Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, January 28, 2008

Timb Menteri Pertahanan ke MRSM Terendak

    BismiLLah..
    MRSM Terendak sekali lagi tahun ni mendapat RM100,000.00 daripada pihak Angkatan Tentera kerana mengekalkan kecemerlangan PMR, tadi berlangsung majlis penyerahan replika cek oleh Timb Menteri Pertahanan kepada pengetua..

    kalau tahun lepas maktab dapat gelanggang futsal, tahun ni Dewan Budiman akan dinaik taraf dengan pemasangan aircond... Tahniah semua warga maktab....

    nice pic from edd..

      Monday, January 21, 2008

      AlhamduliLlah mak dah sihat

        BismiLLah..
        dah 8 hari mak masuk hospital, terpaksa amik cuti beberapa hari sebab nak jaga mak kat hospital, dan AlhamduliLlah mak dah semakin sihat sekarang ni, berkat doa dari semua juga..

        Sekarang dah tak berapa risau sangat tentang mak sebab Abang Long dan keluarganya dah dapat pindah duduk kampung, semoga keluarga kita sentiasa bahagia mencari redha Ilahi....

        Abang Long dan keluarganya..

          Thursday, January 17, 2008

          Slmt Pengantin Baru Cek Pah

            BismiLLah..
            Selamat Pengantin Baru Cek Pah, walaupun majlis Cek Pah ni berlangsung bulan 12 yang lalu tapi gambar ni baru jer dapat daripada Azlini [ukhwah08@yahoo.com], terima kasih bebanyak.. semoga kegembiraan ini kekal abadi sehingga akhir hayat....

            Selamat Pengantin Baru Cek Pah..

              Friday, January 11, 2008

              Ma'al Hijrah

                backdrop hasil kreativiti ku..

                Selamat Menyambut Tahun Baru 1429.. tadi kat maktab kami anjurkan majlis sambutan tahun baru ni, penceramah adalah Ustaz Ismail Yacob, Pengetua Ma'ahad Tahfiz Melaka.. dan pada tarikh keramat ni juga, sesuatu telah terjadi kepada hati insan kerdil ini, biar diri sendiri yang merasainya..

                  Saturday, January 05, 2008

                  kem permata ayah bonda

                    BismiLLah..
                    biasa lah awal tahun agak banyak kerja. ni pun curi2 masa nak update blog.. kat bawah ni gambar masa jadi fasilitator untuk kem permata ayah bonda tingkatan 3, kita orang buat kat challet Kuala Linggi.. semoga PMR tahun 2008 akan cemerlang lagi....

                    bersama bdk2 form 3 di kem motivasi..

                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...