Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, November 30, 2011

santai di Felda Hotel, Terengganu

    BismiLLah...
    semalaman kami sefamili bersantai di Felda Hotel Kuala Terengganu.. sebenarnya Ummi Aliya ada meeting kat hotel ni esok..

    Minggu depan kami nak balik kampung di Beseri Perlis pula, tunggu post akan datang yer...


    "ummi dan Aliya berposing cantik.."


    "sempat lagi posing dalam lif Felda Hotel.."


    "gambar ala2 retro... hehe.."

    Daripada Abu Said al-Khudri R.A dan Abu Hurairai R.A, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malah kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya" [Riwayat al-Bukhari & Muslim]

      Monday, November 28, 2011

      anak sapa comel sangat nie??

        BismiLLah...
        hari ni kami sekeluarga happy jalan2 ke majlis kahwin.. makan2 dan berposing2.. sebenarnya kami on the way nak berhujung minggu di Kuala Terengganu...

        Salam Maal Hijrah buat semua..


        "anak sapa comel sangat ni ??"


        "Ulfah Aliya Binti Mohd Tony.."

          Thursday, November 24, 2011

          semoga berjaya de SPM 2011

            BismiLLah...
            malam ni adalah malam terakhir bersama geng2 tingkatan 5, mereka ni semua masih stay kat asrama sbb SPM tak habis lagi.. selamat meneruskan perjuangan !!

            dan lepas solat maghreb tadi kami sempat berkongsi sedikit pengalaman kat surau, mudah2an ianya menjadi kenangan indah kita bersama kat Terendak ni..





            Sabda RasuluLLah S.A.W yang bermaksud : “Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

              Tuesday, November 22, 2011

              Ulfah Aliya dan baby walker

                BismiLLah...
                hari ni 1st time Ulfah Aliya beraksi dengan walkernya.. hohaaa, anak ayah dah besar ni, comel plak tu.. geram la ayah tengok...

                Aliya, nanti ucap terima kaseh pada Abang Ijad yer (sepupu Aliya), Abang Ijad lah yg bagi walker ni pada Aliya.. Abang Ijad dah pandai jalan sekarang ni...





                Firman ALLah dalam surah al-An'am yang bermaksud: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah Bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."

                  Thursday, November 10, 2011

                  annual dinner SPM 2011



                    BismiLLah...
                    tahniah buat Ustat Zaid dan teamnya kerana berjaya anjurkan Majlis Annual Dinner yang paling grand utk budak2 SPM tahun ni..

                    macam2 jenis makanan ada, dari satey sampailah ke mushroom soup.. tambah plak suasana ballroom Holiday Inn ni yang gah, memang terbaik la dinner malam ni..

                    sambil makan2 tu, kena ingat juga pesan Ust Zaid dalam ucapannya tadi, "jangan lupa saudara2 kita yg kesusahan dan kekurangan makanan kat luar sana, macam di Somalia, Palestin, Kemboja.."


                    "bersama kawan2 yang nak ambik SPM beberapa hari lagi"






                    "macam2 makanan ada... sedap2 belaka.."


                    "bersama abang Sahar, Ustaz Wahab, Khairil.."

                    "siap ada persembahan nasyeed lagi.."

                    ALLah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 114 yang bermaksud: "Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika hanya kepada-Nya saja kamu menyembah."

                      Tuesday, November 08, 2011

                      jamuan akhir tahun homeroom

                        BismiLLah...
                        hari ni merupakan pertemuan terakhir bersama anak2 homeroom untuk tahun ni, dan kebetulan minggu depan kan mereka semua nak exam final..

                        jadi waktu homeroom tadi kami buat makan2.. bergabung dengan tiga homeroom yang lain, homeroom Ustat Zaid, Ustazah Adibah, dan juga Cikgu Hafizah..

                        Ustat doakan semua dapat buat yang terbaik dalam exam nanti dan mencapai kecemerlangan.. بالتوفيق والنجاح...

                        jom tengok gambar2 masa jamuan tu...








                          Monday, November 07, 2011

                          salam Aidiladha 1432h


                            ~Salam Aidiladha dari kami sekeluarga~

                            BismiLLah...
                            الله أكبر...الله أكبر...الله أكبر...ولله الحمد
                            Selamat menyambut Aidiladha dan selamat menjalani ibadah qurban buat semua pengunjung @spirasiku...

                            masa borak2 kat kampung malam raya dengan famili, Bang Ngah ada tanya: "tahun ni tak kurban ker?"... "Rusyi yang buat kurban, tapi kurban kat Somalia"...

                            pastu Bang Da cakap, ada sorang pakcik kat tempat dia bg tau, kurban kat negara orang mcm Kemboja dan Palestin tak sah, sebab orang yang buat ibadah kurban tu tak lihat binatang kurban tu disembelih..

                            Mengikut Mazhab Syafie, Orang yang berqurban, sunat menyembelihnya sendiri (lelaki). Jika tidak dapat membuat demikian kerana uzur dan sebagainya, maka hendaklah dia menyaksikan penyembelihan tersebut. (rujukan:al-Fiqh al-Manhaji Mazhab al-Syafie)

                            tengok penyembelihan tu sunat jer.. bukan syarat sah ibadah qurban, WALLahu a'lam...


                            "Aliya dengan sepupu2 perempuannya.. "


                            "dari kiri: Tini, Aisyah, Aliya, Fatimah dan Tina... "

                              Sunday, November 06, 2011

                              Aliya gembira de restoran nasi arab

                                BismiLLah...
                                perjalanan Kerteh ke Melaka adalah satu perjalanan yg panjang, perut pun dah lapar.. jadi sampai saja Melaka, kami terus tuju Restoran Nasi Arab al-Taa'iz nak makan nasi arab... ni la tempat kami oder nasi arab masa jamuan akhir tahun BADAR hari tu.. klik sini..

                                Aliya kepingin nak makan nasi arab.. tu yang dia seronok sangat bila kami bawa makan nasi arab ni... senyumnya buat kami gembira dan tawanya buat kami rasa bahagia....


                                "sukanya anak ayah ni... "


                                "cuba carik lesung pipit Aliya... "


                                "anak sapa comel sangat ni.... "


                                "tak sabar nak makan nasi arab la yah !!. "

                                  Friday, November 04, 2011

                                  graduasi 2011



                                    BismiLLah...
                                    pagi tadi berlangsung majlis gilang gemilang meraikan pelajar2 tingkatan 3 dan 5 yang bergraduasi di MRSM Terendak..

                                    siapa yg ada kat dewan tadi, pasti dapat merasakan kegembiraan mak ayah yg datang dari jauh utk melihat anak2 mereka bergraduasi.. tahniah buat semua dan ustat pun tumpang gembira....


                                    "bersama pelajar2 puteri tingkatan 3 "


                                    "kami cikgu2 hensem2 belaka pagi ni.. "


                                    "Razi, salah seorang penerima penghormatan pengetua. "


                                    "dengan adik2 tingkatan 5 "


                                    "dan yg ni kawan2 tingkatan 3... "

                                      Thursday, November 03, 2011

                                      Jamuan akhir tahun BADAR

                                        BismiLLah...
                                        istimewa sangat jamuan akhir BADAR tahun ni, kami berselera makan nasi arab kabsa ayam n kambing dalam dulang berjemaah..

                                        terima kasih buat semua kepimpinan BADAR sesi 10/11 kerana dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.. kalian banyak sangat membantu kami di Unit Agama & Bahasa Arab, untuk anjurkan pelbagai jenis program dan aktiviti kat maktab ni...

                                        semoga pengalaman bersama BADAR ni dapat digunakan untuk berorganisasi semasa di menara gading nanti.....


                                        "berjemaah menikmati nasi arab kambing.. terhibur sangat "


                                        "makanan dari kedai nasi arab di Bukit Katil, Melaka "


                                        "mengeratkan silaturrahim sesama kami.. "


                                        "tersandar lepas kenyang menikmati nasi arab.. "


                                        "barisan kepimpinan BADAR sesi 10/11.."

                                          Wednesday, November 02, 2011

                                          jemputan ke jamuan LDP 10/11

                                            BismiLLah...
                                            petang tadi hujan sangat lebat, tapi AlhamduliLLah ustat maseh sempat sampai ke KFC Sungai Udang untuk sama2 meriahkan majlis akhir tahun LDP (Lembaga Disiplin Pelajar) bagi sesi 10/11..

                                            terima kaseh sebab undang ustat sekali ke majlis makan2 nie... dan terima kaseh juga buat kalian semua sebab berjaya laksanakan tugas dengan baik sepanjang memegang jawatan LDP..

                                            Firman ALLah dalam surah al-Zalzalah ayat 7 yang bermaksud:
                                            "Maka barangsiapa yang beramal (dengan amal yang baik) walaupun sebesar zarrah, akan dibalas kebaikan baginya.."


                                            "ustaz,, jom la bergambar dengan kami !!.. "


                                            "budak2 ni sibuk nak bergambar dengan Maher Zain.. hehe "


                                            "terima kaseh abang2 LDP.... "


                                            "antara geng2 cikgu yg sama hadir di jamuan petang ni. "

                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...