Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, March 31, 2010

kita tengok penyu telor

    BismiLLah..
    wah bestnya dapat gi pulau.. dan paleng best bila dapat tengok penyu bertelur, pastinya ni pengalaman yg tak kan dilupakan...

    anak kucing biasa kita pegang kan, tp anak penyu bukan selalu... bila dapat pegang anak penyu kat pusat penetasan penyu di chagar hutang, pulau redang ni rasa teruja sangat....


    "ni anak penyu yg baru menetas.. nama dia comel"

    dan semasa di Pulau Bidong, kami berpeluang sempat jumpa ibu penyu agar yg naik ke pantai utk bertelur.. dan mengikut riwayat, ibu penyu akan datang lagi ke tempat yg sama utk bertelur 20 tahun akan datang.. sama2 doakan ibu penyu ni panjang umur.....


    "ibu penyu agar naik utk bertelur.."


    "dan mlm ni, ibu penyu telurkan 101 biji telur..."


    "dan pengalaman ni bukan pengalaman penulis blog, tp pengalaman si adik manis dan kawan2nya... tumpang gembira jer... lalala"

      Monday, March 29, 2010

      seharian de Kota Singa [siri akhir]



        BismiLLah..
        berpeluh2 kami berjalan, dan sebelum bergerak ke border utk balik ke M'sia, sempat kami singgah ke "Bugis Juntion", nak beli servinior utk orang kat Kerteh.. kalau nak kena la balik Melaka yer.. hehe..

        sebenarnya tak lengkap ke S'pura kalau tak ke Pulau Sentosa, Universal Studios pun dah bukak kat situ.. InsyaALLah lain kali memang nak datang lagi utk percutian khas ke Pulau Sentosa.. yg penting ongkosnya ada...






        "terpaksa buka kasut jap kat tepi jalan.. kaki dah tak larat beb..."

          Sunday, March 28, 2010

          seharian de Kota Singa [siri 2]



            BismiLLah..
            Dolar Singgapura tinggi berbanding RM, tu yg terasa mahal barang2 kat sini.. mungkin penduduk sini dah biasa dengan harga mcm ni, tp kita mmg tak leh hidup beb...

            sempat berposing seketika sebelum kami hantar En Hata ke hotel tempat berlangsungnya IB konvensyen di City Mall..









            Dari City Mall kami berjalan kaki ke tempat yang wajib kita kunjungi kalau ke S'pore ni, mana lagi kalau bukan ke tugu singa.. jauh gak berjalan sampai tak larat kaki..

            keletihan tapi puas hati.. cukup dulu buat siri ni, jumpa dlm siri akhir nnti yer.. bye

            Dalam Surah Muhammad, ayat 10 Allah berfirman yang bermaksud: "Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka..."




            "bukti kami sampai ke Kota Singa.."

              Saturday, March 27, 2010

              seharian de Kota Singa [siri 1]

                BismiLLah..
                berkesempatan mengunjungi Singgapura adalah peluang yg tak kan dilepaskan.. kebetulan En Hata berada di sana untuk konvensyen IB sedunia..

                kami bergerak dari Melaka terus ke Kota Singa dengan bas ekspres menyebabkan aktiviti terbatas, apa lagi yg boleh dilakukan selain tidur disepanjang perjalanan..




                "di depan Landmark Hotel.."

                Tiba di Landmark Hotel Jln Sultan, kami terus ke Masjid Sultan dihadapan hotel, serius azan dia mendayu2... macam kenal la imam masjid ni !!

                Ya Allah !! senior kat Mahad Pontian dulu, Bro Qusairy.. berborak dan bertukar khabar di ofice beliau..


                "kami dah 11 tahun tak jumpa, tapi Bro Qusai masih ingat nama TONY, uniq katanya !!"


                "waktu Dhuha di Masjid Sultan.."

                selepas bersarapan di Gelang.. kami naik MRT utk ke City Mall, sesat barat sampai ke Refels Point.. pelik apasal tiket MRT ni tak di amik balik?? biasa kat KL kita mana leh dapat tiket tu semula kan, agaknya suruh buat kenangan benda ni.

                bila dah sampai M'sia baru perasan tulisan pada tiket tu... rugi aku 2 dolar tau, kesal tul.. dah la, jumpa lagi dlm siri 2 nnti yer..




                "pengajaran: sila baca betul2 setiap tulisan yg anda temui !!.."

                  Tuesday, March 23, 2010

                  kain ku kadang2 terselak juga

                    BismiLLah..
                    tidak terlintas langsung utk aku jaga tepi kain orang..
                    sebab aku sedar, kain aku sendiri selalu terselak di tiup angin..

                    tiada siapa yg bersalah ngan aku..
                    sbb aku sedar aku juga selalu melakukan kesilapan tanpa aku sedari...

                    jangan rasa tersinggung dan kecil hati..
                    sebab aku yg lagi berdosa kalau aku tahu, tapi aku diamkan diri..

                    dan plzzzzz jangan cuba jauhkan diri dari aku..
                    sebab aku tiada KAWAN sebaik korang...


                    "kawan2, meh atok ajar cara pakai kain pelekat.."

                      Monday, March 22, 2010

                      kalau berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi

                        BismiLLah..
                        hari pertama di sekolah.. hangat perbincangan kat bilik guru..

                        KERETA BARU

                        kami tumpang gembira bila Ust Shahril dan Ustzh Adibah beli kereta baru.. Ust Shahril dah pakai wish.. dan Kak Dibah plak bergaya dengan estima barunya.. leh la kita orang tumpang gi jalan2 pasni..



                        SPM 2009

                        "apahal kita teruk sangat yer" sorang cikgu lama bersuara..
                        perbincangan lagi hangat bila ada cikgu2 yg balik kursus kena perli ngan ckgu2 dari MRSM lain.. hohooo... apasal Tdk jadi camni?

                        kata sorang guru otai: "kita jadi tertekan sbb PMR kita ok, tapi bila SPM hancur.. ni luarbiasa !!" apa program yang kita tak buat utk budak2 ni??

                        dalam hati, aku cuma bersuara.. bukan susah nak capai kejayaan sbb 5 kali sehari kita diseru beb "marilah menuju kejayaan !!" perasan ngan tidak jer kan.. tapi sebelum sahut seruan tu, kan kita kena sahut seruan yg awalnya dulu.. "jom gi solat !!"

                        usaha + doa + tawakal = kejayaan !!
                        bukak buku teks agama tingkatan satu page 163 perenggan ke-2.. solat dari segi bahasa bermaksud doa

                        pada batch kalian kami mengharapkan, SPM Terendak kembali ke atas semula.. bye..

                          Friday, March 12, 2010

                          sukan tahunan 2010



                            BismiLLah..
                            dah berminggu2 kita orang bersukan, dari sesi latihan, pastu merentas desa, diikuti ujian tara, kemudian sukan tara, dan hari ni sampai juga ke kemuncaknya.. bersorak sakan budak2 dan cikgu2 kat padang...

                            yg penting sukan tahunan dah selesai, AlhamduliLLah.. silap dan kekurangan sikit2 tu perkara biasa la, yg lemah tu kita perbaiki akan datang.. dan korang cuba la sesekali tuding jari kat batang hidung sendiri.. apa rasanya??.

                            apasal la maktab ni takda cuti peristiwa.. kalau ada kan best.. tak yah la budak2 ni sibuk terkejar2.. dah berpanas kat tengah padang, pastu berpanas lagi jalan kaki ke Masjid, berlari2 kejar bas nak ke Melaka sentral balik cuti sem.. cuba sesekali kita rasakan, yang kita ni budak maktab.. apa rasanya??

                            wat ever pun.. tahniah kepada semua.. mansur johan lagi !! owh.. sultan dia agak hebat tahun ni (sapa lagi klu bukan Ust Azari).. Alau tempat ke-3, ok la tu daripada tempat ke-4 (Mozac).. kan bagus kalau Mahmud johan, lagi pun Mahmud tak pernah jadi johan semenjak berkurun lamanya... hehe


                            "kami bersiap sedia nak gi outing.. sbb pakai baju outing budak"


                            "go.. go.. Alau.. lari sekuat hati.. faham !!"


                            "antara pegawai2 kejohanan.. pegawai tuu"

                              Thursday, March 11, 2010

                              SPM meningkat.. 35/36

                                BismiLLah..
                                AlamduliLLah, result SPM dah kuar. tahun ni Terendak meningkat.. kalau tahun lepas tempat ke 36/36.. tahun ni 35/36... kira meningkat la juga kan tu namanya..

                                jangan pernah KESAL, sebab ni adalah usaha kita sendiri.. jangan pernah LARI, tapi kita kena hadapi.. dan jangan pernah PUTUS ASA kerana perjalanan kita maseh jauh untuk ditempuhi..

                                buat semua calon2 SPM tahniah dan syabas diucapkan.. ingat, SPM bukan segalanya, banyak lagi cabaran kat depan sana.. kena bijak mengatur strategi utk dapatkan yg lebih baik lepas ni..

                                buat Adik Indah.. tahniah juga sbb dah dapat result STAM...

                                maksud firman ALLah dalm surah al-A'raf ayat 56: "Dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik"


                                "jumpa amir hakim dan topek mlm nak amik result SPM"


                                "zaki bermsg ngan sapa tu? siap tersetum2 tu.."


                                "kuar minum lepas amik result.."

                                  Saturday, March 06, 2010

                                  zaki dan syazwan wat program kat surau

                                    BismiLLah..
                                    mlm tadi Zaki ngan Syazwan (SPM 2009) datang ke maktab buat program katSurau al-Isyra'.. Ust suka la mcm ni.. korang yang lain pun kalau ada masa dan kelapangan, buat ar prog mcm Zaki & Syazwan ni..

                                    Kalau tanak buat prog kat surau pun boley, buat sukaneka ker, trasure hunt ker, tapi kalau yg ilmiah tu lagi bagus.. memang setiap orang ada kelebihan tersendiri, tapi apa gunanya kalau kita tak gunakan sebaik mungkin kan...


                                    "salah satu aktiviti dlm prog Zaki & Syazwan"

                                    mudah2an ilmu yg korang bagi kat adek2 ni, diterima menjadi ilmu yg bermanfaat.. tak ingat ke hadis nabi: "Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang berguna dan anak yang soleh yang mendoakannya"

                                    dan Imam Ibnu Taimiah menafsirkan "ilmu yang berguna" tu sebagai ilmu yang diajar, adan apabila ilmu tadi disampaikan lagi dan diamalkan, insyaALLAh pahalanya akan sampai kepada si mati, kita tetap akan mati beb....


                                    "nak kuar minum lepas selesai program kat surau.. tima kaseh zack dan syazwan yer.."

                                      Thursday, March 04, 2010

                                      cuti-cuti ke Kuching Sarawak [siri akhir]

                                        BismiLLah..
                                        Hari terakhir sebelum terbang pulang, kami sekeluarga dijemput Zamri dan isteri untuk makan tengahari di rumahnya.. AlhamduliLLah, kenyangnya maseh terasa sampai hari ni, hehe...

                                        banyak betul hidangan yg disediakan, siakap 3 rasa, tomyam campur, udang goreng butter,kailan, dan yg paleng tak leh tahan, udang galah sambal merah.. meleleh air liur beb...

                                        terima kaseh Zamri dan zaujah sbb beri layanan yg best mcm ni, pastinya percutian kali ni akan terus terpahat dimemori sebagai percutian yg menghiburkan buat kami.. sampai jumpa di hikmah kembara akan datang...


                                        "lauk pauk yg zamri dan zaujah hidangkan"


                                        "berkenangan bersama Zamri dan famili"


                                        "air asia iap sedia utk berlepas"


                                        "kami di angkasa.."

                                          Wednesday, March 03, 2010

                                          cuti-cuti ke Kuching Sarawak [siri 3]

                                            BismiLLah..
                                            Bila dah samapai ke Kuching, pastinya pasar Sarikin tak kan dilepaskan.. memang tak dinafikan macam2 ada kat sini, tapi kerana tak tahan dek panas matahari, kami sekeluarga cuma dapat jalan tak sampai separuh pun dari pasar tu.. panassssss !!!

                                            Kek Lapis Dayang Salhah pula wajib dibeli sebagai ole2 utk teman2 dan saudara mara di Semenanjung.. istimewanya kek lapis ni hanya dapat dinilai oleh yang merasainya saja.. jemput la makan sekeping dua !!

                                            rezeki dapat jumpa YB Razali Ibrahim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) di Dayang Salhah. beliau merupakan bekas pelajar MRSM Terendak.. meriah kami berbual dan TERIMA KASIH tak terhingga buat YB Dato'..

                                            de PASAR SARIKIN


                                            "ulat sagu kegemaran penduduk asli Sarawak"


                                            "kata makcik penjual ni, rasa ulat ni cam udang, sedapppp!!"


                                            "buah2 hutan yg memang tak pernah jumpa"


                                            "rasa kacang hutan ni serius sedap.."

                                            KEK LAPIS DAYANG SALHAH


                                            "kat sini leh makan kek lapis sampai puass"


                                            "terima kasih YB Dato' Razali"


                                            "ust Shahril n Irawan juga berkenangan dengan YB Dato'.."


                                            "Pasar Satok di malam hari.."

                                              Tuesday, March 02, 2010

                                              cuti-cuti ke Kuching Sarawak [siri 2]

                                                BismiLLah..
                                                sesiapa yang sampai ke Kuching, pastinya tak kan lepaskan peluang untuk ambil gambar di tugu kucing yg ada kat tengah2 bandar ni..

                                                dan semasa kami sampai ke kawasan rumah panjang orang Bidayuh, rumah tu dah tak macam rumah panjang pun, kalau tayang gambar kat sini, mesti semua tak caya yang tu rumah panjang.. dah tak asli buluh macam dulu2 punya..

                                                de RIVER CRUISE


                                                "jom semua kita naik bot !!"


                                                "belakang tu bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak"

                                                DI TENGAH BANDARAYA KUCHING


                                                "berposing di tugu kucing"


                                                "kucing ni cantik sikit.. putih bulunya, hehe"

                                                ISTIMEWA de KUCHING


                                                "mesin perah air tebu di perkampungan rumah panjang orang2 Bidayuh"


                                                "sibuk memilih pasu Sarawak.. pilih jer, belinya tidak.."


                                                "naik bot penambang, 40 sen je ke seberang sungai"


                                                "hari dah petang, kita balik ke hotel dulu.. esok kita jalan lagi"

                                                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...