Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, February 26, 2006

potong buluh

    hari ni ada kat kampung, cuti hujung minggu, semenjak kerja kat Melaka baru kali ni lah balik... rindu sangat pada keluarga dan kampung halaman...

    bila dah kat kampung, ada jer kerja yang nak dibuat. pagi tadi sempat jugak menyiapkan proses memotong pagar buluh kat laman rumah ni, dah semak sangat...

    nampak macam senang, cubalah dulu baru tahu... kalau dah dapat menguasai teknik dan cara memotong buluh dengan rata dan cantik, insyaAllah lepas tu boleh gunting rambut orang (serta merta teringat sekali lagi pada bang Man sbb selalu guntingkan rambut dia masa kat Jordan dulu)...hehehe.

    pesanan dari Kerajaan: Utamakan Keluarga!!!
    ...

    rumpunan buluh yang semak sebelum dipotong..mula memotong buluh..
    posing baik punya untuk bergambargaya yang sungguh poyo.. hehe
    siap jer memotong, proses menyapu dijalankan, agar lebih kemas dan cantiklelaman rumah yang sungguh indah...

      Friday, February 24, 2006

      peterpan

        tak tahulah apasal sekarang ni suka sangat dengar lagu peterpan, adakah dah mula menjiwang? hahaha.. tapi itu tak mustahil kan...

        takdalah, sebenarnya saja jer nak dengar lagu2 tu.. ada keunikan tersendiri pada lagu2nya.. dengan loghat keindonesiaan yang masih boleh difahami (terus teringat pada Bang Man sbb dia berasal dari sana.. kalau Bang Man nyanyi mesti best kan) hehe..

        oh ya, tadi dapat call dari ibu pejabat MARA, dia orang panggil untuk hadiri temuduga.. InsyaAllah akan pergi temuduga tu, jadinya apa yang diharapkan? tiada lain kecuali doa dari kalian...
        ...

          Thursday, February 23, 2006

          buat soalan

            pening betul kepala, kena siapkan 2 set soalan untuk bank soalan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

            untuk set soalan Pendidikan Islam tu kira ok lah jugak, tapi yang masaalahnya Pendidikan Moral, nak pengsan rasanya... nsib baiklah set soalan Pembangunan Diri II tak kena buat (En. Anuar yang kena buat sbb dia pun kena ajar subjek tu)

            ingatkan nak buat soalan ni senang, bila kena buat, barulah tahu susahnya macam mana.. dah la kena buat soalan, kena pulak sediakan skema jawapan.. mudah-mudahan soalan2 yang dihantar tu diterima, biar budak2 tak dapat jawab soalan yang boleh dianggap susah tu, padan muka dia orang.. hahaha

              Saturday, February 18, 2006

              seminar kefahaman Islam

                tadi kena iringi pelajar2 ke Seminar Kefahaman dan Penghayatan Islam yang dianjurkan oleh Jakim & Dewan Perniagaan Melaka Malaysia (DPMM) di Hotel Ancasa MITC Melaka....

                pembentangan 2 kertas kerja dari orang JAKIM boleh dianggap lemah, walaupun guna LCD tapi kalau takda cara persembahan dan teknik pembentangan yg menarik boleh menyebabkan peserta menjadi bosan. anggaplah ni kritikan yang membina, masa tulis kat borang muhasabah program tadi pun cakap macam ni gak...


                tapi pembentangan kertas kerja terakhir dari seorang pensyarah UNITEN memang best, macam ni lah sepatutnya, walaupun pensyarah ni pengkhususan dia dalam bidang kimia, tapi ilmu dan kefahaman dia dalam agama amat mengagumkan..

                macam biasalah, kalau seminar ataupun kursus bila dibuat kat hotel, hidangan makanannya memang sedap, amat berpuas hati... masa makan tengahari tadi sempat berkenalan dengan seorang pensyarah dari Politeknik Kota, Melaka, rupanya dia pun pernah belajar kat Jordan, tapi tak habis sbb kena balik masa kegawatan dulu, bila balik dia transfer kredit untuk terus belajar di UKM...


                mula2 ustaz tu tanya belajar kat mana? hahaha..dia tak caya bila cakap skrg mengajar di Kolej Komuniti, sbb muka terlalu muda macam budak umur 21 atau 22 yahun jer (adakah benar seperti dikata? macam mana nak nampak matang sebenarnya?..). tapi takpalah, orang bukanya nak tengok pada muka semata2, tapi pada ilmu dan pengalaman kita, betul tak? (saja nak sedapkan hati, hehehe)..

                sorilah, tak dapat nak tunjuk gegambar sbb mlm tadi lupa nak cas bateri, kealpaan yang sering terjadi, dapat amik gambar sekeping jer, itu pun gambar beberapa orang budak kolej yang ikut sama seminar ni, lepas tu bateri terus kong... kesal sungguh...
                ...

                dari kiri: Razak, Ajib dan Sufian.. dia orang memang baik kan sbb nak join seminar ni..

                  Thursday, February 16, 2006

                  ujian ptd

                    hahaha... ntah apa-apa jer yang ditulis masa buat esei BI tadi, tajuknya senang tapi sbb tak banyak vocab, tu yang jadi susah tu... esei BM agak ok, tu jer lah harapan...

                    masa hari pertama semalam boleh dikirakan susah gak, tapi kira boleh la sbb jawapan boleh pilih, tenyeh jer lah mana yang tak tahu tu..... soalan tentang pengetahuan am memang agak mencabar, nama jer orang malaysia, tapi perkembangan dan sejarah negara langsung tak tahu, ntah apa2 jer meraban masa jawab periksa tu...

                    oh ya, rupanya zihan dan ijam pun amik gak periksa ni, cuma ijam amik kat Dewan Sek Teknik Azizah, yang kita orang berdua ni plak kat Kolej Islam YPJ, dekat la jugak, tu yang boleh makan sama setiap kali abis periksa, seronok rasa bila dapat jumpa macam ni...Zihan tangguhkan penulisan master dia sbb skrg ni tengah amik kursus keusahawanan dan pentadbiran dekat cosmo JB, program SLG....

                    tak kira apa jua bidang yang kawan2 semua ceburi, semoga berjaya diucapkan...
                    ... (sedang memikirkan masa yang sesuai untuk buat kelas ganti sebanyak 8 jam.. arghhhhh, tension!!)

                      Friday, February 10, 2006

                      Unit Automotif

                        hari ni dapat jemputan dari unit automotif untuk hadir ke majlis yang mereka anjurkan "Majlis Sambutan Ma'al Hijrah"..

                        ingatkan dia orang suruh bagi ceramah, rupanya suruh mengetuai bacaan yasin dan tahlil jer.. disedekahkan pahalanya pada dua orang pelajar yang telah meninggal dunia pada semester lalu sebab eksiden..

                        mengikut kata salah seorang pensyarah Unit Automotif, setiap sem ada saja student meninggal sebab eksiden.. kesian betul kan.. untuk semua, berhati2 lah di jalan raya...
                        ...

                          Wednesday, February 08, 2006

                          tempat baru

                            kalau nak tahu sekarang bertugas di mana. sila klik sini

                            biasalah kat tempat baru ni ada janggal sikit, mula2 tu agak bengang sbb tak tahu nak buat apa.. tapi hari kedua dan berikutnya dah mula ok... seronok jugak lah kat sini (tapi seronok lagi kat TADT).... mudah2an dapat lakukan yg terbaik untuk mendidik anak2 bangsa sendiri. doakanlah yer....

                              Saturday, February 04, 2006

                              PTD

                                tadi dapat surat dari SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam), dapat tawaran untuk menduduki peperiksaan bagi menjawat jawatan PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik)..

                                PTD ni adalah jawatan yang diimpikan kebanyakan graduan, rasanya jawatan pegawai yang tertinggi dalam kerajaan.. tapi nak dapat bukannya senang, dari 16 rbu yang memohon, hanya lebih kurang 5 ribu jer yang dipanggil untuk ambik periksa ni (tak tahu lah fakta ni betul ataupun tak).. tapi dengarnya periksa dia susah gila bangkong..

                                banyak plak tu nak ditanya, dlm surat tu ada disenaraikan perkara2nya..
                                pertama: pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling - 60 soalan
                                kedua: daya menyelesaikan masaalah (kemahiran logik, menginterpretasi data, dan konsep matematik) - 40 soalan
                                ketiga: pengertian dan kefahaman esei Bahasa Melayu dan Inggeris - 20 soalan
                                keempat: esei bahasa melayu - 500 perkataan
                                kelima: esei bahasa inggeris - 300 perkataan (ni lah bab yang paling lemah...)
                                keenam: sahsiah diri - 136 soalan
                                ketujuh: sahsiah pegawai tadbir - 100 soalan....

                                macam malas plak nak pergi bila memikirkan kena buat esei BI tu, silap2 soalan pun tak paham.. inilah padahnya bila dulu masa sekolah tanak belajar BI betul2.. tengok lah nanti macam mana, kalau tak pergi rugi plak rasa.. bila tanya pendapat abang, dia kata jawatan ni susah orang nak dapat, dah kena panggil untuk duduki peperiksaan tu dah kira bersyukur patutnya sbb terpilih.. abis nak pergi ke tak ni????

                                  Friday, February 03, 2006

                                  saat perpisahan

                                    masanya telah tiba, untuk ku melangkah pergi.. namun memori kita bersama tak kan ku lupa dan akan ku patri di sanubari....

                                    masa nak meninggalkan TADT pagi tadi, sempat jugak saff guru dan pelajar2 berkumpul di halaman sekolah untuk mengucapkan selamat tinggal, dan yang paling sedih dia orang semua bagi hadiah.. sebenarnya bertugas di TADT ni tak lama, baru sebulan seminggu, tapi ukhwah yang terbina bagaikan kami sudah kenal bertahun2 lamanya.. sedihnya.....

                                    lepas bagi hadiah sempat jugak bergambar beramai2 sebagai kenang2an, bersalam2an dan minta maaf dan tibalah masanya kini untuk kaki melangkah pergi.....

                                    janganlah ungkapkan selamat tinggal, tapi ucapkanlah semoga kita dapat bertemu lagi.. doakanlah diri ini tabah menghadapi segalanya dan semoga kita sama2 bahagia di dunia dan akhirat sana
                                    ...

                                    budak2 sedang beratur di perhimpunan utz Din menyampaikan hadiah bagi wakil guru2 ni plak ketua pelajar bagi hadiah selaku wakil dari pelajar2
                                    kenangan bergambar yang pasti akan menjadi memori kekal abadi.. barisan saff guru selaku sahabat2 seperjuangan suasana TADT.. semoga kita kan berjumpa lagi, InsyaAllah

                                      Thursday, February 02, 2006

                                      hari last di TADT

                                        hari ni adalah hari terakhir di TADT sebelum esok bergerak untuk melangkah pergi, sebenarnya 6 hb depan baru start keje kat tmpt baru, tapi nak buat camne, dah tak boleh tangguh lagi dah, makin di tangguh makin terpaut hati ni untuk terus bersama adik2 di TADT..

                                        takda apa aktiviti menarik selain melepak dgn budak2 ni, macam2 kerenah lah dia orang ni, ada yang mintak guntingkan rambut, ajak main lumpur, dan ada jugak yang asyik nak bergambar jer...

                                        tak tahu lah kenapa, rasa seronok sangat bertugas dekat TADT ni, macam tanak pergi jer, namun setiap pertemuan pastinya ada perpisahan, inilah lumrah alam... malam tu lepas bagi tazkirah sikit, mintak alamat semua budak2 ni, kalau ada rezki ingat nak jemput dia orang datang masa majlis kawin nanti (walhal nak kawin 3 atau 4 tahun lagi, hahaha.. yang penting ada perancangan kan
                                        ...

                                        sedang mengguntingkan rambut seorang pelajar bergaya ceria untuk bergambar kita orang buat gaya dunhill.. gaya, mutu, keunggulan
                                        melepak beramai2 kat depan sekolah... ada ke budak2 ni ajak main lumpur... main la korang.. ni utz din, nampak jer sempoi tapi sebenarnya dia al hafiz..
                                        entah gaya apa la yang budak2 ni peragakan..hehe masa bagi tazkirah pada mlm terakhir di sini... budak2 yg khusyuk mendengar tazkirah

                                          Wednesday, February 01, 2006

                                          salam ma'al hijrah


                                            smg tahun baru ni akan membawa sinar bahagia kpd kita semua...

                                            membaca doa awal dan akhir tahun adalah perkara biasa kat Malaysia ni, tapi ada orang kata benda tu takda dalil dan juga nas yang kuat.. macam mana erk?
                                            perkara ni ada bincang dgn ustaz2 baru tu, sbb kami ingat nak suruh budak2 ni baca doa awal dan akhir tahun di surau nanti... nak buat ke tak ni? kalau nak buat apa hujahnya?

                                            akhirnya kita orang buat jugak, kami dah berbincang dan mintak beberapa pendapat ustaz luar menggunakan sms, antara hujahnya mengatakan yang kita ni nak berdoa, berdoa tu digalakkan malahan doa juga adalah senjata bg orang Islam ("doa senjata bg orang Islam" diambil dari hadis dhoif (maudhu). blh tgk kat hadis no. 3001 dalam kitab dhoif al-Jami' tahqiq al-Albany).

                                            rasanya itu cara yang terbaik nak sambut tahun baru ni... tak kan lah kita nak berpesta2 macam sambut tahun baru masihi? ataupun kita nak buat tak tahu jer dgn kedatangan tahun baru hijrah ni?

                                            perkara ni perkara furu' dalam agama, kalau banyak sangat halangannya lbh baik tak yah buat kan... bagi mereka yang ada jumpa dalil ataupun hujah tersendiri mengenai perkara ni, sila lah bagi komen sikit yer...
                                            ...

                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...