Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, June 30, 2006

balik kampung

    minggu ni balik kampung, dah rindu sangat kat mak dan ayah... lagi pun dah dekat sebulan tak balik.

    kat mana2 skrg ni tgh musim durian, termasuk la kat kampung, dapat la rasa sikit sbb pokok kat tepi rumah tu buah tak banyak, kira boleh la buat lepas gian..

    malam tadi tengok bola kat pekan dengan member2 kampung, sampai pukul 2 pagi, last2 england kalah jugak, terus sokong portugal sbb dah menang. time macam ni jer la dapat jumpa dengan member kat kampung ni, karang kalau tak campur dengan diaorang kata kita sombong pulak. sebenarnya bukan suatu yang mudah untuk bermesra dengan member2 kampung yang dah lama kita tak jumpa, kalau tak caya tanya la kat diri korang sendiri...

    alhamdulillah sebab masih lagi boleh bercampur dengan budak2 kampung ni walaupun ada rasa janggal sikit sebenarnya. janggal atau tidak tetap kena bercampur jugak, sbb mereka juga adalah sebahagian warna2 kehidupan... korang ada ker bermesra dengan budak2 kampung korang sambil lepak2 sampai pagi?

    aku tetap budak kampung
    ..

      Monday, June 26, 2006

      KEJORA 2006

        minggu ni kat maktab memang agak sibuk sebab jadi tuan rumah Kejohanan Olahraga (KEJORA) MRSM2 seMalaysia - peringkat kebangsaan kali ke-2..

        bermula dari 21 Jun hingga 26 Jun 2006. Kejohanan diadakan di Stadium hang Jebat Melaka manakala penginapan adalah di asrama maktab. berikut laporan ringkas aktiviti diri sendiri sepanjang kejohanan berlangsung
        ..

        21 Jun 2006:
        pelajar2 diberi cuti istimewa selama seminggu, hanya yang terlibat sebagai peserta dan sukarelawan jer yang tinggal, tapi cikgu semua kena kerja macam biasa, takda cuti plak.....

        22 Jun 2006:
        Pengetua suruh gi KLIA untuk sambut ketibaan kontinjen dari MRSM Kota Kinabalu.. bertolak jam 11pg dan tiba semula ke Terendak jam 4 ptg.. letih woo.....


        23 Jun 2006:
        menghadiri raptai majlis perasmiaan pembukaan pada jam 5 ptg, .....

        budak2 ni suka jer kalau di ajak bergambar..sedang menerima tabik hormat dari kontinjen2.hehehe..
        melepak di belakang pentas utama...malam yang sibuk.. siapkan kerja2 teknikal sampai pukul 2 pagi....

        24 Jun 2006:
        waktu siang sebahagiaan pertandingan berlangsung, terpaksa la duduk kat tepi padang sebab jadi AJK Teknikal, banyak jugak kerja nak buat, nasib baik budak2 sukarelawan ada, ringan sikit kerja, tanks to you all... malamnya barulah majlis perasmian sebenar berlangsung, grand jugak lah, ada perbarisan lintas hormat, persaembahan pancaragam dan persembahan payung terjun... tetamu VIP yang datang malam ni ialah Ketua Menteri Melaka, Dato' Ali Rostam
        ...

        bersama sukarelawan2 di tepi padang..VVIP yang hadir, Ketua Menteri Melaka..
        di pentas utama, kontinjen sedang membuat lintas hormat..pertunjukan payung terjun yang memang best....
        sebahagian kontinjen yang menyertai kejohanan kali ini..pasukan pancaragam dari REJ tentera membuat persembahan yg menggamatkan suasana....

        25 Jun 2006:
        8pg sampai 5ptg pelbagai pertandingan berlangsung.. malam ditugaskan sebagai MC untuk Majlis Makan malam sempena kejohanan ni, makan dia memang best, bertambah best bila MC dapapt duduk kat meja VVIP, udang besar2... meriah jugak malam ni, siap ada live band dari REJ 9 PARA (tentera)
        ...

        cuaca pagi yang melemparkan kepanasannya..memerhatikan gelagat peserta2 kontinjen..
        dinner di meja VIP, kelas gitu..budak2 maktab yg berios....
        persembahan live band dari REJ 9 PARA..pengerusi majlis makan malam yang agak bergaya....

        26 Jun 2006:
        olahraga berlangsung hingga jam 4 ptg, lepastu Majlis Penutup berlangsung, maka tamatlah sudah KEJORA, bestnya... malam bawak kontinjen dr Kuching dan Kota Kinabalu round2 dan shoping kat sekitar bandar melaka... TAMAT.......


        salah seorang peserta dari MRSM Kota Kinabalu, Shahfiz..bersama guru2 di pentas utama ketika Majlis Penutup kejohanan..
        bergambar kenangan di depan Stadium Hang Jebat..budak2 dari MRSM Kuching dan Kota Kinabalu yg sibuk memilih cenderahati dari Melaka....

          Monday, June 19, 2006

          Nadwah Islamiah MRSM seMalaysia

            malam ni baru sampai dari Pulau Pinang sebab jadi guru pengiring ke Nadwah Islamiyah MRSM2 seMalaysia peringkat Kebangsaan kali ke-dua...

            banyak pengalaman baru bila kita berjumpa guru2 dan pelajar2 dari MRSM lain... seronok la macam ni, tahun depan kalau disuruh jadi guru pengiring lagi pun tak kisah... berikut adalah laporan ringkas, kita kongsi pengalaman ok..

            HARI PERTAMA:
            kami seramai 13 peserta (seorang guru) dari MRSM Terendak bergerak jam 7.00 pagi dengan menggunakan bas maktab, tp bila keluar jer dari perhentian lebuhraya seremban bas rosak, hampeh tul.. maybe ni ujian.. terpaksa la menumpang bas MRSM Serting yang kebetulan belum lalu lagi..

            tiba di MRSM Transkrian jam 6.30 petang... lepas mendaftar terus melepak kat bilik.. sebilik dengan ustaz2 dari MRSM Muar, Kuching dan Langkawi.. kira paling muda lah kat bilik tu.. malam ada taklimat program di dewan besar..

            HARI KEDUA:
            pagi explorace, kena jaga check point la plak... nasib baik ada budak2 dari Transkrian bantu.. kira ok la, bila budak2 ni tak dapat jawab jer kena denda... nak denda apa ni? last2 suruh nyanyi lagu negeri jer, lagi pun tak pernah dengar lagu negeri2 lain ni, macam Sarawak, Kedah, Perlis....

            petang pertandingan tulisan khat dan Islamic art pun bermula... tapi semua kami tak menang... takda rezki laaa. baru kenal dengan ustaz dari MRSM Kuala Terengganu, Ustaz Jaamat.. dia ni pun baru posting gak, adalah member borak lepas ni...

            kena jaga check point untuk program explorace..budak2 ni tengah sibuk memikirkan soalan yg diberi..
            pembantu yang memang banyak membantu..bersama kenalan baru, Utz Ja'amat dari MRSM K.Terengganu....
            kumpulan dari MRSM Terendak bersungguh2 dalam explorace..peserta tulisan khat dan Islamic art....

            HARI KETIGA:
            pagi lagi dah kena keluar untuk Program Khidmat Bimbingan.. pelajar2 MRSM ni kena bagi motivasi kepada adik2 darjah 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR... MRSM Terendak bergabung dengan MRSM Jeli untuk ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Piandang, Perak...

            petang pertandingan nasyid saringan perempuan.. best jugak budak2 ni buat persembahan, tapi tewas jugak dan terus tak dapat masuk peringkat akhir..

            malam ada forum yang dipengerusikan oleh Ustaz Basiron Bin Lat (ustaz ni baru jer bersara dari MRSM Terendak)...

            pelaja2 berkumpul sebelum diagihkan ke sekolah2 rendah sekitar MRSM Transkrian..kelas pertama bersama abang2 dan kakak2 dari MRSM Terendak..
            kelas kedua bersama abang2 dan kakak2 dari MRSM Terendak..guru pengiring pun kena pantau jugak apa aktiviti yg budak2 ni buat....
            menerima cenderamata dari Guru Besar Sek Keb Tanjung Piandang..member baru, Utz Hairurazip dari MRSM Jeli, Kelantan....
            kumpulan nasyid pompuan sdg membuat persembahan..diapit gadis2 nasyid, hehehe....

            HARI KEEMPAT:
            pagi Majlis perasmian penutup Nadwah yang disempurnakan oleh Pengerusi MARA, Brig Jen. (B)... petang pertadingan nasyid saringan lelaki.. tapi kumpulan lelaki ni pun terima nasib yang sama, tak dapat masuk akhir jugak... maknanya takda satu pun acara yang dimenangi tahun ni..

            malam pertandingan Nasyid peringkat akhir, dan yang menang MRSM Kuala Terengganu, bangga gila si Ja'amat tu,...

            dewan yang serba indah..bergambar dengan budak2 ni lepas abis majlis perasmian..
            budak2 nasyid Terndak yang bergaya sungguh..bersama kumpulan nasyid dari MRSM TGB, Jasin....
            masa budak2 nasyid buat persembahan..bersama ustaz2 senior, banyak pengalaman dia orang ni....

            HARI KELIMA:
            Pagi Majlis Widak... kejap jer dah 5 hari kat sini, pastinya kenangan pertama menjadi guru pengiring ni tak kan dilupa sampai bila2...

            petang gerak balik naik bas Terendak, bas dah elok dah... Peserta dari MRSM Tun Gafar Baba, Jasin tumpang kita orang... sampai Terendak magrib......


            di Majlis Widak, hari terakhir nadwah..peserta2 dari MRSM Terendak..
            bergambar kenangan bersama students dari Jeli..peserta nadwah dari Kuala Terengganu....

              Monday, June 12, 2006

              sibuk sikit laa

                hari ni dah mula sekolah semula... macam2 kerja nak kena buat, dan yang paling penting hari ni kena buat ialah keep in markah students.... beginilah rupanya bila jadi guru... walaupun banyak kerja tp kira seronok gak..

                petang tadi ada meating Unit Pendidikan Islam, esok petang ada bengkel tulisan jawi pulak.. jadi nak hiburkan hati. lepas semayang asar join budak2 main bola tampar, dah lama tak main sbb tu skill lama dah banyak lupa.. tapi mesih kira ok lagi laaa...

                malam latih budak2 nasyid plak, 15 haribulan ni kena jadi guru pengiring ke Nadwah Islamiah di MRSM Transkrian, jadi kenalah buat sikit2 persediaan.. mudah2an pulang dengan membawa kejayaan..

                  Saturday, June 10, 2006

                  muraikah dia ??..

                    hujung minggu ni lepak kat rumah abang Ngah kat Batu Berendam, nak tengok tv... kat rumah warden takda tv lagi, lum beli...

                    dapat jugak la tengok bola sikit dan AF4.. tak minat pun nak tengok benda2 macam tu, tapi tengok jer laah.. ok la, sebenarnya takda menda nak citer, tapi kang kalau tak update weblog ni, orang mengata pulak...

                    "serupa tak payah ada weblog, kalau ada tapi tak pernah diupdate !!!"... sungguh celupar mulut murai ni kan, tapi lebih baik ada, dari takda weblog langsung... tul tak? nampak la canggih sikit bila ada... bukannya tanak update, tapi kengkadang tu busy sangat, sampai takda masa nak menjenguk weblog ni... harap maklum ok..

                    p/s: jom ikat mulut murai dengan dawai
                    ...

                      Wednesday, June 07, 2006

                      warden

                        minggu ni terpaksa balik ke MRSM cepat, kat maktab ada kem kecemerlangan untuk budak2 SPM dan PMR..

                        maka hari ni adalah hari pertama menetap kat rumah warden tu, letih betul mengemas sebab rumah tu dah lama takda orang duduk... malam pertama kat sini macam seram la jugak, tapi sebenarnya takda pape pun...alhamdulillah.. lagi pun budak2 ni pun ada..

                        AJK kem kecemerlangan tu jemput untuk beri kuliah subuh, tapi hampeh betul budak2 ni sebab tak turun, ada la 2, 3 orang jer... nak bagi kuliah amendanya, last2 suruh dia orang balik block sambung tidur jer laaa... budak2 ni memang kena dikejutkan la agaknya, kalau tak mana nak bangun.. geram tul kat budak2 ni laaa..
                        ...

                          Sunday, June 04, 2006

                          bang Man turun BP

                            bang Man nak turun BP, macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya.... walaupun dapat jumpa kejap jer, tapi kira terharu jugak, ( macam jejak kasih la pulak..)

                            bukannya selalu Bang Man turun BP, member dia kawin kat sini, kebetulan plak dekat dengan rumah, tu yang sempat jumpa tu... tapi hampeh sebab bang Man tak sudi nak datang rumah, iyer laa, rumah kampung, mana pensyarah macam bang man nak datang singgah... tapi takpa la, lain kali boleh datang kan...

                            bang Man masih sama macam dulu jugak, still montel, hehehe.... bila majlis bang Man ni, tak sabar nak tengok bang man bersanding atas perahu, tul tak Sapie?.... hehehe
                            ...

                            kenang2an bersama Bang Man..Bang Man yang semakin hensem, dengarnya dah nak kawin..

                              Saturday, June 03, 2006

                              sepupu kawin

                                letihnya hari ni, dari malam tadi rewang kat rumah pakcik, sepupu nak kawin, dah sampai jodoh......

                                walhal umur dia baru 23, tapi dia pompuan... kita laki2 ni lewat2 sikit pun takpa kan, tapi jangan la terlalu lewat, yer tak?.... sesuai la adakan majlis kawin sekarang ni, lagi pun time cuti sekolah, memang musim mengawan la ni... hehehe.

                                lepas pengantin bersanding, terus cabut... dah tak larat, nak tercabut kaki.. tak dapat makan kek 3 tingkat tu pun takpa la, lagi pun tetamu waktu petang2 ni dah kurang.. leganya bila dapat berehat, arghhhhhhhh
                                ...

                                ni la sepupuku, Samsiah bte Hashim..bersanding raja sehari..
                                bagai pinang dibelah dua..kumpulan kompang yang menyemarakkan suasana....

                                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...