Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, January 31, 2006

sahrin datang

    baru tadi sahrin balik, dah 2 hari dia kat sini, lagi pun dia masih cuti sampai rabu ni..

    dia saja datang, kebetulan dia balik kampung dia kat Parit Ya'ni, kira dekat la jugak kalau nak ke Parit Sulong ni...


    masa dia sampai hari tu, terus ajak makan KFC, kira belanja dia la sempena birthday dia yang dah lepas beberapa hari...


    time hantar dia kat bus stand tadi, MasyaAllah ramainya orang, nasib bail ada lagi tiket ke JB, tapi menunggu agak lama sampai 2 jam, tu yang kita orang makan dulu.. tanks Sarin sbb sudi datang sini, kalau ada masa datang lah lagi yer
    ...

    posisi biasa untuk bergambar, di depan leptop.. kat mana la nak ambik gambar ni? kat katil pun boleh la ye Rin...

      Monday, January 30, 2006

      happy new year

        Gong Xi Fa Chai... selamat bercuti pada semua yg dapat cuti panjang sampai rabu ni.. hampeh sbb tak dapat cuti, kena ganti ustaz2 baru yang nak balik kampung untuk ambik barang2 dia orang.. tapi takpa lah, lagi pun tinggal beberapa hari jer lagi kat sini...

        pagi tadi mintak tolong dengan makcik kantin rebuskan jagung.. ada mak anak murid sedekah jagung seguni.. puas la budak2 ni makan, itu pun makcik kantin tak masak semua, kalau tak mesti budak2 ni muntah jagung,.. hehe
        ...

        jom makan jagung!! bergambar dgn budak2 yang kegembiraan sbb dapat makan jagung masing2 bergaya dgn jagung mereka...

          Sunday, January 29, 2006

          anak murid ke kampung

            petang tadi bila balik dari rumah Lan terus ke sekolah untuk amik Faqih, Saufi, Fairuz dan Mustaffa yang nak datang kampung...

            dah bagi tahu kat mak ada anak murid nak datang, mak masakkan sate dan ketupat, suka la budak2 ni makan.. lepas makan sibuk budak2 ni nak belajar naik motor, seronok betul si Faqih dan Saufi dapat bawak motor, kat Singgapore dia orang tak pernah bawak motor, sana kan bandar, susah sikit.. hidup kat kampung jugak yang best kan..

            lepas sambahyang magrib kat mesjid, kami bertolak balik ke sekolah sbb mlm ni kena bertugas, warden kena sentiasa ada kat asrama, klu tak nanti budak2 ni buat kepala
            :)...

            ni lah anak2 murid yang datang ke kampung, bergambar bersama anak sedara ustaz mereka mudah2an ukhwah yang terbina kekal selamanya...

              Saturday, January 28, 2006

              Lan & Shidah kawin lagi

                hari ni lan dan shidah kawin lagi sekali, kalau bulan lepas kat tempat shidah, kali ni kat rumah Lan plak di Parit Raja.

                bergerak dari Parit Sulong dengan Bern dan Akmal, budak2 dua orang ni memang meleceh, janji pukul 2, pukul 3 baru sampai...tiba kat sana dalam pukul 4 ptg, walaupun lambat tapi seronok sbb dapat jumpa ramai member2 lama masa kat ma'ahad dulu, antaranya Rajai, Jack, Ajis, Dayat dan Izan.... kawan2 lama di Jordan pun ada gak spt Noor, Kak Tie, Zhan dan jugak Zamri..

                ni ada gosip panas, ada budak datang dengan bakal tunangnya. agak2 tahu tak sapa? hehehe....

                oh yer, masa berbual dengan Kak Tie tadi, dia ada kata yang dia akan berangkat ke Jordan untuk sambung Master pada 5 hb Februari ni, tahniah buat Kak Tie, semoga tabah menempuhi dugaan di sana dan semoga berjaya, jangan lupa kirim salam pada budak2 di sana yer Kak Tie..

                Buat Lan dan Sidah, Selamat Pengantin Baru diucapkan sekali lagi, semoga kekal berbahagia hingga ke anak cucu. doakanlah kawan2nya yang mesih bujang ni biar cepat2 ikut jejak langkah korang berdua yer, hehe3x..

                tak sempat nak berbual lama dengan dia orang semua sbb kena balik cepat, ada anak2 murid nak datang rumah.. anak2 murid adalah diantara orang2 penting dalam kehidupan, sbb dia orang banyak memeriahkan warna warni perjalanan hidup sekarang ni, (ceh.. macam jiwang la pulak ayat ni)....

                  Friday, January 27, 2006

                  majlis perpisahan

                    malam ni memang sedih sangat, sekolah anjurkan majlis perpisahan.. apatah lagi bila budak2 nasyid Darul Tuba mengalunkan beberapa buah nasyid perpisahan, sedih dan syahdu...sebenarnya berat nak tinggalkan sekolah ni sbb kat sini dah seronok, tapi demi untuk mencari pengalaman yang lebih lagi, kaki ini terpaksa digagahi untuk pergi juga...

                    dan Alhamdulillah ustaz2 yang nak ganti pun dah sampai, ustaz baru yang datang seramai 2 orang, sorang baru balik dari Mesir dan ada sanad menngaji al-Quran, dan yang sorang lagi memang al-hafiz, pernah belajar di Sirya dan juga Mesir.. bagus lah, sbb ustaz2 yang ganti ilmunya lebih tinggi dan hafalan al-Quran adalah bidang pengkhususan mereka...


                    budak2 ni tak kasi berhenti, dia orang suruh terus kat sini jer... memang tak berhenti, cuma nak pindah jer.. sebabnya hati ini sudah bertekad, tak akan berhenti untuk terus membantu sekolah tahfiz ni walaupun sudah tidak berada di sini lagi...insyaAllah...


                    jangkanya pagi Rabu depan akan mula untuk meninggalkan sekolah ni, dalam masa dua tiga hari ni pengetua suruh tunjuk dan beri gambaran tugas2 yang perlu dilaksanakan oleh guru2 yang baru bertugas menggantikan diri yang serba kekurangan ni
                    ...

                    ketika diminta memberikan ucapan dan amanat untuk pelaja2 TADT En Abd Rahman selaku wakil pentadbiran sekolah sdg memberikan ucapan penghargaan.. budak nasyid Darul tuba mengalunkan melodi nasyid yang sungguh syahdu..sedihnya korang nyanyi..

                    titipan buat adik2ku di sekolah tahfiz...

                    jangan kau kenal erti putus asa
                    dalam meniti perjuangan yang jauh destinasinya
                    teruskan usaha untuk berjaya
                    agar di dunia dan akhirat kekal bahagia

                    doakanlah pemergian diriku ini
                    untuk meneruskan perjuangan di jalan Ilahi
                    namun memori kan kekal abadi
                    terus terpatri di dalam hati

                    semoga ukhwah yang kita bina
                    akan terus kekal abadi selamanya... amin...

                    Ustaz Mohd Tony Bin Saidi
                    memori di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba, Disember 2005 - Januari 2006...

                      Thursday, January 26, 2006

                      lembu

                        hari ni tak buat apa2, bosannya... tiba2 faqih, saufi, fairuz, mustafa dan ezzad datang rumah... saja nak berborak..

                        lepas tu Saufi ajak tengok lembu kat kebun depan sekolah, lembu sapa pun tak tahu, boleh lah.. daripada takda buat apa2 aktiviti ptg ni... layankan aje budak2 nie...


                        sukanya dia orang tengok lembu, walhal benda basic jer pun.. yer lah, kat Singgapore kan takda, tu yang jakun semacam tu, lembu tu ditarik, ditepuk, digertak, nasib baik tak dicium sekali.. lantak le, jangan mati lembu tu korang kerjakan sudah lah... tapi lembu ni kira jinak jugak, bila kita kasi rumput dia nak datang makan... ke semua binatang suka bila diberi makan?


                        tiba2 tuan lembu tu muncul, gabrah semacam budak2 ni (termasuk ustaznya juga), rupanya pakcik tu baik, pandai speaking inggeris lagi.. hebat jugak pakcik nie, amat kagum... (motif: jangan pandang rendah pada orang lain, walaupun pada seorang penternak lembu)
                        ...

                        budak2 ni lah yang selalu rajin datang berborak kat rumah.. masing2 bergaya poyo bila nak diambik gambar nilah kawasan penternakan lembu yang kita orang ziarahi, agak berbau najis lembu...
                        haha, padan sbb kena kejar dengan lembu.. bapak lembu ni agak jinak plak, terus budak2 ni bagi makan rumput faqih dan saufi yang buat2 berani untuk memberi makan pada lembu

                          Tuesday, January 24, 2006

                          sepak takraw

                            minggu depan ada lagi perlawanan kat Sekolah Menengah Dato 'Onn, kali ni lawan sepak takraw plak...

                            suruh jer budak2 ni pilih budak yang terer dan berlatih dari awal.... APA? nak suruh tunjuk skill main takraw? sory lah yer, takraw juga adalah permainan yang tak diminati malah tak tahu main pun, timbang bola dua tiga kali jer boleh lah.. hehehe.


                            tapi kita kena bagi perangsang kat budak2 ni, kalau boleh biar menang, tapi kalau dah nak kalah, biar lah kalah bergaya... jangan la macam main bola kelmarin.. malu la kena belasah 7-1......


                            lagi pun kat sekolah ni takda gelanggang khas utk main takraw, tapi yang penting kena ada latihan... ustaz berdiri kat tepi gelanggang jer lah yer.. jom bergambar! suka betul budak2 ni kalau bergambar... pantang nampak uztaz pegang kamera, masing2 nak berposing
                            :)...

                            bergambar di tepi gelanggang sepak takraw bersama budak2.. ahli2 kelab penyokong yang sibuk nak bergambar budak2 ni memang suka bergambar... macam ustaz dia orang jugak lah, hehehe
                            aksi2 penyokong yang sungguh poyo dirasakan ni plak budak2 yang sibuk bermain bola tanpa menghiraukan kawan2 yang sibuk berlatih sepak takraw.. pemandangan dari jauh, gelanggang yang serba kekurangan... bantulah kami..

                              Saturday, January 21, 2006

                              lawan bola

                                petang tadi berlangsung perlawanan persahabatan bola sepak di padang Sekolah Menengah Dato' Onn diantara pelajar2 Tahfiz Al-Quran Darul Tuba dengan pengawas2 Sekolah Menengah Dato' Onn..

                                saja2 nak main, bukan lawan betul2 pun, tapi budak2 ni bersungguh2 main.. bersemangat waja.. tapi pasukan bola Tahfiz Al-Quran Darul Tuba pulang hampa setelah tewas 7-1... haha padan muka budak2 ni, suruh berlatih betul2 hari tu tanak... jangan nak salahkan ustaznya pulak yer, ustaznya ni memang tak reti main bola, hehehe....


                                malam tu saja bagi semangat balik kat budak2, kalah menang adat permainan, mungkin ada hikmahnya apa yang berlaku.. mungkin kalau kita menang, kita akan riya', sombong dan cakap besar, jadi kekalahan adalah penghalang daripada semua tu berlaku, Allah tanak budak2 tahfiz ada sikap macam tu... terus budak2 ni insaf bila dengar ustaz dia orang ni cakap...


                                tapi kami pihak sekolah sentiasa mengharap sokongan daripada mana2 pihak yang ingin memberikan tunjuk ajar tentang sukan untuk pelajar2 di sini.. dan kalau ada pasukan2 bola yang ingin dan berani untuk berlawan dgn skuad bola kami, silakan.. kalah menang belakang cerita, yang penting semangat kesukanan perlu ada.
                                ...

                                bergambar bersama skuad bola Tahfiz Al-Quran Darul tuba sebelum tewas 7-1.. hahaha padan muka kita orang!!

                                  Thursday, January 19, 2006

                                  buat matrik student

                                    suka betul budak2 ni bila di ambil gambar untuk kad matrik sekolah..... pengetua yang suruh buatkan matrik untuk budak2 ni, tak kisah jer sbb pengalaman dah ada, masa kat Jordan dulu pun selalu buatkan matrik untuk program2 persatuan...

                                    bila tunjukkan sample, kagum betul pengetua, bahkan orang2 pentadbiran sekolah pun mengkagumi, mereka tertanya2 macam mana lah boleh dapat idea cetak kat kertas kodak (gambar amat cantik dan bermutu).. walhal hantar kat kedai gambar jer... masa dia orang puji tu rasa agak berbangga gak, tapi tak lah sampai tahap riya'... riya' berdoasa wei....


                                    bila semua dah siap bergambar, proses mengedit pun bermula, tu yang ambik masa sikit, buat bila ada masa jer, waktu kelas tak boleh nak kacau... letih jugak la nak buat untuk 35 orang pelajar ni... tapi takpalah, paling kurang ada benda yang kita nak sumbangkan untuk sekolah ni kan...


                                    ni adalah sample salah satu kad matrik. ok tak? budak2 yg khusyuk melihat bagaimana proses pengeditan matrik dilakukan sesi penerangan, ntah paham ke tak budak2 ni...

                                      Tuesday, January 17, 2006

                                      Persatuan Pelajar Darul Tuba

                                        Majlis Perlantikan Saff Kepimpinan Pelajar yang baru telah berlangsung hari ni. pihak sekolah menjemput penasihat sekolah, Ustaz Mohd Nur Bin Yasok untuk merasmikan pembubaran Saff Kepimpinan Pelajar yang lama sementara Cikgu Fauziah selaku wakil pentadbiran sekolah pula telah mengumumkan senarai penuh Saff Kepimpinan sesi tahun ini, (ayat macam laporan berita surat khabar la pulak)...

                                        pihak sekolah lantik diri yang serba kekurangan ni untuk menjadi guru panitia persatuan, terima jer lah, lagi pun pengalaman berpersatuan ni ada.. cuma nak sesuaikan dengan suasana sekolah tahfiz ni agak susah sikit juga sbb pelajar kat sini tak pernah ada pengalaman mengendalikan persatuan... sebelum ni ada persatuan pelajar, tapi cuma sekadar nama jer lah.. takpa lah, selagi mampu bantuan tetap akan diberikan....

                                        Ketua Pelajar, Penolong Ketua Pelajar, Setiausaha Agung dan semua ketua2 biro pihak guru yang pilih.. kalau nak suruh budak2 yang pilih sendiri. punah la jawabnya persatuan. biasalah, budak2 ni suka kenakan kawan sendiri.. bukannya pikir sangat kawan dia tu boleh buat kerja ker tidak....

                                        sebagai ketua ataupun pemimpin, kita kena tunjukkan tauladan yang baik pada orang yang dipimpin, betul tak? lagi pun kita ni semua kan pemimpin, setidak-tidaknya amanah dalam memimpin diri sendiri....


                                        dari Ibnu 'Umar r.a. dari Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: "Ketahuilah! Setiap kamu adalah penggembala (pemimpin), dan setiap kamu akan ditanya tentang gembalaanmu (kepimpinanmu). Seorang Amir (raja, penguasa, pembesar atau pemimpin) yang berkuasa terhadap rakyat, akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah tangga suami dan anak-anaknya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin di atas kekayaan majikannnya yang dipercayakan kepadanya. Dia juga akan ditanya tentang kepimpinannya. Ketahuilah, setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya" (hadis riwayat Bukhari Muslim).

                                        bagi kawan2 yang nak sumbangkan idea mahupun cadangan untuk memantapkan lagi Persatuan Pelajar Darul Tuba ni, amatlah dialu2kan... hantarkan menerusi email ataupun terus ke hotlink 012-7871945..
                                        .

                                        diantara guru2 dan dif jemputan yang hadir pada majlis ini Utz Mohd Nur sedang memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan pembubaran Saff Kepimpinan Pelajar sesi tahun lalu pelajar2 dah tak sabar nak tahu siapa bakal menjadi Ketua Pelajar
                                        pelajar2 TADT cikgu Fauziah mengambil sesuatu dari beg tangannya sblm mengumumkan Saff Kepimpinan yang baru sebahagian pelajar yang lega kerana namanya tak disebut oleh cikgu fauziah

                                          Saturday, January 14, 2006

                                          bern datang

                                            tadi bern datang rumah, kebetulan ada kat kampung sbb masih lagi bercuti... dia tengah cari orang untuk ganti dia mengajar kursus Bahasa Inggeris di Maktab PDRM Bakri Muar malam ni, ini semua sbb Bern dah dapat kerja kat Kolet YPJ di Johor Bahru bermula Isnin ni...

                                            pergi rumah Aminurashid, ingatkan dia belum dapat kerja, rupanya dah dapat JQAF mengajar di Parit Raja... lepas tu teringat pada kakak si Ramdi, Alhamdulillah dia belum bekerja dan setuju nak ganti Bern mengajar malam ni.. Bern pun satu, dah last2 minit baru nak cari pengganti, tapi bukan salah Bern jugak, sbb Kolej tmpt kerja baru dia tu lambat bagi makluman...

                                            apa2 pun, tahniah la Bern, sbb skrg dah kerja sebagai Pensyarah Pengajian Islam, amat kagum... Tahniah jugak pada kawan2 lain yang dah mula bekerja.. Hazwan sebagai guru dan warden di Sek Men Ag Kesang Tasik, Muar.. Akmal sebagai guru di Sek Men Ag Tanwiriyah, Pt Jawa... Helmi sebagai Pengurus Sykt di Selangor (ni tak tahu betul ke tak, sbb tanya kat Helmi dia tanak mengaku)... Zamri sebagai guru di Sek Men Ag Pt Sulong... Ijam dan Sahrin sebagai guru dan warden di Sek Men Ag Bandar Tenggara...


                                            Bern bergaya dihadapan leptop ku... sibuk bermesej dengan Kak Asmah yg menggantinya mengajar mlm ni poyo sungguh bergambar sbb di katil yang agak berselerak
                                            tak melepaskan peluang utk bergambar dengan seorang pensyarah, he3.. Bern dah nak bergerak ke Maktab PDRM utk memantau Kak Asmah yang menggantinya... di hadapan rumah kat tahfiz Al-Quran Darul Tuba...

                                              Thursday, January 12, 2006

                                              Korban (2)

                                                hari kedua Raya Korban.. hari ni penduduk kampung bergotong royong kat Mesjid untuk menumbangkan 6 ekor lembu... seronok juga bila dapat berkumpul bekerjasama dengan masyarakat kampung yang meriah ni..

                                                kali ni ketua kampung yang bersuara suruh timbang daging... tak kisah lah, lagi pun semalam dah dapat pengalaman timbang daging, kalau semalam sebungkus sekilo, kali ni sebungkus 2 kilo.... lembu banyak la katakan..

                                                bila dah mula menimbang, (rasanya dah dapat 50 bungkus), ketua kampung memberi arahan baru, sebungkus sekilo setengah jer, sbb kalau 2 kilo akan ada rumah yang tak dapat, daging2 lembu ni nak diagihkan kepada setiap rumah di kampung ni.. terpaksalah menimbang semula, sepatutnya ketua kampung kenalah membuat kira2 dari awal tadi kan... (adakah ini dikira manohmah ketua kampung sendiri?).. tak baik sungguh...

                                                alhamdulillah, semua kerja dah clear, cuma kulit lembu jer takda orang nak ambik. ada sapa2 yang nak? kalau nak, sila lah gali semula sebab kulit tu Tok Imam dah suruh tanam, hehehe... inilah raya.

                                                seekor lembu yang dah disembelih... kerja2 penyembelihan sedang dijalankan... kulit lembu sedang disiat, orang yg betul2 pakar je boleh buat kerja ni..
                                                sedang menimbang daging.. yg pakai songkok kat sebelah tu lah ketua kampung.. proses penimbangan semula sedang berlaku.. ni kan kepala lembu, sampai licin pakcik ni kerjakan..

                                                  Wednesday, January 11, 2006

                                                  Korban (1)

                                                    selamat hari raya aidiladha.. selain menunaikan ibadah haji, ibadah berkorban juga adalah ibadah yang cukup istimewa di hari raya ni, banyak hikmah disebalik peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail satu ketika dulu...

                                                    pagi tadi sempat jugak bergotong royong kat rumah sepupu untuk mengorbankan seekor lembu hitam, mula2 malas nak pergi, tapi bila dah sampai situ seronok plak rasa... bukannya selalu kita dapat jumpa suasana macam ni kan...

                                                    "Tony, kau tolong timbang daging yer" sepupuku bersuara..., walaupun macam senang tapi nak tepatkan daging tu betul2 sekilo memang susah, bila bg tahu kat tuan rumah, dia kata bagi lah sekilo lebih sikit pun takpa, jangan kurang dah la... barulah senang sikit kerja macam ni...

                                                    Firman Allah yang bermaksud:
                                                    "Maka sembahyanglah kepada Tuhanmu dan berkorbanlah" (surah al kauthar : 2)

                                                    Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari (2356) dan Muslim (1968):
                                                    daripada Rafi' bin Khudaij r.a katanya, Rasulullah telah bersabda: "Apa yang mengalirkan darah dan disebutkan nama Allah atasnya makanlah ia selagi mana ia tidak menggunakan gigi dan kuku"...

                                                    bergotong royong kat rumah sepupu.. proses mengecil2kan daging biar senang ditimbang daging2 yang masih fresh..
                                                    ni Bang Jaki, dia adalah seorang kanibal..hehehe daripada seekor kembu hitam yg besar, kini tinggal tulang balakang dan kulit jer.. tak tahu lah, dua kaki ni kaki sebelah belakang ataupun depan

                                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...