Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, September 26, 2005

temankan Bern

    pagi lg bern dah sampai rumah, dia nak ajak pegi JB, temankan dia nak amik sijil kat JPN.. sedihnya tak dapat amik jugak sbb kena amik masa dua bulan, lebih baik la dia tunggu kargo jer..

    lepas tu gi Maahad Johor, sarin pun ada sekali.. lepas tu jumpa Utz Deris.. dia belanja makan tengahari...

    bern ajak ke Rompin, tapi tak leh ikut lah, takut ganggu dia dan kekasihnya nak bermesra2, hehehe... tidur kat umah Bang De di Tebrau...

      Wednesday, September 21, 2005

      ditangguh

        perjumpaan di IKIP ditangguhkan ke 1 Oktober depan... tadi dah daftar nama kat laman web siswazah menganggur, itu pun hazwan yg bg tahu, dia kata kerajaan nak buat analisa jer..
        bagi kengkawan yg nak daftar, sili klik sini

        bacalah majalah i, temui ustz Zaharudin dlm ruangan soal jawab agama.
        klik sini utk ke karangkraf.com

          Monday, September 19, 2005

          elaun MARA

            pg td ke pekan, gntg rambut, dah smart skrg ni. lps tu pergi bandar ambik Sahrin kat bus stand...
            ptg kita orang potostat sijil dan malamnya pergi rumah Hazwan mintak pengesahan dari bapak dia...
            Akmal antar msg td, 24hb ada perjumpaan kat IKIP... duit elaun MARA pun dah sampai, syukur Alhamdulillah, adalah duit sikit utk buat belanja...

              Sunday, September 18, 2005

              jln Kluang

                perancangan mlm td nak pergi rumah Ijam sekali hari ni, tapi Ijam tak kasi sbb dia ada hal dgn kakak dia kat Pasir gudang...kami berlima terus ke Kluang, jln2 ke SMA dulu, lps tu baru ke rumah June...
                lama jugak kat sana sbb nak tunggu si Zihan sekali, tapi dia lmbt sangat dan akhirnya kami terpaksa bergerak pulang dulu..sekali tu dlm perjalanan jumpa Zihan pulak, dapat jugak berjumpa walaupun kat tepi jalan..

                Helmi ajak singgah pekan Air Hitam, dia nak beli kerepek.. lepas tu singgah rumah Lan, Lan dah banyak memohon, kat HSBC, BIM, Kagat pun dia dah mohon...sampai rumah terus on-line cari maklumat.
                Sahrin msg td, dia kata esok nak datang sini...

                  Saturday, September 17, 2005

                  salah tarikh

                    hari ni berlaku sesuatu yang kelakar, akmal dan helmi dtg umah, dia ajak pergi Kluang, kakaknya si June kawin, rupanya salah tarikh.. sepatutnya besok, memang tak logik betul..last2 kita orang ke rumah bern, rumah dia pun ada kenduri, aqiqah...

                    mlm ni akmal dan helmi tidur sini sbb esok nak bergerak pagi2 ke Kluang. Bern dtg esk pg dgn Hazwan, dia tak dpt tidur sini sbb banyak kerja kat rumah dia, kan baru lepas kenduri...

                      Thursday, September 15, 2005

                      sebulan dah...

                        hari ni genaplah sudah sebulan di tanah air, apa yg dah dibuat? tak buat pape pun, cuma cuba melaksanakan apa yg Ustz Solihin pesan masa majlis di rumah Musodeq hari tu, dia kata bulan pertama di tanah air adalah bulan utk menampilkan imej kita pd masyarakat, kena rajin ke mesjid, pergi ke kenduri talil jika dijemput, dan yg paling penting akhlak kena jaga... tp apa pandangan masyarakat kampung skrg ni yek? tak tahu lah apa penilaian mereka....

                        bila berjumpa dgn sedara mara asyik ditanya: kerja kat mana skrg? "belum kerja lagi" jawab dgn selamba... dah bosan jugak ni asyik ddk umah jer, sesapa yg nak kasi kerja boleh lah call atau msg yer...

                          Wednesday, September 14, 2005

                          ramainya...

                            57,000 Siswazah Menganggur
                            KUALA LUMPUR 13 Sept. - Masalah pengangguran di kalangan siswazah di negara ini ternyata membimbangkan apabila terdapat kira-kira 57,000 golongan tersebut direkodkan sepanjang tempoh suku pertama tahun ini.
                            utusan online 14 Sep 2005. Klik untuk berita penuh

                            punya lah ramai siswazah menganggur dan 34 drpnya adalah kita orang yang baru sebulan balik ni... tak tahu lah mcm mana, tapi rezki di tangan Yang Maha Esa, kita kenalah rajin berusaha dan berdoa, ye tak?

                              Monday, September 12, 2005

                              faiz datang

                                petang tadi faiz bahrin datang rumah, member2 lain pun ada sama, akmal, bern, helmi dan juga hazwan....
                                mak buatkan mee goreng dan juga cempedak goreng...
                                akmal dan bern tak blk, dia org tidor sini mlm ni, sbb akmal nak jln2 pergi umah si zamri.. pelawa faiz tidor sini dia tanak, mak dia asyik call jer suruh balik, anak manja la katakan... pecah perut dibuatnya bila melayan budak2 ni, kenangan2 lama semua terimbas kembali....

                                masa balik dr umah zamri tadi, bdk2 ni sibuk nak minum cikong sejuk kat restoren tempat kerja dulu, terpaksa la bawak dan kopak duit sbb bdk2 ni mintak belanja, tp takpalah, bukannya selalu..

                                  Friday, September 09, 2005

                                  doakan lahhh

                                    pagi tadi tolong ayah mengecat rumah sewa di tmn industri Sri Sulong, hari Ahad ni dah ada orang nak masuk menyewa, letih jugak.. lepas asar nanti nak sambung lagi, kira ok la drpd takda keje..
                                    lepas semayang jumaat tadi jumpa Ajim, member lama kat kampung, malam ni dia ajak main badminton, best jugak ni, dah lama tak main..
                                    sebenarnya ni baru balik dari pejabat pos, antar resume ke MARA, kononnya nak mintak keje laa, hari tu dia orang jugak yg suruh antar...doakan la semoga cepat2 dapat keje yer....

                                      Thursday, September 08, 2005

                                      logik ker?

                                        pagi ni hujan, semenjak balik dr jordan, acap kali juga hujan turun membasahi bumi, nampak damai dan tenang...oh ya, semenjak balik ni demam mawi tak habis2, mana2 pegi mesti mawi. baguslah, mawi bawak sesuatu yang may be takda pada artis lain...
                                        kelmarin wak lan ada datang umah, macam2 dia cerita...walaupun dia hanya menjual air tahu di pasar lambak, tapi ilmunya mengalahkan orang yang balik jordan, bagus lah wak lan ni....

                                        kenapa semenjak akhir2 ni kerajaan begitu baik... kasi jarum dan kondom free, cukai kereta turun 50%, mesti ada pape ni...cukai kereta turun memang logik, tapi logik ke bagi jarum dan kondom free? apa ulama'2 Malaysia cakap sebenarnya, macam tak dihebahkan jer keputusan mereka, ke belum ada keputusan, masih mesyuarat lagi.. ni la orang melayu..

                                          Sunday, September 04, 2005

                                          j-QAF

                                            masa berjalan mencari hadiah semalam, terserempak pula dengan member lama, Amin al-Rasyid.. dia baru je konvo baru2 ni, abis belajar di KUIM bulan 4 hari tu. 14hb ni dia dah dipanggil untuk temuduga j-QAF...

                                            kami 34 orang yang berurusan dengan Dato' Pirdaus ni plak, tak tahu apa ceritanya.. bila semak nama, takda lagi dalam senarai calon yang layak untuk temuduga panggilan Januari 2006, sama2lah berdoa yer..

                                            untuk kawan2 yang nak semak nama, sila klik link di bawah ni: semak nama

                                              Saturday, September 03, 2005

                                              takda kerja, cari kerja..

                                                semalam penat menggali saluran air bilik mandi kat belakang rumah, ini semua sebab cincin yang mak bagi jatuh masuk dalam lubang saluran air bilik mandi tu (bilik mandi, bukan tandas).
                                                mak kata "tulah.. takda kerja, cari kerja"..

                                                hari ni nak pergi jemputan kat parit raja, abangnya Bahrin kawin. nak belikan hadiah apa eek? dah la poket tengah kosong, elaun plak lambat dapat....

                                                  Thursday, September 01, 2005

                                                  kawin lagi

                                                    hari ni zure dan adik diraikan sekali lagi, tapi kali ni di Malaysia.. sory lah zure, tak dapat datang ke Kelantan kali ni sebab ada hal yang tak dapat nak dielakkan..

                                                    tapi jangan takut, hadiah dah kirim pada Bern, kalau dia tak sampaikan bagi tahu yer, dia tu kadang2 pelupa... apa-apa pun, tahniah diucapkan dan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat.. dan yang paling penting cepat2 lah dapat baby.. nanti boleh digelar uncle Tony.. hehehe

                                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...