Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, May 31, 2012

Ulfah Aliya di Mei 2012

    BismiLLah..
    Gambar2 Ulfah Aliya di Bulan Mei...


    "ayunya anak dara ayah ni.. comel sangat !!.. "


    "pondai anak ayah ni posing.. sedapnya makan biskut oreo..."


    "makan cone aiskrim di Famili Day ayah kat Pengkalan Balak..."


    "gigi Aliya dah kuat sekarang ni.."

      Monday, May 28, 2012

      Sambutan Hari Guru 2012

        BismiLLah..
        pastinya semua jiwa yang bergelar cikgu menantikan tibanya bulan Mei untuk hari yg penuh bermakna "Hari Guru".. samalah mcm kami kat Terendak ni..

        dan tadi, di Dewan Budiman kami diraikan dalam majlis Sambutan Hari Guru yang bertemakan GOLD.. macam2 persembahan ada termasuk lah persembahan dari kami guru2 ni...

        Terima kaseh buat semua anak2 homeroom yang bagi hadiah cukup istimewa tu...


        "kami pun sama2 happy untuk hari istimewa ni.."


        "semua guru naik pentas untuk ikrar dan nyanyian kami guru M'sia."


        "persembahan dari geng2 cikgu lelaki, nasyid dan dikir barat.."


        "dapat lagi anugerah.. cuba teka tahun ni ust dapat anugerah apa?.."


        "dapat hadiah istimewa dari anak2 homeroom.."

          Thursday, May 24, 2012

          Pemantapan B. Arab di Hotel Maluri KL

            BismiLLah..
            bermula dari 20 sampai 24 Mei yang lalu, satu kursus pemantapan Bahasa Arab untuk guru2 seluruh MRSM se-Malaysia telah diadakan di Hotel Maluri KL..

            paling seronok bila dapat jumpa kawan2.. kawan2 sama mengajar di MRSM dan juga kawan2 lama masa belajar kat Jordan dulu..

            InsyaALLah panjang umur kita jumpa lagi..


            "bersama ust ARAB, Ust Abd Razak Abu Chik.."


            "ni plak bersama Ustazah Rus Yatimah, guru pakar B. Arab..."


            "bersama geng2 dari MRSM Ululalbab Kota Putra.."


            "tak asing lagi, Zihan dan Ajmal (suami Dijah).."


            "semenjak balik Jordan ni baru dapat jumpa, Ust Ismat Nazirin.."

              Saturday, May 19, 2012

              Famili Day Jabatan Sains Sosial 2012



                BismiLLah..
                gembira sungguh kami keluarga Jabatan Sains Sosial hujung minggu ni sebab dapat bersama2 ber "Family Day" kat Pantai Pengkalan Balak, Melaka..

                memang sangat2 gembira tahun ni sebab buat pertama kalinya Ulfah Aliya dan umminya dapat bersama meriahkan suasana family day tahun ni....

                banyak lagi gambar sebenarnya, klik sini yer...


                "Ulfah Aliya dan ummi sangat la happy..."


                "pasangan juara acara isi air dalam botol..."


                "tema famili kami tahun ni pink, jangan jeles yer.."


                "corak muka sapa paling stylo ??.."

                  Sunday, May 06, 2012

                  Aliya dengan Kak Tini & Kak Tina



                    BismiLLah..
                    hari ni Aliya seronok sebab dapat main dengan sepupu Aliya, Kak Tina dan juga Kak Tini kat rumah opah... tengoklah, wajah kami hampir sama, hehe...

                    dan buat pertama kalinya ayah bawak Aliya naik motor... mula2 takut, lama2 terus tanak turun.. huhu... nanti kita jumpa lagi yer Kak Tina dan Kak Tini..


                    "Aliya bersama Kak Tina dan Kak Tini...."


                    "satu geng makan jagung, mintak sikit !!..."


                    "petang2 kat rumah opah, ayah bawak naik motor..."

                      Wednesday, May 02, 2012

                      aktiviti PRISMA - kita bakor jer !!



                        BismiLLah..
                        sesiapa yang pernah sampai ke kawasan asrama MRSM Terendak pasti akan perasan dengan signboard ni.. Pusat Pelupusan Bahan2 Unit Agama, woww !!!

                        untuk pengetahuan semua, aktiviti pelupusan ni dijalankan sepenuhnya oleh PRISMA (Persatuan Remaja Islam).. sekali untuk setiap semester..

                        apa yang kami lupuskan? soalan2 dan juga bahan2 yang mengandungi potongan ayat2 suci samaada al-Quran mahupun hadis.. benda macam tu tak boleh buang sembarangan...

                        tapi naskhah al-Quran yang nak dilupuskan, kami akan hantar ke Jabatan Agama Melaka, tak boleh lupus kat sini...


                        "ahli2 PRISMA tengah mengasingkan bahan buat kali terakhir...."


                        "proses pelupusan pun bermula..."


                        "terima kaseh semua ahli PRISMA !!..."

                          Tuesday, May 01, 2012

                          Ulfah Aliya ke Pesta Buku Antarabangsa

                            BismiLLah..
                            hujung minggu lepas Aliya dan famili menginap kat rumah Mak Gana di Damansara, sebab Ummi ngan Ayah nak bawak Aliya gi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC, bestnya !!!

                            seronok dapat jumpa Kak Quza dan Kak Syafiqah.. InsyaALLah lain kali Aliya datang lagi rumah Mak Gana yer...

                            "Ummi, jom lah cepat gi PWTC, belikan Aliya buku ABC"....


                            "Ulfah Aliya happy jumpa Mak Gana...."


                            "kami dah bersiap nak gi pesta buku...."


                            "Aliya amik gambar ngan Kak Syafiqa..."


                            "Aliya nak buku ABC tuuu...."


                            "Aliya n ummi versi retro...."

                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...