapat jugak beli, itupun jauh kat pasar malam Tanjung Kling..

                    lega betul bila dapat makan, malam ni memang tak makan nasi, makan buah mangga je sampai 4 biji.. puas tak terkata... apa entah motif post ni? saja nak kempen, makanlah buat tempatan, ahaks....


                    melaka delight, jenis mangga yg berkualiti..tengah makan mangga, selera tul..

                      Saturday, November 18, 2006

                      daging akikah

                        hari ni Bang Ngah buat majlis kesyukuran dan open house sempena hari raya. Majlis Kesyukuran tu sebab dia kan baru dapat baby baru, jadi dia buat akikah sekali utk anak kecik dia tu (dah umur 6 bln)..

                        malam tadi balik kampung sebab nak ambik lauk dan mak sekali, lauk masak kat batu pahat sebab beriani batu pahat ni memang terkenal kat mana2 pun.. sampai kat Melaka lbh kurang jam 2 ptg.. Orang mula datang dari pukul 3 lagi sampai la ke malam, dapat la jumpa kenalan lama masa kerja kat kolej hari tu.

                        kat sini timbul lagi satu masaalah diajukan, Bang Ngah tanya: boleh ke nak kasi makan daging akikah ni kat orang kafir??, sebab sederet rumah dia tu ada jugak orang bukan Islam duduk.. kalau boleh, dia nak jemput sekali suruh dia orang datang makan.. apa nak jawab?

                        Boleh hukumnya, berdasarkan Firman Allah Taala yang bermaksud: "Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil". Surah al-Mumtahanah, ayat 8.

                        Pembahagiannya terpulanglah kepada kita mengikut maslahah. Madzhab Hanbali adalah paling longgar dalam hal pengagihan daging ibadah sunnat spt akikah (Syaikh Mut'al jabari, al'Adh'iyah, Dar al Sahwah, Cairo, 1985)... manakala mengikut ibnQayyim, dibolehkan memberi daging pada kafir Zimmiy yg menjadi kenalan kerana ibadah sunnat tidak menghalang sampai pada mana-mana manusia termasuk orang kafir..

                        mudah2an bila kita jemput orang kafir ni makan sekali dapat la 2 pahala, pahala bersedekah dan juga pahala menjaga adab berjiran.. semoga ibadah kita semua diterima Allah.. amin.

                        Fatini pakai tudung, cute jer..dah pandai meniarap la dia..
                        pipi tembam sgt sampai layut..suasana rumah terbuka..

                          Wednesday, November 15, 2006

                          tanda paper exam

                            bdk2 form 4 dan form 2 dah amik exam pendidikan Islam, sekarang ni sibuk menanda kertas dia orang, dari pagi sampai la ke malam, tak juga siap2, perut pun kenyang jer makan kertas bdk2 ni, hehehe..

                            uppm plak asyik sibuk tanya, mana markah? mana markah? sabor la kalau yer pun, lg pun last date untuk masukkan markah kan hari jummat ni... minggu ni plak penuh dengan mesyuarat, dah nak cuti ni lagi busy nampaknya.. budak2 start balik kampung esok (hari khamis), tapi cikgu2 kena tunggu sampai mggu depan sbb ada kursus, sesapa yg jadi warden tu plak, harap sedar diri ok, tak bleh balik kampung dulu selagi bdk2 SPM lum habis. erm.. mcm ni tak leh la nak gi melancong, malahaan melantong.. hehe.

                            petang tadi sempat jugak iring pelajar ke rumah guru homeroom dia orang sbb ada open house, walhal kertas lum siap tanda, tapi takpa, kita makan dulu...


                            e-kem dan kawan2nya..budak2 berposing poyo..
                            imej lelaki sejati, hahaha..yg ni agak sopan..

                              Tuesday, November 14, 2006

                              dedikasi khas

                                dedikasi khas buat 8 orang anak didik ku (nama dirahsiakan).. walaupun kalian terpaksa melangkah pergi, namun doa tetap ku iringi....

                                jangan sedih atas apa yang berlaku, setiap ujian itu pasti ada rahmatnya tersendiri yang tidak kita ketahui. mungkin ini adalah satu pengajaran terbaik untuk menjadikan diri semakin matang, dalam merenteti kehidupan yang mendatang.

                                Semoga berjaya ustaz ucapkan, dalam apa jua bidang yang diceburi. Ingatlah, sesungguhnya Allah sentiasa dekat bagi mereka yang selalu dekat kepadanNya... biarlah kita tergolong dalam golongan yang akan dinaungi Ilahi semasa di hari perhitungan nanti, iaitu mereka yang bertemu dan berpisah semata2 keranaMu, Ya Allah.... Selamat berjuang dan semoga kita berjumpa lagi di puncak kejayaan !!!


                                Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw, sabdanya yang bermaksud, "Allah swt. akan memberikan naungan kepada tujuh golongan manusia pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah : Imam (pemimpin) yang adil, Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Allah, Seseorang yang hatinya terpaut di masjid. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah; mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah, Seorang lelaki yang dirayu untuk berbuat keji oleh seorang wanita yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata lembut, "Aku takut kepada Allah", Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah diberikan oleh tangan kanannya, Seorang yang mengingat Allah waktu bersunyi-sunyi, lantas meleleh air matanya." (hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

                                  Sunday, November 12, 2006

                                  hari keluarga 06

                                    Seronok bila dapat berkumpul beramai2 semalam, semua guru2 dan staf bersama2 menjayakan hari keluarga MRSM Terendak 2006.. hadiah pun lumayan jugak, ada tv 21', radio cd, dvd player, kipas angin, blander dan macam2 lagi la..

                                    paling best masa sukaneka, macam2 permainan ada.. masuk pertandingan terompah gergasi dan menang, caya lah Kumpulan Hang Tuah, dapat hadiah mug 2 biji... bila hari keluarga macam ni lah baru dapat kenal keluarga masing2, kata orang kalau tak kenal mana nak cinta, hehehe...

                                    masa cabutan bertuah dapat hadiah tuala jer, nasib baik kembar 2, tapi tetap bersyukur... bertuah sungguh lah sapa yang dapat hadiah bonanza tu, apsal la nombor orang lain yang naik, kalau tak mesti malam ni tak tidor lena, peluk tv baru... peluk dalam mimpi jer la..huhuhu


                                    suasana hari keluarga 06..acara kemuncak, tarik tali..
                                    bergaya di persisiran pantai..ni je hadiah yg dapat, tuala dan mug tapi bersyukur jgak dapat..
                                    tukang pam belon untuk budak2 kecik..menguruskan acara main baling bola untuk akak2 ni..

                                      Thursday, November 09, 2006

                                      puasa jumaat

                                        masa kat bilik guru tadi ada student tanya, masih lagi pasal pose sunat ni, tapi soalan dia ni lain sikit. Dia tanya, boleh ker pose sunat hari Jumaat sahaje, yer la, esok kan hari Jumaat...

                                        boleh jer kalau nak puase cuma pada hari Jumaat, tapi hukumnya makruh, tak lah sampai tahap haram.. kalau puase hari Sabtu jer? sama juga hukumnya, makruh..

                                        hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1884) dan Muslim (1444) bahawa Nabi s.a.w bersabda:
                                        لا يصوم أحدكم يوم الجمعة إلا أن يصوم قبله أو يصوم بعده
                                        "Janganlah seseorang di antara kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan dia hendaklah berpuasa sehari sebelum itu ataupun sehari selepasnya"

                                        Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi (744) dan dihasankannya, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan apa yang telah difardhukan Allah kepada kamu"

                                        kengkadang kita ni dah belajar, tapi selalu terlupa, dan kengkadang kita ni terlupa, jadi kena selalulah bertanya...

                                          Tuesday, November 07, 2006

                                          gabung niat

                                            ada bagi tahu budak2 masa tazkirah magrib kat maktab hari tu tentang puasa 6 di bulan Syawal ni, siap dengan dalil dia sekali.. esoknya ramai la budak2 yang jumpa bertanya pulak: "Ustaz, boleh ker kita gabung niat puasa qada' dan puasa sunat sekali gus terus?"...

                                            memang jawab tak boleh, tapi kita ni bila cakap dengan budak2 cerdik, kena la beri hujah dan dalil sekali, biar dia orang ni betul2 paham, sebabnya ada juga ulama' yang berpendapat boleh digabungkan niat puasa2 tu...

                                            berikut ialah petikan artikel Ustaz Zaharuddin yang diterbitkan oleh METRO AHAD 28 Okt 2006 mengenai isu gabung Sunat dan Qada' :-

                                            tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya. Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik. Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang membolehkan penggabungan dipersoalkan, iaitu :-

                                            1) Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

                                            2) Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

                                            3) Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
                                            كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
                                            Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

                                            bagaimanapun, pandangan yang membolehkan menggabung niat dianggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan adalah beberapa ulama mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

                                            mudah2an semua telah jelas mengenai isu menggaabungkan niat puasa qada' dan sunat ni...

                                              Friday, November 03, 2006

                                              sambutan hari raya 06

                                                tadi baru jer berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya 06 di maktab ni, meriah jugak la, ni kali pertama menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya sebagai seorang guru.. sedap time makan jer, melantak bagai nak rak..

                                                macam2 la program yang budak2 ni buat, ada persembahan, menyanyi, pertandingan anyam ketupat dan juga cabutan bertuah... sebenarnya agak bosan juga sebab mencangok duduk terngok budak2 ni buat persembahan, dia orang ni pun satu, cuba la pelawa ustaz ni buat persembahan, suara ustaz korang ni sedap sebenarnya kalau bernasyid, cuma tak pernah diberi peluang jer, hehehe...

                                                majlis habis pukul 11 mlm, letih gila... jap lagi nak balik kampung sbb minggu depan tak dapat balik kg, pukul 2 pagi nanti sampai la, insyaAllah..


                                                bersama sebahagian anak2 homeroom, yg lain kat pentas masuk p'tandingan anyam ketupat

                                                suasana majlis hari raya..tak sengaja berposing sblh awek cun, hehe..
                                                kuih muih yg menggunung, tak tahu nak pilih mana satu..yg penting makan ok..

                                                  Wednesday, November 01, 2006

                                                  Bang Rahim datang Terendak

                                                    sungguh tak disangka, Bang Rahim nak datang Terendak, ingatkan dia ada program kat Melaka ni, rupanya saja nak datang beraya... mimpi apa la agaknya dia ni..

                                                    Bang Rahim datang dengan kawan sekerjanya... oiii, hebat dia sekarang ni, jadi pakar motivasi, lepas ni kalau ada projek boleh la panggil bang Rahim jer, boleh la bagi harga member2 kan...

                                                    nasib baik la kat rumah ni ada baki2 kerepek, makan jer la apa yang ada yer bang Rahim.. lepas magrib ajak dia orang makan, pelawa dia orang tidor sini, rupanya esok dia orang ni baru nak start kerja... seronok bila dapat jumpa macam ni, tukar2 cerita dan pengalaman.. Bang Rahim suruh datang ke perjumpaan pelajar2 Yarmouk (bach kedua) kat IKIP hujung minggu ni, tak dapat pegi la rasanya Bang Rahim, lain kali jer la yer..

                                                    Bang Rahim yang makin berisi badannya..kenangan bersama bang rahim dan kawan2nya, saif dan Izudin..

                                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...