Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, October 31, 2009

Graduasi 2009



    BismiLLah..
    Tiada lafaz yg lebih baik dari ustat, selain doa agar kalian semua terus berjaya.. tahniah buat semua anak didik ustat, pelajar2 tingkatan 3 dan 5 yg dapat bergraduasi hari ni..

    jangan pernah kenal erti penat dlm menuntut ilmu yer, walau pun dah grad, ini sebenarnya hanyalah satu langkah awal utk hadapi cabaran2 yg lagi hebat lepas ni..

    jika sedar pernah melakukan kesilapan, cuba kita perbaiki utk tidak mengulanginya kembali.. salah dalam proses belajar tidak mengapa, ustat tak marah, dah namapun belajar.. mcm pantun kat bawah ni:
    buah cempedak di luar pagar,
    ambil galah tolong jolokkan,
    kami budak baru belajar,
    kalau salah tolong tunjukkan..

    tahniah sekali lagi.. dan utk yg tak bergrad, jangan putus asa, cuba utk buat yg terbaik akan datang.. jadikan apa yg berlaku sebagai pengajaran.. percayalah, pengalaman adalah guru terbaik bagi kita..


    "geng penyambut tetamu.."


    "bergambar dengan pendekar Guntur (Ust Shahril)"


    "budak2 gamelan yg ustat hargai.."


    "tahniah semua yer.."



    "cepat posing semua.. kata nak bergambar ngan ustat.."



    "bersama herro korea yg juga bergraduasi hari ni"



    "nampak sangat ustatnya katek dan pendek.. hehe"

      Friday, October 30, 2009

      dua jamuan dalam satu malam

        BismiLLah..
        mlm ni ada dua jamuan, gila kenyang tul perut.. sampai dah tak larat nak makan pun.. malas nak citer panjang.. jom tengok gambar2 kat bawah nie..

        JAMUAN KELAB REKREASI
        lokasi: Restoren Sri Percik, Melaka
        menu: nasi beriani, ayam percik, tomyam, sotong goreng tepung, tauhu kicap, fresh oren, ABC evolusi


        "kami menikmati hidangan penuh selera"


        "amboi korang makan, tak hengat dunia yer"


        "tengah makan ABC yang amat lah best.."
        ___________________________________

        JAMUAN BLOK C
        lokasi: Gelanggang Futsal, MRSM Terendak
        menu: nasi goreng special, ayam BBQ, satay, udang bakar


        "maseng2 sebuk menjamu selera.."


        "Ust Shahril dan Ust Azari bersatey sambil berposing"


        "kami tengah memerhatikan Ust Shahril yang kekenyangan.."

          Thursday, October 29, 2009

          bawa PRISMA ke Planetarium Melaka

            BismiLLah..
            petang semalam, kami guru2 unit Agama bawak ahli Kelab PRISMA (Persatuan Remaja Islam Maktab) yg dipimpin oleh Ust Zaid ke Planetarium kat MITC Melaka.. sebenarnya ust2 diaorang ni pun tak penah sampai lagi ke situ, tu yg maseng2 semangat nak pergi..

            tertarik dengan jumlah2 planet dalam sistem suria. kalau anda budak yang bijak, berapa jumlah planet dalam sistem suria?.. Allah berfirman dalam surah Yusuf ayat 4 yang bermaksud; "(ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku."

            ini adalah aktiviti penutup PRISMA tahun ni, tahun depan kita gi jauh sikit la Zaid, ke Muzium Islam ker, ziarah IKIM FM ker, tak pun gi IMTIAZ kat Ganu... nnti leh la kita singgah ke Kerteh, ada orang kata, kopok kat sana best.. hehe..


            "ahli PRISMA berkenangan di Planetarium"


            "orang kuat PRISMA, syeh Zaid.."

              Wednesday, October 28, 2009

              khidmat masyarakat - MIGHTY

                BismiLLah..
                pagi tadi semua budak2 form 3 yg lepas exam PMR, buat program khidmat masyarakat.. program ni merupakan sebahagian daripada aktiviti MIGHTY..

                ada yg kene bersihkan kawasan kubur, bersihkan kawasan tadika kanak2, dan ada gak yg kena bersihkan masjid.. mudah2an amalan ikhlas korang ni akan dibayar dengan ganjaran hebat di syurga nanti... RasuluLLah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Dijadikan bumi itu sabagai masjid dan suci bagiku.” (HR Ahmad)


                "ni adalah sejadah yang dilipat, bukannya sejadah berdiri !!"


                "Cikgu kadir memerhatikan anak buahnya membuat kerja"


                "dah siap kerja, pekena teh-0 yang terhibur lah.."

                  Tuesday, October 27, 2009

                  Jamuan Badan Kepimpinan 08/09

                    BismiLLah..
                    petang tadi berlangsung majlis meraikan mantan2 pemimpin bagi sesi 08/09 kat ballroom MRSM Terendak yg baru beroperasi.. rasanya ni la majlis makan2 pertama diadakan kat ballroom ni selepas ianya siap..

                    memang la tak setanding jasa Badan Wakil Pelajar (BWP) ni dengan jamuan hi-tea petang tadi tu, tapi ingatan kami pada jasa anda semua lebih bermakna sebenarnya.. biar ALLah jer yg balas jasa, pengorbanan dan komitmen anda dlm membantu guru2 menjalankan program dan melaksanakan dakwah kat maktab nie...

                    Firman ALLah dalam surah an-Nahl, ayat 97 yang bermaksud: "Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."


                    "penasihat BADAR di balik gelas kaca"


                    "kepimpinan mereka boleh dijadikan contoh yg baik"


                    "geng2 BADAR puteri berposing"


                    "apa yang penting?? kerjasamaaaaaaa"

                      Monday, October 26, 2009

                      kami raikan besday kawan2..

                        BismiLLah..
                        ALLah selamatkan kamu..
                        ALLah selamatkan kamu.....
                        ALLah selamatkan Zaid dan Azari..
                        ALLah selamatkan kamu..

                        Ni lah lagu merdu dendangan kumpulan koir guru2 yg ada kat bilik guru tengahari tadi.. yg sama2 meriahkan majlis potong kek Ust Zaid (11 Oktober.. dah lepas) dan Ust Azari (26 Oktober.. hari nie)..

                        kami doakan semoga semua dipanjangkan umur dalam iman dan dimurahkan rezeki yg baek lagi halal serta menjadi hamba yg sentiasa bersyukur... Firman Allah dalm surah al-Baqarah ayat 172 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah..."


                        "besday boy yg diraikan.."


                        "pasukan koir maktab dgn lagunya yg bertajuk, selamat...."

                          Saturday, October 24, 2009

                          Hari Keluarga Maktab 09

                            BismiLLah..
                            Pagi tadi berlangsung hari Keluarga untuk semua warga kerja MRSM Terendak.. semenjak berada di Terendak ni, ini lah kali ke-empat bersama2 menyambut hari keluarga.. harap2 hari keluarga tahun depan, tak sendiri lagi..

                            antara aktiviti yg best ialah melukis dan semua keluarga wajib hantar satu lukisan bertemakan "MRSM Terendak".. takda idea sangat nak lukis apa, lagi pun bukannya pandai lukis sangat pun.. tapi jangan tak sangka, lukisan cincai2 pun, hakim dah pilih utk dinobatkan sebagai tempat ke-tiga.. hehe..

                            harapan agar hari Keluarga yang diadakan ni mendatangkan manfaat yg besar bagi mereka yg mencari hikmahnya.. bukan datang bawak keluarga semata2 nak kan hadiah dan makan percuma jer... dahh..

                            Firman ALLah dalam surah an-Nur ayat 32 yang bermaksud: "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."


                            "geng bujang Terendak.."


                            "bersama hadiah no bertuah dan tempat ke-tiga melukis.."


                            "nie adalah tugu jubli perak kat depan dewan"


                            "lukisan yg chantek.. hampir sama dengan gambar kat atas tu "

                              Thursday, October 22, 2009

                              bowling hari keluarga 09


                                "tiga herro remaja.. ahakss"

                                BismiLLah..
                                Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Baragsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

                                petang tadi berlangsung pertandingan bowling hari keluarga maktab utk tahun ni.. dah la tangan maseh lenguh hancurkan handphone student mlm tadi.. namun begitu, prestasi boleh dikira agak baik la, bila mana dapat no 7 dari 16 orang peserta..

                                seronok bila dapat bersosial ngan kawan2 kat luar mcm ni.. klu tak, terperap jer kat dlm kawasan maktab tu, kesal betul.... tahniah buat kawan2 yg menang, tp percayalah, bukan kemenangan tu yg buat kita jadi seronok, tapi ukhwah ni sebenarnya..


                                "mengebowl kat Pusat Bowling Antarabangsa Mlka"


                                "tak kira.. nak letak gak gambar nie"


                                "kenangan selepas leteh mengebowl.."

                                  Sunday, October 18, 2009

                                  member sekampung kawen

                                    BismiLLah..
                                    AlhamduliLLah, pagi tadi sempat sampai dari Melaka utk hadirkan diri ke Majlis Walimah si Ramdi (member baik kat kampung)..

                                    Selamat Pengantin Baru Ram dan isteri, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. Ram, dengarnya ada member kita bertunang semalam, kau tahu paper cerita dia tak?..

                                    Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."


                                    "pasangan merpati sejoli.."


                                    "ni nak ambik berkat pengantin baru dan pengantin lama"

                                      Thursday, October 15, 2009

                                      Kelab Rekreasi ke D-Paradise [siri 2]

                                        BismiLLah..
                                        Firman Allah dalam surah Faathir ayat 28 yang bermaksud; "dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya)."

                                        ok, sekarang kita sambung semula laporan aktiviti Kelab rekreasi kat D-Paradise.. untuk makluman semua, kat D-Paradise ni bukan ada pokok2 jer, malahan ada gak binatang2 jinak yg dibela.. tapiiii, yang ketam gergasi tu tak jinak, mahu putus hidung kalau dikepitnya..

                                        tahun depan kami rancang nak datang lagi ke sini.. tapi nak datang dalam bulan 6 atau 7, sbb time tu musim buah, baru la best.. petik dan boleh terus makan, kata orang, segar dari ladang..

                                        sebelum kita tengok gambar kat bawah ni, nak bagi ucapan tima kaseh buat Kak Mai yg sudi join aktiviti kami nih.. suka la dapat petik raspberry tuh..


                                        "ni la rupa Robber Crab tuh.. besarrrr"


                                        "bagus rusa ni, mcm nak peluk jer rasa.."


                                        "gambar kat cactus ni amat chanteq kannn...."


                                        "siapa dapat cari ust memang terer.."


                                        "kata orang tua dlm periuk kera ada duit emas.."


                                        "1st time jumpa nanas terkecil.."


                                        "ok semua.. masa utk kita balik !!"


                                        "Kak Mai dan hasil raspberry tuaiannya.."

                                          Wednesday, October 14, 2009

                                          Kelab Rekreasi ke D-Paradise [siri 1]

                                            BismiLLah..
                                            Firman ALLah dalam surah Al-Jathiya ayat 5 yang bermaksud: "dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkan-Nya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal"

                                            rasanya ni la aktiviti terakhir Kelab Rekreasi tahun ni, sebelum annual dinner kelab 2 minggu lagi.. seronok dapat berjalan kat D-Paredise atau nama panjangnya "D-Paradise - Malaysia Tropical Fruit World and Aboriginal Native Village" klik sini..

                                            walaupun sekarang ni bukan musim buah, tapi buah2 yg tak bermusim banyak jer kat sini.. kira puas jugak la budak2 ni makan.. banyak pengalaman baru yg kami dapat.. paling teruja apabila dapat tengok persembahan tarian kebudayaan Sarawak..

                                            malas nak citer banyak, jom tengok koleksi gambar [siri 1] kat bawah ni dulu.. nantikan [siri 2] akan datang yer..


                                            "baru tiba di D-Paradise.. nak tengok show dari orang Sarawak"


                                            "berehat sambil tengok tarian & aksi menyumpit"


                                            "bergambar ramai2 kenangan Kelab rekreasi 09"


                                            "ni jer la budak lelaki kelab kami.. kira ok laa"


                                            "kat kawasan penempatan orang Bidayuh"


                                            "mari dekat la.. uncle nak bagi makan nie.."


                                            "kak Fazilah kata pisang seribu ni sedap digoreng, yer jee"

                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...