Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, July 31, 2010

Kota Kinabalu [episod 3]



    BismiLLah..
    [cerita 6: snorkeling di Pulau Manukan]
    di Pulau Manukan, tiada lain yg lebih menyeronokkan selain mencari pengalaman dgn bersnorkeling... ikan, terumbu karang & pepasir halus dapat kami lihat dengan jelas sebab airnya jernih..

    Firman ALLah yg bemaksud: "dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?" (surah al-Anbiya' ayat 30)


    "di jeti Pulau Manukan"


    "siap sedia utk bersnorkeling di tengah lautan."


    "di Pantai Pulau Manukan yg cantek.."

    [cerita 7: sayap ayam]
    malam terakhir kami di KK, Nen sepupu kami ajak gi makan sayap ayam.. kat KK ni sayap ayam antara maknan yg popular.. kalau makanan laut tak yah cerita la, pergi saja ke Philippine night market, mcm2 hidupan laut dijual kat situ, yg penting ongkosnya aja..


    "menikmati sayap ayam yg enak banget..."


    "selera tengok makanan laut kat sini.."

    [cerita 8: KK dlm memori]
    tiba masa utk kami berangkat pulang, memori di KK pasti kekal dlm ingatan.. entah bila la kami dapat ke KK lagi.. oh yer, kalau korang semua ke KK, jangan lupa bawa pulang mutiara dan kuih chincin, buat ole2 utk sedara mara..


    "berkenangan sebelum bergerak ke airport."


    "Kak Inem sekeluarga iringi kami pulang di airport"

      Friday, July 30, 2010

      Kota Kinabalu [episod 2]

        BismiLLah..
        [cerita 4: mandi air panas Poring]
        Selepas beberapa jam perjalanan dari Bandar KK, kami sampai ke kawasan air panas kat Poring.. air mata air nya memang semulajadi panas.. dah sampai sini rugi kalau tak mandi, kena campur air sejuk sikit, klu tak, boleh masaklah lemak2 kami ni. hehe..


        "jangan ambil apa2 benda kecuali gambar.. baca tuh"


        "belakang tu lah punca air mata air panas kat Poring ni.."


        "bergantungan di jambatan gantung.."


        "ada orang takut.. pegang kuat2 tali tu yer.. hehe."


        "peta pendakian Gunung Kinabalu..."

        [cerita 5: candle light dinner]
        honeymoon pakej ni siap ngan candle light dinner sekali.. amacam? romantik tak kita orang.. hehe.. bertukar2 hidangan atas meja time ni, mula dari salad, soup sampailah yg last sekali kek dan manisan.. kenyang banget.. errkkk!! (bunyi sendawa).. AlhamduliLLah..

        Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud:“Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu” (Hadis riwayat Muslim)


        "di meja candle light dinner."


        "jom makan sama kawan2.."

          Thursday, July 29, 2010

          Kota Kinabalu [episod 1]



            BismiLLah..

            [cerita 1: hadiah honeymoon pakej]
            AlhamduliLLah.. terima kaseh buat sahabat kami Lutfi, sbb beri kami pengalaman selama 4 hari 3 mlm yg pastinya tak kan dilupakan.. ni lah kali pertama jejakkan kaki ke bumi Sabah.. Kota Kinabalu,.. kami datang !!!!!..

            Firman ALLah yang bermaksud: “Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar....” (Surah al-Hajj, ayat 46)...


            "bilik hotel ni memang best.. siap dapat ros merah lagi.."


            "welcome drink yg membuka selera.."

            [cerita 2: ziarah keluarga Pak Long di Kinarut]
            bila dah sampai ke Sabah ni, kami tak lepaskan peluang utk pegi ziarah Pak Long dan Mak Long sekeluarga di Kinarut.. kerana Laut China Selatan lah kami jarang bertemu, dan peluang sebegini adalah yg terbaik utk kami tautkan semula persaudaraan mulia ini..

            Fiman ALLah yg bermaksud: "Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.” (Surah Ali Imran, ayat 112).


            "bersama keluarga di Kinarut yang dah lama tak ketemu"

            [cerita 3: ke kaki Gunung Kinabalu]
            walaupun tak dapat memanjat sampai ke puncak Gunung Kinabalu, dapat jejakkan kaki kat kaki gunung jer pun dah kira OK kan.. sejuk segar jer udara kat sini.. InsyaALLah nnti kalau ada rezki, kami bercadang nak datang ke Sabah lagi, berazam utk panjat sampai ke puncak gunung dengan anak2.. hehe..


            "hirup udara segar & sejuk di kaki gunung..."


            "mamat hensem dan awek cun tengah berposing.. hehe"

              Sunday, July 25, 2010

              aku terima nikahnya [siri akhir: doakan kami kekal bahagia]



                BismiLLah..
                Sebelum "aku terima nikahnya" menutup tirai di siri terakhir ni, kami merakamkan jutaan terima kaseh kpd semua yg bertungkus lumus menjayakan majlis kami, tak kira lah majlis di belah pompuan mahupun lelaki, terlibat secara langsung mahupun tidak...

                doa dari kalian kami aminkan, semoga ALLah memakbulkan dan memberi kebahagiaan yang sama buat kalian juga... Terima kaseh sekali lagi..

                "Aku terima nikahnya" membawa satu makna yg besar dalam hidup kami berdua, makna yang tidak terungkap dengan hanya kata2..

                ALLah berfirman yang bermaksud: "Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami)." Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49


                "tak sangaka Pak Lias sekeluarga sampai ke majlis kami"


                "dengan pengantin yang agak baru la jugak, Bern & Su..."


                "bergambar dengan Bahrin sekeluarga"


                "dengan keluarga H... Helmi, Hawa dan Hamima"


                "terima kaseh semua...."

                  Saturday, July 24, 2010

                  aku terima nikahnya [siri 5: kawan2 meriahkan majlis]



                    BismiLLah..
                    terima kaseh buat semua yang hadir ke majlis kami di kampung hari tu... seronok rasanya bila dapat jumpa kawan ramai2 camni..

                    ustaz dan ustazah dari SMA (Arab) Pt Sulong ada, kawan2 sama belajar kat Maahad Pontian dan Maahad Johor ada datang, member2 Yarmouk pun ramai ada, geng2 dari Terendak, ex students dan students pun ada yg sampai ke Pt Sulong ni.. tima kaseh tau datang.. !! hepi sangat korang datang..


                    "Pak Brahim mengetuai rombongan geng2 dr Terendak"


                    "time ni pengantin tak bersiap lagi..."


                    "budak tiga orang ni tunggu pengantin dr pukul 10 pagi."


                    "ngan kawan baik, Akmal n Ijam"


                    "ramai2 bergambar.. kami semua adalah sekeluarga.."

                      Tuesday, July 20, 2010

                      aku terima nikahnya [siri 4: berdua lebih baik..]

                        BismiLLah..
                        Aku terima nikahnya bersambung lagi..Macam biasa, lepas kena tol di 3 pit stop, barulah boleh naik atas pelamin..susah jugak ada tol nih, seb baik banyak bekalan angpau..kalau tak, memang kena tunggu kat luarlah alamatnya pengantin lelaki sepanjang majlis..Lepas makan yang ala-ala beradab tu, pengantin dah tak malu dah nak beraksi dengan pose-pose yang hebat..sebenarnya malu, tapi photographer yang 'paksa'..so, kita orang ala-ala 'terpaksa' la..saksikanlaaa sendiri~~

                        “Barangsiapa yang mampu untuk berumahtangga, maka hendaklah ia berkahwin kerana yang demikian itu dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu adalah dapat menahan keinginan (hawa nafsu).” (Hadith Rasulullah)

                        Sayang..
                        Kau sentiasa mengisi ruang hatiku..
                        Kau menjadi sebahagian hatiku..
                        Saatku gembira, biarpun sedih..
                        Kita saling melengkapi kekosongan hati..
                        Bagiku..KAU yang terindah yang terjadi dalam hidupku..


                        " atas katil..merenung manja.."


                        " pengapit2 yg setia bersama kami.. "


                        " di taman seribu janji.. "

                          Monday, July 19, 2010

                          aku terima nikahnya [siri 3: berarak kompang]

                            BismiLLah..
                            Selang beberapa jam selepas selamat diijabkabulkan, pengantin disatukan semula dengan iringan kompang di segenap sudut meraikan persalinan 'purplish pink' yang serba indah.. kedua mempelai bak kata pepatah, 'bagai pinang dibelah dua'..sama cantik, sama padan..

                            Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

                            Petikan daripada Ust Hasrizal: "Andai CINTA ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan CINTA itu ada noktah dan hujungnya???" Doakan kami berjaya melayari CINTA ini ke syurga ye..Buat suamiku tersayang..abg adalah yang terbaik buat Rusyi..terima kasih atas segalanya...

                            Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."


                            " debaran pengantin lelaki menanti heroinnya.."


                            " tenang seorang isteri memandang suami dari jauh dgn penuh kasih.. "


                            " Seiring sejalan, semoga terus bersama-sama akhirnya.. "


                            " bagai pinang dibelah dua, sama cantik, sama padan.."


                            " upacara memotong kek dua tingkat.."

                              Sunday, July 18, 2010

                              aku terima nikahnya [siri 2: pengantin baru]



                                BismiLLah..
                                Sekali lagi kami lafazkan AlhamduliLLah, syukur sbb majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar.. 9 dulang dari pihak lelaki dibalas ikhlas dengan 11 dulang yg penuh dengan erti kaseh sayang..

                                aku kini bukan sekadar bergelar suami, tetapi siap dapat title "Abang Long" dlm keluarga besar ni.. buat isteriku Rusyi, terima kaseh kerana sudi bertahta menjadi permaisuri di hati ini..

                                "Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)


                                " pandangan dengan iringan rasa kesyukuran.."


                                " Velentino Rudy pilihan kami.."


                                " Jam tangan cap buaya darat.. hehe "


                                " hantaran 9 berbalas 11 dulang.."


                                " keluarga besarku yg baru...."

                                  Saturday, July 17, 2010

                                  aku terima nikahnya [siri 1: sah...sah...sah]



                                    BismiLLah..
                                    17 Julai merupakan hari bersejarah buat kami berdua..
                                    AlhamduliLLah, dgn sekali lafaz, kami sah diijab kabulkan sebagai suami isteri.. mcm tak percaya sbb sekarang dah jadi suami orang...

                                    mudah2an, istana yg kami bina akan kekal bahagia selamanya hingga ke hujung usia.. tak tahu ar nak citer apa.. sebab mood sekarang ni sedang "happy gembira n bahagia"... hehe.. sampai jumpa dalam aku terima nikahnya siri 2 nanti yer...

                                    “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang... (Ar-Ruum 21)


                                    "selepas sah sebagai suami dan isteri"


                                    "sarungkan cincin di jari"


                                    "kucupan kasih sayangku sebagai suami"


                                    "doakan kami kekal bahagia selamanya"

                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...