Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, May 27, 2008

biasan hikmah

    BismiLLah..
    semalam kita orong (+hazwan+azlan+zihan)
    rasa seronok betul sbb dapat jumpa dgn Bang Man, sementalahan di Bangi ni, cari masa nak jumpa, ingatkan Bang Zul ada sekali, tp dia agak sibuk sikit..

    badan Bang Man masih macam dulu, namun pertuturannya kian tersusun rapi, fikrahnya jauh ke hadapan untuk memperjuangkan mutiara warisan Imam Hasan al-Bana.. memang betul apa yang Bang Man katakan, "apa sumbangan kita pada masyarakat? negara? agama?". tak boleh dinafikan kita sering berada dalam batasan waktu dan ruang, tapi kita masih boleh gunakan apa yang terbatas itu sebagai peluang..

    terima kasih sbb sudi jumpa kita orang, walaupun hanya sekelip masa, namun pertemuan ni banyak membiaskan wangian2 ilmu yang kurang kami sedari dari dulu lagi.. jgn lupa jemput kita orang ke rumah, nak makan falafel yang Bang Man buat tu.. hehe.. tetiba jumpa gambar kat bawah ni, masa ke Tanah haram 2004..

    kenangan di dpn Masjid Nabawi..

      Sunday, May 25, 2008

      ziarah Terendak

        ukhwah abadi..

        BismiLLah...
        petang tadi dapat la jumpa kawan2 yg datang ke jemputan kahwin helmi.. kali ni di Alor Gajah plak.. member2 dr johor pun datang, sapa lagi kalau tak Ijam, Shahrin, Akmal dan Bern.. Zihan dan Zamri pun ada gak, tp dia org dgn pasangan masing2 ar..kami gak yg still bujangnya..

        dr rumah helmi, kami yg bujang2 ni gi berjalan. mula2 singgah ke Kem Terendak dulu semayang asar.. pastu ajak dia orang makan kuih udang dan jalan2 kat Padang Kemunting (tepi laut), tengok keindahan alam.. lepas maghrib kami jalan ke Melaka plak tengok keindahan cahaya Bandaraya Bersejarah, hehe..

        masa borak2 td akmal ada bersuara: "agaknya, antara kita lima orang ni sapa la yg kawin last sekali.. harap2 bukan aku" hehe.. jodoh pertemuan di tangan tuhan, tak sapa yg tahu.. kawan2 doakan la yer biar kita orang cepat2 dapat jodoh, yg solehah gitu..

        seronok bila dapat bersama mcm ni, terima kasih pada korang berempat sbb sudi tidur rumah usang kat MRSM Terendak ni.. hanya sedikit layanan yg mampu diberikan, tiada yg istimewa melainkan memori indah ini.. moga warna2 pelangi yg terlukis akan terus kekal abadi walau panas mentari menyimbah bumi.. sahabat, moga ukhwah ini kekal abadi.. Tony Saidi - Kem Terendak...

        bergambar dengan pengantin..

        di hadapan rumah warden MRSM Terendak..

        terim kasih sudi ziarah Terendak..

          Thursday, May 22, 2008

          jom main bowling

            BismiLLah..
            petang tadi berlangsung perlawanan bowling sempena sambutan hari guru yang kami sambut minggu lepas.. sepatutnya pertandingan ni kita orang buat minggu lepas, tapi masing2 sibuk..

            ptg ni agak hampa sbb main tak menjadi, bukan tak reti main tapi lama sangat dah tak main, skill dah banyak hilang (walhal tu cuma alasan).. hehe.. bukan hadiah yg menjadi perkara utamanya, tapi semangat kesukanan tu yg penting, dapat mengeratkan silaturrahim kata orang tua2..

            Hadis : 1482 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata: Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan aku maka Allah pun akan memutuskannya..

            Hadis : 1484 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang menginginkan rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menyambung silaturrahim......

            jom main bowling..

            bergambar kenangan selpas penyampaian hadiah..

              Saturday, May 17, 2008

              dua "H" bersatu hati..

                melaka bertemu johor..

                BismiLLah...
                selamat pengantin baru buat helmi dan hawe.. semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. jangan lupa untuk doakan kawan2 plak lepas ni ok.. tak tahu nak citer apa, tgk je la gambar2 masa kat majlis ni yer.
                ...

                pasangan merpati sejoli..

                di antara kawan2 yg dapat jumpa..

                ambil berkat pengantin..

                  Friday, May 16, 2008

                  SMS Selamat Hari Guru

                    Selamat Hari Guru..

                    If God asdwers ur prayer, He is increasing ur faith. If delays, He is increasing ur patience. If He doesn't answer, He has something better 4 u. May ALLAH bless u. Happy teacher's day 2008... Jaamat Muslim - MRSM Kuala Terengganu..

                    Selamat hari guru. terima kasih atas ilmu yg telah dicurahkan tanpa jemu. moga Allah memberkati hidup ustaz. sekian.. Mohd Nor Solihin - UTM Skudai..

                    SELAMAT HARI GURU.. trima kasih ust.. trime ksih diatas ilmu yg ustaz bg kat sy.. trime kasih sbb jage sy time sy skit sbg warden.. trime kasih krane jd rkan sepermainan.. msmoga tuhan memberkati ust n panjangkan umur ust demi kbahagiaan masyarkat sejagat.. hehe.. Amir Hakim - MRSM Tun Gafar Baba Jasin...

                    Askom. kpda ustd sy ucapkan SELAMAT HARI GURU. sy sedang cuti hari ni.. Bang Mustaffa - Pengawal MRSM Terendak..

                    Slmt hari guru. ramailah murid2 cium pipi enta ari ni. kalau ada masa dtglah ptn. boleh cium pp ust salam.. Wak Lan - Pontian Kechil..

                    AssaLamUaLaiKUm. how r u? Happy teacher's day.. thanks 4 everything..) .. Nur Bazilla - MRSM Tun Gaffar Baba Jasin..

                    Selamat hr guru. Mg ilmu yg dicurahkan mjadi bekalan di akhirat nanti.. Abd Syukur Jaya - Pensyarah Univ Teknologi Melaka..

                    Selamat Hari Guru, semoga cemerlang.. Ustaz Puad Mohd Lip - Guru PAI MRSM Alor Gajah Melaka

                    Dulu DIA pegang rotan kau kata DIA garang,Bla DIA lmbt msuk ke klas kau kata DIA malas,Bla DIA mrah2 kau kta DIA mlampau, KINI…kau adlh DIA,SLMT HARI GURU.. Kak Mazni - Guru SMK Ayer Keroh & Norli Hayati - IMTIAZ Kuala Terengganu

                    Selamat hari guru ustaz.. terima kasih utk segalanya.. Adilla Mohamad

                    Salam utz.. slamat ari guru d'ucapkan.. klu sng doa2kan la org yg kt sni.. Saifuddin (sepot) - Kolej MARA Kulim

                    Guru.. dlm ajarnya ada harapan, dlm tegurnya ada doa, dlm marahnya ada sayang, dlm tawa ada mesranya, dlm diam ada bijaksana, dlm tanganya kita terbina. Berbahagialah mjadi guru.. slmt hari guru... Izzat Fikri - Kolej Matrikulasi Gopeng Perak

                    Selamat Hari Guru untk sahabatku, teruskan usahamu mendidik anak bangsamu dgn hati yg ikhlas demi agama dn bngsa.. jd lah guru yg lebh mgajar bkn kurang ajar.. Ustaz Zainizam Hasan - Pegawai Hub Halal, Jabatan Agama Johor

                    SELAMAT HARI GURU!! terima kasih ats ilmu & tunjuk ajar yg ust berikan. ust la org yg selalu mengejar sy dgn rotan pd waktu maghrib, hehe sakit r ust rotan. tanpa ust sy tidak mungkin akn sampai sejauh ini. sy berjanji akn terus berusaha utk mencapai kejayaan yg lbh tinggi. seguni emas pn x mampu membyr jasa pengorbanan yg tlh ust berikan. sy doakan ust panjang umur, murah rezeki n sentiasa bhgia & ceria slalu. jasamu akn sentiasa dikenang. terima kasih ust.. Faza Fauzan - MRSM Taiping

                    Assalamualaikum ustd smpena hari guru ni sy ingn mengucap kan slamat hari guru moga ustd dpanjangkan umur dan sha slalo. Trima ksh krna tlh ajar sy n halal kan ilmu yg sy blajar dr ustd, salam.. Mohsin - Kolej Matrikulasi Tangkak Johor

                    Jikalau ku bumi engkaulah matahari yg mnghdupkan jiwa ini. jikalau ku mnusia d pdg psr engkaulah oasis mnyenangkan. Terima ksh shja blm ckp namun tiada apa yg ku ada selain doa tulus kpd mu. SELAMAT HARI GURU.. Che Mohd Nur Anas Bin Che Kadir - Kolej Matrikulasi Masjid Tanah, Melaka

                    salam. Selamat hari guru, semoga dpt mjadi seorang guru, yg luhur budinya. InsyaAllah.. Azie - hamnur.blogspot.com

                    Assalamualaikum ustaz. saya balkis pelajar 5b3 tahun lepas. terima kasih dengan ajaran dan bimbingan ustaz slama ni. SELAMAT HARI GURU.. Balkis - Kolej MARA Kuala Nerang

                    Sungguh hensem si ustz tony, dalam lena terbyg-byg, 16 mei tanggal diberi, guru di sambut tanda syg... Nabil Basya (roy) - MRSM Tun Gaffar Baba Jasin

                    Selamat Hari Guru. Semoga cikgu terus maju.. zaqwan - SPM 2007

                    Salam. slmat hr gru. smoga profesion p'guruan membri sribu erti buat ustz.. Shahira - Kolej MARA Kulim

                    Assalamualaikum ustaz. Selamat ari guru.. doakan ustz pnjg umur dan murah rezeki untuk beribadat pada Allah.. Luqmanul Hakim - Kolej MARA Kulim..

                    bergambar sebelum masu ke dewan utk sambutan Hari Guru..

                      Saturday, May 03, 2008

                      Hari Tamat Latihan

                        dgn budak2 PKBM..

                        BismiLLah..
                        kat maktab hari ni berlangsung majlis Hari Tamat Latihan untuk semua badan2 beruniform.. meriah la jugak dengan beberapa acara.. ada pertandingan masakan rimba, menyanyi, ikatan dan yang paling meriah mestilah pertandingan berkawad.. agak kelakar bila Puteri Islam berkawad pakai kain.. hehe..

                        satu rangkap ucapan pengetua masa majlis perasmian tadi: "ko-kurikulum bukanlah penghalang untuk menjadikan keputusan akademik cemerlang"...

                        Afiq sibuk nak bergambar.. buat kenangan katanya..

                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...