Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, April 30, 2006

jam baru

    dari minggu yang balik dulu, mak dah bising, "kenapa tak beli jam tangan lagi?"... dah nak kerja tempat baru pun tak beli2 lagi...

    akhirnya bila mak dah mengsound sekali lagi terpaksa lah pergi ke kedai jam jugak, bukan tanak beli, bukan takda duit, tapi tak tahu nak beli jam macam mana... tu la sebab sebenarnya..

    bila dah kat kedai jam, amik masa dalam 20 minit gak nak buat pemilihan, lepas tu terpaksa buat tapisan sekali lagi sebab ada 5 biji jam yang telah terpilih untuk dibeli, (cina kedai tu dah boring jer, lantak ler, ni semua untuk kepuasan laaa pek)..

    itu pun tak tahu nak buat keputusan lagi, last2 nekad untuk pilih yang paling mahal dari 5 biji jam tu, dapat lah kini jam yang serba anggun, eklusif dan berkualiti, cina tu cakap jam yang terpilih ni tahan semua keadaan cuaca dan tak kan berkulat.... dah macam iklan cat nippon pulak apek ni cakapkan..
    ...

    jam casio - illuminator, harganya rm 189..bargayakan!! hehehe..

      Saturday, April 29, 2006

      jumpa Bern

        pagi tadi lepak kat opis jap sbb nak siapkan borang peperiksaan akhir Pendidikan Islam (amali)... walaupun cuti terpaksa lah jugak buat kerja, takut minggu depan tak sempat nak buat, maklum lah dah nak pindah..

        petang lepas zuhor terus gerak balik kampung, naik motor baru lah, apa lagi... singgah kat Tanjung, nak jumpa Bern, kebetulan dia pun cuti gak.. seronok la bila dapat jumpa macam ni, ingatkan nak jumpa akmal sekali, tapi akmal tak dapat keluar sbb dia tengah sibuk rewang kenduri kawin tempat jirannya..

        macam2 cerita kuar, dari cerita pasal kerja sampai lah ke bab nak kawin, hehehe. tapi cerita yang paling seronok bila ingat balik masa zaman belajar dulu, semuanya tinggal memori yang tak boleh nak dijual beli... (terus teringat masa buat air soya dengan bern kat Jordan dulu untuk jualan Selera Ramadhan PERMAI...)

        bila la kita dapat jumpa lagi Bern erk...? bila time kerja masing2 dah sibuk. yang penting semoga ukhwah ni kekal selamanya... amin..
        ...

          Thursday, April 27, 2006

          KPLI & j-QAF

            kini tibalah masa yang dinanti2kan, masa untuk memohon KPLI dan j-QAF sesi Januari 2007... bagi yang memang berminat janganlah lepaskan peluang untuk memohon ok!!

            sebelum memohon, jangan lupa beli nombor pin di Bank Nasional, murah cuma RM6 jee.... mana lah tahu ada rezki kan, tapi kena cepat sebab tarikh tutup ialah pada 10 hb Mei ni (sila klik baner iklan kat atas tu).....


            tertanya pada diri sendiri sambil termenung: adakah nak memohon jugak walau dah dapat jawatan guru di MRSM?

              Tuesday, April 25, 2006

              MRSM Terendak, Melaka

                tengah mengajar dalam kelas, tetiba jer hendset berbunyi...

                Azrin dari MARA KL call (ntah apa la jawatan si Azrin ni agaknya).. 8hb Mei ni kena lapor diri di MRSM Terendak, Melaka.. dapat posting kat situ, Alhamdulillah, tak la jauh sangat kalau nak balik Batu Pahat nanti...

                macam mana dengan kolej? tu la yang jadi masaalahnya, sebenarnya hati ni dah seronok mengajar kat sini, tapi demi mencari satu lagi pengalaman baru, akan ku gagahi jua kaki ini untuk melangkah pergi...

                sepatutnya kerja sampai hujung minggu ni jer, sebab ni kan dah hujung bulan, tapi Ketua Jabatan dan Pengetua kolej ni suruh sambung kerja seminggu lagi.. agaknya diaorang ni sayang kat aku, hehehe.. no hal lah, yang penting gaji tetap kena ada walau kerja cuma seminggu untuk bln dpn ok!!..


                walau pun ada seminggu lagi, tapi hati dah mula rasa sedih, tak sanggup nak tinggalkan budak2 ni.. tapi apa nak buat, walau di mana jua kita berada perjungan tetap kena diteruskan, betul tak?... sekarang ni tengah sibuk nak siapkan markah student2 ni untuk ditinggalkan kepada pensyarah yang akan mengambil alih tugas ni nanti..

                kepada student2 ku sekelian: jangan la sedih ok, teruskan usaha dan ustaz akan sentiasa mendokan kalian agar terus berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat..... Minggu depan mesih ada kelas ok, jangan korang nak ponteng pulak yer..

                  Sunday, April 23, 2006

                  Honda wave 125

                    hujung minggu ni ada kat kampung, sebenarnya minggu lepas baru beli motor, "Honda 125 wave" anggun lagi bergaya. syukur Alhamdulillah, berkat rezki yang halal....

                    tapi minggu lepas motor tu tak dapat keluar cepat, hari Isnin hari tu baru keluar, jadinya minggu ni terpaksa balik lagi sebab nak bawak motor tu ke Melaka, biar senang sikit la untuk bergerak... nak pergi kerja, nak ke mesjid, jalan2 dan juga gi enjoy...

                    baru beli minggu lepas, tapi minggu ni motor jenis yang sama dan di kedai yang sama dah naik harga, masa beli hari tu rm 4850 (cash occay!!) tapi sekarang dah rm 5000..

                    bertanya pada diri sendiri: bila la agaknya dapat beli kereta???


                    ni la my new bike, honda wave 125..gaya yang sungguh eklusif.. cehhh..
                    bergaya sakan di motor maru..

                    jenama yang dipercayai, ye ker?..

                      Friday, April 21, 2006

                      pensel kayu

                        Jumaat memang best, dari pagi sampai ke petang takda kelas, tapi walaupun takda kelas terpaksa jugak la masuk opis...

                        si Suhaimi baru balik dari kursus kat Kuala Terengganu, ingat jugak dia nak belikan buah tangan dari sana. Dia bagi pensel kayu, terus pula teringat pada kata2 pengetua hari tu "kita ibarat sebatang pensel"


                        kebetulan plak leptop dah tak betul beberapa hari ni, jadi mintak la tolong kat Suhaimi biar dia tengok2kan, memang dia ni pakar komputer kat sini... tima kasih daun keladi, lain kali boleh la tolong lagi, hehehe......

                        ni la pensel kayu yang Suhaimi bagi sebagai buah tangan dari KT..kita ibarat sebatang pensel, motivasi yang perlu difikirkan

                          Thursday, April 20, 2006

                          panggilan ITP

                            ke Laman Web Rasmi ITP
                            tadi dapat call dari Kak Ain, staff kat Institut Teknologi Pertama, dia panggil suruh datang temuduga kat sana hari Isnin depan...

                            Kolej tu tawarkan jawatan Kaunsler Pendidikan, best ke tak kerja ni agaknya?, tapi temuduga tu tetap nak pergi jugak, manalah tahu ada rezki. Kalau dah dapat, nak terima atau tak tu belakang cerita....

                            sebenarnya tak pernahpun hantar permohonan ke sana, dari mana ntah diaorang dapat nama pun tak tahu. pape pun korang semua doakan la yer..

                              Wednesday, April 19, 2006

                              buat weblog

                                sekarang ni member2 kat opis tengah kemaruk mebuat weblog diaorang, ni semua inspirasi dari aspirasiku, macam bangga la pulak hehehe ..

                                diaorang ada lah jugak mintak tunjuk ajar sikit, bukannya terer sangat pun nak menunjuk ajar ni, tapi kira boleh laaa.. paling kurang ilmu yang sedikit ni boleh dikongsi bersama... jangan takut, pastinya akan ada link untuk ke weblog korang tu nanti.. alooha!!

                                  Monday, April 17, 2006

                                  start keje

                                    hari ni dah start keje semula setelah cuti selama seminggu (cuti pertengahan sem), dan selama seminggu jugaklah tak dapat nak online sbb bercuti kat kampung, akaun internet kat kampung dah exp date lah..

                                    banyak jugak lah aktiviti di buat selama seminggu tu, kemas rumah, jalan-jalan, menyapu laman rumah dan yang paling tak lupa kena teman mak kat dalam wad selama sehari setengah.. mak sakit perut, tapi sekarang Alhamdulillah dah sihat...

                                    biasalah, bila dah start keje ni, macam2 kerja nak di buat. Selamat bekerja buat diri sendiri, hehehe.

                                      Sunday, April 02, 2006

                                      jom heboh

                                        hemmm, apa nak buat erkk hari ni? oh yaa, ada karnival Jom Heboh la kat MITC Ayer Keroh, nak pergi laaa..

                                        tapi terpaksa bawak anak sedara 2 orang ni sebb mak ayah dia orang takda, masing2 dah kaluar sebab ada kerja.. terpaksa la hari ni jadi macam bapak budak...

                                        humang aiii, ramainya orang walaupun panas macam ni, sampai kat situ tak beli pape pun, last2 beli satu beg london biscut dan sebeg vitagen untuk budak2 ni.. tengok kat tv macam best jer, bila dah ada kat sini macam hampeh rasa... jom la balik budak2 !!......

                                          Saturday, April 01, 2006

                                          Lambaian Danau

                                            seronok jugak hujung minggu ni, ada gak aktiviti yang nak dibuat bila iring budak2 sem dua pergi Kem Pembangunan Diri kat Lambaian Danau, Jasin Melaka. program 3 hari 2 malam ni boleh la dianggap mencabar gak untuk budak2 ni, kita pensyarah ni enjoy jer la, sebab semua kerja dibuat oleh urusetia yang menguruskan tempat ni...

                                            malam pertama budak2 ni kena ikuti program "night walk"... seronok jugak bila dapat takutkan budak2 ni, menjerit tak keruan dia orang (lagi2 pompuan).. siap ada yang melaungkan takbir bila nampak En Fariz dan En Imran yang menyamar jadi hantu nenek kebayan dan pontianak, pensyarah2 yang lain tergelak guling2 kat tepi semak, hehehehhe.....


                                            siang tu masa budak2 masuk hutan untuk slot "Advanture Race".. kita orang plak enjoy main kayak kat tasik. best gak bila dapat berkayak ni, tapi banyak pacat laaa, tak tahu la dah ada yang masuk dalam seluar ker belum, rasanya macam takda jer... hiiiii, geli......

                                            masa malam kedua tu kita orang makan BBQ kepak ayam, ikan patin bakar, dan hot dog panggang... selera makan, tapi kesian budak2 ni sebab dapat seketul jer sorang, pensyarah jugak yang untung, padan korang... , lepas makan terus balik, tak dapat nak tunggu sampai habis program esok..... babai


                                            bergambar dengan Suhaimi, pakar ICT kat kolej..ni la rupa nenek kebayan dan pontianak yang menyebabkan budak2 kena histeria..sungguh menyeramkan...
                                            rileks kat tepi tasik..bergambar kenang2an dengan kumpulan yang baru tiba dari Amazing Race, bau lumpur la korang ni.....
                                            gaya budak macho, ke budak poyo? hehehehe...diantara aktiviti kat sini, memanjat halangan..
                                            budak2 kat bawah tu kena mandi lumpur, kita tengok jer laa..ni nak turun main kayak...
                                            bersama pensyarah2 dan staf kolej yang turut serta dalam program ni...BBQ kepak ayam yang menyelerakan...

                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...