Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 30, 2007

Terendak terbaik PMR seMRSM

    tahniah terendak..

    BismiLLah..
    MRSM Terendak catat PGM cemerlang PMR
    SERAMAI 1,678 daripada 2,732 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini mendapat keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran diambil, meningkat berbanding 1,594 pelajar memperoleh pencapaian sama tahun lalu.

    Dari segi pencapaian Gred Purata Maktab (GPM), Nam berkata, MRSM Terendak mengekalkan pencapaian terbaik iaitu 1.0424, diikuti MRSM PDRM Kulim (1.0548) dan MRSM Transkrian (1.0581).

    (Berita Harian - Sabtu 29 Disember 2007)
    lanjut, klik sini..

      Friday, December 28, 2007

      makan malam kelas pendidikan Islam

        siapa mamat macho ni?..

        BismiLLah..
        tadi kami kelas unit pendidikan Islam pegi makan malam kat yunkies hut, Bangi.. makan macam2, siakap ada, udang ada, kenyang betul perut mlm ni.. Ust Misnan dan Ust Ishak (pensyarah UPSI) pun datang sekali, maklum ar makan free mesti ar datang, hehe.. smg ukhwah yg terbina ni kekal selmanya....

        kenangan bersama ust Misnan dan ust Ishak..

          Wednesday, December 26, 2007

          pesta bolaneka

            BismiLLah..
            tiba giliran kumpulan kami untuk melaksanakan satu program sempena minggu aktiviti (subjek pengurusan koQ), iaitu "pesta bolaneka".. tahniah buat semua AJK yang berjaya mengendalikan pesta dengan baik sehingga mendapat pujian dari lecture kita orang..

            setelah penat berpesta, malamnya kena ar study plak sbb lusa dah start final, doakan kami semua yer....

            selepas penat mengendalikan pesta bolaneka..

            kat bilik masa study group..

              Saturday, December 22, 2007

              doakan mak Akmal

                BismiLLah..
                ptg tadi pegi Muar, mula2 tu jumpa Bern dulu, pastu dia ajak makan, kalau dah sampai muar ni tak sah kalau tak makan makan mee bandung, barulah lengkap kehidupan..



                tujuan sebenar ke muar ni nak ziarah mak si akmal, mak akmal diserang penyakit strook (angin ahmar).. "doakan mak ana cepat sembuh yer" ni lah ungkapan yang keluar dari mulut akmal masa kami nak bertolak balik, sama2 kita doakan semoga mak si akmal cepat sembuh..

                selamat menjalankan tugas buat akmal yang akan start posting pada 2 Januari di Sek Keb Kg Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor.. sabar yer mal......

                  Thursday, December 20, 2007

                  salam aidiladha

                    BismiLLah..

                    Selamat hari raya haji buat semua, semarakkan lah takbir, Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

                    masa dengar khutbah raya, khatib ada menyebut bahawa kita perlu lakukan banyak pengorbanan, pengorbanan ni plak bukan dari sudut harta benda sahaja, tapi termasuklah masa dan nyawa juga..

                    Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga berfirman, ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

                    terdetik untuk bertanya pada diri sendiri, berapa banyak umur yg kita dah korbankan untuk bantu berdakwah di jalan Allah? berapa banyak masa dalam sehari tlh kita korbankan untuk membuat kebaikkan dalam agama? dan berapa banyak pula wang ringgit yg sudah kita dah korbankan utk bersedekah kepada yg memerlukan? jawapannya: terlalu dan terlalu sedikit, masyaAllah...

                      Monday, December 17, 2007

                      fantastic race mengelirukan

                        BismiLLah..
                        hari ni adalah giliran untuk kami melaksanakan program berkaitan kelab dan pasukan. satu pertandingan iaitu "fantastic race" telah diadakan oleh kumpulan2 yang bertanggung jawab untuk melaksanakan program ni..

                        kita orang kumpulan cendawan kena jadi peserta jer, tapi pengurusan program ni agak lemah ar, banyak arahan yang mengelirukan dan banyak juga kesilapan2 yang dilakukan, , sampaikan masa penyampaian hadiah pun tersilap sebut nama kumpulan yang menang, bengang jer...maaf la yer, terpaksa mengkritik plak (kritikan membina) kat sini, suka hati ampunya blog la kan..hehe..

                        kami yg bersemangat sebelum pertandingan..

                        semua hampa kerana tewas namun puas selepas berusaha bersungguh2..

                          Saturday, December 15, 2007

                          nak cerita ker???

                            perjalananku mesih terlalu jauh..

                            BismiLLah..
                            tetiba jer terfikir, kenapa plak nak cerita semua yang kita lalui di hari2 berlalu dalam aspirasiku, bukan ke sepatutnya tulis dalam diari jer? kalau semua dah cerita kat aspiraiku, nanti bila bertemu, takda apa nak cerita lagi sbb semua orang dah tahu perkembangan kehidupan dari hari ke hari, betul tak?

                            nak teruskan ke aspirasiku 2008 nanti? semuanya bergantung pada undi anda, beri komen jika nak komen laa..

                              Friday, December 14, 2007

                              cendawan membesar bagai johan

                                BismiLLah..
                                ptg tadi berlangsung pertandingan "pandu arah" sebagai salah satu aktiviti badan beruniform untuk subjek Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikuum... dan kumpulan kita orang (Kumpulan Cendawan) menjadi johan, HOREY !!!!......

                                cendawan jantan..

                                kamilah cendawan, cendawan membesar bagai johan..

                                  Wednesday, December 12, 2007

                                  sate kajang

                                    BismiLLah..
                                    kalau dah kat bangi ni tak sah rasanya kalau tak makan sate kajang Hj Samuri, sate paling popular kat malaysia ni.. tak payah nak ke kajang sbb kat bangi ni pun ada dia punya cawangan.. enak hingga menjilat lidi sate, jom jalan2, cari makan...

                                    sate enak berkrim..

                                    jom makan..

                                    Zhan,Ja dan Lan yg dah terliur tengok sate..

                                      Friday, December 07, 2007

                                      kelas terakhir makro teaching

                                        BismiLLah..
                                        Hari ni merupakan kelas terakhir makro Pendidikan Islam, lepas ni kami akan masuk semula bilik kuliah utk sambung belajar subjek baru...

                                        sepanjang 2 minggu lalu, kita orang masuk kelas makro teaching dan kemahiran mengajar mengikut cluster, kira banyak gak pendedahan yg kita orang dapat dr kelas ni. yg paling best dapat berlakon jadi mcm budak sekolah masa sesi makro teaching, mcm bdk2 sekolah je rasa, hehehe...

                                        kelas makro pend Islam bersama Dr Ishak dan Dr Sabri..

                                          Tuesday, December 04, 2007

                                          nak pakai jugak ker?

                                            BismiLLah..
                                            rasanya dah lebih dua minggu ada kat Bangi ni.. nak ceritalah, kat sini ada satu trend baru bagi cikgu2 lelaki ni yang rasanya janggal di pandang, walaupun benda ni nampak macam kecik, tapi kalau sampai ada ustaz2 pun yg terikut2, susah benda ni nak dijelaskan...

                                            trend memakai "gelang megnatik" dengan alasan "perubatan".. boleh terima ker? gelang lebih kurang macam banggel yg selalu budak2 laki pakai tu, dan ada yang bentuknya nak sama dengan tali jam besi, dia orang kata benda ni dah jadi uruf kat malaysia.. tapi ustaz, sebelum benda ni jadi uruf mesti orang yg memulakannya dulu dianggap melakukan benda yang ghorib (pelik), tak gitu??



                                            nak berhujah lebih2 pun dia orang ni ustaz2 jugak, ada yang balik Mesir, dan ada yang pernah kerja pegawai kat (JAWI) Jbtn Ag Islam Wilayah... susah nak berhujah dengan orang yang "belajar agama" ni, masing2 ilmu penuh di dada.. senang macam ni lah, cuba kita lihat dulu hadis kat bawah ni:-

                                            Hadis Nabi yang sohih - 885 Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya:
                                            daripada Imran Bin Hussain r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan: "Apakah bendanya ini?" (iaitu yang dipakai oleh lelaki tersebut di pergelangan tangannya), lelaki itu berkata: "ia adalah gelang perubatan".Tegas Baginda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya benda itu (gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada dirimu, jika sekiranya kamu mati dan gelang itu ada pada dirimu, maka kamu tidak akan (selamat) berjaya selama-lamanya"
                                            Hadis ni dah jelaskan, bukan tembaga atau megnatik yg dipersoalkan, tapi lelaki memang tidak dibenarkan memakai gelang walaupun dengan tujuan perubatan... tapi kalau orang yg memang nak kata boleh pakai, macam2 la hujah diaorang akan bagi.. kat hospital kenapa doktor suruh pakai gelang? orang pergi Mekah kenapa Tabung Haji suruh pakai gelang besi?? pakai jam tu tak sama macam pakai gelang ker? hadis ni betul2 hadis sohih ker??

                                            semak dan kaji dulu kalau nak kata hadis ni sohih ataupun tak? tapi kita kena ingat betul2 bahawa Imam2 dan ulama' hadis ni bukan suka2 jer nak iktibarkan sesuatu hadis tu sebagai hadis sohih di kitab mereka tanpa usul periksa.. terpulang lah pada kita sekarang, masing2 ada ilmu, dan kita ustaz2 ni jadi rujukan masyarakat.. berijtihadlah, kerana pintu ijtihad sentiasa terbuka, tapi apa rujukan utama kita untuk berijtihad? adakah terus kepada uruf semata2 tampa merujuk sumber yang utama?.. wAllahua'lam......

                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...