Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, April 29, 2011

lambaian Hjh Normaliah..



    BismiLLah..
    hari ni merupakan hari terakhir Hjh Normaliah berada di maktab.. lepas rehat, kami semua warga maktab berkumpul di Dewan Budiman untuk bersama2 di Majlis Persaraan beliau..

    selain persembahan pelajar, kami guru2 di Jabatan Sains Sosial naik pentas membuat persembahan, menyanyikan lagu nasyeed "doa perpisahan"... membuatkan Hjh Normaliah terharu dan ianya pasti akan kekal dalam memori beliau...

    Selamat bersara kami ucapkan, dan kenang kami selalu dalam doa-mu...


    "bergambar di bilik guru bersama Hjh Normaliah.."


    "geng2 unit agama..."


    "persembahan yang mantap dari guru2 Jbtn Sains Sosial."


    "menerima nasihat terakhir dari seorang kakak.."


    "semoga kita berjumpa lagi...."

      Wednesday, April 27, 2011

      jumpa kawan lama di Klang

        BismiLLah..
        minggu ni ada kat Klang, lepak kat tempat biasa la, Goldcourse hotel... ikuti Kursus Pemantapan Bahasa Arab guru2 MRSM se-Malaysia... jumpa Hazwan Zarkasyi, Abang Mazrul Shah, dan Hafizudin kat kursus ni...

        malam ke-dua di Klang, kami berpleseran keluar jumpa senior lama, Abg Imran Khayat... dia belanja kita orang makan.. aikkk, Ijam pun ada sekali, daripada mana enta datang ni Jam ??

        kebetulan Pegawai Agama Johor ni ada kursus kat Shah Alam, tu yg beliau dapat join sekali ni... best sangat berkumpul jumpa kawan2 lama mcm ni...


        "Abg Shah & Judin berselera makan.. maklum la orang belanja.."


        "mengimbas kembali memori lama, Ijam dan Abang Im"


        "kami berdua maseh kekal ramping macam dulu lagi.. hehe."


        "bermomori lepas kenyang makan, syukran Abang Imm.."


        "ni gambar masa tengah kursus, tekun buat tugasan kumpulan tu.."

          Tuesday, April 26, 2011

          pesta buku antarabangsa 2011

            BismiLLah..
            hujung minggu ni kami se-homeroom ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa.. selain kami, homeroom Ust Zaid dan Ust Azari pun pergi sama.. seronok pergi ramai2 macam ni..

            selesai berbuku di PWTC, kami bergerak ke Petrosains KLCC untuk sesi lawatan dan beramah mesra dengan benda2 yang ada kat sana.. perjalanan yang menghiburkan kerana penuh dengan pengalaman....


            "gabungan tiga homeroom di PWTC"


            "dengan Ust Zaid dan anaknya yg comel, Sumaiyah"


            "dapat tengk konsert Rabbani.."


            "homeroom paling ceria, casio4A.."


            "kami dapat tag nak masuk petrosains kat KLCC.."

              Monday, April 25, 2011

              festival nasyeed 2011 [siri 3: persembahan istimewa]



                BismiLLah..
                memang betul2 meriah festival nasyeed tahun ni.. sebab masa Bro. Syauqi naik pentas amik cenderamata dari Cikgu Kadir, semua budak2 kat dewan dah sorak suruh nyanyi.. terus bagi mic kat dia...

                Bro Syauqi nyanyi sebuah lagu terbaru dari album terbaru devotees "berjalan tanpa henti".. siap buat promosi lagi, dapatkan album yang original.. sesapa nak beli, boleh jumpa dengan Ust Tajul, sebab dia dah jadi ejen jualan devotees skrg ni...

                mudah2an dakwah melalui medium nasyeed ni Allah terima sebagai satu ibadah untuk kita semua... sampai jumpa di festival tahun hadapan...


                "Bro Syauqi tengah nyanyikan sebah lagu untuk peminatnya"







                  Sunday, April 24, 2011

                  festival nasyeed 2011 [siri 2: cikgu2 meriahkan festival]



                    BismiLLah..
                    selain dari pengkritik tetap, beberapa orang cikgu2 yang datang malam ni pun kami jemput untuk mengkritik persembahan2 pelajar.. dan komen2 positif meniti di bibir cikgu2.. kata mereka, persembahan semakin baik setiap tahun...

                    terima kaseh buat semua yang terus memberi sokongan dan menjayakan festival tahun ni.. buat pertama kalinya, Ust Wahab buat kejutan, beliau mengkritik dan kata nak buat persembahan solo tahun depan.. kita ramai2 tunggu... hehe




                    "cikgu Ruzana, Ustzh Adibah dan cikgu Maliah hadir sama"


                    "orang kuat Unit Agama, Ustzh Rus"


                    "cikgu Su & cikgu Aza memberi sokongan walau di luar tingkap dewan"


                    "Ketua Jabatan Sains Sosial, cikgu Kadir memberi komen"


                    "peminat setia, Mdm Rudy dan anak2nya.."

                      Saturday, April 23, 2011

                      festival nasyeed 2011 [siri 1: Bro Syauqi - Devotees]



                        BismiLLah..
                        AlhamduliLLah sekali lagi Festival Nasyeed dapat dilangsungkan utk tahun ni.. kemeriahannya pasti dinanti oleh pelajar2 kat maktab kami..

                        dan tambah meriah lagi bila kami jemput Bro Syauqi dari kumpulan devotees utk menjadi hakim & pengkritik tetap bagi setiap persembahan kumpulan pelajar...

                        5 kumpulan putera dan 5 kumpulan puteri mempersembahkan persembahan nasyeed utk dihakimi oleh juri2 profesional dan undian para peminat.. sambung cerita di siri 2.. jom tengok gambar...




                        "Bro. Syauqi sedang mengkritik persembahan nasyeed pelajar"


                        "penampilan 3 jejaka macho mengendalikan festival tahun ni"


                        "barisan juri2 profesional Festival Nasyeed 2011"


                        "kemunculan Kamarul & Mirza, icon Festival Nasyeed 2011"


                        "peminat2 fanatik kumpulan al-Muryidun.."

                          Friday, April 22, 2011

                          temubual eklusif bersama Hjh Normaliah

                            BismiLLah..
                            tinggal seminggu jer lagi, Pn Hjh Normaliah (guru Geografi) akan meninggalkan alam perguruan.. persaraan ini pastinya akan memberi peluang utk beliau meluangkan masa bersama famili dan cucu2 tercinta..

                            tadi Kelab Guru anjurkan program bual bicara perkongsian pengalaman bersama beliau.. terpilih menjadi moderator untuk bual bicara ni, terasa macam "AC Mizal" la plak.. Ust Tony dimana? Ust Tony disini !! sempoiii !!!. kehkeh....







                              Thursday, April 21, 2011

                              minggu Nadwah Islamiah terbaek [siri 2]

                                BismiLLah..
                                kita sambung sikit lagi cerita pasal Nadwah Islamiah tahun ni... maklum la, nadwah ni sekali setahun jer...

                                qualiti peserta semakin baik tahun ni, namun begitu ada sesetengah peserta yg maseh kurang persediaan..

                                dan satu kelainan yang paling ketara di Minggu Nadwah tahun ni, kami bawakan siaran khas pada waktu rehat, beri informasi pertandingan dan pasang lagu2 nasyeed.... ala2 macam DJ radio IKIM FM.. hehe

                                kami Unit Pendidikan islam dan Bahasa Arab merakamkan jutaan terima kaseh kepada semua yang terlibat menjayakan Minggu Nadwah tenun ni..

                                gambar2 di pertandingan Azan & Bercerita Kisah Nabi..









                                  Wednesday, April 20, 2011

                                  minggu Nadwah Islamiah terbaek [siri 1]

                                    BismiLLah..
                                    sepanjang minggu ni, kami di maktab sibuk menjalankan "Minggu Nadwah Islamiah 2011" anjuran Unit Pendidikan Islam & Bahasa Arab dengan kerjasama PRISMA dan BADAR...

                                    banyak pertandingan yang kami anjurkan, antaranya pertandingan hafazan, tilawah al-Quran, bercerita kisah nabi, Azan dan juga membina replika masjid...

                                    selain mencungkil bakat2 baru, kami juga melatih pelajar2 ni mengelolakan pertandingan.. terima kasih kepada semua yang telah menjayakan minggu nadwah tahun ni..

                                    gambar2 di pertandingan tilawah al-quran dan hafazan










                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...