Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, May 29, 2009

lawatan dari MRSM Muar

    BismiLLah..
    pada hari selasa lepas, kami di Terendak telah dikunjungi oleh kawan2 dari MRSM Muar, katanya nak buat benchmarking, mcm la kami ni hebat sgt.. hehe..

    dan salah seorang daripada cikgu2 yg datang tu pastinya suami Dijah, Ust Rahim ada sekali.. maaf la sbb tak dapat layan sampai habis, sbb kena jaga exam budak kat dewan.. seronok dapat berjumpa mcm ni, leh kita kongsi idea2 baru utk memantapkan pencapaian subjek Agama Islam, lagi pun kita kan adik beradik...

    Firman ALLah yg bermaksud “Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silatur rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 1)..

    kawan2 dari MRSM muar..

      Wednesday, May 27, 2009

      al-fatihah - Allahyarhamah Marini Abd Aziz

        BismiLLah..
        terima msg daripada Kherman jam 1.11 pagi 27/05/09..memaklumkan yang Marini telah kembali ke rahmatuLLah..

        semoga ruhnya ditempatkan bersama orang2 soleh dan solehah..

        kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas kepada keluarga almarhumah Marini Bte Abd Aziz, sila bank-in kan ke akaun Bank Islam Ust Azlan Bin Bunasir sebelum jam 6.00 ptg ni.


        0107-802013 -72-47

        Azlan akan tolong serahkan sumbangan tersebut kepada keluarga Marini ketika menziarahinya.. dan sesiapa yg dah bank in, minta tolong send sms kpd Azlan utk maklumkan jumlah sumbangan tu di talian 019-9961 917..

          Monday, May 25, 2009

          terkini Marini - de HUSM

            BismiLLah..
            buat semua kawan2, sama kita menadah tangan untuk medoakan kesihatan Marini Bte Abd Azis yg kini sedang menjalan rawatan di HUSM..

            terima panggilan dari Abdul Hadi jam 8.20 pagi 24/05/09
            - pertama kali diberitahu pasal keadaan Marini..

            terima Sms dari Norli Hayati jam 12.00 tgh 24/05/09
            - memaklumkan Marini di rawat di Hospital Jerteh

            terima msg dari Helmi jam 4.46 ptg 24/0/09
            - beritahu keadaan Marini yg boleh dikirakan kritikal.

            dapat panggilan dari Pizah Noh jam 5.51 petang 24/05/09
            - Pizah bagi tahu pasal Marini, dia dapat makluman dari suhada' yg dah lama tak dengar khabar beritanya..

            Zihan call jam 9.55 malam 24/05/09
            - Zihan beritahu keadaan terkini Marini.

            Terima sms terkini dari Zihan 9.40 pg & Bern 9.54 pg 25/05/09
            - maklumkan yg Marini akan diambil air tulang belakang utk usaha merawatnya..

            sama2 kita doakan Marini..

              Friday, May 15, 2009

              sambutan hari guru 2009

                BismiLLah..
                dari petang semalam kami dah mula meraikan sambutan Hari Guru. semalam ada sukaneka dan juga permainan, seronok gak.. tapi tewas pula dalam acara perut keroncong, ada ker budak2 ni paksa cikgu2 dia makan banyak, tak patut betul..

                tahun depan jangan la korang suruh kami makan donat ngan tembikai ni lagi, bagi makanan yang best sikit, mcm ayam kfc ker, pizza pun ok, apatah lagi kalau mee bandung muar, mesti lag terhibur..

                SAMBUTAN HARI GURU..

                Macam biasa la, tiap tahun mmg maktab buat majlis ni, cuma tahun ni kita buat awal sehari sbb esok kan cuti.. lagi pun minggu depan dah start final exam, tanak ganggu masa budak2 ni study..
                kita orang cikgu2 laki tak lepas peluang buat persembahan, kalau tahun lepas kami berlakon, tahun ni kami menyanyi nasyid plak, lagu suci sekeping hati.. maklum la baru berlatih mlm tadi, tu yg peaching lari, suara tergelincir.. tapi takpa, cikgu2 ni memang sporting, best ada team mcm ni..

                sebelum masuk ke dewan..

                semangat nyanyi lagu guru malaysia..

                buat persembahan nasyid..

                DAPAT 2 AWARD & HADIAH..

                sampai sekarang sebenarnya masih tak leh nak terima lagi apabila di nobatkan sebagai "guru paling lucu".. apa, budak2 ingat ustaz dia orang ni badut sarkis ker? hampeh tul.. tapi award yg satu lagi tu mmg best "GURU PALING POPULAR".. hehe, harap cikgu2 lain tak jeles ok.. tapi apa ada pada pupolariti, yg penting kerja yg kita buat tu betul2 ikhlas..

                tima kasih buat semua yang bagi hadiah, ALLah jer yg dapat balas semua kebaikan tu, terima kasih daun keladi, lain kali bagi banyak lagi.. hehe..

                TERHARU DGN KEHADIRAN 3 GADIS AYU..

                buat mantan anak2 homeroom, Yati, Shiera dan Azar yg sudi ziarah ustat sempena hari guru ni, tima kasih banyak2.. walaupun perkenalan kita begitu singkat, cuma 2 tahun jer, tapi ust tak penah jadikan benda tu halangan untuk terus dekat mengenali korang..

                sori la sbb cuma dapat bekalkan kerepek jer kat korang, nak belanja makan pun tak sempat.. tapi lain kali InsyaALLah kita rancang baik lagi. teringin nak kenalkan korang kat adik2 homeroom yg baru....

                bergambar dgn yati dan shiera..

                antara hadiah yg dapat hari ni..

                  Thursday, May 14, 2009

                  hadiah buat mak

                    BismiLLah..
                    tak tahu nak buat apa hari ni, tengah boring2 ni tetiba Irawan ajak jalan-jalan gi Mahkota Parade... jom lah, lagi pun takda buat apa ni, leh la cari hadiah sekali untuk mak, kan nak sambut hari ibu..

                    memang la kita kena sayang kat mak hari2, dalam Islam pun takda istilah hari ibu ni, dan ada ulama' yang meletakkan hukum haram menyambut hari ibu berdasarkan sejarah kewujudan sambutan ni..

                    tapi hari ni, kita bukan la mengagungkan dewa atau simbol agama tertentu, tetapi ianya untuk memperingati semua insan yang bergelar ibu dan nak menghargai pengorbanan mak kita..

                    tak kira la apa hujah yang diberikan, hadiah dah pun dibeli, iaitu sebuah mesin pengurut kaki yang begitu selesa digunakan terutama untuk mak2 kita yg selalu lenguh2 dan kebas2 kaki.. semahal mana pun hadiah kita bagi, tapi ianya tetap tak dapat balas kasih sayang dan pengorbanan mak..

                    tony tak dapat nak urut kaki mak bila kaki mak lenguh, tony memang tak mampu picit kaki mak sebelum mak tidur sbb tony duduk jauh. tapi percayalah, tony nak sangat picit kaki mak sampai mak tidur lena malam ni...

                      Tuesday, May 12, 2009

                      anak sedaraku yg baru - Dijah & Ust Azmal

                        bersama Dr Nur di KUIS..

                        BismiLLah..
                        tahniah buat Dijah Dan Ust Azmal atas kelahiran baby boy mereka, mcm baru semalam jer datang majlis kahwin dia orang berdua ni, klik sini, tup tap dah dapat baby, aktif gak korang yer, hehe..

                        ust Azmal kata, baby botak sbb baru lepas bercukur, tp tetap nampak macho mcm bapak dia.. mudah2an dgn kelahiran Azief Hamdy akan menceriakan suasana bahagia rumahtangga yg dibina.. terima kasih buat Dijah dan Ust Azmal sbb sudi kongsi kegembiraan dgn kami, mudah2an persahabatan yg terbina terus kembang harum selamanya..

                        satu pesan uncle utk Azief, ingat la hadis yg driwayatkan dari Abu Hurairah R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadith riwayat Imam Muslim)...

                        jgn lupa doakan uncle cepat dapat jodoh yer, hehe !!

                          Sunday, May 10, 2009

                          jom berkayak

                            BismiLLah..
                            tak tahu la mcm mana boleh dilantik jadi Guru Penasihat Kelab Rekrasi tahun ni, tapi seronok gak kelab ni sbb aktiviti2 yg dijalankan menepati cita rasa sebagai seorang guru yg aktif dan kreatif, hehe..

                            hari ni dari pagi sampai la ke petang hari kami berada kat Pantai Pengkalan Balak sbb jalankan program berkayak. seronok berkayak kat laut ni, bebeza dgn kita berkayak kat tasik ataupun sungai sbb kat laut kena melawan cabaran ombak, nak mula naik pun dah tergolek2, hehe..

                            barisan pengkayak hebat..

                            siap sedia berkayak..

                            ramai sebenarnya budak2 yg nak join, tp tempat terhad, InsyaALLah sem depan kita akan anjurkan lagi program ni sbb sambutan amat baik.. bak kata Pak Pandir: "berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian".. sesuai ke peribahasa ni ?..

                            lepas balik berkayak terus terbongkang atas katil sbb penat, muka plak panas kena sun burn.. ni la risiko menjadi seorang yg aktif. sampai jumpa di program akan datang..

                            mcm kenal mamat ni ?..

                            mendahului peserta2 lain..

                            berehat seketika selepas penat berkayak..

                              Friday, May 08, 2009

                              festival nasyid 2009 - "satu transformasi baru"

                                kumpulan shoutul muslim yg menjadi johan keseluruhan..

                                kumpulan aisyah humaira, menerima undi penonton tertinggi..

                                sebahagian kumpulan yg membuat persembahan..

                                BismiLLah..
                                dengan bertemakan "satu transformasi baru", akhirnya festival nasyid dapat dijalankan dengan begitu meriah sekali. dan tahun ni kami pihak penganjur membuat satu transformasi baru yang begitu hebat kerana sambutan begitu hangat sekali..

                                pertama: sebelum ni setiap tingkatan hanya boleh hantar 2 kumpulan jer, tapi tahun ni kami benarkan satu kumpulan tambahan lagi untuk sama2 bertanding. mula2 tanak bagi pun kuota lebih, tapi budak2 dah mintak, dia orang semangat lebih..

                                kedua: markah bukan sahaja dihakimi oleh juri profesional, tetapi penonton dan peminat kumpulan boleh sama2 menghakimi dengan cara membeli kupon2 undi yang berharga 5 sen jer setiap satu, macam AFUNDI la jugak ni,.. dan masa kira undi tu, hampi 5084 kupon undi berjaya dijual..

                                dan ketiga: tahun ni kami dapat sumbangan dari timbalan pengetua Hal Ehwal Akademik yg sponser beli piala pusingan untuk juara keseluruhan. dan tahun pertama ni, piala pusingan tu milik "Shoutul Muslim" kumpulan pelajar putera tingkatan 5.

                                terima kasih buat semua yg telah sama2 menjayakan festival tahun ni. kalah menang bukan la terpenting, tapi yg penting adalah semangat untuk menghidupkan irama nasyid dalam diri pelajar2 yg ada kat maktab ni.....

                                bergambar dengan MC yg menghidupkan suasana festival mlm ni..

                                pakaian tercantik mlmm ni..

                                bergambar dgn juri2 profesional..

                                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...