Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, December 30, 2009

geng bujang,bergabung !!!!!

    BismiLLah..
    hari ni maseh ada lagi kat JB sbb atok masuk hospital, sakit perut dan susah nak nafas.. tapi atok dah ok dan mungkin ptg ni boleh keluar... moga atok makin sehat dan ceria kembali yer..

    dan petang semalam, sempat juga berjumpa geng2 bujang kat JB ni.. petang tu kami kuar bertiga dulu, temankan Akmal beli leptop baru.. Ijam lambat sket sbb dia maseh kat opis lagi.. mcm2 akmal beli, speaker, printer, dan jg kamera cyber-shot 12.1 mpix.. maklum la baru dapat bonus, tengah kaya la tu..

    lepas magreb kami kuar makan, akmal dah niat nak belanja.. sambil makan2 Ijam kena bagi tazkirah sbb ni mmg turn dia.. maklum aje lar, Ijam kan banyak ilmunya.. banyak banget kitab kat rumah dia, sampai melimpah2 takda tempat nak letak..


    "kami di kedai komputer.. Akmal beli leptop baru"


    "kali ni giliran Ijam bagi tazkirah.. siap bukak kitab tu.."


    "Bern begitu berselera dgn muka Akmal tu.. boley ?"

      Monday, December 28, 2009

      kenali buah nona

        BismiLLah..
        rasanya ramai yg tak tahu tentang kewujudan buah nona ni.. kat kampung ni pun tak ramai yg ada tanam pokoknya, tp kat rumah ni ada 2 pokok buah nona.. mungkin jg orang panggil buah ni dgn nama lain. tapi apa yer ??

        masa gi Tropical Fruit Farm dan D Paradise hari tu, tak jumpa pun pokok nona ni kat situ.. may be buah nona ni dah nak pupus.. jd, selamat berkenalan diucapkan buat semua yg baru mengenali buah nona.. bye..


        "kenalkan, ni la buah nona"


        "isi dan baunya yg menghiburkan.."

        Sabda Nabi S.A.W yg bermaksud: “Berfikir itu anak kunci yang membukakan cahaya yang didalam hati. Berfikir juga permulaan bagi mata hati. Berfikir juga sebab mendapatkan ilmu dan makrifat”

          Saturday, December 26, 2009

          pilih antara dia @ aku !!

            BismiLLah..
            setiap orang tak leh lari dari membuat pilihan.. dan ada kalanya pilihan yg kita kena buat tu memeningkan, mengelirukan, dan mengecewakan... ada kalanya juga kita memerlukan bantuan utk membuat pilihan ni, biar tak tersilap, tak salah, tak serba salah dan tak menyesal dikemudian hari kan..

            seorang gadis ayu membuat pilihan sama ada memilih Cristiano Ronaldo @ Michael Owen sebagai calon suaminya...

            seorang pelajar lepasan SPM membuat pilihan sama ada ke SPC UiTM @ SPC UTP utk melanjutkan pelajaran..

            seorang anak lelaki membuat pilihan sama ada menghantar ibunya pulang ke kampung @ bertemu calon istrinya pada cuti hujung minggu ni...

            seorang warden membuat pilihan sama ada membiarkan @ melaporkan anak muridnya yg membawa handphone ke asrama..

            geng2 bujang membuat pilihan sama ada menonton Syurga Cinta @ Night at The Museum semasa ingin menonton wayang di MP...

            seorang pemuda hensem membuat piihan sama ada honda city @ toyota vios sebagai kereta yg ingin dibelinya....

            dan banyak lagi pilihan yg kita perlu hadapi setiap hari..

            Dalam membuat pilihan yang pelbagai, kita kadang2 akan terikut dengan rentak nafsu.. Selalunya, nafsu manusia akan membuat pilihan kepada perkara yang boleh mendatangkan pulangan kepada dirinya sendiri daripada orang lain.

            Hadis daripada Imam Bukhari yg bermaksud: Rasulullah saw dahulu mengajar kami untuk beristikharah dalam segala urusan sebagaimana baginda mengajarkan kpd kami surat al-Qur:an, "apabila salah seorang kamu berniat melakukan suatu urusan, hendaklah ia solat 2 raka'at." kitab adDa'awat: # 590

            jadi, bijaklah dalam membuat keputusan dalam pemilihan.. nak tanak memang kena buat pilihan.. sekarang plihlah, pilih dia atau aku ??

              Wednesday, December 23, 2009

              panel temuduga MRSM Agama (ulul albab)


                "tiga orang panel yg baik2 belaka.. hehe"

                BismiLLah..
                akhirnya cita2 untuk melihat wujudnya MRSM Agama terlaksana jua. printis utk projek ni dah berjalan setahun di MRSM Kota Putra, Besut... dan tahun depan, InsyaALlah satu lagi MRSM Agama akan di buka di Gemencheh, Negeri Sembilan.

                dari 21hb sampai lah tadi, kami guru2 Unit Agama dari maktab2 berdekatan dgn Gemencheh telah dijemput utk menjadi panel bagi memilih calon2 pelajar MRSM Agama ni.. mcm2 pesen dan jawapan yg kita orang jumpa.. ada gak jawapan yg buat panel pecah perut ketawa..

                daripada 1328 orang calon yg dipanggil utk sesi temuduga ni, hanya 180 orang saja yang akan dipilih.. kesian budak2 ni, tempat tak mencukupi.. harap2 lepas ni MARA akan bukak lebih banyak lagi MRSM Agama..


                "calon2 dikurantin utk menghafaz ayat al-quran"


                "begitu mengharap utk masuk ke MRSM Agama"


                "apa tunggu lagi, cepat BACA !!"

                antara dialog yg ingat bila tanya budak2 ni:

                Ustat: adek bila besar nanti nak jadi apa?
                Calon: nak jadi detectif, mcm detectif conan..
                mana la kita orang tak ketawa...

                Ustat: ok adek, sila baca ayat yang adik dah hafaz tadi..
                Calon: saya tak hafal..
                Ustat: apasal tak hafal?
                Calon: saya memang tak boleh baca Quran..
                ayoyo !! mcm ni leh ke masuk MRSM Agama..

                Ustat: bagus, awk dapat hafal satu muka penuh..
                Calon: saya dah hafaz 6 juzuk..
                Ustat: bagusnya.. dulu sekolah mana?
                Calon: sekolah rendah tahfiz di Penang..
                dah la dapat 5A, hafal quran lagi.. sejuk hati mak ayah kan..


                "bersama pengetua Gemencheh yg peramah.. tengah tu"


                "bekas cikgu Terendak yg dah jadi Timb pengetua di sini, Abg Bakar (HEA) & Cikgu Zakpar (HEKoQ)"

                  Friday, December 18, 2009

                  cinta romeo & juliat

                    BismiLLah..
                    tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat tahun baru pada semua.. mana korang pergi time tahun baru datang petang semalam? gi masjid sama2 baca doa ker, atau korang kat depan tv tengok bola M'sia lwn viatnam?.. jawab Rody..



                    Rody dan adek2nya.. ust mmg tak tahu nak menulis dgn apa yg disebut sebagai CINTA.. sbb ust pun kurang pengalaman, baru nak mula belajar..hehe..

                    memang ust tak pernah halang students untuk berkawan kat maktab ni.. tp bila mula berkawan, mula la korang main ngan perasaan, korang lupa dunia, time tu mula la nak duduk berdua2, dating sini sana, jalan nak sama2..

                    hilang nama kawan tapi sebuk plak dgn percintaan, pastu belajar korang abaikan. result amat la menghampakan.. ust pun mula hilang kesabaran, mula la rasa mcm nak melempang... lempang kang !!

                    kesimpulan yg mudah.. cinta zaman sekolah buang masa, bazir duit, monyet jua cintanya, dan kentut tetap busuk gak baunya.. akhir kata, ust pun ada pantun 4 kerat, nak lawan pantun si Rody..

                    satu jer ust nak pesan,
                    jodoh pertemuan di tangan tuhan,
                    nak berkawan ust tak pernah halang,
                    selagi ikut syariat tuhan..
                    boley Rody?

                    macam mana isteri yg korang harapkan??
                    bagaimana calon suami yg korang inginkan??

                    ingat janji ALLah dalam surah an-Nur ayat 26 yg bermaksud: "(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik"...

                      Tuesday, December 15, 2009

                      cikgu & cuti, bagai aur dgn tebing



                        BismiLLah..
                        ni ada dialog2 ngan beberapa orang kat kampung ni masa jumpa kat masjid..

                        Pakcik Taha: nie cuti sekolah mmg kat kg yer..
                        Mr. Tony : haah cik..
                        Pakcik Taha: wah.. untung la ko yer, cuti lama...
                        Mr Tony : hehe...

                        En Bibit : ko asyek ada kat kampung jer, cuti ker..
                        Mr Tony: ni kan cuti sekolah.. budak cuti, cikgu pun cuti.
                        En Bibit : oh ya cuti sekolah, aku takda anak sekolah jd tak tahu ni tengah cuti..

                        Bang adir: penatnya keje hr nie, ko untung ar cuti, tp gaji jalan..
                        Mr. Tony : ada ker keje tak penat? cuba bg tahu...
                        Bang adir: cikgu mcm ko la, cuti banyak, keje tengahari dah balek..
                        Mr. Tony : haah, orang tengok mmg senang laa, cuba la jd cikgu.. baru tahu..

                        ni la segelintir pandangan orang terhadap karier perguruan nie, cuti..cuti..cuti.. nak wat camner, dah di bagi cuti, kita orang bercuti sakan la..

                        tp tanggungjawab kami berat sebenarnya.. jadi cikgu ni bukan mengajar jer, tapi kena terima pakej2 yg ada dalam karier ni sekali, mcm2 benda kena buat... kalau tak caya, try la korang jd cikgu..

                        selamat pagi cikgu.. selamat pagi murid2.. semua boleh duduk... Ok kelas hari ni cikgu nak tanya apa yg kamu semua buat masa cuti panjangggggggggggggggggggggggggggggggggggg hari tu.. cuti panjang beb.. hehe

                        Dari Abu Bakar R.A berkata, RasuluLLah S.A.W bersabda yg bermaksud: "mulakan pagimu sebagai seorang guru, atau pelajar, atau pendengar, atau orang yang cinta akan ilmu, jangan jadi orang kelima kerana anda akan binasa"

                          Sunday, December 13, 2009

                          geng bujang hilang ahli - Sahrin dah kawen

                            BismiLLah..
                            secara rasminya, hari ni geng bujang dah tinggal 4 orang jer sbb si Sahrin dah isi borang tarik diri, dia dah bertemu jodoh dan dah selamat semuanya..

                            Tahniah Rin, kita orang semua tumpang bahgia.. doa kami agar rumah tangga yang dibina kekal aman damai hingga ke anak cucu..

                            dan AlhamduliLLah kat majlis ni, dapat jumpa kawan2 yg lain,
                            Pauzan+Amiza+baby girl dia, Djah+Ajmal+baby boy, Akmal, Burn, Pizah Noh, dan Azlan+Shidah+2 orang anak.. Si Helmi+Hawe+Hamima terhegeh2 tak sampai jugak, sibuk mengisi minyak katanya. Ijam plak msh othe way dr JB..

                            Allah berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 3 yg bermaksud: "...maka berkahwinlah dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja.."


                            "berborak2 ngan pengantin pasal pengalaman malam pertama..keh2"


                            "Akmal menjeling manja pada Pauzan kat depannya.."


                            "Azlan dan anak daranya yg tidur.. sabor jer la"

                              Wednesday, December 09, 2009

                              1st time main go-kart


                                "posing kat belakang blok C sblm maseng2 gerak balik"

                                BismiLLah..
                                semalam adalah hari terakhir budak2 SPM ada kat makatab, dan rasanya mlm tadi semua blok asrama dah kosong.. tahniah semua sbb dah merdeka dari exam, selamat kembali ke rumah maseng2..

                                gunakan cuti yg panjang ni sebaik mungkin, dan ust yakin setiap orang pastinya dah ada perancangan maseng2 kan.. ada yg nak redy utk ke PLKN, ada yg nak amik lesen, ada yg nak kerja, nak pergi bercuti dan pastinya ada yg dah plan nak memboyotkan perut jer kat rumah tu kan..

                                pagi tadi ramai2 dgn bdk2 yg maseh lepak kat Melaka (rumah Salba) dan yg mmg rumahnya kat sekitar sini, kita orang main go-Kart kat Ayer Keroh, depan zoo..

                                mmg best la, bergegar otak beb.. tima kaseh la sbb ajak ust join sekali yer, ni pengalaman ust kali pertama.. nnti ada masa kita lumba lagi, sbb ust tahu ramai yg tak puas hati kan, maklum lah ust menang bergaya hari nie.. keh2


                                "ni la muka2 yg sama2 main go-kart tadi"


                                "aksi2 hebat seorang pemandu go-kart handalan"

                                  Monday, November 30, 2009

                                  cuti2 Bali : [siri 7] Bali in memori

                                    BismiLLah..
                                    sebelum kami berangkat pulang, sempat juga berendam membuang daki2 Bali kat kolam renang hotel ni, pastinya percutian kali ni adalah percutian yang tak kan dilupakan..

                                    sebelum mengakhiri siri cuti2 Bali ni, nak citer pengalaman masa sampai di LCCT.. masa pergi hari tu En hata yg hantar ke LCCT sbb kereta kami parking kat Kolej Mara Banting.. tapi masa balik takda sapa nak ambik sbb maseng2 dah kat kampung nak beraya korban..

                                    akhirnya kami bertekad utk naik bas, sbb teksi mahal yang amat.. rupanya ada bus stand kat bawah KLIA tu, baru lah kami tahu.. dgn hya RM4.00 seorang, kami dapat sampai ke Kolej Mara Banting dengan selamat..


                                    "bermandi manda di kolam renang hotel"


                                    "kan best kalau belakang rumah ada kolam camni"


                                    "terbang pulang meninggalkan Bali"

                                      Sunday, November 29, 2009

                                      cuti2 Bali : [siri 6] Sejadah di bumi Bali

                                        BismiLLah..
                                        adakah anda tahu betapa susahnya utk mencari tempat solat di Bali? kalau di Msia, kemana ceruk pasti akan jumpa Masjid, surau dan paleng kurang ada tempat solat di Petronas.. tapi di Bali anda tak kan juma semua ni, banyaknya pura (kuil) sama macam banyaknya masjid di M'sia..

                                        di Pertamina (stesen minyak) lagilah takda tempat solat, dan semalam masa bersama Mr Dana, kami hamper saja bersembahyang di kaki lima.. AlhamduliLLah semasa di Tanah Lot, ada disediakan ruangan kecil utk solat.. jika anda ingin berjalan seharian di Bali, bawalah tikar kecil dan kompas utk persediaan awal mendirikan tanggungjawab menjamakkan solat..



                                        kami bertekad, di hari terakhir ni, kami nak cari Masjid yg ada kat Bali ni.. dan hari ni kami sewa motor jer, dgn berpandukan pada peta dan keramahan bertanya sebagai modal, akhirnya setelah berpusing2 dan sesat barat, kami menemui Musolla yg juga masjid di kawasan Marlboro..

                                        mengikut jemaah yg bersolat di situ, ia dinamakan musolla sbb semasa dibangunkan sebagai masjid, banyak tentangan dan halangan.. namun saiz musolla ini besar bagaikan masjid malahan solat jumaat juga didirikan di sini..

                                        kami terus berpleseran dengan motor ke Sanur, dan di sini kami jumpa sebuah lagi Masjid iaitu masjid al-Ihsaan.. dan ketika itu jemaah masjid sedang sibuk menguruskan ternakan kurban disebelah masjid..


                                        "ni la motor yg kami sewa utk ronda2 Bali"


                                        "dari lensa di sekitar musolla dan masjid"

                                        dari Sanur kami terus berjalan ke Nusa Dua utk melihat kawasan VVIP pelancung, mmg hebat tempat tu.. hebat pemandangannya kan Ust Sharil. kalau tiada keperluan, rasanya tak perlulah anda ke Nusa Dua ni... seketika hilangkan dahaga dgn ess kelapa, dan skrg jom kita balik ke Jayakrta Hotel.. tuan motor ni mesti dah ternanti2..


                                        "cantek sungguh pantai di Nusa Dua ni kan"


                                        "agak2 apa la ada kat dlm club ni ye?"


                                        "ess kelapa yg menyegarkan"


                                        "merempit di jalanan Bali"


                                        "selamat tiba di hadapan hotel"

                                          Saturday, November 28, 2009

                                          cuti2 Bali: [siri 5] phenomena Bali

                                            BismiLLah..
                                            Mr Dana ni adalah seorang hindu, kami banyak bertukar2 maklumat mengenai bahasa, budaya, tradisi dan juga agama.. bila kami cakap yg lelaki muslim perlu berkhatan @ potong.. Mr Dana kata, di Bali lelaki tidak bisa potong itunya, yang dipotong adalah gigi atasnya.. sbb tu gigi lelaki Bali semuanya rata..

                                            sementara kami selidiki apakah pekdahnya memotong gigi? ada ker gigi.. kita teruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya yer.. jom...

                                            DESTINASI 5: GUNUNG BERAPI KINTAMANI
                                            dengan udaranya yg sejuk dan menyegarkan, pasti selera utk makan siang di puncak gunung ni.. berhadapan dgn pemandangan gunung berapi yg masih aktif dan Danau Batur sememangnya sungguh mempersonakan...


                                            "nak makan siang di puncak Kintamani"


                                            "berlatarbelakang kan gunung berapi dan danau indah"


                                            "bersama Mr Dana yg rata gigi depannya.."

                                            DESTINASI 6: SRI BATU
                                            Sri Batu maseh lagi berada di kawasan pergunungan Kintamani, cuacanya yg nyaman menjadikan kawasan ini subur. di sini terdapatnya perkebunan kopi dan rempah ratus Bali.. kami berhenti utk menikmati Luwak Kopi. Luwak bermakud musang..

                                            mereka membela luwak dan buah kopi segar menjadi hidangannya.. najis yg dihasilkan berupa buah kopi yg siap diproses, kemudian dikeringkan, dibersihkan, digoreng dan terhasillah luwak kopi.. Ust Shahril tak lalu nak minum sbb terbayang2 katanya.. hehe.. memang kowwww !!!


                                            "proses menggoreng biji kopi yg keluar dari luwak"


                                            "terhasil lah luwak kopi yg betul2 kawww.."


                                            "silakan mas, diminum luwak kopinya.."

                                            DESTINASI 7: TANAH LOT
                                            Tanah Lot merupakan destinasi terakhir kami hari ni, di sinilah terletaknya pura yg terletak di atas bongkahan batu karang tepi samudera, senang cakapnya "kuil terapung"... pemandangan laut kat sini memang cantek banget, lagi2 dekat nak maghrib ni..


                                            "di batu perasmian Tanah Lot"


                                            "belakang kami tu lah terletaknya pura terapung"


                                            "pemandangan lautnya cantek kan"


                                            "indahnya ciptaan Ilahi. takbir !!"

                                              Friday, November 27, 2009

                                              cuti2 Bali : [siri 4] asyiknya pulau Bali

                                                BismiLLah..
                                                terbit je matahari hari ke-dua, kami terus keluar hotel untuk mencari kereta sewa dan tourist guard.. di depan hotel kami bertemu dgn Mr Dana dan kereta avanzanya yg sanggup membawa kami berjalan selama 14 jam dgn bayaran yg cukup berpatutan..

                                                DESTINASI 1: PASAR SENI SUKAWATI
                                                Sukawati adalah sebuah pasar utk membeli pelbagai cenderamata kenang2an.. ingat, kena pandai tawar menawar mcm Ust Sharil.. dia menawar sampai orang kedai tu menangis.. hehe.. banyak jer tempat jual cenderamata kat Bali ni, tp dari pengalaman kami, di pasar seni ni lah yg paling murah..


                                                "bersama pakar tawar menawar Syeh Sharil di Sukawati"


                                                "nampak tak patung2 tu, ini pemandangan biasa di Bali"

                                                DESTINASI 2: BATUBULAN
                                                di Batubulan kita akan melihat persembahan tarian barongan dan keris mengikut kepercayaan hindu masyarakat Bali.. mcm karut jer, tp inilah tradisi yg menjadi keagungan di Bali..


                                                "benda berbulu tebal tu lah yg dipanggil barongan"

                                                DESTINASI 3: UBUD
                                                ubud ni plak adalah kawasan yg dipenuhi dgn hasil kerja kerajinan penduduk Bali.. kat sini ada Desa Dewa Putu yg menempatkan hasil art & design, ada Desa Celuk yg menghasilkan barangan emas dan perak, dan ada juga desa2 yg mengeluarkan produk ukiran kayu dan batu..


                                                "melihat sendiri barangan perak sedang dihasilkan"


                                                "Ust Sharil setelah berjaya menawar cincin perak tulen, hebattt"


                                                "di hadapan pusat kerajinan art & desgn"

                                                DESTINASI 4: TEGALALANG
                                                cantik sungguh pemandangan terasering sawah padi bukit kat Tegalalang ni.. berhati2 sbb ramai penjual jalanan menjual barangan kat sini, jangan termakan pujuk rayu diaorang yer.. tp kalau nak beli juga, jangan lupa utk menawar harga..


                                                "terpesona dgn keindahan sawah padi bukit"


                                                "amat cantik kan.."

                                                bersambung di siri 5.. nantikan..

                                                  Thursday, November 26, 2009

                                                  cuti2 Bali : [siri 3] nasi goreng Bali

                                                    BismiLLah..
                                                    walaupun penduduk Bali ni ramai yang hindu, tapi rupa paras dia orang ni tak tumpah macam orang indonesia yg selalu kita jumpa, jadi susah nak bezakan agama melalui paras rupa..

                                                    nak cari makanan halal adalah salah satu lagi perkara yg perlu dipikirkan.. kat restoran yg ada tulis "halal food" pun ada jual bir dan arak dalam peti ais minuman mereka. restoran nasi padang yg ada frame tulisan ayat Quran kat dinding pun sama 2 X 5 juga..



                                                    jadi jangan malu untuk bertanya mengenai status makanan yg hendak dipesan.. malu bertanya sesat jalan.. ingat, "mencari yang halal itu fardhu bagi setiap mukmin" mcm iklan ubat gigi mukmin la plak..

                                                    kalau di M'sia kita boleh nampak makcik2 jual ayam golek kat tepi jalan, jangan pelik bila sampai sini, jumpa makcik2 Bali kat tepi jalan jual "babi guling".. hoho...


                                                    "ni la rupa nasi goreng Bali + satay lilit"


                                                    "satay ayam dan kuah kacang ala Bali"


                                                    "makan siang di restoran asi padang"

                                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...