Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, October 31, 2012

Ulfah Aliya di Oktober 2012

    BismiLLah..
    Gambar2 Ulfah Aliya di Bulan Oktober..


    "Ulfah Aliya sangat suka naik troli.. laju lagi ayah !!.. "


    "dah kenyang minum nutrigen... minuman kegemaran saya.."


    "Ulfah Aliya bersama Tok Nyang di Kampung Semabok.."


    "Ulfah dengan Pak Su Naim...."

      Monday, October 22, 2012

      Annual Dinner PMR 2012

        BismiLLah
        kalau hari tu kami ke Holiday Inn untuk Annual Dinner SPM, kali ni kami datang lagi untuk Malam Annual Dinner PMR 2012 plak.. tempat sama, tp menu berbeza.. tetap terbaik !!

        Allah berfirman yang ertinya, “Tidak ada halangan bagi kamu makan bersama-sama mereka atau sendirian.” (QS. an-Nur: 61)

        terima kasih semua yang belanja kami cikgu2 makan dinner..


        "kami makan besar malam ni.. AlhamduliLLah..."


        "persembahan dari pelajar putera yg memang mantap.. terbaik..."


        "makan sampai tak nampak ust lalu kat sebelah yer...."

          Sunday, October 21, 2012

          Ummu Ulfah kongsi pengalaman di MRSM TDK

            BismiLLah
            Sebelum cuti sekolah bermula hari tu, Umm Ulfah telah mendapat jemputan dari MRSM Terendak utk menyampaikan "carier talk" tentang pengalaman sebagai seorang "Engineer di PETRONAS" kepada adik2 yang baru habis PMR.....

            walaupun slot ni kejap jer, tapi mudah2an input yang disampaikan akan membuka mata adik2 ni yang berminat utk menjadi engineer agar terus berusaha dgn lebih gigih lagi...

            tapi lagi ramai yang nak jadi doktor.. huhu


            "Umm Ulfah sebagai salah seorang penceramah hari ni."


            "Umm Ulfah begitu bersemangat memberi talk..."


            "Ulfah main2 kat belakang dewan ngan ayah...."


            "sesi perkongsian ilmu bersama adik2 lepas PMR.."

              Saturday, October 20, 2012

              Program Anak Angkat Kg Sri Tanjung, Masjid Tanah [siri 2]



                BismiLLah
                masih lagi bercerita tentang aktiviti kami di Kg Sri Tanjung.. waktu siang seronok bersama famili angkat, malamnya pula kami mulakan dgn kuliah magrib di Masjid yang disampaikan oleh Ust Wahab...


                persembahan nasyid dan dikir barat daripada peserta2 program anak angkat ni memeriahkan lagi Malam Kebudayaan yang dianjurkan oleh JKK kampung.. tabik buat Cikgu Irawan yg sama2 membuat persembahan dikir barat, orang Kelantan sejati..

                mudah2an program ni menjadi memori terbaik untuk pelajar2 MIGTY, sampai jumpa lagi..


                "kami mendengar kuliah dari Ust Wahab di Masjid Kg Sri Tanjung."


                "pelajar putera dan cikgu Irawan membuat persembahan dikir barat.."


                "kumpulan pelajar puteri mempersembahkan nasyid."


                "kami cikgu2 bersama mak angkat kami, Mak Sal..."

                  Friday, October 19, 2012

                  Program Anak Angkat Kg Sri Tanjung, Masjid Tanah [siri 1]

                    BismiLLah
                    Program paling grand dalam program MIGTY hari tu adalah "Program Anak Angkat & Khidmat Masyarakat" yang berlangsung bersama penduduk2 Kampung Sri Tanjung, Masjid Tanah Melaka.

                    banyak aktiviti berjalan sepanjang tiga hari pelajar bersama keluarga angkat mereka. Dan salah satu yang menggembirakan adalah sukan rakyat bersama penduduk2 kampung.


                    "bersama Alif dan Hazreen yang tengah ronda2 kat kampung ni.."


                    "kehadiran Abg Sepop dan Abg Rody memeriahkan program ni."


                    "mengendalikan sukan rakyat bersama penduduk kampung."


                    "salah satu acara yg menarik ialah baling tin.."

                      Thursday, October 18, 2012

                      pelajar MIGTY ke Petrosains



                        BismiLLah
                        kami teruskan program MIGTY hari ni dengan lawatan ke Petrosains @ KLCC.. bukan main seronok lg budak2 ni, walhal KLCC tu dah jadi tempat main dia orang hari2...

                        dan salah satu perkara dalam "Amal Islami" yang budak2 ni dapat terus praktikalkan adalah solat jamak dan qasar, memang terbaik... !!


                        "kami la pengiring budak2 ni ke KLCC.."


                        "happy sangat cikgu2 pompuan ni berposing..."


                        "bergumbira di Petrosains KLCC.."


                        "makan di Masjid KLCC sebelum terus solat jamak & qasar"

                          Wednesday, October 17, 2012

                          Lawatan ke Kilang Dodol



                            BismiLLah
                            Selepas selesai saja budak2 tingkatan 3 menduduki PMR, mereka ni kena ikuti program MIGTY.. atau mudah cakapnya, program selepas PMR...

                            dan salah satu slot dalam MIGTY ni ialah "Projek Ushawan Muda".. dan kali ni kami bawa budak2 ni ke kilang dodol..

                            Memang la nama dodol tu tradisi sangat, tapi ramai sebenarnya tak tahu mcm mana proses buat dodol ni.. dan paling best boleh makan dodol free kat kilang ni.. hehe


                            "taklimat oleh salah seorang pekerja kat kilang dodol ni..."


                            "ust pun 1st time jumpa mesin basuh isi kelapa ni...."


                            "semua dah canggih, ni mesin hasilkan santan, bahan utama nak buat dodol"


                            "tetap gunakan kayu sebagai bahan bakar.. yg lain semua mesin."

                              Tuesday, October 16, 2012

                              Perlantikan Exco BADAR sesi 12/13

                                BismiLLah
                                tampuk kepimpinan silih berganti, dan kami harapkan barisan Exco BADAR (Badan Agama, Dakwah & Rohani) yang baru dilantik dapat membantu dan menjalankan tugas terutamanya program kerohanian di surau...

                                Renungan: “Aku tinggalkan untuk kamu sekalian dua perkara. Jika kamu berpegang teguh kepadanya niscaya kamu sekalian tidak akan sesat selama-lamanya, kitab Allah (al-qur’an) dan sunnah Rasul-Nya". (HR Imam Malik).


                                "Ustaz Azari sedang mengumumkan barisan exco BADAR yg baharu.."


                                "Semua barisan kepimpinan sedang melafazkan ikrar.."


                                "Presiden BADAR yang baharu, saudara Fakhrurrazi Ali."

                                  Sunday, October 07, 2012

                                  Ulfah Aliya dan Adib Ihsan

                                    BismiLLah
                                    kami se-famili happy nak gi rumah kawan Ulfah Aliya, Adib Ihsan.. anak kepada Cikgu Mai.. bukan main seronok lagi si Ulfah, dari dalam kereta dah ketawa memanjang...

                                    Terima kasih Kak Mai sudi jemput kami makan2 kat rumah, lain kali jemput ar lagi.. hehe.. Semoga Kak Mai se-famili dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezqi..


                                    "Aliya happy bila tahu kami nak bawa jumpa kawan baru dia.."


                                    "Ulfah Aliya bersama Adib Ihsan... "


                                    "Aliya nak main ngan Adib.. ."

                                      Saturday, October 06, 2012

                                      berliburan dengan budak comel



                                        BismiLLah
                                        Hari ni kami jalan2 berlibur lagi, dan kali ni kami ke JJ Bandaraya.. Ulfah Aliya paling happy bila dapat berjalan ke sana dan ke sini kat JJ ni...

                                        Kisah sahabat:
                                        Al-Aqraa bin harits melihat Nabi Muhammad SAW. mencium Al-Hasan r.a. lalu berkata, "Wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium mereka."

                                        Rasulullah bersabda, "Aku tidak akan mengangkat engkau sebagai seorang pemimpin apabila Allah telah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu. Barang siapa yang tidak memiliki rasa kasih sayang, niscaya dia tidak akan di sayangi."


                                        "anak ayah nak makan apa ?? banyaknya makanan.. "


                                        "ummi tengah suapkan anak comelnya makan.."


                                        "nak...nak.. semua benda atas meja dia nak.."


                                        "bila dah makan, sekarang masa untuk jalan2.."

                                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...