Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, April 30, 2012

Ulfah Aliya di April 2012

    BismiLLah..
    Gambar2 Ulfah Aliya di Bulan April...


    "mula nak hisap jari kaki.. gambar masa kat rumah opah."


    "muka serius di Medan Ikan Bakar Umbai..."


    "mari ayah tengok gigi.. happy di rumah nenek..."


    "teruja dapat kasut baru.. semua nak masuk mulut..."

      Saturday, April 28, 2012

      geng warden ber-BBQ..

        BismiLLah..
        Malam Sabtu memang sepatutnya dah bergerak balik ke Kerteh, tapi kami geng2 cikgu kena stay kat maktab sebab esok ada "Hari Tamat Latihan"..

        kesempatan yang ada kami gunakan utk buat majlis makan2 BBQ warden, meraikan warden2 yg dah berpenat lelah buat kerja.. Unit Warden siap menyumbang hadiah untuk cabutan bertuah.. terbaik !!!

        Imam Malik di dalam Al-Muwatha’ mengeluarkan hadis dari Atha’ ibn Abdillah al-Khurasani bahwa Rasul S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Saling berjabat tanganlah kalian, nescaya akan hilang rasa dengki; dan saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian kalian akan saling mencintai dan akan lenyap rasa permusuhan" (HR Malik).


        "Abang Sepul paling terer bab2 membakar ayam ni...."


        "Ust Tajul selaku ketua warden mencabut nama utk dapat hadiah..."


        "suasana semasa Hari Tamat latihan di padang....."


        "kami cikgu2 berteduh di daunan pohon melambai.. hehe.."

          Wednesday, April 18, 2012

          FesNas 2012 melakar sejarah

            BismiLLah..
            Minggu Nadwah Islamiah tiba ke acara kemuncak iaitu Festival Nasyid ataupun FesNas (nama singkatan ni Fidot yang bagi)...

            dan buat pertama kalinya, kami tempah backdrop khas utk diguna pakai dalam FesNas tahun ni dan tahun2 yg akan datang, kira melakar sejarah la ni kan... hehe

            AlhamduliLLah semuanya berjalan dengan baik. mudah2an FesNas menjadi satu lagi wadah utk pelajar2 mencungkil bakat dengan cara yang baik...

            Lagi gambar2 di FesNas 2012, sila klik sini...


            "Eyman dan Rosnan menjadi hos FesNas tahun ni..."


            "salah satu kumpulan puteri yang membuat persembahan di FesNas.."


            "tidak semua pelajar mampu bermain alat nasyid dgn baik seperti mereka..."


            "penampilan hebat dari ahli-ahli nasyid...."


            "Ketua Jabatan menyampaikan cenderahati kpd juri profesional..."

              Monday, April 16, 2012

              Minggu Nadwah 2012

                BismiLLah..
                sepanjang minggu ni kami Unit Pendidikan Islam & Bahasa Arab menganjurkan "Minggu Nadwah Islamiah" untuk mencungkil bakat2 pelajar kat sini..

                Banyak pertandingan2 yang berlangsung kat surau, antaranya tilawah al-Quran, hafazan, bercerita kisah nabi, dai'e muda dan juga azan..

                dan kemuncak Minggu Nadwah ni pastinya Festival Nasyid.. nantikan gambar2 di FesNas dlm post2 akan datang yer...


                "Razzi merupakan salah seorang peserta tilawah.."


                "Afiq ni plak salah seorang peserta azan.. terbaik.."


                "peserta pertandingan hafazan.."


                "terima kasih ust Zaid sudi jadi juri malam ni.."


                "Ust Tony & Ust Azari hakim pertandingan hafazan...."

                  Wednesday, April 11, 2012

                  Ulfah Aliya teman main bowling

                    BismiLLah..
                    Hari ni Aliya gi temankan Ayah, Pak Lang, Nenek Ummi dan Tok Walid main bowling.. AlhamduliLLah Aliya dah makin sehat sekarang ni....

                    sebelum ni Aliya kena tahan wad 4 hari.. terima kaseh kepada semua yg doakan Aliya yer..

                    Ummi kata, sakit ni ALLah yg bagi, dan banyak hikmahnya.. antaranya ialah sebagai penghapus dosa.. “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


                    "Ulfah Aliya ngan ummi dan ayah..."


                    "saya anak ayah !!!.."


                    "terernya ayah.. pasni ummi plak balik bola k..."


                    "ngan Pak Lang, nenek ummi dan Mak Uda...."

                      Friday, April 06, 2012

                      Juri Pesta Type III 2012

                        BismiLLah..
                        Pesta Type III merupakan aktiviti tahunan yang berlagsung hampir di semua MRSM, dan tahun ni terpilih lagi untuk menjadi juri projek2 pelajar ni..

                        banyak sebenarnya idea2 menarik yang ditonjolkan pelajar2 ni.. dari kajian sains hinggalah ke projek rekacipta.. Tahniah buat semua..


                        "salah sebuah kumpulan sedang membuat persembahan.."


                        "bersungguh2 betul bagi markah..."


                        "antara projek sains yang dipamerkan pelajar.."

                          Wednesday, April 04, 2012

                          sukan tahunan serba hijau

                            BismiLLah..
                            minggu ni kami semua sibuk di padang, mengharungi panas mentari untuk pastikan semua budak2 maktab penat berlari..

                            seronok juga sukan tahunan kali ni bila ada acara tarik tali.. dan paling best bila guru2 menang masa lawan bekas2 pelajar SPM 2011.. hehehh


                            "larat ke ko nak masuk lari 1000m ni dik? kecik semacam jer ust tengok.."


                            "bergambar dengan guru rumah sukan mozac, cikgu Rosely..."


                            "acara untuk cikgu2.. lontar peluru....."


                            "dengan atlit2 rumah Alau.. go go Alau !!..."


                            "tarik.. tarik.. tarik.. caya la ustat !!..."

                              Sunday, April 01, 2012

                              Islamic Camp bersama BADAR sesi 10/11

                                BismiLLah..
                                terharu bila abang2 dan kakak BADAR sesi 2010/2011 sudi datang untuk kendalikan kem buat adik2 form 2.. Mudah2an usaha ni ALLah balas dengan kejayaan yang disangka2 buat semua..

                                Kem selama 2 hari ni dikendalikan sepenuhnya oleh mantan BADAR ni.. biar pengalaman kali pertama ni menjadi permulaan untuk usaha2 yang akan datang..


                                "adik2 form 2 sedia untuk di kem kan... hehe.."


                                "di majlis perasmian kem...."


                                "simbolik penyerahan pelajar oleh pengetua kepada abang2 fecy..."


                                "kami seronok abang2 n kakak2 datang ke Terendak..."

                                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...