Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, July 21, 2011

Jamuan perpisahan - Faizal pindah MRSM Tawau

    BismiLLah..
    Tahniah buat Faizal kerana dapat juga pindah ke Sabah bah, pastu dapat plak MRSM kat kampung halaman di Tawau tu, memang stail la Jal....

    walaupun cikgu Faizal ni nak pindah dua minggu lagi, petang td kami dah buat jamuan perpisahan kat Pusat Bowling Antarabangsa MITC, Melaka... lepas makan, terus gi mengebowl.. hehe


    "kami akan kehilangan spiker bola tampar terhebat.."


    "gambar kena edit.. biar tak nampak sangat mata merah si Pejal ni..hehe."


    "bersama geng2 seperjuangan...."


    "terus beraksi di gelanggang bowling...."

      Monday, July 18, 2011

      famili Helmi & Khirman jenguk baby kami

        BismiLLah..
        terima kaseh buat Helmi & Hawa sefamili serta Khirman & Norli sekeluarga yg datang jenguk baby Aliya tadi...

        happy sangat bila kawan2 datang macam ni.. mudah2an ukhwah ni terus berkembang mekar sampai bila2....


        "tiga famili bergabung... kita dah boleh buat famili day"


        "nak cepat2 masuk geng Helmi n Kherman yg dah beranak dua... hehe"


        "Arfa dan kawan baiknya Nawal berlumba kuda "


        "like father like daughter..."

          Sunday, July 17, 2011

          1st anniversary kami..



            BismiLLah..
            AlhamduliLLah, hari ni merupakan 1st anniversary kami, dan ianya lebih bermakna bila kami sambut bersama baby tersayang, Ulfah Aliya...

            macam baru semalam kami diijab kabulkan, hari ni kami dah setahun bersama.. doakan kami sefamili terus bahagia selamanya..

            "Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar." (Surah Al-Taghabun : Ayat 15)


            "ummi tengah tolak Aliya.. lawa stroller tuuuu !!"


            "sweet couple forever n ever.. hehe.."


            "makin chanteq la ummi ni ayah tengok..!"


            "huhhh, baby dah bangun.. nak makan pizza gak.."

              Friday, July 15, 2011

              picnik bersama anak2 homeroom

                BismiLLah..
                kami sehomeroom tadi berpicnik sambil makan buah kat tepi padang.. seronok la sesekali berpicnik mcm ni...

                dia orang ni semua dah tak sabar nak tengok baby Ulfah Aliya.. nnti kalau baby dah besar sikit, ust bawak gi jalan2 jumpa korang semua kat maktab yer...





                  Tuesday, July 12, 2011

                  Opah dukung cucu ke-17nya

                    BismiLLah..
                    hari ni opah datang Melaka, nak dukung cucu ke-17nya, Ulfah Aliya.. terima kaseh opah !! kata Aliya..

                    Aliya doakan opah panjang umur dan sehat2 selalu yer, nanti boleh dukung Aliya lagi...

                    Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya : “Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya pada ketika saudaranya itu tidak ada (tanpa pengetahuannya), maka malaikat akan berkata: “Semoga kamu juga mendapat seumpama (doa) itu.” (Hadis riwayat Muslim)


                    "opah dan cucu ke-17 nya.. sayang opah !!."


                      Monday, July 11, 2011

                      Jamuan Perpisahan Cikgu Kadir & Cikgu Azizul

                        BismiLLah..
                        petang semalam kena jadi MC utk Majlis Perpisahan Cikgu Kadir & Cikgu Azizul... Hi-Tea Perpisahan ni, Kelab Guru buat kat Permaisuri Hotel, Stadium Hang Jebat...

                        Cikgu Kadir dah pindah ke MRSM Ulul-Albab Gemencheh sebagai Timb Pengetua HEP & Azizul plak akan sambung belajar utk PHDnya...

                        credit dan terima kaseh buat Kak Wan Rohila atas gambar2 ni.. klik sini utk tengok banyak lagi gambar....


                        "jadi MC kat Hi-Tea @ Permaisuri Hotel..."


                        "jadi MC pun kena makan gak... banyaknya makanan !!"


                        "bersedia untuk menjamu selera dengan geng2.."


                        "semoga cikgu Kadir & Cikgu Azizul sentiasa sukses..."

                          Sunday, July 10, 2011

                          aktiviti malam bersama Aliya

                            BismiLLah..
                            lepas Isya' tadi, Ayah sempat potongkan kuku Aliya.. ni 1st time Aliya potong kuku.. Aliya nak tahu, kuku Aliya ni leeeeembut sangat, seram ayah nak potong...

                            Aliya, potong kuku ni sunnah nabi, dan salah satu dari fitrah kita sebagai manusia...

                            خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر
                            ونتف الإبط وقص الشارب

                            Nabi bersabda yang bermaksud: "lima perkara daripada fitrah, berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai. (Riwayat Muslim)


                            "kuku Aliya Ayah potong buat kali pertama"


                            "ni ayah bukan posing tau, tp tidur betul2.. ummi yg amik gambar ni.."

                              Saturday, July 09, 2011

                              gelombang kuning 9 Julai

                                BismiLLah..
                                takda kaitan langsung dengan Perhimpunan BERSH kat ibu negara petang tadi, cuma kebetulan tarikh Kem IMTIAZ SPM ni sama pd 9 Julai, dan kebetulan juga baju kecemerlangan budak2 SPM tahun ni warna KUNING....

                                malas nak ulas panjang pasal kem ni, sebab jiwa lebeh nak amik tahu apa berlaku kat ibu negara siang tadi... oh yer, ustaz pun pakai baju BERSH juga hari ni, tak kan nak pakai baju kotor kott !!!







                                  Friday, July 08, 2011

                                  Unit agama hadiahkan kek Secret



                                    BismiLLah..
                                    sebelum cerita pasal kek, nak ucapkan Tahniah dulu buat Ustazah Rus yg dah nik pangkat jadi Ketua Jabatan sekarang ni gantikan Cikgu Kadir Dewa... semoga ustazah sukses selalu yer...

                                    dan petang tadi kami ahli2 Jabatan Sains Sosial adakan meating pertama kali bersama KJ baru.. terima kaseh tak terhingga buat geng2 Unit Agama yg belikan kek sempena ulang tahun kelahiran kami berdua... besday kami berdua ni dekat2 jer....






                                    "ni hadiah dari homeroom.. cuba teka apa isinya ??"

                                      Thursday, July 07, 2011

                                      hadiah buat Ulfah Aliya



                                        BismiLLah..
                                        Terima kasih kepada semua yang bagi hadiah pada Aliya... bukan main suka lagi si Aliya bila tengok banyak hadiah untuknya...

                                        “Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!” Demikian sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, hadis no: 218....


                                        "Pengetua beri hadiah untuk Aliya dari Kelab Guru MRSM Terendak"


                                        "Terima kasih geng baik di balai pengawal.. ada hadiah untuk Aliya nampaknya tuuu"

                                          Friday, July 01, 2011

                                          Birtday pertama sebagai suami dan ayah..

                                            BismiLLah..
                                            bila sampai meja kat bilik guru tadi, pelbagai jenis air soya ada atas meja.. soya botol, soya kotak, soya tin.. semua ni hadiah dr students sempena ulangtahun kelahiran hari ni... terima kaseh atas doa dan koleksi air soya ni yer..

                                            ni adalah birthday kali pertama sebagai seorang suami dan juga ayah.. terima kaseh buat isteri tersayang yg buat suprise kek dan bunga masa abang balik kerja tadi... dan Ulfah Aliya adalah hadiah yg cukup sempurna buat kita...









                                            Daripada Abi Bakrah daripada bapanya, sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya Rasulullah S.A.W, katanya: Wahai Rasulullah manusia bagaimanakah yang baik sifatnya? Sabda Rasulullah S.A.W, "siapa yang panjang umurnya dan baik amalannya. Lelaki itu bertanya lagi: Manusia bagaimanakah yang buruk sifatnya? Sabda Baginda: Siapa yang panjang umurnya dan buruk amalannya. (Riwayat Imam Ahmad).

                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...