Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, January 28, 2010

RETRO: ziarah ke rumah Abu Toriq

    BismiLLah..
    mulai hari ni, aspirasiku akan menonjolkan sebuah segmen baru iaitu "retro".. retro akan mengimbas pengalaman serta memori2 lama masa zaman kecik2, zaman remaja dan zaman sebelum aspirasiku dibangunkan pada Ogos 2005..

    dan untuk edisi pertama retro ni, nak kongsi pengalaman kami ziarah ke rumah seorang rakan bernama Abu Toriq masa belajar kat Jordan dulu..


    "bersama Abu Toriq dan familinya"

    walaupun Abu Torik dah berkeluarga dan berusia, namun kemesraan kami bagai rakan sebaya.. masa kat rumah Abu Toriq ni, kami dikenalkan dengan famili bahagianya.. di jamu dgn hidangan arab yg sedap banget dan buah2an segar dipetik dari halaman rumahnya..

    semenjak tukar Hp baru, tak pernah lagi hantar SMS ke Abu Torik sbb HP tak leh nak taip dan baca tulisan arab, jadi petak2 jer.. kesal tul..

    istimewanya Abu Toriq ni, tak pernah henti beri nasehat pada kami.. dan satu nasehat yg Abu Toriq beri: "teruslah bercakap dengan bahasa arab walau kamu berada di mana.."...

    hadis nabi bermaksud: “Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).


    "budak arab muda tu lah Toriq.. Abu Toriq yg kanan sekali"


    "nyam2.. sedap dan berselera"


    "buah delima segar dan best.."

      Tuesday, January 26, 2010

      hei si gadis yang manis..



        BismiLLah..
        pagi tadi ada sorang cikgu matematik datang ke meja.. dan dia tanya, "ust... mcm mana nak buat blog? senang ker??"..

        owh, senang jer.. mula2 akak kena la bukak akaun kat blogger dulu, pastu. bla.. bla.. bla.. sambil terpikir, apa la agaknya akak ni nak tulis dlm blog dia yer? tak kan la nak citer pasal FB kena block juga.. hehe...

        pastu akak mate ni tanya lagi.. "ust, ada tak tengok gambar budak kita yg mandi kat sun*** Lag*** tu? dah la pakai suar pendek, pastu tak malu tayang2 kat kita kan?"..

        "tadi kita orang kat bawah citer pasal budak2 tu jer, tak sangka kan ust.."... ada nada kecewa kat suara cikgu mate tu..

        "akak nak remove jer dia orang ni dari jd frend akak"..

        tu la korang, ust dah nasehat hari tu kan.. tapi korang tanak dengar dan maseh lagi nak tayang2.. korang bayang la kalau cikgu2 dah citer pasal aib korang.. apo korang nak jawab sekarang ??

        masih belum terlambat.. anda perlu lakukan sekarang !! delete la gambar yg bukan2 tu.. dan upload yang lebih sopan.. ust nasehatkan sebab kita maseh KAWAN.. dan ni semua utk kebaikan bersama..

        mungkin satu hari nanti.. ust juga akan ambil langkah yg sama dengan cikgu mate tu.. REMOVE budak2 yg suka tayang2 ni dari jadi senarai, mereka yg bergelar KAWAN !!

          Monday, January 25, 2010

          block la apa pun..



            BismiLLah..
            dah dekat dua minggu facebook dan yang seangkatan dengannya kena block kat maktab.. ramai la cikgu2 berdehem dan saling berpandang-pandangan.. dan ada pula yg senyum sambil menjeling mata kat aku..

            kami tahu, ada yg jadi kaki report kat atas ni, tak suka bila cikgu2 gembira dapat berhubung dgn bekas2 anak muridnya, happy dapat releas tension lihat gambar2 memori lama, ketawa sendiri bila berchating dengan kawan2 zaman remaja, dan seronok melihat hasil kutipan cafe worldnya..

            dah ko tu buta komputer, tak yah la nak jeles dengan keharmonian kita orang ni.. orang kat bawah sendiri bagi tahu dari mulutnya, semua ni sebab ada yg report.. gi la ko ngan buta komputer tu selama-lamanya.. aku peduli hapa !!!

            happy la ko kan sekarang bila kami dah tak gelak2 dan gembira cam dulu lagi.. ni ko punya pasal.. ni aku nak tanya..
            ada ke cikgu2 yg tak masuk kelas pasal berfacebook?
            ada ke cikgu2 yang tak gi meeting sbb duduk depan PC berfacebook?
            ada ke cikgu2 yang tak tanda buku & paper exam budak sebab chating dlm FB?
            ada ke cikgu2 yang tak hantar fail RPH sbb sebuk main game kat FB?

            walaupun orang atasan kata ni arahan dan ada pekeliling.. tapi aku cakap, ni KO PUNYA PASAL !!! block la apa pun, block la semua website yg ada.. broadband aku ada, dan aku tetap akan bukak FB depan orang buta komputer tu.. hehe

              Wednesday, January 20, 2010

              kami mandi di Ulu Bendul


                "seronok mandi di Ulu Bendul"

                BismiLLah..
                masa kita orang borak2 pasal kemasukan pelajar ke MRSM Ulul-Albab hari ni, terus teringat tentang aktiviti kita orang masa on the way balek dari Gemencheh menjadi panel temuduga kat sana hai tuh.. kik sini..

                kami singgah ke Ulu Bendul dan bermandi-manda kat sana.. ni membuktikan yg kami juga mandi kat tempat awam, tp kami maseh lagi menjaga apa yg patut ditutupi.. ada paham ??..

                Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud: "Maka jika mereka telah beriman sebagaimana yang kamu imani, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk. Tetapi jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (denganmu)...." [Al-Baqarah: 137]

                memang best sesekali bergembira mcm ni, dapat hilang penat dan tension kerja.. besar harapan kalau ada geng2 yg nak ajak kita orang gi bergembira lagi... bye..


                "sejukkkkkk !!, semua jadi kecut...hehe"


                "model Ulul Albab berposing.."


                "nak balik dah.. tanks Sepop, bg ust sevenior baju merah tu"

                  Sunday, January 17, 2010

                  tenangnya jiwa bila di kampung


                    "anak2 sedara main tolak2 kete sorong"

                    BismiLLah..
                    hujung minggu ni ada kat kampung, rasa jiwa ni tenang dan damai betul... walaupun suara hingar bingar anak2 sedara mengganggu kailuLLah di tengahari, namun inilah sebenarnya ketenangan yg semua perlu rasai..

                    Firman ALLah dalam surah ar-Ra'd, ayat 28 yang bermaksud; "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”

                    kan best kalau selalu kita sekeluarga dapat berkumpul mcm ni.. apa jua cabaran yang mendatang, jom kita lalui dengan hati yang tenang.. aja aja fighting !!


                    "my bro Akip, dan anak2 Bang Ngah.."


                    "Tini menanti matahari terbenam di kampung kami"

                      Thursday, January 14, 2010

                      kenduri kesyukuran + jamuan warden

                        BismiLLah..
                        tadi Ust Sharel buat kenduri doa selamat dan kesyukuran sikit, dan kami warden2 pun bergabung untuk kongsi sediakan makan2... kira majlis dua dalam satu la ni, kenduri doa selamat dan jamuan warden..

                        ALLah berfirman dalam surah Luqman ayat 12 yang bermaksud: “Dan barangsiapa yang bersykur kepada Allah, maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”


                        "kita bakar kerang plak.. ayam dah siap bakar.."


                        "kesyukuran sbb budak2 Bahasa Arab dapat tingkatkan peratus dlm PMR tahun lepas"


                        "antara geng2 yg datang untuk menghabeskan ayam BBQ"


                        "suasana damai dlm rumah Kak Yam.."

                          Monday, January 11, 2010

                          kami dihantui makhluk hitam

                            BismiLLah..
                            pg tadi ust Shahril menjerit kuat dibilik guru.. semuanya selepas dia terima panggilan daripada isterinya, ada makhluk hitam yg ganas muncul di belakang rumah warden..

                            kami bergegas pulang, makhluk hitam berada di persembunyian.. mengikut kata Kak Yam (isteri Ust Shahril), makhluk hitam tu besar, mukanya ganas seperti nak makan orang, badannya berkilat macam kasut kerja suaminya..

                            bomba terpaksa kami panggil.. untuk memastikan keselamatan, biar makhluk hitam ditangkap, dan tak ganggu keamanan kat persiaran warden ni..



                            tapi sayang, makhluk hitam dah dapat lari.. bomba pun pening tak dapat cari.. entah bila, makhluk hitam akan muncul kembali..

                              Friday, January 08, 2010

                              mana planner maktab ??

                                BismiLLah..
                                susahnya nak buat kerja bila planner takda, sampai sekarang tak keluar lagi.. strategi, perancangan tahunan, skema subjek, semua disuruh siapkan awal.. tapi bukan planner tu ker yg sepatutnya lagi kena siap awal...?? sbb perancangan semua berdasarkan planner..

                                kalau tahun2 sebelum ni, minggu pertama, planner dah ada atas meja.. tp tahun ni, lambat tak siap2.. pastinya ada ALASAN yg menyebabkan planner tu keluar lambat kan?

                                kalau dah tahu macam tu, lain kali jangan bising2 sangat kalau ada cikgu LAMBAT menghantar apa yang diminta, sebab kami juga pastinya ada ALASAN, yg menyebabkan kami terlambat menghantar kerja2 yg diminta tu..


                                "planner tahun2 lepas"

                                  Wednesday, January 06, 2010

                                  minggu re-orientasi 2010

                                    BismiLLah..
                                    Minggu pertama persekolahan dilalui dgn pelbagai mesyuarat dan taklimat.. dari pagi sampai ke petang, agak kekok nak mula kerja semula, selepas cuti panjangggggggggggggg kat kampung.. hehe

                                    sekali lagi di Dewan Budiman, berlangsung majlis pelancaran "Program Gemilang" leh tanya, berapa kali nak buat pelancaran? sepatutnya pelancaran tu sekali jer kan.. kan tahun lepas dah buat, sewajarnya tahun ni kita perkasakan semula.. ntah la, ikut jer arr...


                                    "nampak kat belakang tu, Cikgu Faizal yg gedik"


                                    "budak2 tekun dengar ucapan majlis pelancaran.."

                                    tadi jadi fesilitator utk budak2 form 2.. apa yang dilaksanakan semunya tak sama dgn apa yang dibincangkan dlm mesyuarat.. kalau mcm tu, lain kali tak yah la ada mesyuarat yer..

                                    tp alhamduliLLah, semuanya berjalan lancar, mlm ni dah start prep.. pelik!! sampai la ni, budak2 lum buat aku hangin lagi, ni sesuatu yg pelik !!!


                                    "antara abang2 fesy yang baik hati.."


                                    "budak2 form 2 yg bersemangat katanya"


                                    "si buta mencari tongkat ajaibnya"

                                      Sunday, January 03, 2010

                                      apsal korang dedahkan ??

                                        BismiLLah..
                                        rasa seronok berfacebook.. rasa happy bila singgah menyinggah ke blog teman2... maybe dulu korang student kat maktab, tp sekarang kita dah jadi kawan kan..

                                        kawan yg baik bukan semasa senang sahaja, kawan yg baik saling nasihat menasihati.. kawan yg baik tanak masuk syrga sorang2 jer.. kawan yg baik nak kita semua bahagia dunia dan akhirat..

                                        tak kira siapa, teman, kawan, students dan juga ex students.. mmg ust ada rasa terkilan.. salah kalau ust berdiam diri jer, ust memang guru yg tidak berguna, dan ust kena cakap juga..

                                        tak salah nak letak dan upload gambar kat sesawang kita, tapi sewajarnya gambar tu tak mendedahkan apa yg wajib kita litupi, AURAT !!.. boleh menimbulkan fitnah nnti.. lg pun hukum menutup aurat tu wajib kan..

                                        walaupun masa bergambar tu kita sorang2 (amik gambar sendiri).. tp apabila di paparkan, semua orang dapat lihat.. dedah aurat juga la tu namanya..

                                        yg perempuan tak bertudung, yg lelaki berseluar pendek, yang bercouple plak sebuk tayang gambar berdua2an, sandar2 dan siap pegang tangan.. amboi2 !!, korang tu lum ada pape ikatan yg sah, plz la, tolong ingat kat tuhan.

                                        Nabi SAW pernah bersabda yg bermaksud: “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

                                          Friday, January 01, 2010

                                          sambut tahun baru dgn khusuf

                                            BismiLLah..
                                            apo buat sambut tahun baru jang ?.. mana2 chanel tv semua tayang konsert sambut tahu baru kat ibu kota, maha dahsyatnya sapa yg terlibat sama.. sapa ramai kat konsert tu? anak melayu juga adanya...

                                            kebetulan mlm tahun baru ni terjadinya gerhana bulan, dan wajar sama2 kita sambut tahun baru dgn tunaikan solat gerhana bulan (solat khusuf).. waktu gerhana berlaku mlm tadi dari jam 1 hingga 5 pagi..

                                            Dari Aisyah R.A, Nabi S.A.W bersabda yg bermaksud: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah" (HR Bukhari no 1044)..

                                            dan hati rasa berbunga sangat2 bila mlm tadi, ada sorang student lelaki call, nak tanya mcm mana nak buat solat gerhana.. mudah2an inilah generasi yg akan bangkit memakmurkan bumi... tanya la diri maseng2, "apo den buat, sambut tahun baru mlm tadi ??"

                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...