Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, September 26, 2008

majlis khatam al-Quran, Nuzul Quran

    BismiLLah..
    petang tadi Unit Pendidikan Islam dan Bahasa Arab menganjukan Majlis kemuncak program sepanjan bulan pose ni.. selain dari majlis Khatam al-Quran, kami gabungkan sekali dengan ceramah nuzul Quran dan kemuncaknya ialah iftar jami'e..

    mudah2an program2 ilmiah sebegini dapat diteruskan, yg penting budak2 ni kena datang, kalau kami anjurkan mcm2 program tapi korang tak datang, takda la gunanya jugak kan.. ok, akhir kata selamat meneruskan ibadah pose...

    bergambar bersama kepten hafizi..

    ust wahab yg mengetuai bacaan khatam al-Quran..

      Thursday, September 25, 2008

      jamuan akhir tahun Blok B

        menerima hadiah sebagai warden blok yg baik, hehe..

        jom makan..

        BismiLLah..
        malam tadi budak2 Blok B buat jamuan akhir tahun, walaupun ni masih bulan 9 lagi, takut nanti kalau buat last2 semua sibuk, nak PMR, SPM dan final.. best makanan mlm ni, tahniah sbb dapat anjurkan program, walaupun biasa tapi kesungguhan yang korang tunjukkan untuk jalankan jamuan ni, menampakkan yg korang dah pandai berdikari..

        boys.. yg paling penting korang kena terus berdisiplin dan menjalankan tanggungjawab sebagai ahli blok yg baik.. berani buat berani tanggung, kalau tanak kena cengkam dgn ustaz awak ni, jgn berani2 buat benda tak patut kat blok ok...

          Wednesday, September 24, 2008

          berbuka bersama calon PMR arab

            BismiLLah..
            tadi kami berbuka bersama dgn calon2 PMR yang akan mengambil paper Bahasa Arab Komunikasi, utk pengetahuan semua, MRSM Terendak adalah calon teramai jika dibandingkan dengan MRSM SeMalaysia iaitu seramai 17 calon..

            utk memberi semangat kepada budak2 ni yg akan periksa lepas raya nanti, tu yang kami bawak dia orang semua buka kat KFC, semoga antum smua berjaya dengan cemerlang dalam PMR nanti.. good luck semua...

            budak2 yg dah tak sabr nak makan ayam..

            antara guru2 yg hadir sama..

            girls yg turut makan ayam..

              Monday, September 22, 2008

              iemah jemput ke rumahnya

                Di alamat: No 282 Jalan Kerambit, Felda Selancar 1, Bandar 19 Perwira Jaya,, 85070 Segamat Johor..

                  Saturday, September 20, 2008

                  berbuka bersama anak2 homeroom

                    berbuka bersama homeroom..

                    BismiLLah..
                    tadi kami sehomeroom dapat berbuka bersama2.. mula2 nak buat majlis ni kat luar, tapi kekangan masa dan bas maktab yg sentiasa ditempah tiap2 hari menyebabkan kami buat majlis kecil2an ni kat cefe maktab jer..

                    walaupun simple jer, tapi bila dapat makan sama2 mcm ni memang agak terhibur. biarlah simple tapi ianya menjadi memori kekal abadi kita bersama, cewah... kami makan mee goreng special, ayam KFC, martabak, popia dan pelbagai jenis air, meriahnya suasana hari pose...

                    bdk2 boys yg dah tak sabar2 nak makan KFC..

                    bdk2 pompuan malu2 bila nak amik gambar..

                      Friday, September 19, 2008

                      AlhamduliLLah, i have a new handphone

                        BismiLLah
                        AlhamduliLLah dengan berkat doa dan kasih kawan2, kini ku memiliki sebuah handphone baru.. hehe. tujuan post ni bukan lah untuk riak, apatah lagi bangga dan ujub, namun ianya semata2 utk berkongsi kegembiraan.. dan nak beri tahu lepas ni kawan2 boleh la buat video call menggunakan 3G.. canggih la kononnya..

                        sebagai seorang manusia yang lemah, tiada kesempurnaan yang dapat dicapai, mudah2an dengan kemudahan2 yg kita ada, boleh menambah usaha kita untuk meningkatkan dan mengembangkan dakwah di muka bumi ini.. ayat mcm bagus jer..hehe..

                          Wednesday, September 17, 2008

                          mahabbah bersama anak yatim

                            BismiLLah..
                            sempena bulan pose yg mulia ni, kami di Unit Pedidikan Islam dan Bahasa Arab menganjurkan satu majlis mahabbah untuk anak2 yatim dan pelajar2 susah yang ada kat maktab ni. mcm biasa la, kalau majlis mcm ni pastinya kami adakan majlis berbuka pose bersama2..

                            bantulah mereka yg susah, terutamanya dibulan pose dan raye ni.. selamat beribadah !!

                            Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa menyediakan makanan berbuka bagi orang berpuasa, nescaya ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun." (Hadis riwayat Ahmad dan An-Nasai serta dinyatakan sahih oleh Al-Albani)...


                            budak2 yang dah tak sabar untuk berbuka..

                            siakap 3 rasa yg dah tersedia di atas meja..

                            ust wahab dan ust shahril yg sungguh berselera..

                              Thursday, September 11, 2008

                              PAIM ke kompleks al-Khawarizmi

                                PAIM di depan komplekkhawarizmi..

                                kat dalam bilik tayang..

                                BismiLLah..
                                bersempena Bulan Ramadhan yg mulia ni, Persatuan Agama Islam Maktab bergerak ke Balai Cerap al-Khawarizmi utk melihat pameran pencerapan anak bulan dilakukan dan menonton tayangan istimewa berkaitan alam cakerawala ni....

                                sebenarnya lama dah nak dtg ke sini, tapi tiada kesempatan, dan akhirnya dapat gak memuaskan hati budak2 ni ziarah ke sini....

                                tahun lepas dapat tengok proses melihat anak bulan klik sini.. tp tahun ni tak dapat join sbb budak2 semua cuti balik kampung nak bersama famili di hari pertama pose, mudah2a pendedahan yg sedikit ini akan meningkatkan pengetahuan kita tentang alam ciptaan tuhan...

                                berkenangan bersam ahli persatuan..

                                memori terindah..

                                  Wednesday, September 10, 2008

                                  kerepek harga istimewa

                                    BismiLLah..
                                    bulan pose ni adalah bulan rahmat, Allah menurunkan rezki yg melimpah ruah kepada orang2 yang tahu untuk bersyukur..

                                    dikesempatan nak raya ni, kami ada menjual pelbagai jenis kerepek dengan harga yang teramat istimewa.. kata orang, "harga malam raya"... kalau oder banyak untuk dijual semula, kami akan bagi harga lain, boleh bincang.. hubungi kami segera sebelum terlambat.. kerepek, kau tetap kegemaran kami.. hehe

                                      Monday, September 01, 2008

                                      Ramadhan kali ni..

                                        selamat berpuasa..

                                        BismiLLah..
                                        Ramadhan datang lagi, dan AlhamduliLLah masih hidup lagi bulan pose tahun ni.. buat semua, selamat berpuasa..

                                        sebelum awal pose dah ada kat kampung, nak berbuka sama2 ngan mak dan keluarga.. sehari sebelum pose tu kami gi ziarah kubur arwah ayah, memang dah jadi kelaziman kami sekeluarga buat macam tu sebelum2 ni pun. terperasan ada satu kubur baru dekat ngan kubuh arwah ayah, mak kata penghuninya laki yg masih muda, dalam 30+.. anak pun masih kecik2..

                                        mak kata: "mak ditinggal ayah dulu anak2 dah besar2, tu pun masih terasa susahnya, apatah lagi ni ditinggal anak2nya masih kecik2".. mcm nak nangis bila mak cakap mcm tu.. selagi hayat dikandung badan, insyaALLah jiwa raga akanku serah semuanya utk menggembirakan hati mak, mak lah segalanya.....

                                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...