Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, April 17, 2010

Hari Keluarga Jabatan Sains Sosial meriah



    BismiLLah..
    Tengok jer lah gambar anak2 Ustazah Adibah kat atas tu.. dah gambarkan kemeriahan sambutan hari Keluarga Jabatan Sains Sosial yg kami sambut di Chalet Pangkala Balak pada 16 dan 17 April lalu...

    petang lepas chek in, kami seronok menyediakan bahan2 utk buat BBQ malam ni, sambil2 tu kami training main petanqu dulu, sebab esok ada acara sukaneka famili... tahun depan dah kena tempah satu bilik sendiri sbb dah tak leh duduk ngan geng2 bujang lagi... hehe





    malamnya, kami bersama2 mengisi perut dgn ayam BBQ dan mcm2 lagi, kenyang perut suka hati.. pastu Si Pejal buat game muzikal chair dan pancing tin... masing2 semua seronok tak hengat dunia punya... hehe





    dan keesokan pagi plak, kami bergembira bersukaneka... berhibur mengeratkan silaturrahim antara warga jabatan dan ahli keluarga serta anak2 cilik yg membuatkan hari keluarga bertambah ceria... suara sampai hilang sbb kena jadi pengulas setiap acara... huhhhh !!!





      Friday, April 16, 2010

      ke Kuala Gandah, Lanchang [siri 3 - deerland best sangat]



        BismiLLah..
        sebelum kami bergelak pulang, kami singgah di "deerland"... pengalaman memberi makan rusa amatlah menyeronokkan.. rusa ni yg kejar kami mintak makan, bayangkan lah budak2 ni sampai terjerit2 nak lari dari rusa2 tu...









        kat taman ni banyak sangat binatang nya, semua jinak2 belaka.. sempat juga dililit ular dan memeluk tedy bear hitam... gebu jer rasanya....

        dalam surah al-Faathir, ayat 28 ALLah berfirman yang maksudnya: "dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya)..."





          Thursday, April 15, 2010

          ke Kuala Gandah, Lanchang [siri 2 - ramah mesra bersama gajah]



            BismiLLah..
            pengalaman beramah mesra bersama gajah di Kuala Gandah Elephant Conservation Centre pastinya tak kan dilupa.. kemesraan & layanan dari gajah2 kat sini, pastinya akan meninggalkan memori terbaik buat kami..

            tapi sayang, kami tak dapat mandi manda bersama mereka, sebab gajah2 ni hanya mandi jam 3 petang, sedangkan pukul 2 kami akan ke "deerland " pula..

            bersalaman, berpelukan, bagi makan, dan paling best bila dapat menunggang gajah2 ni.. kenangan bersama mu gajah, pasti tidak akan kami lupai.. damailah kau di sini.. dan semoga kita ketemu lagi..









              Wednesday, April 14, 2010

              ke Kuala Gandah, Lanchang [siri 1 - pondok orang asli]



                BismiLLah..
                bersempena cuti Melaka Bersejarah esok, Kelab Rekreasi menganjurkan program ramah mesra bersama gajah di Kuala Gandah, Lanchang Pahang..

                kami bertolak awal pada petang Rabu dan bermalam di chalet Cek Mek, uniknya kat sini, chalet dibina oleh orang2 asli dan mengekalkan ciri2 rumah asli mereka.. tp ni dah upgrade sikit sebab ada lampu, kipas dan bilik air...

                dan kami sempat ke kawasan orang asli berhampiran dgn Kuala Gandah Elephant Conservation Centre...menimba ilmu serba sedikit mengenai adat orang asli suku Che Wong di situ..

                nantikan siri 2, kita akan mengupas isu gajah dengan lebih hangat lagi.. tungguuuu !!!


                "malam yang dingin beratapkan rumbia"


                "seronok juga sesekali mendapat pengalaman seperti orang asli"


                "tarian sewang oleh puak asli suku Che Wong.. bukan Che Soh tau !!"


                "berkaliber bagaikan Tok Batin suku Che Wong"

                  Sunday, April 11, 2010

                  di KEJORA zon Selatan


                    "bersama pengurus pasukan, cikgu Pejal"

                    BismiLLah..
                    dari pagi tadi kita orang beri sokongan kat atlet2 yg berkampung di Stadium UTeM utk KEJORA zon Selatan...

                    walaupun Terendak tak dapat johan keseluruhan, namun pencapaian membanggakan gak, dapat 6 emas.. ok la tu kan...

                    Tahniah buat semua atlet Terendak kerana telah berusaha bersungguh2 utk mengutip pingat.. yang tak berjaya, cuba lagi akan datang..

                    Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)


                    "antara cikgu2 yg turut sama memberi sorakkan"


                    "teruja ngan pancaragam Sekolah Henry Gurney, melaka"

                      Monday, April 05, 2010

                      jom berbalas pantun

                        BismiLLah..
                        hari ni kita nak main pantun teka-teki.. sapa dapat jawab dengan tepat memang hebat...

                        soalan 1...
                        muka hensem berbadan sasa,
                        bila diangkat ringan jer badannya,
                        baling bola rugby perkara biasa,
                        kalau pandai cubalah teka ?....

                        soalan 2...
                        rambut umpama sarang tebuan,
                        kurus badanya tapi kuat makan,
                        klu bdk main tak betul, dia hangin satu badan,
                        umpama ironman siapa gerangan ?....


                        "gambar luqman dan aisar, masa jalan2 ke terendak lepas rugby hari tuh.. tiada kena mengena ngan berbalas pantun ok !!"

                          Sunday, April 04, 2010

                          aku cuma ada atok !!

                            BismiLLah..
                            semenjak lahir, aku memang tak pernah kenal siapa datuk @ nenek.. sbb aku cuma ada atok.. ingat lagi masa mak dan arwah abah pergi haji dulu, atok la yg jaga makan minum kami...

                            masa cuti sekolah hari tu, mak ajak gi ziarah atok kat rumah pakcik di Johor Bahru, sebab atok baru keluar hospital.. nampak atok dah semakin sehat.. sempat lagi pesan ngan atok, masa majlis sambut menantu kat kampung nnti, aku nak atok ada sekali.. atok kata sambil ketawa "InsyaALLah kalau panjang umur"...

                            semalam dapat call dari Bang De, atok tenat dan masuk hospital lagi.. atok dah tak ingat nak sembahyang, dah tak makan, dah tak kenal sapa yg datang.. mak pun dah kat JB sekarang ni untuk jaga atok kat hospital..

                            pagi tadi pukul 10.35 pagi.. HP berbunyi terima call dari Bang De, aku takut nak angkat.. tapi kami kena terima hakikat, atok dah pergi buat selamanya.. aku diam, sayu hati sbb aku dah takda atok lagi..

                            tawa atok tempoh hari adalah yg terakhir buat kami..AL-FATEHAH buat atok, ALLahyarhamah Hjh Sapiah Bte Hj Narawi.. sama2 doakan ruh atok ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan yang berjaya dunia akhirat.. atok pergi buat aku rasa sedih, aku tak mampu nak tulis lagi.....


                            "atok tetap dalam memori kami satu famili"

                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...