Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, February 28, 2010

Blok B terbakar..

    BismiLLah..
    memang cerita ni hangat sensasi, tapi janganlah terkejut sangat sbb yg terbakar bukan satu Blok B tu pun, hanya stor bawah tangga tu jer..

    tapi kalau nak tahu, mlm kejadian tu, 4 kereta bomba datang ke bumi terendak.. dr Balai Bomba Kem terendak, Masjid Tanah dan dua dari Alor gajah.. meriah la asrama dgn lampu lip lap nya, dan abg2 bomba siap buat reonion kat situ.. hehe

    semoga perkara ni tak berulang lagi yer.. dan setiap musibah yg berlaku tu pasti ada hikmahnya..

    "Mana-mana Muslim yang sakit atau terkena sesuatu musibah digugurkan dosa seperti pokok kayu gugur daunnya di musim luruh" (Riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud)


    "anak panah menunjukkan 4 buah kereta bomba yg hadir"


    "abang2 bomba sedang membuat reounion kat Blok B.. hehe"


    "tong pemadam api yg dah tak leh guna sbb bdk2 dah buat main"


    "kesan daripada kebakaran"

      Monday, February 22, 2010

      gambar2 program surau Minggu Aktiviti Sem 1 - 2010

        BismiLLah..
        maaf la sbb lama tak update blog, busy ngan melancong dan kerja yg tak habes2... kat bawah ni adalah koleksi gambar2 program di surau seperti yang dijanjikan.. semoga terhibur..

        PERTANDINGAN KHUTBAH JUMAAT


        "peserta2 dari setiap rumah sukan"


        "Ust Wahab & Ust Sharil selaku hakim"

        PERTANDINGAN SUFIRAMA


        "dia yang tak mengerti apa, menjadi mangsa"


        "kau sahabat, kau teman sejati"


        "hakim pertandingan Sufirama"

        PERTANDINGAN BUSANA MUSLIM


        "tema putih salju.. cam baju PBSM jer ni"


        "memartabatkan tradisi melayu"


        "ala2 padang pasir, syeh dari arab"


        "Cikgu Irawan dan Ust Azari jadi hakim"

          Saturday, February 20, 2010

          merentas desa 2010


            "kak Fazilah belanja nasi lemak di chek point 13.."

            BismiLLah..
            pagi ni kami semua bersemangat utk satu lagi acara dalam minggu aktiviti ni, apalagi kalau bukan merentas desa... tahniah buat Mahmood sbb berjaya menjadi johan merentas desa tahun ni, Alau hanya mampu menjadi naib johan jer...

            tapi takpa, kita maseh ada sukan tahunan yg akan bermula minggu depan, teruskan usaha dan yakin yg kita semua mampu berjaya..

            dan hari ni juga merupakan hari last Cikgu Asral (guru ganti pendidikan seni) berada kat Terendak, dan minggu depan cikgu Yus akan kembali bertugas selepas bersalin anak keduanya.. Asrar, semoga persahabatan ni kekal sampai bila2 yer...


            "johan merentas desa..Mahmood"


            "sian budak2 ni, kepanasan.. sabau yer !!"


            "kenangan hari last bersama Asral (kiri sekali), mat hensem (kanan sekali) hehe"

              Thursday, February 18, 2010

              peperangan bermula lagi



                BismiLLah..
                kat atas ni adalah iklan peperangan yang akan berlaku sepanjang minggu aktiviti kat surau.. Unit Agama kali ni menganjurkan beberapa pertandingan utk fiesta minggu aktiviti sem 1 ni.. antaranya ialah pertandingan khutbah, sufirama, busana muslim dan azan..

                dan ust begitu berbesar hati bila setiap rumah sukan dan pelajar2 dapat memberikan kerjasama yg cukup baik dalam menjayakan aktiviti2 ni.. rasa seronok betul..hehe...

                saff laki sekarang ni dah tak muat, lepas minggu aktiviti ni tirai akan dianjakkan ke belakang kembali utk dapatkan satu saff lagi utk pelajar laki.. tp surau skrg ni panas banget.. kalau la ada jutawan nak sponser pasang air-cond kat surau ni kan best..

                gambar2 pertandingan tu, ust akan cuba postkan selepas minggu aktiviti selesai yer.. smpai jumpa..

                  Wednesday, February 17, 2010

                  warga baru bumi Terendak

                    BismiLLah..
                    hari ni kami semua dah ada di maktab.. walaupun banyak sekolah maseh lagi bercuti panjang sempena tahun baru cina ni, tapi kami semua sebuk menyambut kehadiran warga baru Terendak, pelajar2 form 1 dan form 4..

                    dan sepanjang berada di Terendak semenjak 2006, inilah pertama kali jumpa dalam satu batch, lelaki lebih ramai dari perempuan.. pelajar form 4 tahun ni lebih ramai budak lelaki, 73 orang dan yg puteri 70 org jer.. tp tak tahu la kalau ada 2nd in-take nnti...

                    pape pun, ahlan washlan diucapkan.. dan selamat menjalani minggu orientasi dan minggu aktiviti bermula esok hingga selasa depan..


                    "antara penyambut adek2 baru"


                    "antara warga baru bumi Terendak"

                      Monday, February 15, 2010

                      BBQ kat laman rumah

                        BismiLLah..
                        sempena cuti tahun baru cina ni, kami kat kampung ada buat BBQ sedap punya.. barang2 semua Bang Im dan Kak Mas dah siapkan.. kita orang tinggal bakar dan makan jer.. hehe..

                        sesekali bersama mcm ni memang best.. tapi lagi best kalau semua famili berkumpul kat kampung kan.. sapa2 yg terasa dan kepingin nak rasa suasana kampung yg best ni.. jemput la datang ke rumah kami yer...


                        "nampak menyelerakan .. hoho, sedapppp"


                        "ceria bersama famili bahagia menikmati bbq"


                        "laluan mask ke laman rumah kami.. cam lampu citer tasbih cnta kat tv3 tu.. hehe"

                          Thursday, February 11, 2010

                          latihan merentas desa

                            BismiLLah..
                            petang tadi berlangsung latihan merentas desa sebagai persediaan untuk merentas desa yang betul2 punya minggu aktiviti nanti..

                            latihan ni pun dah macam betul, sbb ikut laluan track yang sebenar punya.. tapi ramai pelajar tak habis lari dan tak bersungguh2 bermerentas desa.. mana taknya, dah nama pun latihan... hampeh tul budak2 ni...

                            Allah berfirman dalam ayat 41 surah at-Taubah yang bermaksud: "Pergilah kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah sama ada dengan keadaan ringan dan mudah bergerak ataupun dengan keadaan berat disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab"


                            "petugas2 menjaga lalulintas"

                              Wednesday, February 10, 2010

                              meriah surau al-isyra' minggu ni

                                BismiLLah..
                                minggu ni aktviti kat surau dipenuhi dengan kemeriahan, nak tahu sebab apa?

                                sebab selama tiga malam berturut2, kami dihidangkan dengan kuliah maghrib dari ustat2 MRSM lain yang datang ke Terendak untuk menggubal soalan Bahasa Arab PMR..

                                mudah2an ilmu yg disampaikan dapat dikutip oleh students2 Terendak sebagai mutiara yg berharga.. terima kaseh semua ustat2 yer...


                                "Ust Hasif dari MRSM Kuala Klawang dgn ceramah loghat negerinya"


                                "Ust Mazlan dari BPLM MARA bersemangat memberi ceramah + motivasi"


                                "Ust Razi, Ketua Warden MRSM Gemncheh - ulul albab"


                                "ketua warden dan geng2nya khusyuk mendengar kuliah"

                                  Monday, February 08, 2010

                                  teman bersama de MRSM

                                    BismiLLah..
                                    Tahniah buat Khadijah Jesa.. welcome to the club, kerana kini bergelar ustazah di MRSM Muar.. memang rezki la tu Jah, dapat ngajar satu tempat dengan suami sendiri.


                                    dan tahniah juga buat abang Shah yg dapat mengajar di MRSM Pendang.. tak pernah sampai lagi kat Pendang tu, tapi kalau rendang tu selalu la jumpa... hehe..


                                    selamat bertugas, dan sama2 kita terus mendidik anak bangsa.. ingat kawan2, walau dimana kita berada, namun perjuangan kita tetap sama..

                                      Sunday, February 07, 2010

                                      sama macam gaji kami ustat !!!

                                        BismiLLah..
                                        pagi tadi kena jaga outing budak kat balai pengawal.. tak la ramai mana budak outing hari ni, ramai yg dah outing semalam...



                                        "Ust, malam tadi si Shahrul bawak kete baru ker ?"


                                        "haah bang, baru beli.. tapi kete second la.. kete wira lama dia dah jual kat budak petronas" jawab sambil tanda tangan kad outing budak..

                                        "tu kalau bulan2, bayar berapa ust ?" tanya abg guard ni lagi..

                                        "dalam 500 lebih la rasanya bang"

                                        "mak aiii !!, sama macam gaji kami sebulan kerja ust.."

                                        sampai rumah, duduk jap atas katil sebelum bersiap nak sembahyang asar.. berfikir; boleh hidup ker kalau gaji aku 500 lebih jer?? nak bayar kete, isi minyak, kalau dah berkeluarga mcm mana, nak bagi duit belanja kat mak dan adik, beli baju dan shoping, nak makan tiap hari, dan banyak lagi benda aku perlukan !!

                                        lepas wuduk, terus sembahyang.. aku WAJIB bersyukur untuk segala nikmat ini.. AlhamduliLLah..

                                          Saturday, February 06, 2010

                                          jamuan Form 5 bersama En Hata

                                            BismiLLah..
                                            tadi budak2 Form 5 dijamu ayam BBQ kat rumah Ust Shahril.. jamuan ni En Hata yang sponser, walupun En Hata dah pindah jadi HEP kat Kolej MARA Banting, tapi memori memegang jawatan sebagai HEA kat Terendak ni tetap bertahta di hati beliau...

                                            tujuan En Hata datang mlm ni takda lain, melainkan memberi nasehat yg cukup bermakna kepada anaknya dan calon2 SPM 2010 agar berusaha bersungguh2 untuk menggapai kecemerlangan str8 A+'s SPM tahun ni..

                                            terima kaseh En Hata, semoga terus panjang umur dgn kesehatan yang baik dan dilimpahkan rezqi yang halal..

                                            Daripada Abi Malik Al-Haris bin Asim Al-Asya’ri r.a katanya: berkata Rasulullah SAW: "Kebersihan sebahagian daripada Iman. Alhamdulillah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Walhamdulillah keduanya memenuhi timbangan, atau kedua-duanya memenuhi antara langit dan bumi. Sembahyang itu nur, sedekah itu bukti, sabar itu cahaya, Al-Quran menjadi hujah bagi kamu ataupun ke atas kamu dan semua manusia keluar pagi-pagi serta menjual dirinya: bebas api neraka atau beroleh dosa" (Diriwayatkan oleh Muslim)..


                                            "En Hata memberikan amanat dan nasihat"


                                            "budak2 tekun mendengar amanat En Hata"


                                            "menanti jamuan BBQ bermula"


                                            "kami dan En Hata tak bisa dipisahkan, hehe"

                                              Thursday, February 04, 2010

                                              pergi hijrah dari sini..

                                                BismiLLah..
                                                aku bukan guru bitara,
                                                aku hanya guru biasa...

                                                "pergi lah awak semua ke Bitara tu.. tinggalkan kami kat Terendak ni.. cari pengalaman baru kat sana plak"

                                                yer, memang mulut ust suruh korang pergi, tapi hati siapa yang tahu kan.. yg pasti, budaya kat sana jauh berbeza dgn Terendak ni.. tentunya ada hikmah besar penghijrahan ni ditentukan.. dan teruslah jaga ukhwah yg dah terbina kini sampai bila2 yer..

                                                dan ingat !!, buat anak2 didik ust yg terus di Terendak ni, ayuh kita sama2 buktikan pada mereka yg kita juga mampu mencipta kejayaan dan lakarkan kecemerlangan di sini.. di mana2 pun kita boleh berjaya, percayalah !!

                                                yang ke PKP..
                                                tempat jatuh lagi dikenang,

                                                inikan pula tempat bermain..
                                                Good Luck dan Semoga Berjaya...

                                                Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 100 yang bermaksud: "Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rizki yang banyak"


                                                "kat majlis BBQ pelajar2 KIKA mlm tadi"


                                                "masa jamuan perpisahan tengahari tadi"


                                                "Izzat akan ke Bitara Taiping"

                                                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...