Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, January 27, 2007

ceramah dadah

    BismiLLah..
    tadi berlangsung ceramah anti dadah kat maktab, bagus juga bila adakan kempen macam ni,sebenarnya kita semua dah tahu yg dadah tu merbahaya, cuma kesedaran tu yang kadang2 takda...

    masa program tu, penceramah ada pasang satu video yg agak menarik, video pesalah kena rotan. hancur punggung mamat tu kena libas... alangkah bagus kalau semua orang dapat tengok hukuman tu, kembali pada undang2 yg betul seperti mana yg digaris pandukan dalam Islam, mesti jenayah kurang punya, laksanakanlah HUDUD kalau tak percaya.. takbir, Allahuakbar !!

    selaku wakil maktab, kenalah sibuk2kan diri kat program tu, paling penting nak menyampaikan cenderahati kpd penceramah.. dapat jugak la mencapapkan muka kat budak2 ni, hehehe... mudah2an usaha yang sedikit ni, dapat menimbulkan kesedaran pada budak2 maktab ni, amin......



    "penceramah yang dijemput datang ke maktab"


    "budak2 khusyuk dengar di Dewan Budiman"


    "sambil2 baca artikel kat belakang ni"


    "terima kasih yer bg ceramah kat kami"

      Saturday, January 20, 2007

      Salam Maal Hijrah 2007

        Tetiba jer ada surat atas meje, surat jemputan untuk pelajar2, dan Pengetua mintak jadi guru pengiring ke Majlis Sambutan Maal Hijrah kat Mesjid negeri Melaka, Mesjid al-Azim.. Nasib baik minggu ni memang tak rancang nak balik kampung, sbb hujung minggu ni terpaksa bertugas..



        Majlis tu berjalan elok je, maklum la Ketua Menteri Melaka pun ada sama, tapi bila lepas isyak kita orang turun nak makan, semua dah bersih, makanan tak cukup, paling kesian budak2 ni, dah la petang tadi diaorang belum makan, pastu kat sini pun tak dapat makan gak, masing2 dah kebulur. Dalam surat kata ada sediakan makanan...

        masa on the way balik, ajak driver singgah warung, suruh budak2 beli makanan, kang tak pasal2 pengsan dalam bas lagi naya... pengurusan program tu memang kena komplen sepatutnya, dia orang jemput ramai, hampir semua sekolah kat Melaka ni dijemputnya, tapi makanan sediakan sikit, wajar ke macam tu?? pikir la wei !!! ni bukan marah, tapi tegur jer, hehe.... pape pun, Salam Ma'al hijrah


          Monday, January 15, 2007

          gelombang ke-2 banjir di johor

            BismiLLah..
            minggu ni johor dilanda gelombang banjir kali kedua, dan kali ni lagi teruk dari gelombang yg pertama hari tu..

            masa gunting rambut kat kedai tadi, jumpa ustaz yg mengajar masa kat sekolah agama dulu, ustaz kata johor ni dah kotor sangat, sbb tu Allah turunkan air banyak, nak kena cuci, kiasan yg sungguh dalam maknanya..

            Alhamdulillah rumah tak naik air, air setakat kat laman rumah jer, paras buku lali.. tapi kat rumah sepupu dalam betul, tolong2 la jugak angkat barang, budak2 paling seronok, berpesta air la diaorang ni... mudah2an apa yg berlaku kita jadikan pengajaran, renunglah apa yg berlaku pada kaum Nabi Nuh satu ketika dulu..







              Thursday, January 11, 2007

              kesibukan di awal tahun 2007

                minggu ni dah mula kerja, macam kejap jer cuti, walhal agak lama sebenarnya, ni la kelebihan guru...



                biasa ar, kalau dah mula kerja, memang sibuk memanjang, mcm2 benda nak kena buat, kena siapkan rancangan tahunan, skema subjek, fail mengajar dan banyak lg ar...

                2, 3 hari ni budak2 belum mula blajar lg, diaorang kena ikuti program minggu reOrientasi, saja nak ingatkan benda2 yg budak2 ni lupa, terutamanya pasal peraturan.. oh yer, satu perkara nak lg nak bg tahu, MRSM Terendak telah mencapai keputusan cemerlang dalam keputusan PMR tahun lalu, tempat pertama seluruh MRSM Malaysia, memang membanggakan, tahniah untuk semua pelajar dan warga Terendak...

                dan pada 11hb yg lalu, kami semua meraikan kejayaan tu di majlis kesyukuran kecemerlangan PMR 2006 di Hotel Rievera, makan lagi....

                  Monday, January 01, 2007

                  pertemuan member2 lama di aidiladha

                    sebenarnya tak tahu nak start kat mana, sbb lama sangat dah tak update blog ni...

                    kita mulakan dengan citer perjumpaan member2 lama masa raya haji hari tu.. memang tak rancang pun nak buat perjumpaan, tapi bila pikir2 balik, lepas ni mesti susah nak jumpa sbb masing2 nak masuk maktab time cuti.. tak tahu nak buat kat mana, bila tanya kat mak, boleh ke nak buat rumah terbuka, mak kata "ok jer, takda problem la"

                    sebenarnya ramai yg dijemput utk hadir sama, tp ramai pulak tak dapat datangnya.. namun tetap rasa puas sbb seronok bila dapat berjumpa macam ni..

                    buat member2 yang sudi datang tu, terima kasih diucapkan, moga persahabatan kita akan kekal abadi seutuh simpulan padu yang diikat mati
                    ...


                    "cik akmal dan cik ijam tengah bergosip hebat "


                    "Rahman yg dah nak tamatkan zaman bujangnya.."


                    "Shahrin, Rajai, Zamri dan Hazwan pun ada sama"


                    "kami bermemori... senyum semua... !!!."

                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...