Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, January 31, 2012

Ulfah Aliya di Januari 2012

    BismiLLah..
    Gambar2 Ulfah Aliya di Bulan Januari...


    "lepas makan biskut kat rumah opah di kampung.."


    "di Secret Recipe minum petang @ Mesra Mall.."


    "balik dari Birthday Party jiran di Rantau Laut.."


    "di RnR Nilai balik dari KL..."

      Tuesday, January 24, 2012

      Opah dan maksu di Bandar KT

        BismiLLah..
        lepas makan2, kami ronda2 plak kat Pasar Payang, cari benda2 yang berkenan... tak dapat nak ronda semua, sbb pasar ni besar banget la...

        lepas penat berjalan, kami singgah ke Masjid Kristal untuk solat jamak... dan sebelum gerak balik Kerteh, mesti la bawak opah dan maksu pekena sotong celup tepung kat Teluk Ketapang... SubhanaLLah, sedapppp !!!

        nanti kalau opah dan maksu datang lagi, kita pekena aiskrim goreng plak yer...


        "opah dan maksu sampai penat round Pasar Payang...."


        "berposing lepas solat di Masjid Kristal.."


        "minum petang makan ikan dan sotong celup tepung.."


        "bergambar sebelum opah dan maksu bergerak pulang..."

          Monday, January 23, 2012

          Opah dan Maksu datang Kerteh

            BismiLLah..
            Hujung minggu baru ni, opah dan maksu datang ke Kerteh, selain nak menjenguk cucu opah yg comel sangat tu, kami nak bawa opah dan maksu pusing2 bandat KT...

            seronok bukan main lagi budak comel tu bila opah dan maksu ada.. destinasi pertama kami di KT adalah Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali dgn panggilan Masjid Terapung...

            jom tengok gambar2 kat bawah ni...


            "comel betul cucu opah ni la... geram tengok....."


            "kami berehat seketika di Masjid Terapung.."


            "Ulfah Aliya ngan ummi dan maksu Indah..."


            "memori terbaik Ulfah Aliya bersama opah dan maksu..."

              Wednesday, January 18, 2012

              Ulfah Aliya main buaian

                BismiLLah..
                Hari ni Aliya selsema, dia asyik merengek jer.. semua benda tak kena, asyik nak mintak dukong ngan ummi n ayah dia...

                ok lah, jom ayah bawak gi main buaian kat playground yer.. Aliya kan anak yang baik...

                mula naik buaian tu, bukan main excited lagi si Aliya.. lepas 10 minit dia mula terpusing2 dan akhirnya tertidur dalam dakapan ayah... doakan Aliya sembuh dari selsema dan terus sehat selalu yer...


                "buai laju2... sampai hujung atap....."


                "belum tumbuh gigi, dah pandai baca kitab.."


                "tertidur di playground, ummi Aliya jer yg teruskan main buai..."

                  Tuesday, January 17, 2012

                  Kem Lambaian Danau F3 (S4: sarang buaya)



                    BismiLLah..
                    Pastinya kem kali ni akan menjadi memori kami bersama, dan mudah2an pengisian di sepanjang kem ni akan memberi kesan yang baik buat adik2 yg nak duduki PMR tahun ni..

                    Firman ALLah yang bermaksud : "Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan" (al-Baqarah: ayat 11)...


                    "bersiap sedia untuk berperang lumpur kat sarang buaya.."


                    "budak2 ni kena jadi buaya darat.. serang !!!.."


                    "lepas penat jadi buaya, berenang guna pelampung plak..."


                    "salah satu tempat cantik dekat2 dgn kem ni.."

                      Thursday, January 12, 2012

                      Kem Lambaian Danau F3 (S3: kami berakit)

                        BismiLLah..
                        serius, ni adalah pengalaman kali pertama berakit menggunakan rakit buluh pelampung.. kami berakit sampai ke hujung tasek.. wooohaaa, seronok !!!..

                        kalau kami cikgu2 rasa seronok macam ni, apatah lagi budak2 ni kan.. membina semangat berpasukan dengan berakit...

                        Firman ALLah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam naungan (yang teduh) dan (di sekitar) mata-mata air." (al-Mursalaat: 41)


                        "mula2 kena buat rakit dulu..."


                        "pastu mereka di ajar mendayung, satu, dua, tiga..satu, dua, tiga..."


                        "kumpulan pertama yg tiba ke garisan penamat.."


                        "kami cikgu2 berposing sebelum mula berakit.."


                        "laju lagi.. laju lagi.. sampai ke bendera merah depan tuu !!!..."

                          Wednesday, January 11, 2012

                          Kem Lambaian Danau F3 (S2: seronok berkayak)



                            BismiLLah..
                            puas kami berkayak sepanjang di kem ni, seronok bukan main.. dah lama sangat tak berkayak, rasa last berkayak masa dengan Kelab Rekreasi, klik sini..

                            Firman ALLah yg bermaksud: "Dan mereka berkata: Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami" (al-Israa: 90)

                            malas nak citer banyak, jom kita tengok aksi2 menarik aktiviti berkayak ni..








                              Tuesday, January 10, 2012

                              Kem Lambaian Danau F3 (S1: pengalaman baru)

                                BismiLLah..
                                Minggu pertama persekolahan ni budak2 maseh tak belajar lagi, kami sibuk menguruskan program re-orientasi untuk mereka semua ni, biar bersemangat nak belajar  

                                adik2 form3 yg nak amik PMR tahun ni kami bawa ke Kem Lambaian Danau, seronok bukan main lagi budak2 ni, dengan cikgu2 sekali seronok..

                                insyaALLah dalam beberapa siri ni, banyak cerita nak kongsikan sepanjang kami di kem ni.....


                                "budak2 tengah buat water confidence....."


                                "guru pengiring, tanks miss adi, tukang amik gambar.."


                                "ada gak yg tak reti berenang rupanya..."


                                "pengisian kuliah maghreb dengan abang fesy.."


                                "mcm biasa mlm pertama ada ice breaking..."

                                  Thursday, January 05, 2012

                                  wajah insan yg ku sayang



                                    BismiLLah..
                                    2011 meninggalkan kami dengan memori2 indah yg tak kan kami lupakan, dan tahun baru muncul lagi... bila dah masuk tahun baru, maknanya cuti sekolah pun dah nak habis laa..

                                    rutin mingguan kini kembali lagi.. Isnin hingga Jumaat di Melaka, dan hujung minggu ke Kerteh untuk bersama mereka berdua yang sentiasa di hati...

                                    doakan yang terbaik untuk kami se-famili...


                                    "sapa budak comel ni? geram la ayah tengok dia ni..."


                                    "bersantai menghabiskan hari2 terakhir cuti panjang.."


                                    "wajah yang sentiasa mendamaikan hati ayah n ummi..."


                                    "semoga ummi kuat dan sabar bersama baby Ulfah di Kerteh yer..."

                                      Monday, January 02, 2012

                                      baby Ulfah jumpa Wan di Pelabuhan Kuantan

                                        BismiLLah..
                                        pertemuan menggembirakan di Kuantan kami teruskan dengan bertemu famili angkat di perumahan Pelabuhan Port.. gembira betul Wan dapat jumpa cucu sulungnya, sapa lagi kalau bukan baby Ulfah..

                                        Pak su Ami pun seronok bila tengok anak sedaranya datang.. "comellll." Pak su Ami kata...

                                        insyaALLah, ada kelapangan dan rezqi kita jumpa lagi.. babay Ulfah nak jumpa Tok Aki dia la, Tok Aki kerja td, tu yg tak dapat jumpa..


                                        "baby Ulfah dengan Wan dan Pak Su Ami.."


                                        "kami sefamili bergambar memori dgn Wan..."


                                        "Zamri dan famili pun ada kat pelabuhan port juga.."


                                        "baby Ulfah bersama nenek ibu dan Wan yg happy..."

                                          Sunday, January 01, 2012

                                          pertemuan menggembirakan di Kuantan

                                            BismiLLah..
                                            keceriaan di Kuantan kami lalui dengan pertemuan2 silaturrahim yg mengembalikan memori lama. kegembiraan ni kami nak kongsikan dgn semua pengunjung @spirasiku...

                                            1. bertemu famili Alias & Ayu..
                                            Bukit Sekilau bukan asing bagi kami, dari zaman belajar masa kat IKIP dulu sampailah sekarang.. terima kaseh Alias, Ayu, Khaulah dan Dirar sbb sambut kami datang..

                                            kami doakan famili ceria ni dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezqi dlm kebahagiaan yg berterusan....


                                            "baby Ulfah dengan kawan baru, Kakak Khaulah & Dirar.."


                                            "semoga persahabatan ni kekal sampai bila2..."

                                            2. bertemu Che Saiful Hafiz (mantan Presiden BWP MRSM TDK 2009)
                                            makin hensem, makin segak, makin matang dan makin bunc** sikit la.. tu riaksi ust bila dapat bertemu lagi dengan awak Sepop.hehehe..

                                            Uncle Sepop tak sabar nak jumpa baby Ulfah.. terima kaseh sebab sudi habiskan masa rehat awak utk jumpa ust dan famili.. kita kawan baik sampai bila2... semoga terus sukses dan berjaya Sepop!!


                                            "baby Ulfah tetap nak dengan ayah dia, sory yer Uncle Sepop"

                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...