Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, November 25, 2007

selamat pengantin baru Zihan

    Zihan dan isteri..

    BismiLLah..
    "Selamat pengantin baru dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat".. tahniah buat Shah Zihan dan Nurul Hanim, kerana telah sah pun menjadi pasangan suami isteri, tak kira la apa pun glosori kisah perkahwinan mereka, namun kami kawan2 sentiasa mendoakan yang terbaik dan kebahagiaan hingga ke akhirnya...

    sori Zihan sebab tak dapat datang ke majlis walimah kat rumah enta tu, kebetulan hari sabtu ada kelas sampai pukul 7 petang, apo nak buat jang oii.. tapi InsyaAllah nanti ana belikan hadiah.. nak belikan hadiah apa yer?... tanks buat Ijam yang memberi laporan penuh majlis tu, siap send gambar lagi, kelas gitu, memang kau dilahirkan untuk menjadi pelapor maklumat terhebat la Jam, hehehe

    seronok bila dapat tengok kawan2 berumahtangga ni, mudah2an saat macam ni dapat kurasakan tidak lama lagi, cewah, hehehe.......

    bergambar bersama pengantin..

      Thursday, November 22, 2007

      ada kat Bangi - Dip Edd

        BismiLLah..
        start dari 16 hb hari tu, bermulalah kehidupan sebagai student semula, kali ni sesi pembelajaran agak panjang, sampai 30 hb disember depan, lama kan... habis jer minggu pertama ni, kepala dah tintong jer.. bayangkanlah, kelas 6 hari seminggu, start 8.30 pagi sampai 7 malam, nak beriadah pun tak sempat, tu yang terpaksa berjoging malam2 kat kompleks sukan....

        sepanjang minggu pertama ni, belajar 3 subjek jer, pedagogi pendidikan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta makro.. baru seminggu, asigment dah melambak kena siapkan.. hemm, letih gak rasa.. tapi nak buat camner, ni lah kerja student.......

        masa sesi perbincangan kumpulan..

        bergambar dengan Dr Syahedah..

        ni plak gambar dengan Dr Abd Kadir..

          Thursday, November 15, 2007

          bye form 5 2007

            BismiLLah..
            malam ni adalah malam terakhir ada kat maktab bersama dengan budak2 ni, sebab esok dah nak bertolak ke Bangi... tahun ni memang takda cuti, kali ni kena ada kat Bangi sampai akhir bulan depan, masak la jawabnya...

            lepas isyak sempat jugak ar salam terakhir dengan budak2 form 5, konon salam selamat tinggal lah ni... lepas ni mesti dah susah nak jumpa kan, habis SPM jer nanti, mesti dia orang dengan haluan masing2.. alah macam kita lah dulu, macam ni jugak...

            teringat plak kat kawan2 yang sama2 amik SPM 1998 di Maahad Pontian dulu, kalau ada sesapa yang ingat sama, jangan lupa hantar msg k, maybe kita boleh buat runion kecil2an lepas ni, tak pun dapat keluar makan sama pun ok apa.... nanti ada masa, nak scan gambar masa form 5 dulu, nak tunjuk kat korang, tapi entah ada lagi entah tak gambar tu....

            budak2 laki form 5..

              Saturday, November 10, 2007

              hari keluarga 2007

                BismiLLah..
                seronok rasa bila dapat kumpul ramai2 macam ni, dah nama pun hari keluarga, mana tak seronoknya. orang lain semua datang dengan keluarga masing2, dengan anak isteri, kita yang bujang2 ni tumpang enjoy dan happy jer ar....

                macam2 aktiviti ada, lawan tenis, memancing, kopek kelapa, anyam ketupat, kepit bola dan yang paling ditunggu2 ialah cabutan bertuah, mana la tahu dapat periuk nasi ker, kipas angin ker, dapt setrika pun jadi la...

                masuk tenis kalah, dapat nombor 4, masuk memancing langsung tak dapat ikan, dan paling hampeh nombor bertuah pun tak dapat kali ni... nasib baik la kopek kelapa dapat nombor dua, dapat gak la hadiah.. yang penting bukan hadiah tapi kemesraan dalam satu komuniti warga MRSM Terendak, betul kan..

                kalau panjang umur & murah rezki, jumpa lagi di hari keluarga MRSM Terendak tahun depan, mudah2an bukan berseorangan lagi, hehehe ......

                selepas tewas main tenis..

                memancing yg tak berhasil..

                  Wednesday, November 07, 2007

                  sambutan raya

                    BismiLLah..
                    malam tadi ada majlis akhir tahun budak2 form 3, kira ok la mjlis ni walaupun semua benda buat last2 minit.. tak tahu lagi tahun depan dapat jumpa dia orang ni ataupun tak, tunggu jer lah yer..

                    dan pagi tadi maktab buat majlis sambutan hari raya walaupun syawal dah tinggal beberapa hari jer lagi.. tak berapa meriah ar tahun ni sebab buat majlis kat dewan selera jer, kalau buat kat dewan besar mesti meriah, ada persembahan pelajar, persembahan guru. ni yang ada cuma ucapan pengetua jer... sebenarnya dah merancang nak naik pentas buat persembahan nasyid dengan ustaz2 yang lain, tapi takda peluang kali ni, tunggu tahun depan jer laa..

                    bergambar dgn anak2 dara form 3..

                    barisan ustaz2 MRSM Terendak..

                    dengan amir azrin..

                      Friday, November 02, 2007

                      minggu ni busy dgn program..

                        BismiLLah..
                        minggu lepas (27 oktober) semua pelajar tingkatan 3 dan 5 diraikan dalam majlis graduasi, bangga gak bila tengok budak2 ni pakai jubah naik atas pentas amik sijil.. tahniah kepada semua yang dapat grad..

                        malam lepas graduasi, budak2 PAIM (Persatuan Agama Islam) buat majlis akhir tahun, memang kena datang la sebab guru penasihat diaorang. bagus budak2 ni, pandai dah kendalikan macam mana nak buat majlis, tak yah susah2 nak suruh2...

                        semalam plak baru balik dari kursus kat hotel New York JB selama 3 hari, kursus meningkatkan profesionalisme guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab anjuran Jabatan pelajaran Melaka.. masa kat JB sempat gak jumpa dengan Ijam dan Sahrin, diaorang berdua belanja makan besar kat Snibung, jauh gila tempat tu tapi best, makan pun sedap, Tanks my friends......

                        sebelum masuk ke dewan graduasi..

                        bersama budak2 PAIM dan form 2..

                        semasa kursus di JB..

                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...