Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, August 30, 2008

Solat Hajat & Doa Restu

    BismiLLah..
    dari semalam kami semua sibuk berewang melapah daging lembu 2 ekor sempena majlis Solat Hajat & Doa Restu utk pelajar2 SPM dan PMR tahun ni... dah memang jadi tradisi Terendak iap kali ada majlis solat hajat mesti sembelih lembu, sekor sumbangan sekolah dan sekor lagi perkongsian guru2 yg buat aqiqah utk anak2 dia orang...

    Buat semua2 calon2 SPM dan PMR, selamat berstudy di minggu2 terakhir sebelum exam ni, USAHA + DOA + TAWAKKAL = insyaALLah hasilnya KEJAYAAN.. "Selagi kita belum masuk ke dalam dewan peperiksaan, selagi itulah kita berpeluang untuk menelaah pelajaran"..

    Jangan plak time nak exam je rajin semayang sunat, rajin pose, rajin pegi surau.. lepas exam semua tu hilang ntah kemana.. biarlah istiqamah, Rasulullah SAW bersabda: "Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang paling berkesinambungan walaupun sedikit" – Hadis riwayat Muttafaq Alaih daripada Aishah..

    sdg mengapak tulang nak buat sup..

    potong mcm ust buat ni ok!!..

    hai bdk2 ni, gali lubang taik pun tak pandai..

      Wednesday, August 27, 2008

      hikmah Permatang Pauh



        BismiLLah..
        takda hasrat pun nak mengomen tentang apa yg berlaku di Permatang Pauh, rasanya korang dah terlebih maklum dgn maklumat2 yg diperoleh dari pelbagai cabang media, betul kan...

        cuma tertarik nak citer apa yg berlaku malam tadi... lepas prep malam, ada ar beberapa org budak laki form 5 datang jumpa, tanya siapa yang menang pilihan raya? bila cakap Anwar menang ada beberapa reaksi yg dapat dilihat..
        pelajar 1: "yessss!! hidup PKR".. sambil buat gaya genggam tangan..
        pelajar 2: "takbir !!"
        pelajar 3: "kan aku dah cakap, Anwar menang punya.."..
        pelajar 4: "padan muka BN.."
        pelajar 5: "dah agak dah..."..

        daripada dialog2 ni, apa sebenarnya yg dapat dilihat dari mata kasar seorang guru? mmm, walaupun bukan sekarang waktunya utk mereka berpolitik, namun fikrah yang budak2 pandai ni tunjukkan dah memberi seribu harapan, kerana merekalah yg akan membangun negara akan datang..

        kalau budak2 yg baru nak SPM ni dah tahu membezakan mana dia jalan perjuangan, kenapa kita yg dah tua bangka ni masih tanak bukak mata?...

          Thursday, August 21, 2008

          camping di Gunung Ledang

            sebelum meulakan pendakian..

            khemah tmpt kami berteduh..

            BismiLLah...
            seminggu ni mcm2 perkara dibuatnya, tapi sayang sbb tak dapat nak pegi majlis kawin Azlini & syed, juga Samsul Bahrin dan isterinya.. tapi dalam kesibukan menghabiskan cuti tu, kami berempat sempat berkumpul bersama naik ke Gunung Ledang buat sekian kalinya utk berkemping......

            kami berempat sajo yg dapat join program ni....

            sdg memancing ikan segar..

            ni je la yg tinggal, yg lain dah kawin dan nak kawin.. siapa yg nak kawin? sapa lagi kalau bukan si Zamri, insyaALLah katanya kalau takda pape bulan 11 nanti.. lepas siap pasang khemah kita orang mancing ikan, tak dapat banyak pun, 2 ekor jer, tu pun lepas sekor masa akmal nak siang ikan tu.. hehe...

            jemput2 udang yg akmal buat.. menyelerakan..

            udang2an yg dapat ditangkap..

            malam tu plak kami gi tangkap udang, besar2 tuuu.... puas gak la bila dapat tangkap mcm tu. pagi nya kami buat jemput2 udang special, hehe.. menyelerakan.. makan sambil menghirup udara segar dinginan air terjun..

            gaya ngengada.. hehe..

            sejuknya air ni..

            jom mandi sama !!..

            dan sebelum kami bergerak kemas2 barang, kita orang berendam dulu, bermandi manda menyegarkan badan.. memang penat dan letih, tp keseronokkan bersama mcm ni tak selalu ada, dan peluang begini tak semua boleh nikmati.. tima kasih Bern, Sahrin dan Akmal kerana sudi berkongsi kegembiraan bersama.. sekian memori Gunung Ledang, 20-21 Ogos 2008..

              Sunday, August 10, 2008

              kembara Gunung Senyum

                BismiLLah..
                3 hari kami berkhemah di hutan lipur gunung senyum untuk melengkapkan aktiviti kelab rekreasi maktab, seronok jugak sbb memang dah lama sangat tak berkemping mcm ni..

                kat gunung senyum ni takda la air terjun mcm kat gunung ledang tu, tapi kat sini ada banyak gua. sepanjang 2 hari kami memanjak gunung kapur ni utk melihat sendiri keajaiban yg ada di dalam gua, ni adalah pengalaman kali pertama masuk dlm gua..

                antara gua2 yg kami masuk ialah Gua Jebak Puyuh, Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Taman Satu dan Taman Dua, Gua Gajah, Gua Makam Tok Long, Gua Silat, Gua Hidang ,Gua Taliair, Gua Kelawar dan Gua Nisan @ mayat.. seram tuu....

                pertama kali tiba di gunung senyum..

                mengkagumi keunikan gua..

                berposing di balik pokok balak yg amat besar..

                ni la batu yg dikatakan mcm mayat..

                keajaiban ciptaan Ilahi..

                berlatar belakangkan gunung senyum..

                  Sunday, August 03, 2008

                  SUZONs 08

                    pemain terbaik bola tampar.. hehe..

                    team badminton Terendak yg tewas.. hehe..

                    BismiLLah...
                    sepanjang hujung minggu ni, kami kontinjen dari MRSM Terendak berkampung kat MRSM Pontian (tempat Hazwan) bersempena sukan guru dan staf zon Selatan SUZONs..

                    mcm2 acara dipertandingkan dan yg paling sengit bola tampar, tapi sayang sbb tewas gak akhirnya setelah bergelumang peluh dek panas mentari dan keletihan yg melanda.. akhirnya dapat no 4 jer, kira ok lah, dari 18 pasukan.. badminton plak bungkus sbb main dlm pasukan, 3 regu kena menang semua, susah ar mcm tu..

                    sebenarnya bukan menang atau kalah yg penting, tp bila dapat jumpa kawan2 dari institusi yg sama ni mmg seronok. oh yer, masa kat sana dapat jumpa pengantin baru si Djah dan suami. hazwan yg dah agak buncit, Wak Lan yg best, dan kawan2 dip ED.....

                    menggembirakan hati yg duka..

                    bergambar dgn cikgu aziz yg manis.. he3x..

                    kontinjen MRSM Terendak yg best..

                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...