Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, February 28, 2008

sukan tahunan

    Alauddin tetap johan..

    semenjak 2 minggu lalu kita orang memang sibuk untuk menghadapi sukan tahunan, maklum lah, sukan 2 tahun sekali, jadi kena sambut betul2.. lagi satu tahun ni di lantik sebagai Sultan untuk rumah sukan Alauddin Riayat Shah, memang sibok....

    dan pagi td berlangsung acara kemuncak selepas ujian tara minggu lepas dan sukan tara kelmarin, Alauddin dapat no 2 tahun ni tewas kepada pasukan Mansur.. takpa lah, kalah menang adat pertandingan, walau kita bermusuh semasa sukan, namun kita kembali sebagai adik beradik lepas ni ok...

    Alauddin tewas dengan bermaruah sebenarnya sbb banyak acara kita dapat emas, cuma nasib jer tak menyebelahi Alauddin tahun ni, InsyaAllah kita cuba lagi di sukan tahunan 2 tahun lg.. majulah sukan utk MRSM Terendak....

    peserta 4X100m yg mendapat johan..

    memori dalam kenangan..

      Thursday, February 21, 2008

      1st time nak mengundi

        sekarang ni kalau bukak TV3 waktu Buletin Utama jadi mual dan membosankan jer, mana taknya cerita pasal kempen BN jer hari2.. setengah jam untuk kempen dia orang semata2, berita semasa kejap jer. kalau betul2 demokrasi, kenapa tak benarkan parti2 lain berkempen sama menggunakan media yang ada.. takut ker..

        takut lar tu.. pape pun masing2 punya pemikiran yg waras utk menentukan kepimpinan negara pd masa akan datang, selamat mengundi pada8 hb nanti.. korang semua dah mendaftar ke belum?...

        maklumat dari laman web SPR..

          Sunday, February 17, 2008

          Muhammad Singgapura kawin

            mcm biasa, ambik berkat pengantin..

            BismiLLah..
            semalam bertolak ke JB naik bas, pastu jalan2 ke Tebrau City dengan Sahrin, saja enjoy sbb dah lama tak jumpa.. esok nak ke Singgapura buat kali pertama utk ke Majlis Perkahwinan Muhammad Mahmood Al-Junaid dengan pasangannya Syarifah Ameera..

            Masuk Singgapura pagi Ahad dengan Akmal, Djah dan Nureen.. Seronok bila dapat jumpa Muhammad, majlis kahwin dia memang kelas, macam majlis kahwin orang arab, memang berbeza dgn budaya melayu.. Selamat pengantin baru Mat, semoga kekal bahagia selamanya..

            sampai semula ke JB dalam jam 6.20 ptg.. 6.30 ptg naik bas Jebat Ekspress balik ke Melaka, esok kerja.. jadual perjalanan yg agak padat tapi tetap memuaskan....

            lawa kat pasangan ni..

            bukti pasport menjejakkan kaki ke Singgapura..

              Friday, February 15, 2008

              badminton peingkat Masjid Tanah

                BismiLLah..
                dari 13 hb hari tu sampai lah petang tadi, maktab telah menghantar wakil ke pertandingan badminton peringkat Masjid Tanah.. sebagai pengurus pasukan, terpaksalah turun padang tiap2 hari untuk melihat anak buah berlawan..

                dari 8 penyertaan, MRSM mencapai kejayaan yang agak boleh dibanggakan apabila bergu bawah 15 tahun dapat tempat ke-dua dan ke-tiga.. yg lain semua bungkus.. takpa, kita cuba lagi tahun depan ok.. jangan sedeh....

                ni la diantara pemain MRSM..

                  Thursday, February 14, 2008

                  salam perpisahan pd yg ke BITARA

                    memori bersama Wan Mohd Solehin dan Nasrul..

                    BismiLLah..
                    buat semua pelajar2 ting 4 yg dapat ke MRSM BITARA (Jasin, Pengkalan Chepa dan Taiping), selamat berjuang ustaz ucapkan (ustaz hanya guru biasa, bukan bitara)...

                    memori kita bersama di Terendak pastinya kekal menjadi kenangan indah.. selamat berjuang dan maju jaya, kenang ku dalam doa mu, ceh.. ayat sentimental ni.... dengarkan dan amati lagu pilihan ustaz biasa ni ok.. tika itu..

                    semoga ukhwah tersimpul padu..

                      Tuesday, February 12, 2008

                      lawatan ke MRSM Pontian

                        BismiLLah..
                        MRSM Pontian telah mengekalkan prestasi cemerlang dalam subjek Pendidikan Islam PMR semenjak 2004, mereka telah mencapai 100% A setiap tahun untuk subjek ni..

                        tadi kami berpeluang untuk melawat MRSM Pontian untuk bertukar2 pandangan dan teknik terbaik untuk pelajar mencapai kecemerlangan. kalau di lihat dari strategi yang digunakan oleh guru2 di sana (termasuk lah Hazwan) memang patut pun mereka memperlehi kejayaan 100% A subjek ni....

                        bergambar bersama guru2 MRSM Pontian..

                        kenangan dengan Hazwan..

                          Saturday, February 09, 2008

                          Selamat Pengantin baru Pauzan

                            BismiLLah..
                            Selamat pengantin Baru buat Pau dan pasangannya, semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu.. member2 lain tak dapat pegi ke majlis ni sbb ada hal, pegi dengan Akmal dan Bern jee, lagi pun ni majlis kat rumah perempuan di Felda Pemanis Segamat, may be budak2 ni nak ke majlis kat rumah Pau sendiri pada bulan 3 nanti... sori la Pau, majlis yg bulan 3 tak dapat datang sbb time tu kena pegi Dip Edd....

                            Pau dan isteri..

                            mengambil keberkatan pengantin..

                              Monday, February 04, 2008

                              mesyuarat agung Kelab Guru

                                bersama AJK Kelab Guru sesi 06/07 di meja VIP..

                                BismiLLah..
                                petang tadi kami semua guru-guru di Terendak ke jamuan hi tea di Ramada Hotel Melaka sempena mesyuarat agung dan pembubaran Kelab Guru sesi 06/07... semua AJK lama dapat duduk dekat meja VIP, macam best duduk kat meja VIP tp sebenarnya tak puas sbb terpaksa control makan... tahniah dan selamat menjalankan tugas buat presiden dan AJK kepimpinan yang baru dilantik....

                                guru-guru Unit Pendidikan Islam..

                                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...