Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 30, 2007

Terendak terbaik PMR seMRSM

    tahniah terendak..

    BismiLLah..
    MRSM Terendak catat PGM cemerlang PMR
    SERAMAI 1,678 daripada 2,732 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini mendapat keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran diambil, meningkat berbanding 1,594 pelajar memperoleh pencapaian sama tahun lalu.

    Dari segi pencapaian Gred Purata Maktab (GPM), Nam berkata, MRSM Terendak mengekalkan pencapaian terbaik iaitu 1.0424, diikuti MRSM PDRM Kulim (1.0548) dan MRSM Transkrian (1.0581).

    (Berita Harian - Sabtu 29 Disember 2007)
    lanjut, klik sini..

      Friday, December 28, 2007

      makan malam kelas pendidikan Islam

        siapa mamat macho ni?..

        BismiLLah..
        tadi kami kelas unit pendidikan Islam pegi makan malam kat yunkies hut, Bangi.. makan macam2, siakap ada, udang ada, kenyang betul perut mlm ni.. Ust Misnan dan Ust Ishak (pensyarah UPSI) pun datang sekali, maklum ar makan free mesti ar datang, hehe.. smg ukhwah yg terbina ni kekal selmanya....

        kenangan bersama ust Misnan dan ust Ishak..

          Wednesday, December 26, 2007

          pesta bolaneka

            BismiLLah..
            tiba giliran kumpulan kami untuk melaksanakan satu program sempena minggu aktiviti (subjek pengurusan koQ), iaitu "pesta bolaneka".. tahniah buat semua AJK yang berjaya mengendalikan pesta dengan baik sehingga mendapat pujian dari lecture kita orang..

            setelah penat berpesta, malamnya kena ar study plak sbb lusa dah start final, doakan kami semua yer....

            selepas penat mengendalikan pesta bolaneka..

            kat bilik masa study group..

              Saturday, December 22, 2007

              doakan mak Akmal

                BismiLLah..
                ptg tadi pegi Muar, mula2 tu jumpa Bern dulu, pastu dia ajak makan, kalau dah sampai muar ni tak sah kalau tak makan makan mee bandung, barulah lengkap kehidupan..



                tujuan sebenar ke muar ni nak ziarah mak si akmal, mak akmal diserang penyakit strook (angin ahmar).. "doakan mak ana cepat sembuh yer" ni lah ungkapan yang keluar dari mulut akmal masa kami nak bertolak balik, sama2 kita doakan semoga mak si akmal cepat sembuh..

                selamat menjalankan tugas buat akmal yang akan start posting pada 2 Januari di Sek Keb Kg Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor.. sabar yer mal......

                  Thursday, December 20, 2007

                  salam aidiladha

                    BismiLLah..

                    Selamat hari raya haji buat semua, semarakkan lah takbir, Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

                    masa dengar khutbah raya, khatib ada menyebut bahawa kita perlu lakukan banyak pengorbanan, pengorbanan ni plak bukan dari sudut harta benda sahaja, tapi termasuklah masa dan nyawa juga..

                    Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga berfirman, ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

                    terdetik untuk bertanya pada diri sendiri, berapa banyak umur yg kita dah korbankan untuk bantu berdakwah di jalan Allah? berapa banyak masa dalam sehari tlh kita korbankan untuk membuat kebaikkan dalam agama? dan berapa banyak pula wang ringgit yg sudah kita dah korbankan utk bersedekah kepada yg memerlukan? jawapannya: terlalu dan terlalu sedikit, masyaAllah...

                      Monday, December 17, 2007

                      fantastic race mengelirukan

                        BismiLLah..
                        hari ni adalah giliran untuk kami melaksanakan program berkaitan kelab dan pasukan. satu pertandingan iaitu "fantastic race" telah diadakan oleh kumpulan2 yang bertanggung jawab untuk melaksanakan program ni..

                        kita orang kumpulan cendawan kena jadi peserta jer, tapi pengurusan program ni agak lemah ar, banyak arahan yang mengelirukan dan banyak juga kesilapan2 yang dilakukan, , sampaikan masa penyampaian hadiah pun tersilap sebut nama kumpulan yang menang, bengang jer...maaf la yer, terpaksa mengkritik plak (kritikan membina) kat sini, suka hati ampunya blog la kan..hehe..

                        kami yg bersemangat sebelum pertandingan..

                        semua hampa kerana tewas namun puas selepas berusaha bersungguh2..

                          Saturday, December 15, 2007

                          nak cerita ker???

                            perjalananku mesih terlalu jauh..

                            BismiLLah..
                            tetiba jer terfikir, kenapa plak nak cerita semua yang kita lalui di hari2 berlalu dalam aspirasiku, bukan ke sepatutnya tulis dalam diari jer? kalau semua dah cerita kat aspiraiku, nanti bila bertemu, takda apa nak cerita lagi sbb semua orang dah tahu perkembangan kehidupan dari hari ke hari, betul tak?

                            nak teruskan ke aspirasiku 2008 nanti? semuanya bergantung pada undi anda, beri komen jika nak komen laa..

                              Friday, December 14, 2007

                              cendawan membesar bagai johan

                                BismiLLah..
                                ptg tadi berlangsung pertandingan "pandu arah" sebagai salah satu aktiviti badan beruniform untuk subjek Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikuum... dan kumpulan kita orang (Kumpulan Cendawan) menjadi johan, HOREY !!!!......

                                cendawan jantan..

                                kamilah cendawan, cendawan membesar bagai johan..

                                  Wednesday, December 12, 2007

                                  sate kajang

                                    BismiLLah..
                                    kalau dah kat bangi ni tak sah rasanya kalau tak makan sate kajang Hj Samuri, sate paling popular kat malaysia ni.. tak payah nak ke kajang sbb kat bangi ni pun ada dia punya cawangan.. enak hingga menjilat lidi sate, jom jalan2, cari makan...

                                    sate enak berkrim..

                                    jom makan..

                                    Zhan,Ja dan Lan yg dah terliur tengok sate..

                                      Friday, December 07, 2007

                                      kelas terakhir makro teaching

                                        BismiLLah..
                                        Hari ni merupakan kelas terakhir makro Pendidikan Islam, lepas ni kami akan masuk semula bilik kuliah utk sambung belajar subjek baru...

                                        sepanjang 2 minggu lalu, kita orang masuk kelas makro teaching dan kemahiran mengajar mengikut cluster, kira banyak gak pendedahan yg kita orang dapat dr kelas ni. yg paling best dapat berlakon jadi mcm budak sekolah masa sesi makro teaching, mcm bdk2 sekolah je rasa, hehehe...

                                        kelas makro pend Islam bersama Dr Ishak dan Dr Sabri..

                                          Tuesday, December 04, 2007

                                          nak pakai jugak ker?

                                            BismiLLah..
                                            rasanya dah lebih dua minggu ada kat Bangi ni.. nak ceritalah, kat sini ada satu trend baru bagi cikgu2 lelaki ni yang rasanya janggal di pandang, walaupun benda ni nampak macam kecik, tapi kalau sampai ada ustaz2 pun yg terikut2, susah benda ni nak dijelaskan...

                                            trend memakai "gelang megnatik" dengan alasan "perubatan".. boleh terima ker? gelang lebih kurang macam banggel yg selalu budak2 laki pakai tu, dan ada yang bentuknya nak sama dengan tali jam besi, dia orang kata benda ni dah jadi uruf kat malaysia.. tapi ustaz, sebelum benda ni jadi uruf mesti orang yg memulakannya dulu dianggap melakukan benda yang ghorib (pelik), tak gitu??



                                            nak berhujah lebih2 pun dia orang ni ustaz2 jugak, ada yang balik Mesir, dan ada yang pernah kerja pegawai kat (JAWI) Jbtn Ag Islam Wilayah... susah nak berhujah dengan orang yang "belajar agama" ni, masing2 ilmu penuh di dada.. senang macam ni lah, cuba kita lihat dulu hadis kat bawah ni:-

                                            Hadis Nabi yang sohih - 885 Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya:
                                            daripada Imran Bin Hussain r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan: "Apakah bendanya ini?" (iaitu yang dipakai oleh lelaki tersebut di pergelangan tangannya), lelaki itu berkata: "ia adalah gelang perubatan".Tegas Baginda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya benda itu (gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada dirimu, jika sekiranya kamu mati dan gelang itu ada pada dirimu, maka kamu tidak akan (selamat) berjaya selama-lamanya"
                                            Hadis ni dah jelaskan, bukan tembaga atau megnatik yg dipersoalkan, tapi lelaki memang tidak dibenarkan memakai gelang walaupun dengan tujuan perubatan... tapi kalau orang yg memang nak kata boleh pakai, macam2 la hujah diaorang akan bagi.. kat hospital kenapa doktor suruh pakai gelang? orang pergi Mekah kenapa Tabung Haji suruh pakai gelang besi?? pakai jam tu tak sama macam pakai gelang ker? hadis ni betul2 hadis sohih ker??

                                            semak dan kaji dulu kalau nak kata hadis ni sohih ataupun tak? tapi kita kena ingat betul2 bahawa Imam2 dan ulama' hadis ni bukan suka2 jer nak iktibarkan sesuatu hadis tu sebagai hadis sohih di kitab mereka tanpa usul periksa.. terpulang lah pada kita sekarang, masing2 ada ilmu, dan kita ustaz2 ni jadi rujukan masyarakat.. berijtihadlah, kerana pintu ijtihad sentiasa terbuka, tapi apa rujukan utama kita untuk berijtihad? adakah terus kepada uruf semata2 tampa merujuk sumber yang utama?.. wAllahua'lam......

                                              Sunday, November 25, 2007

                                              selamat pengantin baru Zihan

                                                Zihan dan isteri..

                                                BismiLLah..
                                                "Selamat pengantin baru dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat".. tahniah buat Shah Zihan dan Nurul Hanim, kerana telah sah pun menjadi pasangan suami isteri, tak kira la apa pun glosori kisah perkahwinan mereka, namun kami kawan2 sentiasa mendoakan yang terbaik dan kebahagiaan hingga ke akhirnya...

                                                sori Zihan sebab tak dapat datang ke majlis walimah kat rumah enta tu, kebetulan hari sabtu ada kelas sampai pukul 7 petang, apo nak buat jang oii.. tapi InsyaAllah nanti ana belikan hadiah.. nak belikan hadiah apa yer?... tanks buat Ijam yang memberi laporan penuh majlis tu, siap send gambar lagi, kelas gitu, memang kau dilahirkan untuk menjadi pelapor maklumat terhebat la Jam, hehehe

                                                seronok bila dapat tengok kawan2 berumahtangga ni, mudah2an saat macam ni dapat kurasakan tidak lama lagi, cewah, hehehe.......

                                                bergambar bersama pengantin..

                                                  Thursday, November 22, 2007

                                                  ada kat Bangi - Dip Edd

                                                    BismiLLah..
                                                    start dari 16 hb hari tu, bermulalah kehidupan sebagai student semula, kali ni sesi pembelajaran agak panjang, sampai 30 hb disember depan, lama kan... habis jer minggu pertama ni, kepala dah tintong jer.. bayangkanlah, kelas 6 hari seminggu, start 8.30 pagi sampai 7 malam, nak beriadah pun tak sempat, tu yang terpaksa berjoging malam2 kat kompleks sukan....

                                                    sepanjang minggu pertama ni, belajar 3 subjek jer, pedagogi pendidikan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta makro.. baru seminggu, asigment dah melambak kena siapkan.. hemm, letih gak rasa.. tapi nak buat camner, ni lah kerja student.......

                                                    masa sesi perbincangan kumpulan..

                                                    bergambar dengan Dr Syahedah..

                                                    ni plak gambar dengan Dr Abd Kadir..

                                                      Thursday, November 15, 2007

                                                      bye form 5 2007

                                                        BismiLLah..
                                                        malam ni adalah malam terakhir ada kat maktab bersama dengan budak2 ni, sebab esok dah nak bertolak ke Bangi... tahun ni memang takda cuti, kali ni kena ada kat Bangi sampai akhir bulan depan, masak la jawabnya...

                                                        lepas isyak sempat jugak ar salam terakhir dengan budak2 form 5, konon salam selamat tinggal lah ni... lepas ni mesti dah susah nak jumpa kan, habis SPM jer nanti, mesti dia orang dengan haluan masing2.. alah macam kita lah dulu, macam ni jugak...

                                                        teringat plak kat kawan2 yang sama2 amik SPM 1998 di Maahad Pontian dulu, kalau ada sesapa yang ingat sama, jangan lupa hantar msg k, maybe kita boleh buat runion kecil2an lepas ni, tak pun dapat keluar makan sama pun ok apa.... nanti ada masa, nak scan gambar masa form 5 dulu, nak tunjuk kat korang, tapi entah ada lagi entah tak gambar tu....

                                                        budak2 laki form 5..

                                                          Saturday, November 10, 2007

                                                          hari keluarga 2007

                                                            BismiLLah..
                                                            seronok rasa bila dapat kumpul ramai2 macam ni, dah nama pun hari keluarga, mana tak seronoknya. orang lain semua datang dengan keluarga masing2, dengan anak isteri, kita yang bujang2 ni tumpang enjoy dan happy jer ar....

                                                            macam2 aktiviti ada, lawan tenis, memancing, kopek kelapa, anyam ketupat, kepit bola dan yang paling ditunggu2 ialah cabutan bertuah, mana la tahu dapat periuk nasi ker, kipas angin ker, dapt setrika pun jadi la...

                                                            masuk tenis kalah, dapat nombor 4, masuk memancing langsung tak dapat ikan, dan paling hampeh nombor bertuah pun tak dapat kali ni... nasib baik la kopek kelapa dapat nombor dua, dapat gak la hadiah.. yang penting bukan hadiah tapi kemesraan dalam satu komuniti warga MRSM Terendak, betul kan..

                                                            kalau panjang umur & murah rezki, jumpa lagi di hari keluarga MRSM Terendak tahun depan, mudah2an bukan berseorangan lagi, hehehe ......

                                                            selepas tewas main tenis..

                                                            memancing yg tak berhasil..

                                                              Wednesday, November 07, 2007

                                                              sambutan raya

                                                                BismiLLah..
                                                                malam tadi ada majlis akhir tahun budak2 form 3, kira ok la mjlis ni walaupun semua benda buat last2 minit.. tak tahu lagi tahun depan dapat jumpa dia orang ni ataupun tak, tunggu jer lah yer..

                                                                dan pagi tadi maktab buat majlis sambutan hari raya walaupun syawal dah tinggal beberapa hari jer lagi.. tak berapa meriah ar tahun ni sebab buat majlis kat dewan selera jer, kalau buat kat dewan besar mesti meriah, ada persembahan pelajar, persembahan guru. ni yang ada cuma ucapan pengetua jer... sebenarnya dah merancang nak naik pentas buat persembahan nasyid dengan ustaz2 yang lain, tapi takda peluang kali ni, tunggu tahun depan jer laa..

                                                                bergambar dgn anak2 dara form 3..

                                                                barisan ustaz2 MRSM Terendak..

                                                                dengan amir azrin..

                                                                  Friday, November 02, 2007

                                                                  minggu ni busy dgn program..

                                                                    BismiLLah..
                                                                    minggu lepas (27 oktober) semua pelajar tingkatan 3 dan 5 diraikan dalam majlis graduasi, bangga gak bila tengok budak2 ni pakai jubah naik atas pentas amik sijil.. tahniah kepada semua yang dapat grad..

                                                                    malam lepas graduasi, budak2 PAIM (Persatuan Agama Islam) buat majlis akhir tahun, memang kena datang la sebab guru penasihat diaorang. bagus budak2 ni, pandai dah kendalikan macam mana nak buat majlis, tak yah susah2 nak suruh2...

                                                                    semalam plak baru balik dari kursus kat hotel New York JB selama 3 hari, kursus meningkatkan profesionalisme guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab anjuran Jabatan pelajaran Melaka.. masa kat JB sempat gak jumpa dengan Ijam dan Sahrin, diaorang berdua belanja makan besar kat Snibung, jauh gila tempat tu tapi best, makan pun sedap, Tanks my friends......

                                                                    sebelum masuk ke dewan graduasi..

                                                                    bersama budak2 PAIM dan form 2..

                                                                    semasa kursus di JB..

                                                                      Wednesday, October 24, 2007

                                                                      pengalaman kali pertama

                                                                        BismiLLah..
                                                                        mula jer naik sekolah, maka bermulalah kerja.. kerja ni sampai bila pun tak kan habis punya, asyik ada jer nak kena buat..bermula dari hari Isnin yang lalu, ditugaskan sebagai fasalitatir untuk kursus "team building" pelajar2 selepas PMR, seronok gak layan budak2 ni, macam2 program kita orang buat..

                                                                        paling best masa buat abseling, tinggi mencecah sama ketinggian 5 tingkat bangunan.. masa buat tu memang la takut, gayat pun ada, maklum la first time.. tapi nak tunjuk kat budak2 yang kita pun boleh buat, terpaksa kawal diri jadi seorang hero.. hehe, walhal kecut semacam......

                                                                        team building..

                                                                        first time buat abseling..

                                                                          Friday, October 19, 2007

                                                                          jalan-jalan beraya

                                                                            kat depan rumah helmi..

                                                                            BismiLLah..
                                                                            Raya ke 5: hari ni bersama Akmal, Bern, Gangster dan Zamri beraya area Batu Pahat dan Kluang. mula2 gi rumah Azlan Bunasir. masa kat rumah Lan la kita orang tahu yang si Zihan nak nikah lusa ni, tahniah dan selamat pengantin baru, tapi kenapa kita orang tak dapat kad jemputan lagi? belum sempat hantar lagi kot, kami tunggu yer..

                                                                            dari rumah Lan, kita orang ke rumah Dayat, Tepu, Jack, Rajai dan meneruskan ekpidisi beraya ke Kluang rumah si Hawa.. ingat nak pergi rumah dia jer pastu dia ajak beraya ke rumah Junaidah dan Pizah Noh.. macam2 cerita kita orang dengar dan bincangkan, maklum lah, bukan selalu jumpa macam ni.. on the way balik singgah rumah Zamri.

                                                                            Raya ke 7: malam tadi Ijam dan Sahrin sampai kat rumah, memang niat nak gi beraya.. pagi2 lagi kami dah bergerak ke rumah Akmal, dari sana terus ke rumah Bern.. pastu ajak sekali Bern gi rumah Helmi, tapi dia ada hal, lagi pun abang angkat dia nak datang rumah, jadi tak dapat la ikut..

                                                                            sampai je rumah helmi macam2 mak dia sediakan makanan utk kita orang, ABC dah semestinya ada... kepada kawan2 yg lain, sori sbb tak dapat datang rumah korang untuk beraya, lain kali lah yer.. tahun depan kalau masing2 dah kawin, dah tak tahu nak ajak sapa gi beraya...... to Gangster: selamat bertunang

                                                                              Saturday, October 13, 2007

                                                                              raya lagi

                                                                                BismiLLah..
                                                                                1 Syawal menjelma lagi dan tibalah masanya semua bergembira menyambut hari raya.. tak, tahulah, tahun ni macam biasa je sambut raya, may be sbb dah meningkat dewasa kot..

                                                                                untuk semua, selamat hari raya diucapkan, mintak maaf atas segala silap dan salah, ada masanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata, fikiran khilaf mentafsir, hati silap menduga... Hanya Allah saja yang tahu...

                                                                                malam raya ni kita digalakkan untuk banyak bertakbir dan memuji kebesaran Allah, jangan plak tersasar dengan hiburan2 yg entah hapa2 jer kat tv tu k..

                                                                                “Hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjukNya yang diberikan kepada kamu, mudah-mudahan kamu mahu bersyukur”. (al-Baqarah 2: 185)....

                                                                                bersama bonda dan adinda..

                                                                                bergambar masa marhaban ke rumah kawan2 sekampung..

                                                                                  Tuesday, October 09, 2007

                                                                                  berbuka bersama

                                                                                    BismiLLah..
                                                                                    ptg tadi berbuka dengan anak2 homeroom, maklum lah, tahun ni adalah tahun terakhir diaorang semua kat maktab ni, lepas SPM semua pasti ke haluan masing2, entah ingat ker tak agaknya dengan bapak homroom diaorang lepas ni...

                                                                                    macam2 budak2 ni beli untuk juadah berbuka, ayam KFC, otak2, laksa, martabak sampai tak larat nak makan. mudah2an ukhwah yang terbina ni tak berakhir di sini jer, biarlah sampai ke akhir hayat.. biasalah bila bersama diaorang ni, satu soalan jer yang asyik ditanya, "bila ustaz nak kahwin?" ... hehehe, tunggu jer lah yer.

                                                                                    bersama anak2 homeroom..

                                                                                      Tuesday, September 11, 2007

                                                                                      salam Ramadhan

                                                                                        BismiLLah..
                                                                                        di Malaysia cara penetapan awal Ramadhan adalah dengan hisab dan rukyah. dan pada tahun ni, buat pertama kali dapat bersama-sama dengan Jabatan Mufti Negeri Melaka untuk melihat sendiri bagaimana proses melihat anak bulan dijalankan. bukan pergi sorang tapi bawak budak2 Persatuan Agama Islam sekali, bagi pendedahan kat dia orang tu..

                                                                                        sekarang baru tahu kenapa anak bulan kadang2 nampak kadang2 tidak, ini adalah pengalaman yang sungguh istimewa.. Selamat berpuasa kepada semua, rebutlah peluang untuk menambah baikkan amalan dan ibadah dalam madrasah ramadhan kali ini...

                                                                                        Rasulullah Saw. bersabda: "Sesungguhnya di dalam surga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu 'al-Rayan' yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Ditanyakan (oleh pintu tersebut): 'Di manakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak akan ada lagi yang masuk melaluinya." (HR. Muslim, dari Sahl Ibn Sa'd).....

                                                                                        mencari di manakah anak bulan? mengapa kau tak kelihatan?..

                                                                                        di antara budak2 yang ikut melihat anak bulan..

                                                                                          Sunday, August 26, 2007

                                                                                          khirman & norli

                                                                                            BismiLLah..
                                                                                            masa balik dari KDC cuti sekolah yang lalu, sempat jugak singgah ke majlis perkahwinan Khirman dan norli kat Tampin, kita orang sampai dah petang, majlis pun dah habis, nasib baik la nasi ada lagi.....

                                                                                            tahniah buat Khirman dan juga Norli yang kini bergelar suami dan isteri, semoga bahagia hingga ke anak cucu. Ijam, Shahrin dan Bern datang awal, jadi kita orang yang dari KL ni tak sempat nak jumpa dia, pastu Hazwan ajak singgah pergi rumah Helmi, dan pastinya kalau ke rumah dia tu, mesti ada ABC, tanks Helmi, nanti masa majlis kahwin enta Mi, kena ada jugak ABC macam ni tau, hehe....

                                                                                            bersama pengantin yang dah tak pakai baju pengantin..

                                                                                            gambar dengan salah seorang pensyarah masa KDC..

                                                                                              Thursday, August 23, 2007

                                                                                              Majlis Kahwen Hazwan

                                                                                                BismiLLah..
                                                                                                apsal tak update blog..
                                                                                                ni la persoalan yang selalu orang tanya, kadang2 siap hantar SMS tanya, kenapa, Why, Limaza?... blog tak update...

                                                                                                memang dah lama gila aspirasiku tak di update, tak tau la kenapa, may be agak sibuk, tak tau nak cari masa nak update benda ni, sebab kekadang ada benda yg lebih penting kena buat..

                                                                                                minggu lepas ada pergi jemputan kawin si Hazwan, meriah sungguh majlis kat rumah dia, bagi kengkawan yang tak dapat nak ke rumah dia, kat bawah ni ada gambar2 yang sempat di letak kat sini... buat semua, tanks sebab masih sudi singgah ke aspirasiku, lepas ni akan cuba update selalu, hehe....

                                                                                                pasangan merpati sejoli..

                                                                                                bergambar bersama pengabtin..

                                                                                                  Wednesday, August 22, 2007

                                                                                                  my best friend kahwin

                                                                                                    BismiLLah..
                                                                                                    bulan 6 yang lalu (3 jun 07), masa blaja 2 minggu kat Bangi, Mohd Bahrin Basiron member baik masa belajar kat Maahad dulu nak kahwin... jadi kena jugak cari ruang waktu untuk hadir ke majlis tu..

                                                                                                    malam sebelum Bahrin nikah, sempat jugak sampai rumah dia kat Pt Raja, tidor situ sebab nak tolong la konon apa yang patut, walhal semua benda dah siap... Orang rumah dia asal Puchong, lepas habis majlis terus balik ke Bangi, pape pun Selamat Pengantin Baru, hadiah sampai sekarang belum bagi lagi, memang tak patut.. bagi lewat pun takpa ye...

                                                                                                    oh ye, sebelum terlupa nak jugak ucap selamat pengantin baru pada Bang Man, tak dapat nak datang ke majlis perkahwinannya time tu walaupun nak sangat pergi sebab masa tu tengah final exam (17 Jun 07), kalau tak exam memang nak datang.. nanti ada masa kita jumpa yer....

                                                                                                    semoga bahagia!!..

                                                                                                    bergambar bersama pengantin..

                                                                                                    Bang Man yg cute bersama zaujahnya..

                                                                                                      Sunday, April 15, 2007

                                                                                                      kursus ALP - PUM 07'



                                                                                                        BismiLLah..
                                                                                                        dari 13 hingg 15 April berlangsung Kursus Ahli Lembaga Pengarah, Program Usahawan Muda, peringkat Zon Selatan.. MRSM Terendak jadi tuan rumah, dan peserta2 dari MRSM lain dijemput untuk turut serta dalam program ni.. yang bestnya, program ni dibuat kat luar, kat Kompleks Majlis Sukan Negara, Saujana Asahan, Jasin Melaka.. seronok la kat sana, tempat dan suasana amat cantik, macam tanak balik jer...

                                                                                                        Memang la bukan penasihat PUM, tapi dah dilantik jadi AJK, AJK Kerohanian dan Keselamatan, dapat la ikut ke sini.. banyak pengisian yang menarik sepanjang program ni, budak2 terpaksa la ikut setiap slot yang dianjurkan, kita cikgu2 ni enjoy dan rileks2 jer, tengok astro, tidor kat bilik yang selesa tu, mandi air terjun, makan sedap, dah macam pergi bercuti... tapi ada gak slot2 yang kena terlibat sepenuhnya macam forum dan kuliah maghrib...

                                                                                                        ada satu citer nak kongsi.. masa mandi air terjun, ada sorang budak ni hampir lemas, jadi cuba lah nak tolong sebab agak terer berenang, tapi bila sampai kat dia, habis ditekan kepala sebab dia nak selamatkan diri, keadaan masa tu memang cemas gila, air dah banyak masuk perut, takut orang yang cuba nak selamatkan plak lemas. Alhamdulillah semuanya selamat.. lepas tu tangan ngan kaki lemah gila, budak yang lemas tu ok jer, tapi yang menolong plak macam nak mati... takut wei, amal tak banyak lagi ni, dan paling penting "aku belum kawin lagi!!"

                                                                                                        malam pergi klinik cek, takut air masuk paru2, kang tak pasal2 dapat paru2 berair plak.. doktor kata semuanya ok, Alhamdulillah.. pengalaman yang pasti tak kan dilupakan..



                                                                                                          Saturday, March 31, 2007

                                                                                                          ke konsert Malam Sinar Maulidurrasul

                                                                                                            malam tadi kami sebahagian warga maktab telah ke konsert Malam Sinar Maulidurrasul di MMU Kampus Melaka.. dapat la tengok kumpulan NowseeHeart, Firdaus, FarEast dan DJ Irwan dari IKIM.fm, tapi kesian kat kami sebab tak sempat nak tengok persembahan Wahidah, driver bas dah bising ajak balik, kecoh betul ar pakcik driver ni...


                                                                                                            "persembahan dari kumpulan Far East"

                                                                                                            Masa kat konsert tu sempat berkenalan dengan Ustaz Zaidi dari MRSM TGB. bagus dia ni, walau baru mula kerja dengan MARA tapi banyak pengalaman dia ada, seronok la dapat kenal dengan ustaz ni..

                                                                                                            konsert ni ok la, tapi pengurusan perlu ditegur sikit la sbb pengurusan masa agak lemah, dalam tentatif mula pukul 8.30mlm, tapi dah pukul 9.15 tak mula2 lagi, MC banyak membebel dan syok sendiri lengahkan masa sbb nak tunggu VIP..

                                                                                                            ni konsert la, bukan persembahan amal, tak yah la tunggu diaorang tu sebab kami ni dah bayar tiket, hangin jer rasa... hangin gak kat pakcik bas yang tak leh nak tunggu kejap jer lagi sampai habis konsert, dia kata: "dah lambat ni, cikgu kena keluar gak dari dewan tu sekarang jugak!!"... sepatutnya cikgu ikut cakap driver ker, atau driver yang kena ikut permintaan cikgu?? cuba jawab....





                                                                                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...