Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, December 31, 2012

Ulfah Aliya di Disember 2012

    BismiLLah..
    Gambar2 Ulfah Aliya di Bulan Disember 2012..


    "berposing semasa berada di Kuantan jalan2 cuti sekolah yg lalu... "


    "Ulfah Aliya main ball semasa singgah di Taiping."


    "aktiviti cuti sekolah dengan ayah di rumah, Upin Ipin..."


    "vrommm vrommm.. di rumah Kak Tina & Kak Tini..."

      Sunday, December 23, 2012

      Kami Bershopping Di Sempadan Thailand

        BismiLLah
        Bila dah sampai ke utara tanah air, peluang untuk bershoping di sempadan Malaysia-Thailand kami tak lepaskan...

        Kami sempat singgah ke Padang Besar, Wang Kelian dan masuk ke Thailand untuk membeli belah.. tak dinafikan barang2 di sini lagi murah berbanding tempat lain..


        "Ulfah Aliya menjejakan kaki di bumi Thailand, sawadikaaap..."


        "merasai kenikmatan air nira nipah, berbeza dgn nira pantai timur.."


        "Bila ke utara, jangan lupa pekena char kuew tiow Sungai Dua di Penang..."


        "berangkat pulang dari Airport Sultan Abd Halim, Alor Setar.."

          Wednesday, December 19, 2012

          Menyusuri Gua Kelam di Perlis

            BismiLLah
            Gua Kelam merupakan tempat menarik yang perlu dilawati bila sampai ke Perlis.. nak masuk Gua Kelam ni kena menyusuri jambatan gantung yang panjang...

            Pengalaman pertama masuk ke Gua Kelam sangat menyeronokkan, air sungai yg mengalir bawah jambatan menggamit lagi suasana menarik dalam gua ni..


            "kami sefamili siap sedia nak balik Perlis."


            "suasana di luar Gua Kelam.. menarik tempat ni.."


            "Jangan lupa singgah ke Gua Kelam bila dah sampai ke Perlis.."


            "Ulfah Aliya mendapat pengalaman pertama menyusuri gua..."

              Sunday, December 16, 2012

              Bercuti di Pantai Morib

                BismiLLah
                wohaaa !! kami bercuti lagi.. kali ni kami ke Gold Coast Morib di Selangor... walaupun ni percutian budget, namun kami sangat berpuas hati dengan hotel ni...

                kami ambil pakej ni melalui streetdeal.my.. dapat dinner dan pas masuk taman tema air kat hotel ni.. paling best dalam bilik ada jacuzzi...berbuih2 mandi dalam tu, hehe

                Ibn Abbas pernah berkata yang bermaksud: “Para isteri berhak merasakan suasana persahabatan dan pergaulan yang baik dari suami mereka, sebagaimana mereka pun berkewajiban untuk melakukan ketaatan dalam hal yang memang diwajibkan atas mereka terhadap suami mereka.”


                "kami happy seharian berendam dalam air hari ni.."


                "masa kecik tak dapat rasa main gelongsor air macam ni..."


                "Percutian di Gold Coast Morib yang menghiburkan..."

                  Tuesday, December 11, 2012

                  Bersama Ust Zainizam & Ust Akmal Hakim

                    BismiLLah
                    terima kasih buat sahabat2 baik, Ust Md Zainizam Hasan & Ust Akmal Hakim Hadi Munir yg sudi ajak kami dinner makan seefood di Kg Senibong, JB.. serius kami sefamili rasa happy malam ni..

                    banyak perkara yg kami sembangkan, dan yg paling menarik sekali adalah topik "pembedahan mata lasik".. kalau nak tahu, Akmal baru jer selesai menjalani proses tu kat matanya.. tu yg nampak hensem jer sbb dah tak perlu berkaca mata lagi..

                    terima kasih sahabat2, semoga ikatan ukhwah yg terbina ni akan kekal terjalin sampai bila2, nanti jalan ke Melaka plak yer.. Ulfah Aliya tanya, "bila Uncle Ijam & Uncle Akmal nak bagi kad jemputan ??" hehe...


                    "bersedia nikmati hidangan seefood di Kg Senibong.."


                    "terima kasih Uncle Ijam dan Uncle Akmal belanja kami malam ni."


                    "Uncle Akmal makin nampak tough bila dah tak berkaca mata."


                    "Aliya happy dapat jumpa Uncle Ijam malam ni.."

                      Sunday, December 09, 2012

                      Jalan2 Cari Makan, edisi JB..

                        BismiLLah
                        Hujung minggu yang lalu kami berkesempatan jalan2 ke Johor Bahru.. bila dah sampai JB jangan lupa untuk merasa menu2 istimewa kat sini... pastinya terbaik dari Johor...

                        menu pertama kami adalah "murtabak daging cheese".. terletak di Kampung Kurnia, pastikan kawan2 singgah ke kedai "Majid Murtabak Special No 1" ni... sangatlah sedap bila makan panas2...


                        "ni la murtabak daging cheese..RM 14.00 puas makan sefamili..."

                        makan malam kami ke "Kampung Senibong".. menikmati makanan see food di kedai no 6.. bertambah enak bila dinner kami ni orang belanja.. nak tahu siapa yg belanja? tunggu dalam post akan datang k..


                        "siakap tiga rasa + ketam blackpaper + udang & sotong goreng tepung..."

                        sebelum bergerak balik Melaka, kami pekena "mee rebus tulang" di Restoran ZZ, Jalan Petrie... tak sah rasanya ke JB kalau tak pekena mee rebus ni, sangat la sedap !!!


                        "mee rebus tulang, boleh jumpa kat JB jer ni, siap ada straw tau.."


                        "selera sungguh ustazah pilihan ni makan, tak nampak orang depan.."

                          Thursday, December 06, 2012

                          Bersama Dr Hj Zahazan di Semabok Melaka

                            BismiLLah
                            AlhamduliLLah, berkesempatan menghadiri ceramah dari penceramah terkenal, Ustaz Zahazan Mohamad di Madrasah Al-Hidayah, Kg Padang, Semabok, Melaka...

                            malam ni, Ustaz Zahazan mengupas tajuk "Perpaduan Nilai Keharmonian"...banyak intipati hikmah yang boleh kita jadikan panduan dalam kehidupan..


                            "bersama Ustaz Zahazan selepas sesi ceramah beliau.."


                            "Ustaz Zahazan bersama penduduk2 Semabok Melaka.."


                            "Ustaz Zahazan semasa menyampaikan ceramah."

                              Monday, December 03, 2012

                              Raja'e dan Khairiah jadi pengantin

                                BismiLLah
                                Selamat Pengantin Baru buat sahabat kita Raja'i dan pasanganya Khairiah... kami doakan semoga rumahtangga yg dibina kekal hingga ke syurga.....

                                Hadis Nabi yang bermaksud: "Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah benda (perhiasan) dan sebaik-baik benda (perhiasan) adalah wanita (isteri) yang sholehah." (HR. Muslim)


                                "bersama dengan pengantin baru, Rajai & Khairiah.."


                                "Ulfah Aliya bersama kawannya, Hanzalah....."

                                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...